.

Sunday, July 31, 2011

Ramadhan Al Mubarak 2011

Ouh yea. Tadi dah terawih pertama. Kat TV dah ada tayang Pakcik tu mengumumkan nampaknya anak bulan. Alamatnya?

ESOK PUASAAAA!



Doa Jibril mnjelang Ramadan " Ya Allah, abaiknlah puasa umat Muhammad jika sebelum memasuki bulan Ramadan dia tidak melakukan 3 prkara: tidak memohon maaf kpd Ibu Bapa,tidak bermaafan terlebih dahulu antra suami isteri & tidak bermaafan dengan orang sekitarnya".

Oleh itu,aku nak mintak maaf dengan semua orang seandainya terkasar bahasa,terlanjur kata,ada salah dan silap,dan sebagainya. Aku masih manusia. Aku tidak maksum. Sekali sekala ada juga kesilapan yang aku buat. Mohon ampun dan maaf.

Dengan ini,aku nak mengambil kesempatan nak mengucapkan,Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada semua!

Bulan Ramadhan ni datang sekali je setahun.

Kita benefitkan Ramadhan kali ni dengan amal ibadah sama sama. Harap harap,nilai nilai yang kita dapat kali ni dapat diteruskan even sampai after Ramadhan.


P/s: Anda inginkan kad raya? Click sini :D

Saturday, July 30, 2011

Rantai Hidup (Promo)



Situasi di ceritakan dalam bentuk dialog.

"Aku tak sangka dia akan buat macam ni kat aku. Sampai hati dia tinggalkan aku? Aku punya lah lawa. Dia kata dia cintakan aku. Dia kata dia tak akan tinggalkan aku. Dan aku telah berikan segalanya kat dia. Kenapa dia tinggalkan aku??? Mana janji manis mu Jantan??? Kau berkahwin dengan minah tudung entah apa apa tu tiba tiba. Kenapa??? Kau kata kau cintakan akuuu???!

Ini sangat tidak adil. Hidup sangat sangat tidak adil. Aku tak sanggup hidup lagi macam ni. Biarkan aku bunuh diri. Biarkan. Maruah aku sudah tergadai. Tiada guna aku hidup lagi"


Permulaannya? Cinta. Suatu perkara yang simbolkan sebagai bentuk hati warna merah dan comel. Macam lolipop. Perasaanya? Sesuatu yang mungkin nampak senang apabila perasaan itu muncul. Apabila sudah ada,seribu satu alasan kau tujukan untuk menghalalkan cinta kau. Mengatakan Cinta itu suci. Melihat bagaikan Cinta itu adalah segalanya. Melihat bagaikan Cinta itu yang membawa hidup kau ke arah yang baik.

Tapi kau tidak sedar. Kau sekadar rasa sahaja kau tahu apa itu Cinta. Dan kau sanggup melanggar batasan agama demi mengagungkan Cinta. Permulaan Cinta yang sememangnya suci itu kau kotorkan. Akhirnya,kau terjun KB Mall. Video kau terjun masuk Youtube. Lepas tu aku tengok. Lepas tu aku bagitau kat sini yang aku tengok.

"Pegang tangan je. Alah,sikit sikit je pun."

"Peluk dia je. Taknak orang lain sibuk himpit dengan dia dalam KTM ni. Aku melindungi orang yang aku sayang."

Memang. Kecil je tu. Kecil je. Kan? Nampak simple je kan?

Semua itu sekadar permulaan kecil bagi sesuatu yang besar dalam hidup kau. Ingat,rantaian situasi tidak akan putus dalam hidup ni.

Semua hasil dari tindak tanduk kau. Jangan salahkan takdir jikalau kau satu hari nanti kau kecewa dari semua itu.

Sambungan entry di blog Memadam Komplikasi

Friday, July 29, 2011

Titik tolak; Generasi Pencetus Revolusi

Perubahan mampu dibawa dengan pelbagai cara. Sekecil kecil tindak tanduk tu mempengaruhi setiap perkara besar yang akan mendatang. Dan sekecil kecil perkara itu,datang dari diri sendiri.

Sejak dulu aku terfikir. Sampai bila kita nak hidup macam ni? Sampai bila? Bilakah waktu yang betul dimana mereka yang dari generasi aku sendiri,mampu meletakkan niat untuk menegakkan syiar Islam?

Sampai bila aku nak hidup dalam sekularisme yang kuat pengaruh minda aku ni?

Namun jika ada pun nak buang sekularisme tu,diri kita tak mampu nak mengubah apa apa bukan? Dah tak tahan lagi dah hidup dengan sekularisme yang ketat di sekeliling ni.

Anda ingin mengubah? Adakah anda ingin turut serta? Sekecil kecil tindak tanduk tu bermula dari sini. Dari diri anda sendiri.

Dengan lafaz Bismillahirrohmanirrohim




Pada hari ini,hari Jumaat,29 July 2011,adalah dilancarkan sebuah blog bernama Memadam Komplikasi,hasil perkumpulan blogger blogger yang memperjuangkan matlamat ini,dan juga group Generasi Pencetus Revolusi.

Di sana,tidak kira apakah segi latar belakang anda,jikalau anda menyokong untuk menegakkan Syiar Islam,di sini kita bermula sebagai kelompok kecil yang mempunyai matlamat yang besar. Slowly dan slowly,insyaAllah,the time will come.

Kami menerajui perkara ini sekadar untuk mengumpulkan anda semua. Untuk anda bebas bersuara menegakkan Syiar. No politics. Just reality,the truth,and facts. Kami bukan luar biasa,kami juga manusia seperti anda.



Blog Memadam Komplikasi? Blog yang mengumpulkan penulis penulis yang memperjuangkan idea yang sama,menyampaikan dalam bentuk penulisan,dan dikumpulkan di satu tempat sebagai tatapan minda berfikir. Berdasarkan Al Quran dan Sunnah sebagai teras.

Sekarang,terpulang.

Adakah anda ingin menyertai kami,ramai ramai kita menerajui satu matlamat?




Untuk like page,adalah diharap untuk ada Like page Generasi Pencetus Revolusi sebagai tanda anda menyokong. Selain itu,anda turut dijemput untuk turut serta dalam group Generasi Pencetus Revolusi,sebagai medan untuk kita berkumpul,bebas berbincang,dan juga,turut bersahabat antara satu sama lain. Di sini,mulanya perkumpulan generasi kita yang bakal mengubah masa hadapan.

Klik SINI untuk ke Group Generasi Pencetus Revolusi.

Klik SINI untuk ke blog Memadam Komplikasi.


Kita doakan agar usaha kita yang kecil ini mampu mencapai jayanya. Amin. :)

Wednesday, July 27, 2011

A'an Gemuk.


Aan gemuk makan Mekdi banyak banyak hehehe. Nah mekdi. Mekdi boleh menghilangkan tension seseorang tu tau! :D

Follower banyak. Blog bagus ke?

Ini adalah entry yang superb panjang


Tadi ada borak sikit dengan Amirul Akim,MO dan jugak Farah Yong kat Sahabat Blogger. Borak pasal bilangan follower. Kitorang borak borak tadi lepas ada yang mintak dorang difollow. Lalu terbukak lah pesanan pesanan dari kitorang,jangan pentingkan follower.

Aku pelik,penting sangat ke follower ni? Kenapa sampai ada kes kes yang banyak gila bloggers tengok kat group group blogger,orang minta minta follower macam apa. Teruk kot.

Apabila terlampau meminta minta untuk follow blog,and then bila orang follow,oh,kita follow dia balik. Yeay! Sangat mutual understanding kat situ. Lepas tu,bila angka follower dah mencapai tahap tinggi gila,mereka akan syok sendiri dan berbangga.

"Follower aku banyak doohhhh! Gila bangga ramai follow aku! Yezza,blog aku bagus! Aku famous! Nanti pergi mana mana semua orang kenal aku!"

Yeap. Memang kau bagus. Bagus dalam mengumpul follower. Adakah kau bagus dalam mengumpul trafik? Bagus menyampaikan apa yang kau cuba sampaikan kepada pembaca?



Sejak dari dulu aku blogging,aku memang sangat tak mementingkan pasal follower. Memang,masih ada jugak keinginan tu aku nak ada follower banyak. Tipulah kan kalau seorang blogger taknak langsung ada orang follow. Serius tipu. Kucing Serius,kau menipu.

Tapi aku pegang kuat dengan prinsip aku. Keinginan VS Kepentingan. Mahukan follower yang banyak,memang satu Keinginan. Tapi,Kepentingan dalam blogging tu yang kena juangkan. Apa Kepentingan dia? Kualiti entry,Mesej tu sampai kepada pembaca,Trafik yang logik dengan bilangan follower.

Macam biasa, "Ikut hati mati,ikut rasa binasa". Kalau kau ikut hati nak hebatkan blog kau dengan bilangan follower semata mata,mati lah blog kau. Takda siapa nak baca. Terlampau agungkan bilangan follower ni,adalah Criminal In Blogging.



Ada beberapa kes pasal follower yang agak pantang bagi aku.

1.Terlampau meminta-minta follower.
Cuba fikir balik logik. Meminta minta follower. Dia follow kau,angka bilangan follower pun bertambah. Tapi,kau pasti dia akan follow sebenar benar kau? Macam mana dia nak ingat yang blog kau wujud?

Adakah kau sangka yang semua orang akan check kat Dashboard tu,tengok satu satu blog yang dorang dah follow?

First of all,Follower tu,datang dari seseorang yang minat nak terima update dari kita. At least lah kan,at least,kalau ada orang follow kau pasal diorang minat,dorang akan sentiasa tercari cari. Asyik teringat ingat pasal suka dengan blog tu.

Cari update kat Facebook. Cari update kat group blogger. Cari update kat Dashboard. Sanggup godek merata rata pasal nak cari blog yang dia dah follow hari tu,pasal nak tengok update.

Tapi kalau orang yang follow membuta tuli semata mata? Cuba fikir,adakah dorang akan baca entry entry kau? Macam mana diorang nak ingat kat kau? Check follower dorang? Blog mana satu?

Lepas tu,nanti korang je yang akan syok sendiri cakap macam macam kat blog tu,rasa macam ramai gila orang yang baca entry kau tak kira kualiti. Kesan? Rasa perit bila blogwalking kalau ramai orang macam ni. Tengok follower ramai,automatik reader akan expect tinggi. Tapi bila tengok entry? Tepuk dahi,sakit hati.

Pasal tu kualiti blog amat penting. Biar dorang akan sentiasa teringat ingat. Kualiti tu subjektif,asalkan ada identiti sendiri,kemas,orang seronok baca,dah cukup. Bila kualiti ada,orang suka baca,follow pun ikhlas,traffic pun seiring dengan bilangan follower. Tak ada lah follower beriban tapi pageview dan trafik secotet je.

2.Jealous pasal bilangan follower.
Yeah. Perlu ke jealous? Apa,kau sangka kualiti blog tu ada pada follower? Adakah bila follower ramai,blog bagus?

Aku pernah kena judge pasal follower. Ada orang tengok follower aku sikit,terus dia taknak baca entry.



Cuba fikir balik. Bilangan follower dia tu seiring ke dengan bestnya entry dia? Aku ada banyak jumpa blog yang kemas,best,kualiti,tapi follower sikit. Dan aku banyak jumpa orang yang follower banyak beriban tapi entry tu perit membaca.

"tItteW mAkAn naCik BeRiANi hARi NiEwwwWwWwwWwWW. cDaP gLeRw LeRwww" Lepas tu letak gambar dia bajet comel besar besar.

"aku......tak tahu lah macam mana..aku suka dia....pastu..tetiba dia cakap dia suka aku....ahahahahahahaha...gilew dowh.....apa pndgan korg huh....ahahahaha"

"kau tau x????! :O dye punye entah apew apew dye pgi ckp dgn sme orang psal aku encem gler...aku pning kpala!!!!! :( encem kew akue nii....aku rasew x pn... :D"


Aku tak larat nak taip satu perenggan penuh. Tapi bayangkan kalau penuh satu entry penulisan macam tu. Bagi aku,aku sakit mata. Sangat common sekarang ni where followers berlambak tapi tulisan,aku nak faham pun susah.

Tengok je dah tau. Ni mesti kes Ai Folo Yu,Yu Folo Mi Bek.

Jadi,apa yang perlu orang nak jealous kat blog tu? Kalau tengok spesies spesies macam ni,tak perlu nak jealous. Rasa rugi lagi ada lah. Pasal apa? Wasted a few seconds of your life reading without gaining a single benefit. Tak ada fun,tak ada info,tak ada mesej,tak ada apa. Cuma nampak bebelan. Seronok ke bebelan? Hoh!

Aku paling pantang kalau aku rasa rugi dengan masa. So bila aku nampak orang orang macam tu,cepat cepat aku tutup.



With that,adakah perlu jealous dengan follower yang banyak? Nope. Tapi do jealous dan contohi dengan blog yang berkualiti.

3."Ini blog aku,aku punya suka lah. Cara kau,ikut kau. Cara aku,ikut aku."
a)Blog kau,kalau kau dah promote,bukan ikut kau punya suka atau kau punya cara dah sekarang. Dia dah ikut Readers Punya Suka. Unless kalau kau tak promote merata rata,tak buat apa dengan blog kau,lantak. Kau nak buat apa,buatlah.

Tapi kalau dah promote tapi still ikut cara ni. Aku tak mengerti. Sangat tak mengerti. Apa yang kau nak promote? Apa yang kau nak sampaikan?

Sama lah macam kau jual barang yang tak ada kualiti dan mahal kat shopping mall. Orang ramai nak cari kualiti dan murah.

Tapi bila dah blog pun berat,entry entah apa apa,kau promote. Gerenti orang tengok lepas tu blah.

b)Katakanlah,kau minta follower sambil memantapkan kualiti blog. Yes,of course. Bagus kalau kau memantapkan kualiti blog. Tapi meminta follower? Kualiti akan tersangkut kat situ.

Pasal apa?

Orang yang ramai follow kau masa dulu dulu tu,kesan dari Follow Dan Blah,kesan dari Ai Folo Yu Yu Folo Mi Bek,adakah dorang akan godek jugak blog kau? Tak. Pasal apa? Dorang lupa pun pasal blog korang. Nak check satu satu kat Dashboard,buang masa. Pasal dah ramai yang dorang buat Follow Dan Blah tu.

So nanti akan tiba satu masa,blog kau akan jadi superb best,tapi still,tak ramai nak baca. Jadi lah kau seorang mangsa yang tertipu dengan Keinginan nak ada follower ramai. Orang yang follow kau masa blog kau best tu je yang jadi loyal reader kau.

Jadi sekarang,adakah kena ikut cara kau sorang je,atau ikut cara kau yang bersesuaian dengan kehendak reader? Fikir sendiri.


Iklan PSP. Guna je lah


Jadi,perlu ke nak agungkan sangat dengan bilangan follower ni? Cuba lah follow cuma kalau nak terima update saja. Follower boleh jadi beribu ribu,tapi bilangan follower tak menjamin kualiti blog kau. Tapi kualiti menjamin bilangan follower.

Bukan follower je. Dia menjamin sebahagian besar dalam blog kau. Agak agak tu dalam 70% la. Lain lain tu,connection kau dengan readers. Blog Promoting,Blog Walking,Comments,tegur sapa antara bloggers,etc etc.

Sekarang,bila dah baca semua ni,still agungkan bilangan follower lagi ke tak? Kalau ye,baca balik dari atas sampai habis.

Nota Kaki Kucing Serius: Hopefully entry ni tidak hurt siapa siapa atau mana mana blogger. Ini hanyalah sekadar perkongsian berdasarkan realiti.

Monday, July 25, 2011

400 yang wangi.

400 yang busuk. Angka 400. Yeaa betul. Mengapa? Bukan pasal dia memang busuk. Hehe. Tapi nama dia budakmusyuk. Nama blog dia,blog budakmusyuk. Alolololo mucuk mucuk cayunk cayunk.

Ehem.

Okay. Follower aku kali ni dah naik 400. Hari ni,tarikh 25 July 2011 baru naik 400. Sebelum ni follower aku naik 300 masa 14 July 2011. 11 hari naik 100 orang. Syukur. Syukur Alhamdulillah. Ada yang berminat nak follow blog aku ni. Huuu. Blog kucing yang mengada ngada dan Serius Comel. Ehem.



I would like to wish Thank You,Thank You So Much to all my readers,to all my followers,and everyone yang bagi support dalam blog ni,Group SBC,Sahabat Blogger,Haikal Kronik dan jugak Namee Roslan. Banyak kata kata semangat korang bagi yang buatkan aku nak terus nak blogging non stop. Dan yang paling penting? To you. Yes,you. The one that is reading this right now. Thank You.

GUA NAK NANGIS SOB SOB SOB. Ehem.

So kali ni,blog yang bertuah nombor 400 would be,


Itu diaaa header


Dia gelar diri beliau budak musyuk. Aku yakin yang beliau selalu mandi pagi,tak lupa juga petang. Malam tu aku tak tahu lah. Tapi aku tak tahu mengapa dia gelar diri beliau budak musyuk. Apa apa pun,jangan lupa kita terjah dulu blog dia okay?

JOM!

Sunday, July 24, 2011

Kehidupan Seorang Blogger Yang Mungkin Orang Tak Tahu Kenapa Dorang Buat Macam Tu.

Lately ni,ada studiomate aku condemn dan memandang rendah pasal blogging world ni. Kenalan la. Studiomate. Cakap konon pasal orang tak baca,orang cakap apa semua benda.

Bagi aku,tak tepat. Agak tidak berasas cakap dia. So kat sini aku nak jawab soalan orang ramai pasal kenapa dan mengapa yang common.



1.Kenapa Ping Blog? Promote kat FB apa semua?

a)Targeted Readers.
Bagi aku,aku target semua jenis golongan untuk baca blog aku. Ada yang baca blog aku tu datang dari FB,dorang yang takada account blogspot. Ada pembaca pulak yang,ada account blogspot.

Setiap kali aku post entri,aku akan cuba bukak peluang untuk semua jenis golongan nak membaca. Dorang yang dari FB,dorang yang guna Mobile,dorang yang memang datang dari group group blogger,etc etc.

Dan memang,aku dah ada dorang yang loyal readers from FB aku sendiri,account Hairil tu. Friendlist aku seribu lebih. Kenalan sahaja dari Sekolah Rendah sampai sekarang kat UiTM. Bila aku tak promote,memang akan ada yang tanya kat aku.

"Weh,kau update tak entri kau hari ni?"
"Aku update je. Cuba check. Kenapa?"
"Malas la nak check. Aku tengok hari ni kau tak promote pun kat FB kau. Huu. Aku nak baca hari ni punya. URL aku tak ingat,selalu click je bila kau promote."
"OHHH hahaha. Sorry lupa. Aku guna account lain je untuk promote sekarang."


Yes. Readers aku merangkumi those yang tak ada Google Account untuk follow,ataupun dorang yang arif pasal NetworkedBlogs ke apa apa ke semua. Bila aku buat,aku buat untuk tatapan Umum. Blog aku rated U.

Bila aku nak tahu respon dorang macam mana? Pasal tu aku pentingkan Like button. Bila dorang suka,dorang like. Those yang ada advantage untuk comment,boleh je comment.

b)Bloggers yang malas.
Memang ada certain bloggers yang malas. Malas nak follow,malas nak comment,malas nak itu ini. Tapi dorang selalu jadi silent reader. Aku lah tu. Kadang kadang je dorang akan comment. So,macam mana nak tahu respon dari dorang?

Like button. Again. Satu click je.



Selain tu jugak,aku nak highlightkan bloggers yang malas nak bukak Dashboard. Bagi aku,Dashboard ni sangat lembab. Susah. Aku tak suka lembab lembab. So aku akan cari Group Group Blogger,shoutbox,bloglist dan Facebook aku masa blogwalking. Bila aku suka satu satu blog tu,memang aku akan follow untuk taknak hilang contact. Kalau betul betul suka,aku akan letak kat Bloglist.

Untuk any update lain lain? Aku akan rajinkan lepak kat group group blogger kat Facebook. Bila tak ada apa apa,baru aku bukak Dashboard.

Pasal tu aku akan promote dekat Facebook dan jugak Group Group Blogger selalu. Aku target dorang jugak yang suka membaca tapi malas menunggu atau any reason lain yang mengganggu masa. So,bila ada update,kalau dorang bukak group group blogger atau Facebook tu je,dorang dah boleh dapat update dah.

c)Waktu yang berjalan.
Kadang kadang,ada orang yang kesempitan masa. Macam macam. Ada yang masa lapang dia waktu pagi,sempit waktu malam. Ada yang sempit waktu pagi,lapang waktu malam. So,bila aku promote pagi dan malam,kedua dua dorang tu ada peluang nak baca.

Ada readers aku yang tak ada blog habaq kat aku pasal ni. Sejak tu aku rajinkan promote kat Facebook. Check news feed je dorang dah boleh dapat update. Which means,dorang tak perlu susah susah nak godek sana sini semata mata nak cari blog aku.

Biar dorang senang nak baca. Satu klik je dah boleh pergi post baru aku.

Bila promote kat Facebook masa pagi,nanti malam of course post tu tenggelam kan after orang lain post updates apa semua. Nak godek balik,leceh nak search nama profile orang,etc etc. So,senang. Promote je kat Facebook selalu,orang dapat kat News Feed.



Baca atau taknak,terpulang. Kalau suka bila dah baca,like.

2.Apasal kau buat blog?
Orang buat blog ni,subjektif. Terpulang. Ada orang buat nak letak ideologi sendiri. Ada orang buat pasal untuk jadi diary.

Bagi aku,aku buat untuk kepuasan diri aku. Aku jenis yang banyak berfikir,tapi aku taknak semakkan kepala aku berfikir banyak. Banyak lagi tanggungjawab aku yang lain. So aku letakkan semua apa yang aku fikir kat satu tempat. Aku tak suka menulis guna tangan,tapi aku suka menaip. Aku tak suka bercakap,tapi aku suka bertindak.

So,bila aku bertindak dengan meletakkan segala apa yang aku fikir kat sini pun dah cukup,dah memadai. Aku rasa puas.

Readers aku,Umum je,senang. Siapa nak baca,baca. Kalau taknak baca,tak apa. Bila aku update,dorang boleh nak baca. Readers aku pun,Satu Malaysia.

Tak kira siapa,boleh je nak baca. Family aku sendiri pun baca blog aku.

3.Bila kau ada masa nak buat blogging ni? Habis tu hidup kau macam mana?
Hidup tetap hidup. Realiti tetap realiti. Blogging tetap blogging. Kaitan blog aku dengan hidup,sangat berkait rapat.

Aku banyak buat benda secara serentak. Bila korang nampak aku dok main Facebook ke,tak semestinya aku fokus kat Facebook semata mata. Boleh jadi je aku tengah buat benda lain ke,semua sambil sambilan.



Dan blog? Yeah. Aku cuma post entri bila ada kesempatan je. Dari celah celah sibuk kehidupan seharian,aku akan post entri kat sini. Masa terluang tu lah,masa aku update entry. Lain lain tu,aku banyak multitasking.

Pasal tu agak kadang kadang je aku comment kat blog orang lain. Pasal masa. Yes. Everyday life aku memang kesempitan masa sebenarnya. Sorryyyyyyyyy takkkk replyyy commennttttttt. Bila betul betul free,esoknya tu aku takda aktiviti,malam tu aku segar bugar,baru aku rajin comment bila blogwalking. Otherwise,aku akan jadi silent reader yang cuma Like merata rata post yang aku suka.

Mungkin ada yang tak akan faham,kenapa orang buat blog,kenapa orang promote,kenapa itu ini,macam macam. Kena ingat,benda ni subjektif. Kalau blogger tu nak orang baca,tapi tak promote. Sama je macam bercakap dengan dinding.

Namee Roslan pernah bercakap "Kena build connection dengan readers." Cara Namee,dia selalu blogwalking,comment tempat orang,etc etc. Dia ada cara dia tersendiri untuk build the connection. Tapi cara aku,aku promote kat FB. Biar dorang yang bukan blogger pun,mampu nak baca blog aku. Kalau ada blogger lain berminat,follow untuk more update selalu.

Bila dengan bloggers yang lain,aku akan tegur sapa dan comment bila dorang ping blog dekat group group blogger memana.

Lagipun,kalau promote kat FB,bloggers boleh baca,non bloggers pun boleh baca. Lain lain,terpulang. Dari sini,aku dapat pastikan yang blog aku bukan blog mangsa bilangan follower. Dimana follower berlambak beriban,readers sikit.

Blogs are not just typical blogs. They are reading materials,voiced out from people's view. To know what people may think,to know what other people had experienced,this is the medium.

Kaki Gajah dan Short Skirt.

Pelita Nasi Kandar. Terbaik. Nasik kandaq memang menjadi favourite aku dan family aku sejak kecik. Tak kira bila,family aku memang suka makan Nasi Kandaq. Kalau dulu,rasa nak makan Nasi Kandaq je memang gerenti akan balik Penang. Jadi,kitorang pun memang akan selalu balik Penang every weekend. Tapi sejak dah tau Pelita Nasi Kandaq kat sebelah KLCC tu dah ada masa 2004,sejak tu dah jarang dah balik Penang.

Pelita terbaik baii! Mamak tu pun dah kenal.



Tadi aku makan kat sana la. Nikmat. Dalam seminggu ni je dah kali ke berapa dah makan sana. Sanggup drive from Sungai Buloh semata mata to have a good Nasi Kandar.

One thing yang best,kat sini kalau makan,memang paling best cuci mata. Macam macam orang ada. Seriusly macam macam. Yang aku nak highlight dalam story ni pasal tadi ni aku makan kat sana.

Aku habis makan,tangan belum basuh lagi. Sedang aku menikmati Teh Ais yang penuh nikmat dan heaven tu,tetiba aku nampak ada kaki gajah pakai short skirt.

Terus aku tersembur. Pastu bantai gelak guling guling. Okay fine bukan la guling guling.



Okay. Aku memang dah fikir lama dah pasal benda ni. Tapi tadi yang paling buatkan aku gila. Adakah kaki gajah dan short skirt itu relevan? Kepala aku jammed terus nak cari jawapan yang logik dan boleh diterima akal bila imej sepelik begitu muncul di depan mata aku.

Bagi aku,bila aku nampak ada orang pakai short skirt,memang akan ada muncul macam macam soalan dalam kepala otak. But,bila tengok orang yang pakai short skirt tu,sekadar boleh jawab lah jugak sendiri soalan tu. Still ada relevance dia yang tak relevan.

"Mungkin dia rasa dia hot,dia nak tayanglah asset tuuuu kannnn" Jawapan standard bagi nak letak jugak logik tu setelah fikir dari banyak banyak sudut.

Tapi bila kaki dah gajah,aku tak faham apa yang dia cuba nak tayang. Tak logik. Tak logik. Rasa macam Incorrect Password dalam kepala otak aku.


Gajah pun malu nak pakai short skirt. Dia lagi sedar diri tau!


Honestly,aku kesian dengan orang orang yang ada understanding agak,pelik macam tu. Sumpah kesian. Bukan kaki gajah je,but,orang yang trying hard to look seksi sampai lupa aurat,sanggup tanggalkan dan lagi bangga jadi "barang murah".

Mekap tebal nak mampus macam badut. Kening cukur habis sampai nampak macam,err,entah lah. Ketiak hitam pun nak tayang jugak kat public. Peha gelebeh nak pakai legging.

Untuk apa semua tu? Nak kata fashion,bukan style pun. Nak kata seksi,buruk. Nak kata cun,FAKE pasal mekap.

Nak suruh lelaki hormat bila kau dah macam tu? Sorry. Nak buat calon bini pun tak boleh. Bukan pasal kau tak cun. Tapi pasal kau seksi. Dah la tak cun pakai seksi.

Maaf entry kasar.

What is the definition of Aurat?



Bila korang tengok video ni. Apa yang korang nampak? Selain Architect yang comel tu

Apa yang aku nampak ada dua benda. Kalau kau sekular,pilih salah satu je.
1.Tuntutan Islam.
2.Menutup keaiban.


Kalau kau tergolong antara dorang yang belum ready nak pakai tudung,its okay. Readykan diri anda. Bila rasa nak pakai,just pakai. However,kalau korang tak berfikiran macam tu,think logically. Because no matter how hot you are,how awek cun you are,when you are showing your aurat it up publicly,

It is so freaking UGLY!

Friday, July 22, 2011

Sesat dalam emosi manusia. Aku tak dapat describe.

Fakers and Wannabes. Manusia. Macam macam. Memang aku masih cuba nak memahami erti manusia. Masih nak faham dalam dalam perangai orang macam mana. Masih nak memahami akal macam mana. Kepelbagaian dunia membelit setiap sudut otak aku. Sampai cramp cramp.

Okay cukup gaya lebat cakap.

Setiap kali aku jumpa manusia,aku akan cuba nak kenal dalam dalam perangai dia. Apa yang disebut,apa yang dia lihat,apa yang dia buat,apa yang dia fikir,semua aku teliti. Aku tak kira. Memang automatik aku akan teliti macam tu. Rasa macam kena,aku layan. Ada rasa tak kena,aku layan je.

Semakin banyak aku jumpa manusia,semakin banyak perangai.


Pengaruh Sinetron sama goe


Ini adalah satu kisah interaksi 6 bulan antara Kekanda dengan si Polan:

"Bila berinteraksi,si Polan cakap ala ala sopan santun. First impression? Baik gilaaaaa. Tapi macam ada tak kena.

Makin lama makin kenal. Oh,suka cakap buruk pasal gua rupanya. Lantak lah. Thanks free pahala! Gua memang dah nampak perangai dia dulu before orang lain.

Masa dah jalan,makin timbul aduan dari member terdekat. Dorang pun kena,malah kena lagi teruk dari gua. Okay. Gua jadi tempat luahan.

Berpakaian ala ala Hip Hop. Gaya pun Hip Hopeless. Cakap aku kau,dan jugak I U dengan semua orang in real life. Bila dalam blog,gua lu dengan gaya,err,pelik.

Setiap wanita akan di mengorat sipolan. Bila gua sendiri nak bercakap lepak lepak dengan yang macam cun,beliau akan potong line tak kira siapa dengan tak hormat. All the time. Bila gua lepak dengan yang tak comel,tak pulak nak potong line. Lantak lah. Sabar lagi.

Yang tak cun,dia pulaukan dan downkan habis habisan. Yang cun,dia sibuk mengekor.

Bila perempuan ada,berdakwah bukan main. Bila gua cucuk dia baik punya nak tengok akal macam mana,dapat pinjam laptop kejap. Pergh,Video Blue 40GB! Fak. Tokey kedai handphone gua dulu pun tarak banyak macam ni. Lantak lah. Sekarang dia dah delete kot time cuti ni.

Gua ping blog,dia sibuk buruk buruk kan pasal blog,serentak masa aku duk aktif ping blog dulu before 2nd FB Profile gua ada.

Sekarang? Dia stalker blog gua. Setiap kali gua update,setiap kali tu dia tak puas hati. Bila ada orang bukak mulut,dia sibuk batu api."


Tak faham? Baca balik story dari atas sampai habis.

So,that is the story about interaksi Kekanda dan jugak Si Polan. Bila aku tengok balik story tu,aku tak faham. Si Polan nak kejar apa? Kekanda cuma dengan hidup dia je. Tetapi di setiap corner Kekanda buat,Si Polan akan muncul menyelit dan menyusahkan. Mahu upkan diri tapi member mutual Kekanda dan Polan dah tahu siapa Polan sebenarnya. Elok lah,dah hujung hujung baru dorang nak sedar.

Memang aku tak mengerti. Manusia jenis apakah itu? Aku tak dapat nak describe. Any comments?

Thursday, July 21, 2011

Impresi manusia; Malaysia dan perkataan Sosial.

Aku tadi tak tahu lah kan. Tadi aku macam,banyak pulak ter cat walk sampai blog orang. Banyak pulak entri yang jiwang ambik perhatian aku sekarang ni. Dah banyak banyak entri jiwang pulak tu,aku terbaca jugak blog yang cerita pasal masalah sosial. Sosial kononnya. Dan dalam banyak banyak tu,aku notice satu ayat yang dia cakap.

"Selepas menamatkan alam persekolahan, aku mula menjadi liar. Aku mula berkawan dengan teman-teman yang sosial."

Okay. From that ayat,apa yang korang nampak?

Bagi aku,aku nampak yang dia nak highlightkan dengan story beliau,being sosial itu liar. Perkataan Sosial,dikaitkan dengan kehidupan yang liar. Bila liar je,berkawan dengan orang sosial. Kalau baik je,tak bersosial.



Aku memang jenis yang berkawan pelbagai jenis manusia. Tak kira sesapa pun,aku kawan je. Fine,aku admit,aku memang agak friendly. Bila ada manusia,aku berkawan. Boleh join lepak,borak borak,etc etc. Sejak dulu lagi kecik kecik,sampai sekarang.

Dalam banyak banyak kawan aku tu,tak kira lah,memang ada yang datang dari golongan budak alim,budak rempit,anak orang kaya,anak orang kurang mampu,budak bandar,budak kampung,budak sekular,etc etc. Kalau nak senaraikan,panjang pulak entry. Semua benda ni membuatkan aku rasa lebih terbuka. Aku dapat dengar semua opinion,dan aku dapat rasa perasaan semua golongan.

Tapi,bila ada orang label aku bila dorang kata aku ni sosial pasal bergaul dengan budak budak jahat,aku rasa sangat tak munasabah.

Apa tu sosial?

"seeking or enjoying the companionship of others; friendly; sociable; gregarious." Sumber: Dictionary.com

"bersosial bergaul atau bercampur dgn masyarakat." Sumber: Carian PRPM DBP Malaysia.


Tapi apa yang tipikal orang Malaysia sekarang fikir?

Being social bermaksud menjalani kehidupan yang liar,pergi mabuk,pergi jalan sana sini,seks bebas,remaja bermasalah,bla bla bla.



Masa dulu aku,aku sekolah biasa. Masa aku kat sekolah biasa,aku hot setap pengawas masa tu. Bila dah pengawas,ada title sikit,biasanya memang kena bergaul lah kan. So from there,aku automatik terlatih diri aku bergaul dengan ramai orang. Dan memang dah jadi kebiasaan.

Sekali bila tetiba aku masuk hostel masa Form 4,aku cuba lah bawak budaya tu dalam diri aku,aku expect kat SBP semua rileks je. Memang standard SBP pergaulan agak konservatif,tapi aku bergaul dengan ramai orang tak kira kepala. Aku layan je semua. Tapi bila dorang tengok,dorang pandang pelik. Masa awal awal aku hidup kat SBP,macam macam aku kena terjai.

"Eee kau memang sosial eh bila kat luar? Kira gaul bebas gila lah lelaki perempuan?"

"Weh aku tengok sekolah lama kau tu,memang sosial gila kot dorang,duduk lepak ramai ramai rilek je. Eee budak kita pun selamba dorang layan. Aish. Aku tak boleh doh."

"Maaf ye,kami tak mengamalkan hidup sosial kat sini. Akan mengundang kepada bla bla bla..." *aku sambil duduk tercangak blur tengah fikir apa salah aku buat. Jarak jauh gila lelaki dengan perempuan,nak kata dating,tak,kitorang duduk satu geng duk study*


Bila dah habis pulak,aku masih jumpa komuniti yang memang macam ni kat luar,tak kira mana mana aku pergi. Aku rasa sangat tak patut. No wonder Malaysia dilabelkan sebagai negara minda kelas ketiga.



Faham tak situasi dia macam mana? Kehidupan liar adalah bukan sosial. Liar tu adalah liar. Kehidupan sosial adalah sekadar kehidupan dimana korang bergaul dengan semua orang,tak kira siapa,asalkan boleh buat member. Adakah seorang yang sekadar mahu bergaul dengan orang ramai,boleh di claim pergaulan bebas atau hidup liar? Adakah liar itu berkehidupan sosial?

Tak jugak. Liar tu cuma bergaul dalam kelompok yang liar. Bukannya bersosial dengan orang ramai pun.

Tak percaya? Cuba letak je perkataan sosial. Nanti dorang akan fikir bukan bukan yang so sial.

Spontan sepenuh penuh spontan.

Gabungan entry Gangster by Haikal Blank dan jugak Perempuan Memang Macam Ni by Aan Raihan mengingatkan aku kat satu story lama ni,masa aku hujung Form 5.

Okay. Ada sekali tu,aku duduk lepak dengan kawan kawan sekerja aku. Memang,masa tu setiap minggu memang akan ada macam company members yang jauh datang,kira macam gath la,dan semua akan kumpul kat satu tempat. Port biasa,dekat Pak Li Kota Damansara.

Apa yang macam best? Bila aku tengok muka dorang,masing masing muka gangster,muka pukul orang. Cakap Lu Gua Lu Gua. Kereta besar besar. Kira,kalau first impression,memang akan takut kalau tengok dorang. Badan pun besar besar. TETAPI,

Bila nampak kucing,masing masing cair.

"Ehhhh kucingggggg. Comelnyaaaaaaaaa. Meh meh sini meh. Come to Papa! Come come meh duduk atas perut abang. Alolo mucuk mucuk meh!" Lalu tertonjol lah the other side of them.

Apabila muka gangster tapi dalam hati ada taman kucing. Even aku pun takdalah over main main kucing macam dorang.



Dekat Pak Li Kota Damansara tu,dengan penuh obvious muka muka gangster tu dukung je kucing tu atas riba,main main,pastu main passing passing. Boleh bayangkan? Suara garau berubah jadi suara comel. Muka gangster macho terus berubah jadi muka berbunga.

Serius tak boleh blah. Kucing Serius.


Yang penting gua tarak garu bontot macam ni.


Moral of the story? First impression is a liar. Do consider knowing a person more,always. ;)

Tuesday, July 19, 2011

Lady Drivers.

Setiap kali bila aku drive,memang akan ada beberapa situasi wajib memang aku akan lepas. Aku tak mengerti kenapa. Kalau tak jumpa tu memang tak sah. Adakah aku drive terlalu laju atau memang takdir aku akan kena tempuh dorang dorang ni. Tak kira,memang dari dulu sejak aku drive kereta Kancil bertampalkan "Pemandu Sedang Belajar",sampai sekarang. Memang aku akan jumpa situasi sebegini. At least,akan ada satu dari banyak banyak ni.

Situasi Pertama:
Tengah pecut kat lane kanan sekali. Tiba tiba,ada pulak satu kereta ni bawak lambat gila teramat. Stress. Sungguh stress. Aku flick flick lampu aku,dia taknak jugak masuk kiri. Flick lagi,tak gerak gerak. Lane tengah and kiri sekali,kosong je,banyak ruang nak masuk.

Fine. Cuba potong ikut kiri.

Tengok tengok dia masuk kiri tiba tiba. Apahal dia ni,tak signal tak apa?

Aku masuk balik lane kanan. Potong kereta tadi tu,aku tengok perempuan yang drive.

Ohh,perempuannnn.

Situasi Kedua:
Masa nak masuk parking. Oh shit,parking penuh. Jalan jalan pusing pusing,nampak perempuan sorang nak masuk kereta. Okay dah, tunggu. Dapat chup dah tempat tu. Dia pun dah masuk kereta.

5 minit kemudian,okay sabar. Tunggu tunggu. Dah dapat parking ni.

10 minit kemudian. WTF apahal lama gila?

Aku flick lampu. Dia nampak. Siap bagi signal 5 minit lagi. Okay fine aku tunggu.

Tengok tengok dia tengah make up pulak.

Perempuannnn.

Situasi ketiga:
Okay aku nak cepat. Bawak laju laju lah kereta ni. Tiba tiba ada satu kereta ni,makan jalan. Drive kat atas garisan putih,dengan slow yang teramat. Pastu orang pun hon lah. Terus kabut kabut aku nampak dalam kereta tu,pastu lagi tambah slow. Nak kata tampal P,tidak.

Pastu dia baru slow slow rapat ke kiri,masuk lane betul,itu pun tayar kanan dia dah nak reach garis putus putus tu dah. Aku potong.

Tengok tengok,perempuan yang drive. Drive dengan muka tercangak cangak. Nampak aku kat sebelah dia,makin jauh pulak dengan kereta aku.

Laa,perempuannnnn.

Situasi Keempat:
Masa tengah cari parking,okay,ada kereta nak keluar. Aku tak tahu lelaki ke atau perempuan dalam tu. Fine,masa tu,tempat parking sangat sempit,dan banyak kereta. Okay eksaited eksaited. Cepat cepat chup signal kiri.

Oh shit,takleh rapat kiri pulak. Alah,kereta belakang tengah tunggu.

Dia dah mula keluar. Tapi lambat macam siput. Kiri kanan kereta banyak lagi ruang. Kereta dia masuk ikut depan,so,bila nak keluar tu dia reverse lah kan.

Slowly,and slowly dia reverse. Kereta kat belakang ni dah makin banyak.

Lagi slow,lagi slow.

Slow yang amat.

Kereta arah depan sana dah hon. Kereta dia terhenti pulak. Padahal orang tu hon suruh cepat. Dia ingat dah nak kena. Terus dia ni masuk dalam kotak tu balik. Kereta kereta dari arah depan tu jalan dah sambil muka menyirap.

And then the waiting repeats again. Aku rasa kalau ada siput gergasi parking situ dah lepas berapa kali dah.

Bila dah keluar,ohh,baru aku nampak.

Perempuan.



Aku bukannya seksis. Serius aku bukan seksis. Kucing Serius. Tapi ada certain certain condition yang memang menyebabkan aku terpaksa labelkan sebegitu. So far,setiap kali aku bawak kereta,driver huru hara yang aku jumpa,perempuan adalah 90% dari semua tu. Mengapakah ek? Lagi 6% tu cuma lelaki yang dah tua,yang tu aku faham sangat lah. Lagi 4% tu,lelaki.

Adakah memandu kereta ini umpama memasukkan baju ke dalam mesin basuh? Adakah memandu kereta ini umpama melipat kain? Adakah memusingkan stereng kereta tu rasa macam basuh pinggan?

Aku tidak pasti.

So ladies yang drive,tolonglah respon kat sini. Tolonglah,aku merayu. Aku nak tahu. Kenapa dan mengapa. Apa yang korang fikir sebenarnya masa tengah drive. Serius. Aku nak tahu. Yang lelaki pulak like lah entry ni berjuta kali hehehehehe.

Monday, July 18, 2011

Ini Adalah Blog Review Yang Serius. Kucing Serius #1

Title serius kan? Serius bagaikan Kucing Serius. Yes. Aku kali ni memang dah consider lama dah pasal blog review yang serius ni,tapi aku saja je nak tangguh tangguh dulu. Rasa nak tengok tengok dulu keadaan semua.

Tapi kali ni,memang aku nak post jugak. Aku tak kira. Sungguh tak kira.

Ada sorang aku nak review kan kali ni. Ini adalah review yang ikhlas dan serius. Aku rasa nak highlight sorang ni. Aku tak mengharapkan apa apa. Aku nak korang tengok blog dorang ni je. Satu blog yang bagi aku,susah nak jumpa bila blogwalking. Ini bukanlah satu blog personal yang tipikal.

Blog siapa yang aku cakap? Blog TheAanRaihan.

1. TheAanRaihan. Malaysia's Next Top Female Calon Menantu Mak.



Ehem. Okay dah. Jangan pandang lama lama.

Kenapa aku rasa macam nak review blog yang satu ni? Well,senang. Aku bukan nak cakap apa.

Cik adik Aan ni merupakan seorang sahabat group aku dalam group SBC,SeMaC Blogging Community. Dia ni jugak budak kuliah aku masa dulu kat Kolej Matrikulasi Selangor. Nampak obvious perkembangan lemak potensi blog beliau.

Bagi aku,susah nak cari blog personal perempuan yang seronok nak dibaca. Serius susah. Selalunya,kalau blog perempuan,aku cuma akan terbaca blog yang,gewdik gewdik nak cerita pasal mekap diri,tulisan macam apa,gambar penuh satu blog,suruh vote itu ini bla bla bla. Tapi yang ni aku tengok,simple dan seronok. Memang dia cerita pasal personal,tapi cerita dengan cara yang seronok.

Gaya penulisan yang kemas. SANGAT sangat kemas. Memang favourite aku bila penulisan kemas. Tambahan lagi dengan font dia yang simple dan senang dibaca.

Lagi satu yang paling best,kalau baca dia punya entry,dia punya feel tu pulak yang sampai kat readers. Cewah. Tapi serius.


Blog beliau simple je. Tapi entry seronok. Ni header beliau


Hari tu aku promote,ramai yang agree dengan benda ni. Honestly,bagi aku cuma ada dua tiga je blog perempuan yang boleh bagi rasa macam tu,which is yang aku akan review lagi on the next Review Kucing Serius.

Sekarang,finally dia dah masuk group Sahabat Blogger. Peewit. Sebelum ni dia malu malu kucing serius nak promote kat situ. Tapi lately ni sejak aku sendiri yang promote hari tu sekali je ping blog dia,dan follower naik terus dari 99 terus ke 133 dalam 3 hari. Aku invite dia masuk group SB. Seorang blogger yang dia claim dia masih baru. Tetapi potensi blog beliau sangat besar.

Dan aku decide nak review pasal blog dia,dan yang lain lain yang favourite aku nak membaca. Blog lagi best dari dorang yang follower beriban riban.

Dengan itu,jom kita ramai ramai terjah blog dia jom! Kalau rasa nak like dia punya page, klik sini atau pergi kat blog dia. Dah ada dah :D

Sunday, July 17, 2011

Follower 333



Hehe. Hehehe. Hehehehehe.

Okay. Hari tu hari Khamis,follower aku dah naik 300. Sekarang,dah naik 333 pulak. Angka yang cun melecun. Syukur jugak naik 33 orang dalam masa 50 Jam. Masih slow lagi aku ni rupanya. Huuu. Kena work harder ni!

Bersyukur jugak ada yang nak follow blog kucing yang tak seberapa ni. Huuuu.

So sekarang,nak tengok siapakah beliau yang bertuah itu?


Ini lah beliauuuu! Cik Adik Siti Noraien! :D


Untuk pengetahuan korang,beliau pun follower dia 333 jugak! Kebetulan ni. Adakah ini jodoh?

Ehem.


Okay aku tak follow lagi pasal taknak spoil nombor cantik ni hehe


Okay. Jadi sekarang,jom kita terjah blog dia okay? Blog dia comel. Jom jom :D

Saturday, July 16, 2011

Lighter dan neraka.

Malam ni Nisfu Syaaban. Mak aku dari Asar tadi dengan penuh kata kata suruh get ready dan bersedia untuk pelbagai aktiviti lepas Maghrib tadi. Okay la. Rugi kalau lepaskan malam ni.

Masa lepas habis baca Yassin tadi,tiba tiba aku teringat satu ayat yang disampaikan dari Rasulullah S.A.W yang membawa maksud "Kalau nak buat maksiat,buat di tempat dimana Allah tak nampak". Ayat detail aku tak ingat,tapi maksud tu macam tu lah.

Okay itu sangat mendalam. Mula kepala aku berjalan jalan pikiaq macam macam.

Lepas tu jari aku terkena panasnya lighter yang aku tengah pegang waktu tu.



Daripada lighter tu,aku teringat lagi ada senior aku dulu dulu bagitahu aku satu story.

"Dude. Just now the ustaz told us a real deep story about Hell. Shit now I'm scared"
"What's up?"
"Ya lah,imagine that you are in a hole,filled with fire,and you are burnt with non stop regenerating skin. Bakar sikit je then your skin dies,and then regenerates,die again and then the whole cycle repeats for like thousands of years."
"Ohh kayyy"
"Those yang kena sula tu lagi lah. Masuk kena sula,hancur dalam kan? But then nanti dia build up balik semua jadi normal then the cycle repeats again. Shit. The ustaz really told us very detailed you know. I'd better stop making out from now on. Even api lighter pun aku tak tahan sakit dah mencarut carut."


And he really did. Terus dia tak tinggal solat lagi dah sejak tu dan banyak berubah. Sejak hari tu jugak,lighter menjadi satu benda yang simbolik yang mendalam bagi aku.

Bila tengok balik lighter tadi,aku pelik. Sedangkan api lighter orang tak dapat nak tahan panas,macam mana lah kan nak tahan api menyambaq nyambaq nanti? Aku rasa macam,gerun. Lighter ni selalu jadi reminder bagi aku kadang kadang. Pasal ia bukan sekadar simbol merokok,ia simbol penyalaan api. Api tu yang dok sambar sambar dalam Neraka nanti.

Sekecil kecil lighter dalam kocek ni,pun boleh jadi reminder. Ye lah. Cuba korang bakar jari seminit. Sedap tak? Seminit je aku mintak,tak lama. *sambil buat muka comel*

Bayangkan pulak kalau api lagi besar nanti? ;)

Sekali lagi gua nak tekankan.

Okay. Aku berikan korang semua beberapa situasi based on the true story.

Situasi pertama:
Pasal artis yang independent,dari dulu sampai sekarang. Tak kira artis tu macam mana pun,kalau dia naik dengan usaha sendiri,anjurkan gig sendiri,buat apa yang patut untuk naik tapi guna usaha sendiri,hasil dan outcome dorang memang sangat best kan? Memang lagu dorang best kan? Sekali sekala,memang akan ada organizer yang rasa nak ambil dorang buat perform atau apa apa untuk reviewkan dorang ni.

Tapi bila dah naik,mula masuk mainstream. Sekali masuk mainstream,perangai dah berubah,lagu dah berubah,semua berubah. Peminat yang dulu depa layan,depa cari,depa dekati,sekarang semua depa layan gitu gitu je. Sampai dekat gig memana terus semua crowd tunjuk jari tengah kat dorang.

Hasil? Semakin ramai yang lari.

Situasi Kedua:
Artis segera. Macam Akademi Fantasia,Malaysian Idol,Mentor,dan apa apa lah yang sewaktu dengan depa. Artis artis macam ni memang senang naik,pasal TV dah tunjukkan muka depa terang terang dari awal. Lepas tu,mula TV promotekan pasal diri depa tu. Memang naik tiptop. Segala FC apa semua wujud,pastu sampai satu Malaysia tau siapa depa.

Menyanyi sumbang mambang pun orang minat bagai nak rak,undi itu ini.

Habis je tv,memang bilangan ahli FC yang registered tu tinggi,tapi perhatian adalah jauh amat kurang diberi banding zaman zaman masuk TV dulu.

Hasil? Semua orang ingat gitu gitu je pasal dorang. Cuma ada certain yang survive famous,lagu best,nyanyi sedap semua,tapi boleh kira.

Situasi ketiga:
Artis artis yang ada bakat,tapi naik guna orang tengah. Macam syarikat rakaman lah contoh. Memang syarikat tu sedang sedang je,tak kaya mana macam channel TV,tapi dia yang tolong artis tu dari awal sampai lah dah famous. Sedikit demi sedikit dia naik. Dan bila dah betul betul naik,memang akan sentiasa ada peminat setia yang telah minat pun sejak awal sampai akhir.

Macam biasa,ada zaman naik turun jugak. Tapi ramai je yang still minat,dan lagu lagu lama still dimainkan.

Hasil? Peminat yang betul betul setia adalah lebih ramai.

Situasi keempat:
Artis Indie jugak. Diri mereka je yang naik atas diri dorang sendiri,panjat sana sini,perform sana sini,semata mata nak naikkan hasil dorang,masuk mainstream dengan hasil sendiri. Pada masa sama,dorang sangat ramai peminat. Macam situasi ketiga,tak kira bila up or down,dorang ni sentiasa ada peminat setia,tak pernah miss dengar lagu baru,etc etc.

Dorang ni sentiasa layan peminat dengan penuh mesra,tak sombong,sangat humble,dan pelbagai lagi nilai murni rakyat Malaysia tu depa tunjuk.

Hasil? Semakin bertambah dan bertambah peminat dorang.

Fikirkan balik semua situasi situasi ni. Applykan dalam dunia blogger. Bukan group Dunia Blogger kat FB tu,tapi in the blogging world itself. Fikir dalam dalam. Apa yang korang nampak paling obvious?

Follower yang ramai nak batak,tapi isi blog? Perit membaca.

Jessica Alba atau Lisa Surihani?

Entry ini adalah di atas permintaan Namee Roslan dan Syazwan Che Deraman,lepas borak borak kitorang siang tadi.


Dulu aku pernah pergi ke Hong Kong dan China masa aku hujung Form 2. Masa tu,biasalah hormon agak membuak buak. Aku rajin cuci mata. Ehem. Masa tu aku tak sayang Malaysia sangat. Apa aku rasa macam Malaysia ni tak best sangat. Semua sekadar gitu gitu je.
Bagi aku,banyak segalalah yang tak cukup pasal Malaysia ni masa tu.

Makanan biasa biasa je,itu lah,ini lah.

Salah satu tu,awek Malaysia tak cun lah. Sekadar gitu gitu je.

Masa aku pergi kat Hong Kong tu pun,aku selalu terfikir yang kenapa orang Malaysia suka sangat lah amoi amoi import dari sana. Aku pergi bawak persepsi yang amoi sana sama macam aweks dan amoi kat Malaysia ni. Ehem. Aku pun start cuci matalah setibanya aku sampai kat Hong Kong Airport tu. Tapi aku baik. Aku cuma tengok pemandangan sekeliling je. Ehem.

Pijak je situ,aku tengok sekeliling. Aku tengok semua muka produk pelik pelik je lelaki perempuan.

Lalu aku teruskan je lah perjalanan. Semakin lama semakin pelik. Aku tengok TV,internet,kata Hong Kong ni tempat model lah,apa lah. Aku ingatkan produk semua cantik cantik lah. Sama jugak bila aku sampai ke Shenzhen,China. Kat sana lagi teruk. Tak cun langsung.

Tak sama macam perempuan KL ni. Dah lah kat China tu duduk sedepa pun bau mulut menusuk kalbu.

Itu baru satu hal.

Dekat Singapore,lagi lah. Muka boyan je ramai

Teringat lagi masa aku kat Sydney,Australia. Macam biasa,aku masa tu aku pegang jugak persepsi yang "Minah salleh ni cun!" macam orang Malaysia fikir selalunya. Tengok kat TV,ye lah,memang lah spesies minah saleh yang kita nampak tu cun. Tapi bila dah sampai,tengok,jalan jalan,



Semua sekadar indah TV dari rupa. And the same thing goes setiap kali nampak pelancong dalam negara ni. Dorang tak cantik pun dari orang Malaysia.

Okay honestly. Ramai yang tak sedar,tapi sebenar benarnya, Malaysia ni,dah listed sebagai antara negara yang paling banyak perempuan cantik di dunia. Land of the angels ek? Antara negara negara kat luar tu macam Venezuela,Canada,Turkey,Thailand,negara Malaysia pun masuk jugak top 20 tu,even tak banyak model Malaysia yang naik international. Depa pun kata,perempuan Melayu ni ramai yang sangat cantik kalau tengok jalan jalan kat public.

Sayangnya,aku dah hilang bukti yang kata pasal tu. Masa tu,aku ingat lagi aku baca masa aku Form berapa entah. Form 5 tak silap aku. Aku ingat lagi artikel tu. Tapi cuba korang pergi je jalan jalan Malaysia,memang terbukti ramai yang cantik.

Macam my Lisa SuriHoney muahx! <3

Tapi ini memang serius. Kucing Serius. Aku agak bersyukur selepas aku dah pergi tempat orang tu jauh jauh,memang aku admit,Malaysia tetap yang terbaik. Bukan nak cakap Melayu je,even,honestly,Chinese Amoi tu pun yang kat Malaysia ni pun,kalau nak compare dengan China,Amoi Malaysia ni tetap lagi ramai cantik dari dorang. Nak ditengokkan overall,perempuan Malaysia memang cantik.


This is my pride, Tanah Air gua.


Pernah jugak aku baca blog sorang Mat Saleh yang duduk kat Malaysia ni masa dulu. Dia pun kata dia suka duduk kat Malaysia ni pasal makanan superb best berbanding negara lain,dan ramai perempuan cun.

Sepanjang banyak banyak tempat dia pernah berhijrah,dia akui kat Malaysia ni memang sangat ramai perempuan cun. Dan dia tekankan,dia cakap SANGAT. Dalam Bahasa Penjajah of course.

Cuba cakap balik perkataan SANGAT tu dalam gaya Mat Saleh.

Dia jugak labelkan corak hidup Malaysia ni sama dengan corak hidup Itali. Pergi mana mana ada makanan,ada restoran. Pastu ramai awek cun. Hidup yang simple. Pastu driver bawak macam haram. Err. Bab driver tu no komen.


Ini bukanlah cik Namee Roslan tau!


Sejak benda ni semua expose kat aku, memang aku rasa tak perlu nak pergi merata rata jauh Arab ke,Turkey ke,Morocco, pasal nak cari menantu pilihan mak aku. Tak perlu aku nak pergi US semata mata nak meminang Jessica Alba. Lisa SuriHoneyCayangBucuk aku dah ada. Kalau dia nak kat Yusry jugak,aku tahu banyak lagi klon dia kat Malaysia ni. Ehem. Rozita Che Wan ada menanti aku. Ehem.

Thursday, July 14, 2011

300. Sparta. Cuma kali ni version lagi tough.

Sejak movie 300 dulu keluar,cerita pasal jeritan jeritan Sparta dan Aum oleh abang abang bercawat nak pergi perang,yang Abang Jambang tu lead jerit jerit sambil tersembur sembuer shower free dari mulut beliau,setiap kali angka 300 keluar aku memang akan asyik teringat kat movie ni. Ya betul. Angka 300 dengan movie Abang Jambang Bercawat menjerit Sparta tu adalah agak sinonim bagi aku.

Okay fine. Aku tak pernah tengok movie ni.

Cuma aku tengok movie Meet The Spartans je,parody 300 tu. Dan aku tengok ulang ulang kali masa dekat KMS dulu masa tuang kelas. Hehe. Hehehe. Hehehehehe.



Kenapa aku tiba tiba cakap pasal Spartans ni?

Nawaitu aku cuma ada satu je. Nak highlightkan satu perkara yang terjadi dengan blog aku. Ya. Dan perkara tu,cuma kaitan dengan Spartans melalui angka tiga digit ni,300. Ada apa dengan 300?



Follower aku dah naik 300 bai! Jom tepuk tangan cara kucing!

Syukur jugak lah angka dah naik 300. Dulu masa follower baru naik 200,tarikh 28 Jun 2011,maknanya 16 hari yang lepas. Syukur Alhamdulillah satu perkembangan dalam bab follower ni. Syukur syukur.

Seiring dengan tu aku nak sampaikan Terima Kasih banyak banyak dengan korang yang baca blog aku. Terima Kasih sangat sangat pasal sanggup baca,kepada semua silent readers,semua followers yang sanggup follow,kepada mereka yang sanggup klik page ni bila aku promote link,dan semua semua yang support dalam blog ni. Tenkiu. Terima Kasih. *sambil lambai tangan ala ala artis menang award*

Okay dah cukup dengan gaya retis.

Sekarang,nak highlightkan siapakah beliau yang bertuah ya amat memiliki takhta 300 ni? Siapakah yang layak bergelar Abang Sparta yang mampu mengambil cawat yang digunakan Abang Jambang dalam cerita 300 tu?



Ya,dan follower bertuah nombor 300 jatuh kepada Tengku Nizam! Seorang member gua yang gua kenal dekat group Sahabat Blogger! Best lepak dengan dia. Aku jumpa dia masa dekat gathering Sahabat Blogger di Times Square,dengan masa tu aku masih berbekalkan ilmu sebagai seorang blogger newbie. Dia baik gila kot. Dan dia sudah berpunya. Harap maaf ye.

Beliau seorang yang sangat bersemangat kuat. Dia sanggup unfollow aku dan follow balik semata mata nak capai 300. Siot. Nak sangat angka 300 yeeee.

Aku memang dah selalu terjah blog dia ni. Blog dia best. Banyak story mory pasal info info berguna,benda macam macam lah. Sangat bagus nak diguna pakai dalam everyday life. Aku jadi silent reader beliau. Hee. Blog dia ada moto sendiri. "Hidup Biar Berpengetahuan". Aku memang setuju. Nampak lah gaya dia ni mementingkan pengetahuan am.


Abang Nizam dah jadi Abang Sparta dah sekarang


Jadi sekarang,oleh kerana beliau sangat mengejar angka 300,anda tak perlu risau apa apa,kerana kita dah ada Abang Sparta yang baru,yang memang memegang angka 300 dalam bilangan follower aku. Dengan itu,jom kita terjah blog beliau ye! Klik sini

Hehehehe Nizam Your Highness,tolong jangan simbah aku dengan air lepas ni. Hehe. Hehehe. Hehehehe. Ampunnnnn

Lovey dovey? Cinta? Apa logiknya? Part 2

Ini adalah entry yang superb panjang. Superb gua cakap.


Kadang kala aku sudah naik penat dengan hidup. Terlampau penat dengan segala tipu helah dunia,tipu helah Syaiton Nirrojim. Penuh benci,menyampah,menyirap,dengan spesies mereka ni.

Tiap tiap hari nak sangat menyesatkan aku dan orang ramai. Aku akui aku masih manusia biasa yang kadang kadang masih tersesat.

Aku perlu selalu nak aware dengan segala apa tindak tanduk aku yang tidak sedar. Kadang kadang,contoh cinonet,bila subuh,masih liat lagi nak bangun. Tapi bila sedar itu adalah waktu subuh,dan sedar itu adalah amanah dan tanggungjawab,aku akan cuba nak lawan rasa liat tu.

Nasib baik aku bernafas lagi waktu subuh tadi.

Aku teringat la dulu dulu aku macam mana masa pagi tadi. Masa zaman dulu dulu, aku pernah been on both sides masa dulu dulu,zaman baik baik dan zaman sekular. Dimana ada satu zaman aku sendiri dulu azan subuh kat surau hampir tiap hari,dan jugak ada zaman aku sendiri selalu mengelat untuk subuh in any means necessary. Antara dua zaman lama aku dulu tu,jangka masa tak lebih pun dari setahun. Satu perubahan yang sangat ketara dapat aku rasakan.

Sumpah,tak best gila rasa dia. Hidup jauh dari rasa tenang masa zaman sekular tu. Semua gara gara pengaruh lovey dovey yang membutakan.

Bercakap pasal benda ni. Macam mana lovey dovey stuff ni boleh pengaruh daily life? Bila korang baca situation kat atas ni,mesti korang rasa macam,tak ada kaitan sangat kan? Antara subuh,dan cinta.

Aku nak cerita pasal kenapa,tak kira sealim alim manusia,tak kira sehebat hebat ilmu agama dalam seseorang manusia tu,macam mana diorang boleh sangkut jugak dalam maksiat.

Macam mana seorang perempuan bertudung labuh,dok gembira gila bersenggama dengan balak beliau lalu tersebar menjadi 3gp hangat Melayu bla bla bla.



First of all yang paling kena ingat,sememangnya kita tidak maksum,memang dah stated lah kan?

Tetapi,ni aku nak tengok dari satu sudut lain. Sudut berada sendiri di dalam "konon Cinta Islamik".

When it comes to Cinta Islamik ni,aku yakin,memang ramai yang bercouple memang akan ada yang kejut balak atau awek korang untuk subuh,ajak berbuat baik,dating tak pegang tangan,etc etc. Paling paling bila rasa hormon naik gila,korang akan bergayut je. Tu je. Paling paling la kalau ikut situasi normal sekarang.

Tapi kena lihat balik,perempuan,bila bercinta,emosi mereka ni adalah diluar kawalan. Semuanya memang akan bergantung pada lelaki. Tak kira perempuan tu sebaik mana,sealim mana,sekuat mana pegangan mereka pada agama. Lagi lagi apabila mereka yang bertudung labuh,mereka akan rasakan cinta mereka terhadap balak dorang tu adalah cinta yang sangat suci. Tapi,itu sekadar RASA je lah. Cinta atau nafsu,tengok pada situasi.

Betul,aku tak tipu. Aku pernah TER tekel budak sekolah agama dulu. Aku tahu lah.

Mereka tetap manusia. Manusia yang berhormon,manusia yang tidak maksum,manusia yang Iman ni selalu turun naik.

Manusia yang bernafsu.

Benda ni semua buatkan aku tak percaya dengan couple muda mudi yang kata dorang tengah on cinta Islamik. I dont believe in it beri beri much. Lambat laun lagi tu nanti adalah jugak yang tersesat. When it comes to cinta yang Islamik ni,aku cuma percaya pada tunang dan kahwin je.

Why Kucing Serius why? Dorang bukan buat apa pun. Loving in such a good condition kot. Bagus gila weh dorang. Couple couple,selalu kejut subuh,apa tu semua.


Minah gambar ni mesti tak baca blog aku ni.


Bila berlovey dovey,aku nak highlightkan satu perasaan ni yang couple akan rasa. Rasa tingly dan seronok tu,memang perempuan tu akan rasa bila in love kan? Rasa macam,indah gila teramat.

Perasaan ni adalah satu benda yang sangat lah bahaya bagi perempuan,tak kira bertudung labuh atau tidak,bertudung ataupun tidak,straight ataupun bisexual. When it comes to perempuan,benda ni bahaya.

Boleh lead kepada sesi mengawan. Kalau tak pun,at least,intro lah.

Yeap. Itu perempuan. Mereka hanya menerima tindak balas yang diberikan oleh lelaki. Kalau lelaki pulak? Apa role dorang?

Mengayat,menyampaikan kata kata jiwang berbunga habis nak muntah. Dan memang,lelaki tak tipu. Mereka cuma akan tertipu dengan perasaan. Dorang akan rasa,rasa syiok,rasa best gila,rasa indah gila,bla bla bla. Dorang akan sampaikan dan expresskan semua feeling tu kat perempuan tu,tak kira dengan ayat romantik cara apa sekali pun.

Contoh:
Satu adegan dating di sebuah pondok terdedah di tepi tasik. Seorang lelaki yang kurus gila,rambut sikat belah tengah,muka skema gigi jongos,baik gila,tak tinggal solat,bersama sama dengan aweknya yang manis,ayu,bertudung labuh. Alasan mereka rasa boleh dating kat situ,pasal tempat terbuka.

"Sayang,saya bersyukur gilerww Tuhan temukan kitewww kan. Saya sayang awak banyak banyak tau. Awak jangan tinggalkan sayewww." <- Lelaki start luahkan rasa indah gila habis lah couple cara Islamik diorang ni.
"Saya lagi bersyukur tau awak. Syukur cangat cangat. Awak baik cangat. Saya yakin awak mampu jadi Imam saya." <- Perempuan yang dengar tadi tu,beri respon. Dua dua rasa best gila after meluahkan. Feeling yang takleh nak describe.

Lalu,bila dua dua dah rasa best dalam dada tu,terus rasa macam dunia ni dorang punya. Dah tak nampak dah orang lain. Berdebar debar,rasa romantik,rasa yang sangat sweet. Takleh nak describe.

Dorang memang duduk dah berjauhan dah,satu hujung pondok situ,satu hujung pondok sini. Namun,bila dah luahkan tu,senyuman dan renungan dilemparkan dari jarak satu depa itu. Dorang tak nampak Syaiton Nirrojim kat tengah.

Bila rasa dah romantik,

Indahnya dunia ini bagai mereka yang punya,suci nya cinta mereka itu,dorang rasa begitu.

Rasa je begitu. RASA JE

Wajah semakin berdekatan,terasa lebih indah.

Dekat lagi,dekat lagi.

Setepek kucupan diberi,mengubah segalanya. Aliran elektrik lalu dalam badan kedua duanya.

Lalu...

"Assalamualaikum. Dah kahwin?" Termuncul lah golongan mereka yang pakai ketayap di belakang mereka,sambil bawak video camera,rakam dorang ni pastu masuk Youtube. Lepas tu aku pun tengok,bantai gelak ramai ramai dengan member.



Nampak tak perasaan tu macam mana? Bukan lah pujuk rayu atau bla bla yang semua orang commonly known sekarang ni. But,cinta itu sendiri memang akan membawa satu jenis perasaan yang susah nak dikawal. Serius. Kucing Serius. Especially bila umur sangat muda,tapi nak "membaikkan" cara lovey dovey dorang dengan setkan yang dorang sedang couple Islamik.

Perasaan tu cuma paling best nak sampaikan tu bila dah kahwin nanti. Makkk,nak kahwinnnnn.

Even kalau bergayut pun,bila perasaan tu dah ada,dia memang akan accumulate dalam diri tu tanpa sedar. Setiap hari menahan perasaan tu,kononnya jaga batasan. Benda tu bukannya rindu,bukannya nafsu,but,a kind of feeling that is hard to be described.

Perasaan tu lah yang akan membutakan diri itu,walaupun tidak lama,tapi sekejap je,dah membawa satu perubahan yang sangat sangat besar dalam hidup kalau kita rasa masa couple couple ni. Daripada hidup yang diberkati dan tenang,nanti slowly dan slowly akan rasa hilang tenang tu.

Perasaan tu yang akan tambah sifat macam macam yang baru dalam diri. Nanti mula lah rasa malas nak subuh,malas nak itu ini,solat laju laju nak siap pergi dating,rasa macam nak start pegang tangan,etc etc.

Perasaan tu akan overcome melalui celah celah amalan korang,yang korang dah claim korang kejut subuh,apa tu semua,korang akan dah rasa "cukup baik sangat" dah bercouple macam tu. Benda tu akan kabur mata korang,bawak korang into something that you may regret.

Percayalah,memang akan dapat rasa obvious perubahan kepada sesuatu yang jauh lain hidup tu rasa bila anda couple. Perasaan yang tidak tenang,tapi kita akan cuba nak deny. Cuba selidik betul betul.

Aku bila hidup single ni dah dapat rasa balik tenang dia.

Sangat tak logik bila orang claim couple Islamik ni. Couple tu,cuma nafsu yang disalah tafsir. Tak ramai yang end up in love yang betul betul love,the pure love.

Now this is the real logic about lovey dovey stuff,part 1

Wednesday, July 13, 2011

SeMaC Blogging Community blog review #2


Logo Sementara group ni


Alright. Setiap minggu,atau dua minggu sekali setiap bulan,aku sebagai admin Group SeMaC Blogging Community akan adakan blog review. Khas untuk tonjolkan bloggers yang datang dari group ni. SeMaC ni apa? SeMaC stands for Selangor Matriculation College,dan kitorang memang ada komuniti blogger sendiri,untuk unitekan bloggers from kolej ni,from kami first batch until the next generations! Tengok,Matriks Selangor hebat tau. Matriks korang ada ke? Booooo

Kali ni dah masuk review yang kedua! Tepuk tangan ramai ramaiiii.

First sekali,tonjolkan muka admin dulu.



Barisan Admin Yang Kacak Hensem Cantik Lagi Bergaya.
Dari kiri; Hairil,Fatin Syafiqah,Ariff Azraai.


Lalu dengan itu,kita mulakan review kita kali ni dengan lafaz Bismillahirrohmanirrohim.


1.Puteri Zahra


Puteri Zahra


Okay. First sekali aku tengok blog dia pink gila. Comel. Serius comel. Penuh dengan karikatur comel comel dalam blog dia. Mini mini things yang bawak buatkan rasa "Alolololo" cenggitu.

Cuma yang aku tengok,bila banyak macam tu,lappy aku macam lambat sikit nak load. Tak tahu pulak saiz berapa,tapi agak lambat nak load bagi aku. Huhu.

Gaya tulisan,comel. Tu je aku boleh sebut. Comel. Serius. Kucing Serius. Dengan penuh pink,dan emoticons emoticons dia letak,nampak comel dia. Blog dia banyak cerita pasal hidup,aktiviti harian,dan pengalaman best best. Agak eye candy jugak blog dia ni ;)


2.Schaza Zedane.


Schaza Zedane.


Aku rasa dia ni memang perasan dia mat saleh atau orang France ke apa. Ahaha. Nama dia Schaza Zainuddin. Nama blog dia tu nama glemer je. Dia ni memang gila glemer sket. Seorang sahabat rapat aku,dan memang sejak dulu kitorang selalu exchange link ni sesama kitorang bila ada update.

Blog ni best! Dia memang stock cakap tak tapis. Tu yang seronok bagi aku. Tengok je lah sendiri blog dia macam mana. Bila tengok blog dia tu memang macam takda insuran lah,but,seronok! Gaya percakapan tu nampak la macam bebelan pedas seorang wanita mengenai keadaan sekeliling.

Dia suka cakap pasal hidup,keadaan semasa,dan apa yang terlintas dalam kepala dia. Memang dia akan luahkan habis kat situ. Cuba tengok blog dia. Dia ni ada potensi nak naik kalau dia offkan transparency layout dia je.

3.Blog Muaz Syamil.


Blog Muaz Syamil


Haa,mamat ni sorang memang sangat sangat ada potensi. Gaya percakapan dia kemas,cuma huruf huruf dia je dia tak guna huruf besar ikut tatabahasa. Tapi kemas,teratur!

Bila baca blog dia,banyak mengenai perbualan pasal keadaan semasa,dan memang,aku dan dengan dia banyak agree pendapat on things. Bila borak borak tu,nampak lah yang dia ni pandangan jauh dan open minded. Sangat caring pasal keadaan semasa.

Beliau ni antara mereka yang membuatkan aku rasa nak bagi header free. Blog dia ada potensi besar,dan aku tahu dia boleh berkembang lagi kalau layout dia semua dicantikkan lagi dengan macam macam ;)

4.Aine Ilina


Aine Ilina


Okay ini makcik ni,blog dia SANGAT KEMAS. Ye aku highlight tu. Sangat kemas. Bila masuk tempat dia,nampak lah kualiti keperempuanan yang ada pada beliau tu. Dia pandai masak atau tak,tu aku tak tahu. Ehem. Tanya lah dia. Hehe.

Blog dia,kalau tengok tu,memang tenang lah. Sangat sangat tenang. Rasa sejuk je. Pasal widget dia pun,okay,tapi tersusun semua. Tak rasa serabut. Simple dan ada identiti sendiri. Cara percakapan dia pun,tersusun jugak dan kemas. Dia banyak bercerita pasal kehidupan dia :D

Tak lupa jugak! Dia ni CSS Specialist kat group SBC. Baru tadi dia tolong member yang masuk baru nak edit edit pasal blog ada problem. Bukti pun ada!



5.The Violet Gurl


Dibah Violet


Okay. Aku tak pasti lah dia peminat band Ungu from Indon tu,tapi yang penting,dia sangat lah ungu violet dalam blog beliau. Yea. Tema blog dia warna ungu ungu violet gitu aku pun tak tahu,tapi cantik.

Beliau ni jenis yang suka meluahkan perasaan dia dalam blog dia. Nampak lah,beliau suka blogging menyampaikan rasa happy dia untuk share dengan orang lain. Yang bestnya kita pun dapat rasa jugak yang dia tengah happy tu. Haa. Beliau ni pun ada identiti sendiri,based on warna purple.

Cara percakapan pun okay,boleh dibaca untuk semua masyarakat umum :D


So far,ini 5 yang terpilih untuk minggu ni,ada ramai lagi untuk direview dalam segmen ni. Setiap hari Rabut kot mungkin,atau dua kali sebulan. Masih tidak ditetapkan lagi. But,apa apa pun,jom terjah blog depa jom!

Untuk blog review minggu lepas,klik sini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...