.

Showing posts with label blogging.. Show all posts
Showing posts with label blogging.. Show all posts

Sunday, February 3, 2013

Menggemukkan Badan.

Lama gila aku tak mengupdate. Serius lama gila. Yang last pun aku update pun pasal apa. Pasal blog aku dah jadi pokok. LOL. Pokok apa pun aku tak tahu. Mungkin bunga. Mungkin pokok durian. Aish. Dapat durian ni sedap jugak ni.

Perit lah gila hidup Architecture ni. Perit tapi seronok. Macam sambal pedas yang sedap.



Rupa aku sekarang.


Yeah. Bila lama aku dah tak update, lama dah aku tak membaca. Bila lama aku tak membaca, memang of course, lama gila dah aku tak bukak blog orang lain. Gila. Jiwa mental torture tak membaca sebenarnya. Aku rasa macam zombie. Zombie kucing yang comel. Makan ikan kembung rebus. Kau apa tau.

To be honest. Aku dah lama tak blogging pun pasal aku dah mula tak berselera nak membaca blog. Aku memang baca je along the way bila aku busy,jadi silent reader, cuma aku tak sempat nak update. And guess what I found. Dalam sepuluh blog aku baca, aku rasa 9 dari blog tu semua mintak like dulu.

Like kau minta, tahi kucing yang comel ku bagi.

Apa Motif?

Aku tak pasti kenapa like dia mintak dulu, baru aku dapat baca. Mungkin dahaga like. Mungkin. Mungkin dia bosan duduk rumah, post blog, tapi takda siapa nak like. Mungkin. Mungkin dia rasa macam nak orang bayar, tapi mana boleh bayar dengan duit. So dia mintak like je. Mungkin.

Mungkin like tu jadi payment untuk orang baca blog dia. Mungkin. Mungkin dia rasa famous lepas tu, mungkin. Hihik malunyew.





Aku tak pasti kenapa. Jujur aku tak pasti. Kenapa. Aku datang pasal aku nak membaca. Bukan aku nak like blog orang membuta tuli. Come on. Macam mana nak baca kalau ada tulis "LIKE ATAU TUNGU 30 SAAT" terpampang kat depan mata aku.

Cakaran maut ultra kucing untuk muka dorang.

Sekarang.

Mungkin aku dah agak away dari blog, aku ada terpikir jugak kalau aku dapat buat buku. Buku pasal buaya satu untuk perempuan. Buku pasal nak mengorat satu untuk lelaki. Aku bukan la lelaki terhebat. But, kalau dapat buat tu, dapat la jugak tolong tolong mamat kat luar tu. Of course, buku pasal buaya tu kalau publish mesti gadis gadis nak baca en. Hihi. Hotstuff sebenarnya topik macam mana nak detect playboy ni kat Google. Tittew taknak buayew amek tittew. Hihi. 

It has been awhile dari blog, dan aku banyak bercakap je kat luar pasal these two. Cakap dengan orang,tolong orang. Maybe kalau aku bukukan apa yang aku cakap,mesti puas hati. Mampu juga aku share perit jerih aku dulu macam mana dan macam mana aku dapat berdiri sekarang.


Maybe.

Monday, September 19, 2011

Paksa Diri Buat Entry?

Lately ni,masa aku tak dapat nak publish entry sangat,aku selalu baca balik entry lama aku. Aku nak tengok mana yang tak kena. Mana yang aku tak puas hati. Aku jumpa banyak.

One of the things yang agak catch my attention,at the same time,kena dengan apa yang aku fikir lately ni,is this.


Dipetik dari entry SINI. Yes. Ikhlas. Aku tekankan benda ni dalam tips buat blog,tapi tak jelaskan lagi.

-------

Story Dia Macam Ni.


Actually,sejak bukak semester baru,aku akui,aku rasa rindu gila teramat dengan dunia blog ni. Honest. Memang aku rindu. Seminggu dah lepas,dan aku cuma dapat update satu je.

Gila apa satu je.

Of course,dengan benda ni,aku taknak lah blog aku nanti bulu kucing je yang tinggal,tapi kucingnya tak ada. Ehem. Jujur,effect gila ke-tidak-update-an blog dengan daily life aku.

Fokus semakin lari sedikit demi sedikit. Banyak semakin store dalam kepala aku. Wajah Le Corbusier lebih mengganggu hari hari aku daripada gambar kucing posing mintak pelempang. (Le Corbusier tu subjek yang aku kena buat research dalam assignment pertama aku. Google kalau nak tau siapa.)



Of course,bila lama tak update,rasa nak update. Bila rasa nak update,kerah otak. But,dengan benda tu,aku tahu,aku TAK AKAN kerah otak semata mata nak update. Aku tak akan paksa diri semata mata nak buat satu entry.

Pasal aku tahu,entry paksa diri adalah entry yang tak ikhlas. Apa yang tak ikhlas,tidak akan datang benefit. Tak berkat. Walaupun dalam blog.

Kenapa Paksa Diri?
Ada certain certain orang,anggap macam macam pasal blog ni,sampai dah lebih sangat. Sanggup buat itu ini,demi semata mata kerana satu website bernama blog. Why?

Mengerah diri,perah otak,jual aib,macam macam lagi. Semata mata pasal satu entry baru. Aku tertanya tanya.

Seorang sahabat,Wan Iqbal, pernah cakap kat aku.

"Selalu check niat blogging tu apa."


Aku ingat apa yang dia sebut tu. Ayat pendek je. But,actually,banyak lagi than what we see from there. Bagi aku,niat menentukan hala tuju. Nak capai hala tuju,ada cara dia.

Of course,niat yang salah,akan bawak hala tuju yang salah,cara pun salah. Dah banyakkkkkkk benda kena tanggung from kesalahan tu.



Tu yang muncul entry entah apa apa,entry pelik pelik,tak benefit,orang tak suka,rasa tak puas,rasa tak lapang,etc etc. Ada je yang tak kena. Pasal apa? Tak berkat. Kerana apa? Paksa Diri (cara salah) semata mata Memenuhi Ketiadaan Idea (niat salah) at the moment tu.

Entah la. Itu apa yang aku faham. Aku tak boleh buat kalau ada sedetik rasa tak ikhlas,jujur,etc etc. Honest. Aku tak boleh buat dan aku tak akan buat. Kalau aku buat jugak,nanti ada benda yang tak kena.

Suwey. Suwey.

Paksa Diri Jugak! Nak Jugak Update!
Aku pernah jugak kena macam tu dulu. Masa dulu dulu,zaman awal awal aku baru aktif dunia blogging. Masa aku baru join Sahabat Blogger. Yes,of course,memang totally noob,aku rasa rakus nak update. Memang,aku ambik apa yang ada dalam kepala aku nak letak semua kat blog. Kepala aku memang pikiaq banyak benda entah apa apa,aku ambik benda tu as advantage nak buat entry. Setiap luahan aku everyday.

Sampai satu time,aku tak update sehari pasal aku dah naik blur. Tapi bagi aku wajib update jugak. Aku kerah gila gila otak nak buat entry.



But,apa yang muncul,entry yang mengecewakan diri aku. Aku sendiri kecewa dengan aku. Cuma ada dua tiga entry yang macam tu,dan,I've had enough. Aku stop jugak at the moment cara tu,and the next entries semua aku akan make sure,aku tak akan paksa diri aku buat entry. Tidak akan.

Never will.

Alhamdulillah,aku lagi rasa seronok macam ni. Seronok,puas,lapang. Dengan cara ni yang bagi impak best best macam entry SINI.

Dengan past aku yang macam tu,aku ambik pengajaran dari situ. Entry paksa diri memang tak akan berfungsi. Aku tak tahulah orang lain macam mana. Pasal tu,ada something benda lain yang aku pelik. Macam bawah ni.

"Aku Tengah Cari Idea Nak Buat Entry Ni."
As a blogger,of course,aku pun kadang kadang macam tu jugak sampai sekarang. Cari idea. But,again,bagi aku,Cari Idea dan Paksa Diri adalah benda yang sama. Pasal,

Cari Idea = Paksa Diri Buat Entry = Niat Dah Lari = Something Tak Kena = Entry Mengecewakan.


So,bila aku rasa macam tu,aku akan duduk diam dan buat benda lain. Jauhkan diri from blog. Itu adalah aku. Aku dah faham the importance of that dalam diri aku. Aku pegang konsep Biar Idea Datang Sendiri.

Tapi,aku notice,blogger lain,ada yang pegang kuat dengan benda macam ni. Setiap hari cari idea. Bila cari idea,akan macam,nampak ada benda yang tak kena. Something yang tak kena.

Contoh;

"Tiap tiap hari dia buat entry lengkap semua rasa dia. Best,seronok,gumbira. Tiba tiba,nanti dorang senyap,kat Facebook dia banyak cakap tak ada idea,pastu entry berbentuk baru muncul dan habis tunggang langgang rasa dia. Tak macam selalu. Lain,dan,sangat lain. Soul yang lama dah tak dapat dah."

Bila borak borak,

"Selepas perah otak,muncul idea ni. Tak akan nak biar blog kosong je kot tak berupdate."

Nampak tak kat situ? Dia perah otak demi mencatat satu entry. Again,aku memang dengan pendirian aku yang entry paksa diri memang tak akan menjadi. Based on apa yang aku pegang dan apa yang aku faham,ini yang aku dapat lihat.

Aku tak pasti apa blogger lain nampak jugak? Anyone? Aku harap share sekali dengan aku pendapat korang. Huu. Nak tahuu nak tahuuu. *guling guling*



Benda ni semua,bagi aku,merangkumi keikhlasan dalam blogging. Something yang menetapkan hala tuju blog pergi ke mana. Aku notice,banyak blog blog yang ikhlas. Aku notice jugak,ada blog yang semakin,lari. But,I am not anyone to judge. Honestly.

Pasal tu aku nak bertanya ni,sambil share apa yang aku faham.

Persoalan ni buatkan aku terganggu. Especially bila waktu busy dan agak seminggu aku biarkan blog aku bersepah bulu kucing. Dah datang balik dah waktu waktu busy. So,mesti ada perasaan taknak biarkan blog kosong kan? But again,aku tak boleh paksa diri buat entry. Perah otak ke,apa ke,etc etc. Semata mata nak updatekan blog.

So,I wonder,do you guys feel the same jugak?

Wednesday, August 17, 2011

The Blogger Dilemma.

Banyak Blogger Bangsa Lain Boleh Maju Dengan Baik. Kenapa Blogger Melayu Tersangkut Dalam Kelompok Yang Berbeza?
Ini adalah entry yang panjang. Banyak benda pelik pelik aku tengok dalam dunia lokal blogging ni lately.
Baca sehingga habis,untuk elak salah faham.


Dunia blogging. Benda yang orang anggap simple gila. Memang seronok. Best. Dari dunia blogging ni memang dapat tahu apa yang orang lain fikir,apa pengalaman orang lain,dengan senang. Cuma duduk depan laptop je. Lepas tu blogwalking. Lepas tu mintak link blog kat group group blogger. Lepas tu ada orang spam. Lepas tu ada orang marah korang spam link.

Tapi memang. Dunia blogging ni jadi medan kot. Medan terbaik untuk cerita apa apa. Dari kisah personal,kisah gelrpen boipren, kisah politik,dakwah,etc etc. Semua ada. Medan yang terbaik. Cuba bergantung je macam mana cara penyampaian tu.

Cuma,orang ramai tak sedar. Dari semua tu,ada something kot yang sebalik. Blogging mempengaruhi hidup orang ramai. Sangat sangat mempengaruhi.

Aku mula dengan perkara biasa biasa.



Keistimewaan Para Blogger.
Bagi aku,setiap blogger ada keistimewaan masing masing. Keistimewaan tu yang bagi corak dalam dunia blogging ni. Memang,benda blogging,small matter,kan? Tapi dari blogging ni lah,orang lain dapat tahu sebenarnya seseorang tu macam mana.

Adakah beliau tu jiwang? Adakah beliau tu pervert? Adakah beliau tu membosankan? Menggeli hati geletek geletek? Marah tapi tak ada isi? Serius Comel? Ehem.

Tak kira macam mana pun,memang semua tu akan tonjol dari sini punya. Gerenti. Gua cakap sama lu.



Potential orang nampak obvious dari segi orang tu dok bercerita dalam blog. Macam mana dia taip. Apa yang diceritakan. Pasal tu,setiap blogger yang aku berhubung,aku nampak potensi dia kat situ. Memang. Setiap blogger ada potensi. Serius besar gila. Dari situ,aku nampak macam mana dia boleh berkembang nanti. Ramai orang Malaysia akan jadi hebat kalau potential dorang berkembang.

Tapi sayang,tak dikembangkan. Sayang,sayang,sayang. Seribu kali sayang.

Last last,apa yang ada,wasted macam tu je. Gone. Absolutely gone. Macam debu. Suci Dalam Debu.

Nawaitu Blogging Budak Budak Muda.
Obviously,memang sekarang ni blogger banyak gila tahap gaban. Boleh tengok merata rata. Tapi,bila tengok cara blogging,cara penyampaian,cara nak up,semua tunjuk obvious yang dorang ni,cari populariti semata mata.

Ramai yang blogging tak ada matlamat. Kalau ada matlamat nak cari duit, sanggup jual gadai maruah aib orang. Kalau matlamat nak kejar famous,sanggup mintak mintak orang follow membuta tuli padahal blogging pun tak sampai sebulan. Semalam baru bukak blog,hari ni dah 100 follower.

Nak memajukan diri? Seriously,click SINI. Provided untuk tolong korang dalam dunia blogging.



Kebanyakan dorang yang nawaitu blogging salah datang dari budak budak muda. Dorang yang baru blogging. Ping blog,I Follow You You Follow Me. Macam harrem. Spam link kat comment membuatkan orang menyirap. Sikap kurang ajar kat situ bila orang tak mintak pun,main spam je sesuka hati. Bajet orang nak tengok.

Baru buat blog,niat dah tak betul,cara pun salah. Macam mana nak maju diri?

Niat blogging tak ikhlas,pergerakan pun bergerak tak tentu hala. Last last nanti blog bunyi cengkerik.

Lalu,bila budak budak muda yang taksub nak kejar populariti,nak cari perhatian,KEJAR segmen dan review. Ingat,KEJAR dan JOIN adalah benda yang berbeza.

Segmen Dan Review.



Orang yang mengejar sangat segmen dan review ni,bagi aku,nak cari shortcut. Tipikal orang Melayu punya cara nak naik. Seriously. Cuba tengok balik,memang akan ada ramai yang cuba memajukan diri,tapi dorang salah faham erti dalam memajukan diri tu sendiri.

Dorang kata,ramai follower baru maju. Betul kah? Aku dah banyak kali sentuh pasal benda ni. Click SINI untuk experiment, SINI untuk ringkasan dan SINI untuk conclusion.

Aku,kalau nak buat review,aku fikir banyak banyak kali. Wajarkah? Atas sebab apa aku buat review? Aku taknak rosakkan dunia blogging,dok jana lagi budak budak muda yang gila follower. Aku taknak rosakkan dunia blogging,suruh tempek pelbagai,buat itu buat ini,semata mata nak promotekan diri.

Aku pernah try join segmen,pasal nak rasa pengalaman sendiri rasa macam mana. Dan aku rasa aku loser. Sangat sangat loser join benda macam tu. Pasal tak ada benefit,dan syok sendiri bila fikir dalam dalam. Bukan tidak menghargai mereka yang buat,oh tidak.

Rasa macam orang tak hargai. Ni dia pengakuan seorang yang pernah join segmen,review yang menjanjikan traffik naik mencanak,follower naik macam gila.



Benefit yang dapat? Tak ada apa. Sekadar peningkatan certain certain orang yang follow membuta tuli. So,bila aku nak buat review,aku akan buat review seikhlas hati,main petik mana mana yang aku tengok ada potential nak berkembang.

Aku rasa dorang layak di review kerana potential yang ada. Aku nak tengok ramai yang maju dalam blogging. Dapat memantapkan diri. Ini,siap ada bagi group group,Segmen Mari Kumpul Follower,segmen itu segmen ini.

Harvest blogger yang sekadar kumpul follower membuta tuli. Bukan harvest potential. Angka follower boleh mencecah ratusan,ribuan,jutaaan. Tetapi adakah potential seseorang tu berkembang?

*lalu kucing joget sambil nyanyi lagu Sayang Sayang Sayang*

Dua perkara berbeza di situ. Segmen dan review tidak salah. Tapi kena lihat balik,atas dasar apakah? Kembangkan ilmu blogging,potensi blogging? Atau untuk kumpul follower kejar populariti?

Terlampau Mengagungkan Certain Certain Blogger.
Of course,aku pun mengambil certain certain blogger jadi contoh. Macam,Perempuan Jomblo,The Other Khairul,Cursing Malay, Namee Roslan, Haikal Blank.

Tapi tak perlu nak mengagungkan dorang. Aku ambil dorang jadi contoh pasal ilmu yang dorang ada. Bukan bermaksud dorang tu orang luar biasa. Tidak. Dorang still manusia. Still pergi jamban bila nak ukk ukk. Perut Haikal still comel. Ehem.

Cuba fikir balik. Bila kita mengambil contoh seseorang blogger tu,apa yang kita ambil? Adakah,pasal follower ramai? Adakah,pasal isi isi dia dalam blog tu yang mengagumkan?

Adakah dia famous,korang nak tempek sekali? Tanya diri sendiri,jawab sendiri sendiri.



Ramai blogger blogger muda jadi macam ni. Nampak blogger famous gila,terus agungkan. Kita semua blogger sama rata. Sekadar jadikan contoh,cukup sudah. Contoh yang ada tu pun,kena fikir balik apa yang diambil.

Ambil ilmu orang lain yang betul,dan perbaiki diri.

Pengaruh Besar Blogger Berpengaruh.
"Satu hari,ada blogger yang berpengaruh buat segmen review. Syarat syarat,tempek sekian sekian,dan cerita pasal sekian sekian.

Lalu ramaiii yang ikut tergedek gedek.

Bila ada blogger newbie buat segmen review,syarat syarat pun sama. Tengok tengok,apa yang jadi?

Cengkerik dok berbunyi,lipas lalu lalang,kucing dok mengawan. Tak ada sambutan. Dua tiga orang yang datang blog kena review."


Beza dua situasi ni,pengaruh. Yes. Setiap blogger,ada pengaruh tersendiri. Tidak kira siapa. Pengaruh dalam cintan cintun? Adaaaaa. Pengaruh dalam dakwah? Adaaaaa. Pengaruh dalam ideologi sendiri? Adaaaaaa.

Pengaruh yang menyesatkan? Pun adaaaaaaaa.

Tak kisah pun pasal topik apa yang disampaikan dalam blog. Cuma,ingat. Setiap apa yang disampaikan kat dalam blog,sedikit sebanyak mempengaruhi hidup pembaca. Masuk terus dalam kepala sesiapa yang baca. SERIOUSLY. Kucing Serius.

Bagi aku,bila dah ada orang yang berpengaruh tinggi,dia patut take advantage. Bukan untuk kepentingan sendiri,tapi untuk kepentingan orang lain. Kepentingan orang orang muda. Gunakan advantage tu untuk harvest more and more good Malaysian bloggers. Bukan kekangkan dorang dalam kelompok mentaliti pelik pelik. Silap langkah,yang mengikut tu tak berkembang pun.

Nak maju dalam blogging? Ramaikan follower kononnya. Nak maju dalam blogging? Join segmen. Nak maju dalam blogging? Tempek muka aku kat blog kau.

Pengaruh dah ada,buat apa yang bagi benefit superb. Tak perlu ajak buat benda pelik pelik. Share ilmu sebaik mungkin. Bukan harvest blogger pelik pelik. Tu je.

Harvestkan blogger yang tiptop. Kembangkan potensi dorang. Bila potensi berkembang,minda pun berkembang. Banyak benefit dapat dari situ bukan sekadar blogging world,but in real life.



Gabungkan semua apa yang anda faham dari atas,fikir dan hadamkan. Bila dah hadam,proceed ke bawah

-----------


Sekecil Kecil Perkara Mempengaruhi Perkara Yang Besar.
Kalau tengok entry Obefiend,pasal Arlene Tan dan ramai bloggers yang main sebar cerita pasal dia. Aku tengok,benda simple yang bermula dengan emosi orang ramai yang kononnya-sayang-agama-tapi-tak-faham-agama-lepas-tu-buat-tindakan-melulu-yang-gila, habis fitnah disebarkan ke semua orang. Sedih kan? Agak teruk aku rasa. Benda yang bermula dari things yang di ANGGAP SIMPLE dan KECIK, berakhir dengan sesuatu perkara yang besar gedabak.

Kalau gabung balik semua point point kat atas, based on Keistimewaan Blogger, Pengaruh,Nawaitu Blogging Budak Budak Muda,Pengagungan Certain Blogger, dan concludekan kat sini,nampak sangat benda benda yang konon kecil ni,bagi pengaruh dalam masyarakat. Serious. Orang kita cepat sangat terpedaya.

Bila Blogger Muda yang tak ada nawaitu,main petik contoh mana mana yang dia rasa betul. Lepas tu ikut nak jadi macam dia. Terus cuba nak melompat tinggi tak kira jalan tu betul ke tidak. Asalkan capai tempat tinggi.

Bila ada blogger yang main peranan kuat atas semua point point tu,guna untuk benda pelik pelik,tak kira apa apa pun (harvest blogger yang kejar follower ke,sebarkan fitnah ke,gossips,etc etc) benda ni jadi a part of the people that beneath it. But,none of them on the top,cares.

Even if they do,

"jangan lah buat macam tu .. tak baik .. tak ke rasa bodoh buat macam tu .. memalukan kaum je .. pengecut .."


Again,pointless,useless speak is given out as if those are nothing. None of the words touches the readers hearts. Emotions 100%. Dan orang yang berada kat bawah tu akan terus berada dalam kompaun kurang-berfikir,dan turut bersama dibuai emosi.

Para para pengikut yang taksub? Layannnn. Sokong hundred percent. Bukan sokong apa yang dikata. Tapi sekadar sokong orangnya. Dua perkara yang berbeza.

"Asian people's brains are highly expensive in price than the Westerners. Because of they dont use much of it." - Lawak Kurang Ajar Orang Barat




Setiap orang adalah Arkitek pada diri. Manakala mereka yang berpengaruh,adalah Arkitek kepada masyarakat. Dalam blogging ni,sedikit sebanyak menyebarkan pengaruh diri sendiri pada orang lain. Pasal setiap pemikiran,cara pemikiran,things yang membina tu disebarkan mengikut tulisan. Yang membaca tu menjadikan semua tu input dalam kepala otak,benam dalam hati,fikir guna akal,amalkan dalam hidup.

Apabila yang ditulis seseorang,is all about something yang nampak elok tapi tak, penyebaran pun macam haram. Kesan pun macam haram kat orang ramai.

Aku bukan nak sentuh pasal blog blog muda mudi. Bukan nak target hentam yang otai atau apa. Tapi ini adalah dalam konteks general. Tengok je blog blog yang ping tu. Nampak jelas kenapa Melayu sukar nak maju dalam satu satu perkara. Tak kira blogging,atau pun in real life. Semuanya sangat berkait rapat.

Siapa makan Whiskas dia rasa pedas. Kalau perisa pedas lah. *buat muka comel*

Fikir fikirkan.

Tuesday, August 16, 2011

Ini Adalah Blog Review Yang Serius. Kucing Serius #2


Tan Sri Doktor Professor Ar. Kucing Serius


Orang selalu tanya. Blog apa yang aku selalu bukak? Kenapa aku bukak? Apa yang best?

Bagi aku,aku bukak blog yang ada potential. Potential besar nak berkembang. Bila ada potential,aku akan selalu pergi. Mewajibkan diri aku pergi. Cari cari blog dorang.

Bila aku jumpa dorang ni,aku tak akan bukak blog blog lain yang orang anggap Otai. Orang anggap hebat. Serious. Pasal,dorang yang ni, ada ilmu dorang tersendiri. Apa yang ada pada dorang,lain dari yang lain. Follower bukan pengukur.

Potential sangat sangat ada,boleh pergi jauh,lebih jauh dari blogger blogger otai sekarang. Wajib dikembangkan.

Senarai yang aku nak bagi kat korang.


Aan Raihan
Muaz Syamil Azizan
Haikal Blank
Syabab Berhati Mulia
Schaza Zainuddin
Dian Norhayati
Haziq Sulaiman
Rara Faramyza
Rafidah Farhana
Oizy Joe
Fira Hilwa
Aien Ishak



Nak blogwalking? Terjah satu satu jom. Semuanya terbaik. Potensi yang sangat besar dalam blogging. Aku baca bukan kerana dorang sahabat. Aku baca kerana keunikan mereka yang susah nak jumpa. Dijemput :D

Monday, August 15, 2011

The Blogger Dilemma, Part 1.

Pergh ! Aku cakap.. first time aku cakap macam ni .. ingin mencuba cara baru dalam blogging .. aku yakin,lepas ni semua orang akan jeles .. kerana aku maju .. kerana aku blogging ..

Memang , sejak dulu blogging ramai je yang jeles .. kerana aku yakin,aku hebat .. semua orang ada PHD dengan aku .. standard budak budak lah nak ada persidangan .. aku dapat tahu dorang kutuk aku pasal aku hebat dengan traffik ..

Follower aku ramai .. dorang yang join segmen aku,semata mata nak memajukan diri dalam blogging .. bukan gila follower .. entri aku pun marvellous .. aku Melayu,dan aku fikir secara Melayu .. lepas tu sebarkan pada orang ramai ..

Bila aku marah pun,aku suka letak pendapat berbanding isi .. aku meletak diri aku macam dalam entry SINI

Aku tak kisah .. biarlah mereka buat persidangan mengenai aku .. dasar pengecut .. PHD .. biarlah .. siapa mereka !

-------



You mad,Pegawai Traffik?

--------------

Ini adalah entry 100% rekaan semata mata,berdasarkan contoh yang ada. Semua judgement adalah terletak pada diri sendiri. Aku tak tanggung. Part 1 pendek macam ni. Part 2 akan disampaikan dengan penuh maklumat.


Nak komen pasal entri ni? Sila komen berdasarkan
1. Cara penulisan baru aku ni,yang berbeza dari cara penulisan aku yang dulu.
2. Apa isi yang korang nampak.

Jangan komen berdasarkan apa yang terlintas dalam kepala korang ;D

Entry Secara Kucing Serius Akan Bersambung Pada The Blogger Dilemma,Part 2. Stay Updated

Friday, August 12, 2011

Tips Untuk Senang Naik Dalam Blogging Bersama Kualiti.

Ini adalah entry yang panjang,untuk mereka yang mahu memajukan diri sahaja.


Okay. Lately ni,aku ramai bertegur sapa dengan dorang yang memang suka sangat kejar follower. Syok jugak,dapat tahu pendapat dorang apa semua. So far,observation aku,dorang memang memerlukan pertolongan. Cukup lah menganjing. Hehe.

So,aku rasa macam nak share tips sikit. Tips yang aku guna,dan based on apa aku observe orang lain buat. Aku rasa masih tak lengkap lagi ni. But,I'll do my best,based on Realiti,Logic dan nasihat dari blogger blogger hebat.



Apa yang menjamin blog tu?

1. Kualiti Entri.
Kualiti entri tu macam mana? Senang. Seronok orang nak baca. Senang orang nak baca. Tak kira blog korang cerita pasal apa. Personal? Cara memasak? Cara mengorat kucing rumah sebelah? Cintan cintun? Dakwah?

Yang penting,senang orang nak baca. Maksud senang kat sini,korang jangan guna font pelik pelik untuk blog korang. Seriously. Macam haram. Tak boleh nak baca. Kalau korang tengok pun,kena fokus betul betul 100%. Sudah.

Orang ramai,malas nak berikan fokus 100% awal awal bila bukak entry. Biarkan entry tu yang menarik perhatian dorang. In terms yang paling senang nak tarik perhatian,make sure font senang nak dibaca.

Tu baru satu.

2nd,make sure penulisan korang kemas. Kemas macam mana?

Tak payah ada smilie comel comel,tak payah guna bahasa "comewl gilerw lerwww titew" atau "owang tu hebad gile taw.",tak payah guna short form,tak payah guna bahasa yang ada titik titik lepas habis ayat macam "..aku suka makan whiskas.....whiskas sedap...". SANGAT SANGAT ANNOYING.

Even though si "Tuhan Traffik" buat macam tu,entry dia sekadar biasa. Bosan. Tak ada yang special. Isi dia je lah boleh tahan.

Gunakan je lah cara taip yang penuh,guna cara tulis penuh. Macam "Aku suka makan Whiskas. Sedap der. Gua cakap sama lu.". Nampak tak?

And then,asingkan perenggan korang ikut point yang korang nak cakap. Tak kira lah apa pun,bila ada perenggan,lagi senang nak baca. Selit selitkan gambar sikit. Gerenti tiptop.

Cara penulisan menunjukkan kematangan anda.

2. Menarik Perhatian Orang.
Macam mana nak menarik perhatian orang? Cuba main dengan First Impression orang. Macam mana tu?

Title. Bagi aku,aku tak reti letak title gempak gempak. Seriously. Tapi aku suka letak title yang,orang berfikir je nak tengok. Rasa nak tahu. Contoh.

Title entry,Lighter dan Neraka. Kenapa dengan Lighter dan Neraka? Apa kaitan dia? Apa yang dia nak sampaikan ni?

Aku tak tahu lah taktik aku tu menjadi ke tak. Tapi yang aku tahu,title sangat mempengaruhi traffik. Bila nampak title luar biasa,orang akan masuk.



Tu baru satu.

2nd,dalam entry tu,korang letak lah gaya korang tersendiri. Tak kira korang serius,comel,gedik gemuk, atau apa apa,letak je lah. Tonjolkan identiti korang through entry. Yang penting,tak langgar Rule nombor 1 tu.

3. Identiti Sendiri.
Kalau lah korang rasa korang comel sangat sangat lah. Wajib guna bahasa comel. Tak payah. Orang menyampah. Tapi,gunakan penulisan yang matang macam nombor 1 tadi,tapi cakap dengan gaya comel korang tu. Kalau korang nak sangat.

Tak kira korang macam mana,tak kira apa yang korang nak sampaikan,selitkan je lah gaya korang macam mana dalam penulisan yang matang. Ini yang paling terbaik.

Kalau tengok blogger blogger hebat macam Fatin Liyana,Namee Roslan,Haikal Blank, dorang ada gaya tersendiri. Tapi dorang menyampaikan dengan penulisan yang sangat matang. Nampak tak?

Bila identiti sendiri + penulisan matang = entry superb.


And then,selitkan jugak identiti korang kat dalam blog korang. Tapi tak payah widget widget macam haram. Sambung baca untuk faham benda ni.

4. Blog.
Semua orang bukan guna laptop canggih. Ada yang guna laptop 6 tahun lepas punya. Jentik je dah rosak. So,jangan nak letak berat berat. SEMUA orang tak suka blog yang berat. Gila lambat loading.

Avoid widget "Be my follower,drop comment" yang bajet comel kat kiri kanan blog. Orang menyampah. Nak loading,satu hal. Widget itu ini,terbang sana sini. Cursor ada benda ikut ikut. Lepas tu,ada lagu pulak. Orang nak baca entry,ada yang perlu ketenangan. Ada yang nak baca sambil dengar lagu sendiri.

Tiba tiba keluar lagu Inul Daratista kat masa nak baca entry. Memang gila lah.

Benda macam ni memang membangkitkan amarah blogger dan menyebabkan blog anda boleh masuk Fuuubook. Lagipun sekarang ni bulan puasa. Ramai dah yang kurang pahala pasal marah benda ni je. Ehem. Menguji kesabaran.



Ringankan beban blog,hulurkan bantuan pada reader. Hoh. Dari situ boleh create connection dah.

5. Connection Dengan Blogger Lain.
Connection. Macam mana? Senang. Join group group blogger,rajinkan lepak lepak dengan dorang. Borak borak. Semua blogger adalah sama rata. Tak ada yang special lebih,atau kurang. Tak kira newbie,otai,follower banyak,follower sikit,famous,amos,semua sama.

Rajin rajinkan tegur bila orang ping blog,tapi JANGAN SPAM LINK KAT COMMENT. Kat situ,dah ada connection sikit dah.

Lepas tu,blogwalking,rajin rajinkan comment blog orang. Blogwalking,bukannya maksud wajib follow. Tak. Just,comment kat entry orang. Kalau entry and blog dorang,korang minat,nak terima update lagi,follow lah.

Benda macam ni create a strong bond between bloggers. Friendship pun ada. Reader pun dah ada. Follower pun akan datang. Kan benefit banyak tu?

Bersosial lah dengan blogger lain.

6. Promote.
Macam biasa. Promote blog kat group group blogger. Promote pun kena ada strategi. Rajin rajinkan ping blog kat group group blogger kat FB tu,beberapa kali sehari. Hari tu,masa aku terjumpa Syafik Way kat KL Sentral,aku tanya dia.

"Kau buat apa sampai follower banyak?"

"Aku selalu ping blog. Sehari tu,banyak kali. Pagi,tengah hari,petang,malam. So nanti readers yang terluang masa tu,mampu baca. Setiap masa ada readers yang lain."


Sejak hari tu,memang aku buat macam tu. Senang gila naik,ramai orang baca entry,banyak respons,etc etc. Thanks Syafik Way. Credits to you.

7. Strategi
Yang ni,setiap orang ada strategi sendiri. Aku ada strategi aku sendiri. Basic dia,rangkumi semua kat atas tu. Tambah satu lagi.

Akaun FB khas untuk bloggers.

Strategi aku banyak main dengan cara ni. Aku guna kucinganSTUDIO sebagai nama. Yang handle tu,Kucing yang Serius Comel. Ehem. So aku buat lah akaun nama Kucing Serius,dan promote blog guna akaun tu. Create connection dengan blogger lain guna akaun tu. Dan aku tak guna akaun real FB aku. Pasal FB aku yang betul tu untuk personal.

So,nampak lah gaya macam seekor Kucing yang serius,boleh buat blog,boleh guna FB. Bajet sikit lah kan macam lain dari yang lain. Ehem. Tapi memang best pun jadi virtual cat ni. Hehe. *blushing*

Tu satu.

Hikmah dia pun dapat banyak jugak. Sebagai lelaki,walaupun ramai orang confuse aku dengan Seth Tan,kalau rahsiakan identiti diri ni,banyak benefit. Tak tunjuk muka betul. Nampak misteri sikit.



Katakan lah kalau esok bangun tidur tetiba ada 10000 follower,10000 comment,10000 like setiap entry,dalam realiti,bukan nama aku yang famous. Tapi Kucing Serius tu sendiri. Yang gambar posing mintak pelempang tu. Aku tak dapat apa apa pun. Sudah cukup gembira bila aku puas hati post entry.

Itu aku punya strategi. Korang guna lah ikut korang punya cara :D

8. Ikhlas.
Ini paling penting. One word,says it all :)

-------


Misconception Dalam Blogging.

1. Setiap Blogger Memang Akan Check Dashboard,Usha Blog Yang Dorang Follow.
Sejak dah join group group blogger,aku dah jadi bukan jenis macam ni. Dan bila aku godek balik dari blogger blogger lain,dorang pun sama. Dorang tak check pun dashboard.

Tapi ada perception yang kata bila ada orang follow tu,maksudnya memang dia akan datang blog kau. Confirm,100%. The thing is ,No.

Dorang cuma akan datang selalu kalau korang ada connection. Which is kalau korang selalu ping blog,selalu blogwalking blog dorang. Kalau sesiapa yang bertuah tu,dapat tempat kat bloglist dorang. Itu pun,dorang akan check sekali sekala.

So,wajib ke nak follow follow ni? No. Sunat je. Follow tidak akan membawa apa apa. Cuma korang tak akan hilang contact je. Kalau dorang follow seribu orang? Macam mana?



Probability dorang nak check blog korang tu,satu dalam seribu.

2. Penulisan Lengkap Adalah Skema.
Bila ada persepsi macam ni,orang akan anggap,"Aq knew tulis cmel cmel glew. bwu owang skew". Salah.

Orang tak suka. Orang menyampah lagi ada lah. Tak comel pun. Orang Malaysia sekarang makin ramai berpendidikan. Dorang lagi suka baca blog yang matang matang penulisan tu.

Penulisan pelik pelik macam tu menunjukkan kurang berpendidikan,kurang ilmu atau kurang matang. Memalukan.

3. Tak Boleh Survive Tanpa Follower.
Ramai newbie anggap macam ni. Padahal,sebenarnya tidak pun. Korang boleh survive without follower. Cuma kalau korang buat entry best,automatik follower akan datang. Tu je. Kalau meminta minta,kononnya akan membantu,tak pun.

Bila orang ada persepsi macam ni,habislah korang akan tertipu. Orang yang follow kau masa korang meminta minta tu,bukan follow nak baca entry pun. Sekadar menaikkan jumlah follower je. Tak ada apa yang menjamin dari situ. Tengok tengok,blog bunyi cengkerik setiap masa. Kucing lak yang datang main kejar kejar cengkerik tu. Pageview pun sikit.

Syok sendiri. Macam dalam entry ni.

So,how to survive? Pegang kuat dengan tips kat atas sekali tu in blogging. InsyaAllah,senang semuanya :D

4. Kualiti Blog Terletak Atas Follower.
Aku banyak kali jumpa blog yang ada follower beriban,tapi entry macam haram susah nak baca. Ping blog kat group blogger "Alhamdulillah,follower 1K" tapi bila tengok,entry entah apa apa,pageview pun sedikit,tak seiring dengan follower.

Adakah itu blog berkualiti? Kualiti menjamin follower dan pageview. Tapi yang ni tak pun.



So,tak payah nak agungkan sangat pasal follower. Tak menjamin apa apa. Kalau ingat follower tu akan check blog korang selalu,baca balik kat atas,misconception dari nombor 1 tu.

5. Subjektifnya Blogging Ni Sampai Kau Boleh Buat Suka Hati.
Motif kau blogging pasal apa? Terpulang. Tapi kalau blogging tapi ping blog kat group group blogger,tapi nak buat suka hati,tak payah. Mati blog kau nanti. Kalau nak buat suka hati sangat,tak payah nak merosakkan dunia blogging dengan kejar kejar follower.

Aku pernah tegur beberapa orang yang kejar follower,tapi dorang kata,blogging ni subjektif lah,apa lah. Muncul jawapan yang tak munasabah.

Kalau nak buat suka hati,tak payah mintak follower. Selagi tak mintak,selagi tu kau buat lah suka hati kau.

6. Again,Blog Sendiri,Suka Hati Aku La!
Kualiti Malaysian Bloggers drop down pasal benda ni. Seriously. Korang nak tanggung kalau jadi macam tu? Kalau nak jadikan diary,nak privatekan,bagi orang tertentu baca,tak kisah lah. But,kalau dah ping blog,suruh orang ramai masuk,tetiba blog macam haram.

Sangat memalukan kot.

Again,benda benda macam ni akan terus harvest dan harvest banyak pemikiran tahap rendah orang Malaysia. Orang Melayu lah. Konsep blogging dorang,akan bawak dorang pengaruh dalam hidup. Dependant dengan orang lain,depend dengan segmen,depend dengan "Tuhan Traffik". Nanti korang tengok lah masa depan nanti macam mana. Nampak simple,tapi pengaruh besar beb.



Korang nak blogging lagi tak sekarang ni? Jangan stop. Teruskan. Tapi buat yang terbaik. Aku tengok,banyak gila potential bloggers wasted pasal pegang kuat dengan misconception kat atas tu. Potential ada. Gaya ada. Tapi tak dikembangkan. Sayang. Seribu kali sayang.

Untuk tips tu,hopefully korang dapat consider balik tips tips yang aku bagi kat atas. Bukan nak kata aku bagus. Tapi ini atas observation aku dengan blog blog yang terbaik. Yang sentiasa follower ramai naik. Yang sentiasa terima respons dari orang ramai,seiring dengan follower dan traffik.

Ini senarai mereka mereka yang korang boleh jadikan contoh dalam blogging. Follower bukan pengukur. Tetapi entry menarik,tak kira cerita apa. Senarai blog yang Kualiti Menjamin Kuantiti.

Aan Raihan, Namee Roslan, Haikal Blank, Memadam Komplikasi , Sergeant Keroro, Perempuan Jomblo, The Other Khairul.


Ada banyak lagi. Tapi ni aku petik random,from list yang aku ada. Main senang capai. *buat muka comel*

Aku harap,semua tips tips ni dapat membantu. Kalau ada apa apa yang korang nak tambah,boleh je letak kat komen,share sekali pendapat korang. Sangat sangat dialu alukan bagi membantu blogger blogger newbie yang ada kat luar tu.

Kalau newbie rasa nak contact personal dengan aku,boleh je. Add Kucing Serius kat Facebook. Akaun khas untuk bloggers. Jangan risau. Kucing tu tak cakar korang. Ehem.

Kata kata terakhir,semoga korang maju,dan good luck in your blogging. Okay? I'm wishing you all the best.

Masuk angka 6.

Follower dah 600. Alhamdulillah. Setiap kali angka follower naik,bukan itu yang perlu nak dibanggakan. Bukan itu yang nak diukur dalam blog aku. Tidak tidak. Sama sekali tidak. Yang penting,aku cuma sampaikan apa yang patut dalam entry entry aku. Apa yang aku nak dalam entry entry aku.

Follower banyak atau sikit? Blog famous atau tidak? Newbie atau Old Timer? Semua sama rata. Kita semua sama rata. Tiada apa yang membezakan. Bila ada orang nak baca,jemput. Tu sahaja.

"Follower banyak,Alhamdulillah. Follower sikit pun,Alhamdulillah"-Nasihat Seorang Studiomate.


Sangat sangat agree dengan beliau. Dia banyak bagi nasihat kat aku dalam dunia blogging ni. Syukran ya Akhi :D

Apa apa pun,thanks to korang yang selalu bagi support dalam blogging ni. Thanks untuk korang yang sanggup drop komen,like entry,sanggup follow. Blog aku blog kucing je. Kucing yang serius.

Dan yang penting, serius comel of course. Ehem. *blushing*



Hari tu,aku punya angka naik 500,tapi aku tak dapat buat review. Pasal profile cik adik tu tak letak URL. Cuma,print screen dan post kat like page. Aku harap,pembaca tu kalau nampak entry ni,cepat cepat bagitahu okay? :D

So,siapakah lucky number 600?



Itulah diaaa. Cik Miahaniee. Blog yang comel. Diharap,korang singgah jugak kat blog dia okay :D




Thanks Miahaniee! :D

Thursday, August 4, 2011

Kecewa sedikit. Sedikit je.



Tipulah kan kalau manusia takdak kecewa langsung. Aku pun ada kecewa. Sekarang ni tengah berlaku sikit. Sikit je. Ehem.

Kekecewaan datang apabila nampak di mata,turun ke hati. Pecah kejap. Sekejap je. Gua terer bab repair repair hati ni. Ehem.

Bagai kucing berguling guling tak dapat makanan.

"Frustration is the difference between Hope and Reality."


Bila perkara agak terlari walaupun sedikit,dibutakan dengan harapan. Pegangan kepada Realiti mula tergoyah.

Nampaknya percubaan aku nak masuk ke mainstream agak kurang berjaya. Tu lah,nak jugak masuk mainstream. Cuba indie sket. Indie kan lagi bagus. Berdiri atas kaki sendiri. Berguling atas katil sendiri. Makan maggi guna mangkuk sendiri.

Semua atas usaha diri sendiri.

Itu lah realiti sekarang. Aku tak perlu rely kepada mereka yang bergelar "Tuhan Blogger" untuk naik. Bukan bermaksud aku bodoh sombong. Bukan aku berdendam. Sekadar berpegang kepada realiti. Bila kuantiti naik bukannya kualiti turut ikut.

Perkara sekecil ini adalah pengajaran. Kualiti tetap aku akan juangkan.

Deleting all contests entry.

Wednesday, July 27, 2011

Follower banyak. Blog bagus ke?

Ini adalah entry yang superb panjang


Tadi ada borak sikit dengan Amirul Akim,MO dan jugak Farah Yong kat Sahabat Blogger. Borak pasal bilangan follower. Kitorang borak borak tadi lepas ada yang mintak dorang difollow. Lalu terbukak lah pesanan pesanan dari kitorang,jangan pentingkan follower.

Aku pelik,penting sangat ke follower ni? Kenapa sampai ada kes kes yang banyak gila bloggers tengok kat group group blogger,orang minta minta follower macam apa. Teruk kot.

Apabila terlampau meminta minta untuk follow blog,and then bila orang follow,oh,kita follow dia balik. Yeay! Sangat mutual understanding kat situ. Lepas tu,bila angka follower dah mencapai tahap tinggi gila,mereka akan syok sendiri dan berbangga.

"Follower aku banyak doohhhh! Gila bangga ramai follow aku! Yezza,blog aku bagus! Aku famous! Nanti pergi mana mana semua orang kenal aku!"

Yeap. Memang kau bagus. Bagus dalam mengumpul follower. Adakah kau bagus dalam mengumpul trafik? Bagus menyampaikan apa yang kau cuba sampaikan kepada pembaca?



Sejak dari dulu aku blogging,aku memang sangat tak mementingkan pasal follower. Memang,masih ada jugak keinginan tu aku nak ada follower banyak. Tipulah kan kalau seorang blogger taknak langsung ada orang follow. Serius tipu. Kucing Serius,kau menipu.

Tapi aku pegang kuat dengan prinsip aku. Keinginan VS Kepentingan. Mahukan follower yang banyak,memang satu Keinginan. Tapi,Kepentingan dalam blogging tu yang kena juangkan. Apa Kepentingan dia? Kualiti entry,Mesej tu sampai kepada pembaca,Trafik yang logik dengan bilangan follower.

Macam biasa, "Ikut hati mati,ikut rasa binasa". Kalau kau ikut hati nak hebatkan blog kau dengan bilangan follower semata mata,mati lah blog kau. Takda siapa nak baca. Terlampau agungkan bilangan follower ni,adalah Criminal In Blogging.



Ada beberapa kes pasal follower yang agak pantang bagi aku.

1.Terlampau meminta-minta follower.
Cuba fikir balik logik. Meminta minta follower. Dia follow kau,angka bilangan follower pun bertambah. Tapi,kau pasti dia akan follow sebenar benar kau? Macam mana dia nak ingat yang blog kau wujud?

Adakah kau sangka yang semua orang akan check kat Dashboard tu,tengok satu satu blog yang dorang dah follow?

First of all,Follower tu,datang dari seseorang yang minat nak terima update dari kita. At least lah kan,at least,kalau ada orang follow kau pasal diorang minat,dorang akan sentiasa tercari cari. Asyik teringat ingat pasal suka dengan blog tu.

Cari update kat Facebook. Cari update kat group blogger. Cari update kat Dashboard. Sanggup godek merata rata pasal nak cari blog yang dia dah follow hari tu,pasal nak tengok update.

Tapi kalau orang yang follow membuta tuli semata mata? Cuba fikir,adakah dorang akan baca entry entry kau? Macam mana diorang nak ingat kat kau? Check follower dorang? Blog mana satu?

Lepas tu,nanti korang je yang akan syok sendiri cakap macam macam kat blog tu,rasa macam ramai gila orang yang baca entry kau tak kira kualiti. Kesan? Rasa perit bila blogwalking kalau ramai orang macam ni. Tengok follower ramai,automatik reader akan expect tinggi. Tapi bila tengok entry? Tepuk dahi,sakit hati.

Pasal tu kualiti blog amat penting. Biar dorang akan sentiasa teringat ingat. Kualiti tu subjektif,asalkan ada identiti sendiri,kemas,orang seronok baca,dah cukup. Bila kualiti ada,orang suka baca,follow pun ikhlas,traffic pun seiring dengan bilangan follower. Tak ada lah follower beriban tapi pageview dan trafik secotet je.

2.Jealous pasal bilangan follower.
Yeah. Perlu ke jealous? Apa,kau sangka kualiti blog tu ada pada follower? Adakah bila follower ramai,blog bagus?

Aku pernah kena judge pasal follower. Ada orang tengok follower aku sikit,terus dia taknak baca entry.



Cuba fikir balik. Bilangan follower dia tu seiring ke dengan bestnya entry dia? Aku ada banyak jumpa blog yang kemas,best,kualiti,tapi follower sikit. Dan aku banyak jumpa orang yang follower banyak beriban tapi entry tu perit membaca.

"tItteW mAkAn naCik BeRiANi hARi NiEwwwWwWwwWwWW. cDaP gLeRw LeRwww" Lepas tu letak gambar dia bajet comel besar besar.

"aku......tak tahu lah macam mana..aku suka dia....pastu..tetiba dia cakap dia suka aku....ahahahahahahaha...gilew dowh.....apa pndgan korg huh....ahahahaha"

"kau tau x????! :O dye punye entah apew apew dye pgi ckp dgn sme orang psal aku encem gler...aku pning kpala!!!!! :( encem kew akue nii....aku rasew x pn... :D"


Aku tak larat nak taip satu perenggan penuh. Tapi bayangkan kalau penuh satu entry penulisan macam tu. Bagi aku,aku sakit mata. Sangat common sekarang ni where followers berlambak tapi tulisan,aku nak faham pun susah.

Tengok je dah tau. Ni mesti kes Ai Folo Yu,Yu Folo Mi Bek.

Jadi,apa yang perlu orang nak jealous kat blog tu? Kalau tengok spesies spesies macam ni,tak perlu nak jealous. Rasa rugi lagi ada lah. Pasal apa? Wasted a few seconds of your life reading without gaining a single benefit. Tak ada fun,tak ada info,tak ada mesej,tak ada apa. Cuma nampak bebelan. Seronok ke bebelan? Hoh!

Aku paling pantang kalau aku rasa rugi dengan masa. So bila aku nampak orang orang macam tu,cepat cepat aku tutup.



With that,adakah perlu jealous dengan follower yang banyak? Nope. Tapi do jealous dan contohi dengan blog yang berkualiti.

3."Ini blog aku,aku punya suka lah. Cara kau,ikut kau. Cara aku,ikut aku."
a)Blog kau,kalau kau dah promote,bukan ikut kau punya suka atau kau punya cara dah sekarang. Dia dah ikut Readers Punya Suka. Unless kalau kau tak promote merata rata,tak buat apa dengan blog kau,lantak. Kau nak buat apa,buatlah.

Tapi kalau dah promote tapi still ikut cara ni. Aku tak mengerti. Sangat tak mengerti. Apa yang kau nak promote? Apa yang kau nak sampaikan?

Sama lah macam kau jual barang yang tak ada kualiti dan mahal kat shopping mall. Orang ramai nak cari kualiti dan murah.

Tapi bila dah blog pun berat,entry entah apa apa,kau promote. Gerenti orang tengok lepas tu blah.

b)Katakanlah,kau minta follower sambil memantapkan kualiti blog. Yes,of course. Bagus kalau kau memantapkan kualiti blog. Tapi meminta follower? Kualiti akan tersangkut kat situ.

Pasal apa?

Orang yang ramai follow kau masa dulu dulu tu,kesan dari Follow Dan Blah,kesan dari Ai Folo Yu Yu Folo Mi Bek,adakah dorang akan godek jugak blog kau? Tak. Pasal apa? Dorang lupa pun pasal blog korang. Nak check satu satu kat Dashboard,buang masa. Pasal dah ramai yang dorang buat Follow Dan Blah tu.

So nanti akan tiba satu masa,blog kau akan jadi superb best,tapi still,tak ramai nak baca. Jadi lah kau seorang mangsa yang tertipu dengan Keinginan nak ada follower ramai. Orang yang follow kau masa blog kau best tu je yang jadi loyal reader kau.

Jadi sekarang,adakah kena ikut cara kau sorang je,atau ikut cara kau yang bersesuaian dengan kehendak reader? Fikir sendiri.


Iklan PSP. Guna je lah


Jadi,perlu ke nak agungkan sangat dengan bilangan follower ni? Cuba lah follow cuma kalau nak terima update saja. Follower boleh jadi beribu ribu,tapi bilangan follower tak menjamin kualiti blog kau. Tapi kualiti menjamin bilangan follower.

Bukan follower je. Dia menjamin sebahagian besar dalam blog kau. Agak agak tu dalam 70% la. Lain lain tu,connection kau dengan readers. Blog Promoting,Blog Walking,Comments,tegur sapa antara bloggers,etc etc.

Sekarang,bila dah baca semua ni,still agungkan bilangan follower lagi ke tak? Kalau ye,baca balik dari atas sampai habis.

Nota Kaki Kucing Serius: Hopefully entry ni tidak hurt siapa siapa atau mana mana blogger. Ini hanyalah sekadar perkongsian berdasarkan realiti.

Monday, July 25, 2011

400 yang wangi.

400 yang busuk. Angka 400. Yeaa betul. Mengapa? Bukan pasal dia memang busuk. Hehe. Tapi nama dia budakmusyuk. Nama blog dia,blog budakmusyuk. Alolololo mucuk mucuk cayunk cayunk.

Ehem.

Okay. Follower aku kali ni dah naik 400. Hari ni,tarikh 25 July 2011 baru naik 400. Sebelum ni follower aku naik 300 masa 14 July 2011. 11 hari naik 100 orang. Syukur. Syukur Alhamdulillah. Ada yang berminat nak follow blog aku ni. Huuu. Blog kucing yang mengada ngada dan Serius Comel. Ehem.



I would like to wish Thank You,Thank You So Much to all my readers,to all my followers,and everyone yang bagi support dalam blog ni,Group SBC,Sahabat Blogger,Haikal Kronik dan jugak Namee Roslan. Banyak kata kata semangat korang bagi yang buatkan aku nak terus nak blogging non stop. Dan yang paling penting? To you. Yes,you. The one that is reading this right now. Thank You.

GUA NAK NANGIS SOB SOB SOB. Ehem.

So kali ni,blog yang bertuah nombor 400 would be,


Itu diaaa header


Dia gelar diri beliau budak musyuk. Aku yakin yang beliau selalu mandi pagi,tak lupa juga petang. Malam tu aku tak tahu lah. Tapi aku tak tahu mengapa dia gelar diri beliau budak musyuk. Apa apa pun,jangan lupa kita terjah dulu blog dia okay?

JOM!

Sunday, July 24, 2011

Kehidupan Seorang Blogger Yang Mungkin Orang Tak Tahu Kenapa Dorang Buat Macam Tu.

Lately ni,ada studiomate aku condemn dan memandang rendah pasal blogging world ni. Kenalan la. Studiomate. Cakap konon pasal orang tak baca,orang cakap apa semua benda.

Bagi aku,tak tepat. Agak tidak berasas cakap dia. So kat sini aku nak jawab soalan orang ramai pasal kenapa dan mengapa yang common.



1.Kenapa Ping Blog? Promote kat FB apa semua?

a)Targeted Readers.
Bagi aku,aku target semua jenis golongan untuk baca blog aku. Ada yang baca blog aku tu datang dari FB,dorang yang takada account blogspot. Ada pembaca pulak yang,ada account blogspot.

Setiap kali aku post entri,aku akan cuba bukak peluang untuk semua jenis golongan nak membaca. Dorang yang dari FB,dorang yang guna Mobile,dorang yang memang datang dari group group blogger,etc etc.

Dan memang,aku dah ada dorang yang loyal readers from FB aku sendiri,account Hairil tu. Friendlist aku seribu lebih. Kenalan sahaja dari Sekolah Rendah sampai sekarang kat UiTM. Bila aku tak promote,memang akan ada yang tanya kat aku.

"Weh,kau update tak entri kau hari ni?"
"Aku update je. Cuba check. Kenapa?"
"Malas la nak check. Aku tengok hari ni kau tak promote pun kat FB kau. Huu. Aku nak baca hari ni punya. URL aku tak ingat,selalu click je bila kau promote."
"OHHH hahaha. Sorry lupa. Aku guna account lain je untuk promote sekarang."


Yes. Readers aku merangkumi those yang tak ada Google Account untuk follow,ataupun dorang yang arif pasal NetworkedBlogs ke apa apa ke semua. Bila aku buat,aku buat untuk tatapan Umum. Blog aku rated U.

Bila aku nak tahu respon dorang macam mana? Pasal tu aku pentingkan Like button. Bila dorang suka,dorang like. Those yang ada advantage untuk comment,boleh je comment.

b)Bloggers yang malas.
Memang ada certain bloggers yang malas. Malas nak follow,malas nak comment,malas nak itu ini. Tapi dorang selalu jadi silent reader. Aku lah tu. Kadang kadang je dorang akan comment. So,macam mana nak tahu respon dari dorang?

Like button. Again. Satu click je.



Selain tu jugak,aku nak highlightkan bloggers yang malas nak bukak Dashboard. Bagi aku,Dashboard ni sangat lembab. Susah. Aku tak suka lembab lembab. So aku akan cari Group Group Blogger,shoutbox,bloglist dan Facebook aku masa blogwalking. Bila aku suka satu satu blog tu,memang aku akan follow untuk taknak hilang contact. Kalau betul betul suka,aku akan letak kat Bloglist.

Untuk any update lain lain? Aku akan rajinkan lepak kat group group blogger kat Facebook. Bila tak ada apa apa,baru aku bukak Dashboard.

Pasal tu aku akan promote dekat Facebook dan jugak Group Group Blogger selalu. Aku target dorang jugak yang suka membaca tapi malas menunggu atau any reason lain yang mengganggu masa. So,bila ada update,kalau dorang bukak group group blogger atau Facebook tu je,dorang dah boleh dapat update dah.

c)Waktu yang berjalan.
Kadang kadang,ada orang yang kesempitan masa. Macam macam. Ada yang masa lapang dia waktu pagi,sempit waktu malam. Ada yang sempit waktu pagi,lapang waktu malam. So,bila aku promote pagi dan malam,kedua dua dorang tu ada peluang nak baca.

Ada readers aku yang tak ada blog habaq kat aku pasal ni. Sejak tu aku rajinkan promote kat Facebook. Check news feed je dorang dah boleh dapat update. Which means,dorang tak perlu susah susah nak godek sana sini semata mata nak cari blog aku.

Biar dorang senang nak baca. Satu klik je dah boleh pergi post baru aku.

Bila promote kat Facebook masa pagi,nanti malam of course post tu tenggelam kan after orang lain post updates apa semua. Nak godek balik,leceh nak search nama profile orang,etc etc. So,senang. Promote je kat Facebook selalu,orang dapat kat News Feed.



Baca atau taknak,terpulang. Kalau suka bila dah baca,like.

2.Apasal kau buat blog?
Orang buat blog ni,subjektif. Terpulang. Ada orang buat nak letak ideologi sendiri. Ada orang buat pasal untuk jadi diary.

Bagi aku,aku buat untuk kepuasan diri aku. Aku jenis yang banyak berfikir,tapi aku taknak semakkan kepala aku berfikir banyak. Banyak lagi tanggungjawab aku yang lain. So aku letakkan semua apa yang aku fikir kat satu tempat. Aku tak suka menulis guna tangan,tapi aku suka menaip. Aku tak suka bercakap,tapi aku suka bertindak.

So,bila aku bertindak dengan meletakkan segala apa yang aku fikir kat sini pun dah cukup,dah memadai. Aku rasa puas.

Readers aku,Umum je,senang. Siapa nak baca,baca. Kalau taknak baca,tak apa. Bila aku update,dorang boleh nak baca. Readers aku pun,Satu Malaysia.

Tak kira siapa,boleh je nak baca. Family aku sendiri pun baca blog aku.

3.Bila kau ada masa nak buat blogging ni? Habis tu hidup kau macam mana?
Hidup tetap hidup. Realiti tetap realiti. Blogging tetap blogging. Kaitan blog aku dengan hidup,sangat berkait rapat.

Aku banyak buat benda secara serentak. Bila korang nampak aku dok main Facebook ke,tak semestinya aku fokus kat Facebook semata mata. Boleh jadi je aku tengah buat benda lain ke,semua sambil sambilan.



Dan blog? Yeah. Aku cuma post entri bila ada kesempatan je. Dari celah celah sibuk kehidupan seharian,aku akan post entri kat sini. Masa terluang tu lah,masa aku update entry. Lain lain tu,aku banyak multitasking.

Pasal tu agak kadang kadang je aku comment kat blog orang lain. Pasal masa. Yes. Everyday life aku memang kesempitan masa sebenarnya. Sorryyyyyyyyy takkkk replyyy commennttttttt. Bila betul betul free,esoknya tu aku takda aktiviti,malam tu aku segar bugar,baru aku rajin comment bila blogwalking. Otherwise,aku akan jadi silent reader yang cuma Like merata rata post yang aku suka.

Mungkin ada yang tak akan faham,kenapa orang buat blog,kenapa orang promote,kenapa itu ini,macam macam. Kena ingat,benda ni subjektif. Kalau blogger tu nak orang baca,tapi tak promote. Sama je macam bercakap dengan dinding.

Namee Roslan pernah bercakap "Kena build connection dengan readers." Cara Namee,dia selalu blogwalking,comment tempat orang,etc etc. Dia ada cara dia tersendiri untuk build the connection. Tapi cara aku,aku promote kat FB. Biar dorang yang bukan blogger pun,mampu nak baca blog aku. Kalau ada blogger lain berminat,follow untuk more update selalu.

Bila dengan bloggers yang lain,aku akan tegur sapa dan comment bila dorang ping blog dekat group group blogger memana.

Lagipun,kalau promote kat FB,bloggers boleh baca,non bloggers pun boleh baca. Lain lain,terpulang. Dari sini,aku dapat pastikan yang blog aku bukan blog mangsa bilangan follower. Dimana follower berlambak beriban,readers sikit.

Blogs are not just typical blogs. They are reading materials,voiced out from people's view. To know what people may think,to know what other people had experienced,this is the medium.

Monday, July 18, 2011

Ini Adalah Blog Review Yang Serius. Kucing Serius #1

Title serius kan? Serius bagaikan Kucing Serius. Yes. Aku kali ni memang dah consider lama dah pasal blog review yang serius ni,tapi aku saja je nak tangguh tangguh dulu. Rasa nak tengok tengok dulu keadaan semua.

Tapi kali ni,memang aku nak post jugak. Aku tak kira. Sungguh tak kira.

Ada sorang aku nak review kan kali ni. Ini adalah review yang ikhlas dan serius. Aku rasa nak highlight sorang ni. Aku tak mengharapkan apa apa. Aku nak korang tengok blog dorang ni je. Satu blog yang bagi aku,susah nak jumpa bila blogwalking. Ini bukanlah satu blog personal yang tipikal.

Blog siapa yang aku cakap? Blog TheAanRaihan.

1. TheAanRaihan. Malaysia's Next Top Female Calon Menantu Mak.



Ehem. Okay dah. Jangan pandang lama lama.

Kenapa aku rasa macam nak review blog yang satu ni? Well,senang. Aku bukan nak cakap apa.

Cik adik Aan ni merupakan seorang sahabat group aku dalam group SBC,SeMaC Blogging Community. Dia ni jugak budak kuliah aku masa dulu kat Kolej Matrikulasi Selangor. Nampak obvious perkembangan lemak potensi blog beliau.

Bagi aku,susah nak cari blog personal perempuan yang seronok nak dibaca. Serius susah. Selalunya,kalau blog perempuan,aku cuma akan terbaca blog yang,gewdik gewdik nak cerita pasal mekap diri,tulisan macam apa,gambar penuh satu blog,suruh vote itu ini bla bla bla. Tapi yang ni aku tengok,simple dan seronok. Memang dia cerita pasal personal,tapi cerita dengan cara yang seronok.

Gaya penulisan yang kemas. SANGAT sangat kemas. Memang favourite aku bila penulisan kemas. Tambahan lagi dengan font dia yang simple dan senang dibaca.

Lagi satu yang paling best,kalau baca dia punya entry,dia punya feel tu pulak yang sampai kat readers. Cewah. Tapi serius.


Blog beliau simple je. Tapi entry seronok. Ni header beliau


Hari tu aku promote,ramai yang agree dengan benda ni. Honestly,bagi aku cuma ada dua tiga je blog perempuan yang boleh bagi rasa macam tu,which is yang aku akan review lagi on the next Review Kucing Serius.

Sekarang,finally dia dah masuk group Sahabat Blogger. Peewit. Sebelum ni dia malu malu kucing serius nak promote kat situ. Tapi lately ni sejak aku sendiri yang promote hari tu sekali je ping blog dia,dan follower naik terus dari 99 terus ke 133 dalam 3 hari. Aku invite dia masuk group SB. Seorang blogger yang dia claim dia masih baru. Tetapi potensi blog beliau sangat besar.

Dan aku decide nak review pasal blog dia,dan yang lain lain yang favourite aku nak membaca. Blog lagi best dari dorang yang follower beriban riban.

Dengan itu,jom kita ramai ramai terjah blog dia jom! Kalau rasa nak like dia punya page, klik sini atau pergi kat blog dia. Dah ada dah :D

Sunday, July 17, 2011

Follower 333



Hehe. Hehehe. Hehehehehe.

Okay. Hari tu hari Khamis,follower aku dah naik 300. Sekarang,dah naik 333 pulak. Angka yang cun melecun. Syukur jugak naik 33 orang dalam masa 50 Jam. Masih slow lagi aku ni rupanya. Huuu. Kena work harder ni!

Bersyukur jugak ada yang nak follow blog kucing yang tak seberapa ni. Huuuu.

So sekarang,nak tengok siapakah beliau yang bertuah itu?


Ini lah beliauuuu! Cik Adik Siti Noraien! :D


Untuk pengetahuan korang,beliau pun follower dia 333 jugak! Kebetulan ni. Adakah ini jodoh?

Ehem.


Okay aku tak follow lagi pasal taknak spoil nombor cantik ni hehe


Okay. Jadi sekarang,jom kita terjah blog dia okay? Blog dia comel. Jom jom :D

Saturday, July 16, 2011

Sekali lagi gua nak tekankan.

Okay. Aku berikan korang semua beberapa situasi based on the true story.

Situasi pertama:
Pasal artis yang independent,dari dulu sampai sekarang. Tak kira artis tu macam mana pun,kalau dia naik dengan usaha sendiri,anjurkan gig sendiri,buat apa yang patut untuk naik tapi guna usaha sendiri,hasil dan outcome dorang memang sangat best kan? Memang lagu dorang best kan? Sekali sekala,memang akan ada organizer yang rasa nak ambil dorang buat perform atau apa apa untuk reviewkan dorang ni.

Tapi bila dah naik,mula masuk mainstream. Sekali masuk mainstream,perangai dah berubah,lagu dah berubah,semua berubah. Peminat yang dulu depa layan,depa cari,depa dekati,sekarang semua depa layan gitu gitu je. Sampai dekat gig memana terus semua crowd tunjuk jari tengah kat dorang.

Hasil? Semakin ramai yang lari.

Situasi Kedua:
Artis segera. Macam Akademi Fantasia,Malaysian Idol,Mentor,dan apa apa lah yang sewaktu dengan depa. Artis artis macam ni memang senang naik,pasal TV dah tunjukkan muka depa terang terang dari awal. Lepas tu,mula TV promotekan pasal diri depa tu. Memang naik tiptop. Segala FC apa semua wujud,pastu sampai satu Malaysia tau siapa depa.

Menyanyi sumbang mambang pun orang minat bagai nak rak,undi itu ini.

Habis je tv,memang bilangan ahli FC yang registered tu tinggi,tapi perhatian adalah jauh amat kurang diberi banding zaman zaman masuk TV dulu.

Hasil? Semua orang ingat gitu gitu je pasal dorang. Cuma ada certain yang survive famous,lagu best,nyanyi sedap semua,tapi boleh kira.

Situasi ketiga:
Artis artis yang ada bakat,tapi naik guna orang tengah. Macam syarikat rakaman lah contoh. Memang syarikat tu sedang sedang je,tak kaya mana macam channel TV,tapi dia yang tolong artis tu dari awal sampai lah dah famous. Sedikit demi sedikit dia naik. Dan bila dah betul betul naik,memang akan sentiasa ada peminat setia yang telah minat pun sejak awal sampai akhir.

Macam biasa,ada zaman naik turun jugak. Tapi ramai je yang still minat,dan lagu lagu lama still dimainkan.

Hasil? Peminat yang betul betul setia adalah lebih ramai.

Situasi keempat:
Artis Indie jugak. Diri mereka je yang naik atas diri dorang sendiri,panjat sana sini,perform sana sini,semata mata nak naikkan hasil dorang,masuk mainstream dengan hasil sendiri. Pada masa sama,dorang sangat ramai peminat. Macam situasi ketiga,tak kira bila up or down,dorang ni sentiasa ada peminat setia,tak pernah miss dengar lagu baru,etc etc.

Dorang ni sentiasa layan peminat dengan penuh mesra,tak sombong,sangat humble,dan pelbagai lagi nilai murni rakyat Malaysia tu depa tunjuk.

Hasil? Semakin bertambah dan bertambah peminat dorang.

Fikirkan balik semua situasi situasi ni. Applykan dalam dunia blogger. Bukan group Dunia Blogger kat FB tu,tapi in the blogging world itself. Fikir dalam dalam. Apa yang korang nampak paling obvious?

Follower yang ramai nak batak,tapi isi blog? Perit membaca.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...