.

Saturday, June 18, 2011

Kenangan Manis dan Pahit



Nampak tak gambar kat atas? Ya,ini bukan bini Najib ataupun bini baru Paklah,tetapi beliau lah Datin Tyka. Seorang Datin yang rajin berblogging,seorang sahabat masa berjumpa dekat gathering Sahabat Blogger. Yeap. Beliau buat contest la beb. Tu aku buat title ala ala tajuk karangan Bahasa Melayu SPM ni.

Okay cukup. Dalam banyak banyak kategori yang beliau bagi,aku pilih, Dalam Hidup.

Auzubillahiminasyaitonirrojim. Bismillahirrohmanirrohim.

Ehem ehem.


Gambar keluarga? Bagi aku,ni gambar keluarga aku. Seorang lagi takda pasal dia tak dapat datang masa ni.


Kalau nak bercakap pasal hidup,dalam banyak banyak pengalaman,aku nak pilih pasal kehidupan dekat Kolej Matrikulasi Selangor. Kenapa aku pilih tempat ni? Macam macam. Kat sini aku jumpa keluarga,aku jumpa maksud hidup,dan banyak mengajar diri ini pasal kehidupan. Serious. Kucing Serius. Walaupun aku keluar halfway which is selepas PSPM 1,tapi pengalaman sekentut tu la yang banyak mengubah hidup aku. Totally,ubah. Bukan 360 darjah,tapi lebih 720 darjah. Lu buat doughnut drifting pun tak cukup.

Mana taknya,di sini aku berkawan dengan pelbagai jenis makhluk. Skop sahabat tu dah terbukak lebih luas. Skop pandangan pun,lebih terbuka,pengalaman sendiri pun banyak yang aku dapat.

Semua bermula masa 10 Mei 2010, aku jejak langkah ke satu bilik AL1-T2-11,bersama dengan Farouq Zainol Kamal. Benda pertama yang kitorang borak, "Weh aku belum makan lagi ni. Lapar doh. Jom makan?"

Dan apa yang aku reply, "Aku makan asap je >:D" . Lalu dengan itu kitorang menjadi sahabat karib sampai sekarang. Birthday kitorang pun sama,sangat tak sangka. 24 March. Nombor IC yang awal pun sama lah kitorang dua. 920324. Sama sama kantoi rokok masa orientasi,sama sama support masing masing. Sama sama dating masa dulu. Aku panggil dia Mama,oleh kerana Payu Dara beliau yang besar.

Bila matriks ada shuffle bilik,classmate aku ,Scar dengan roommate beliau Bangkok masuk bilik aku jadi penduduk tetap. Penuh lah 4 orang roommate. Dengan itu, Scar dipanggil Papa pasal sifat kebapaan beliau,dan Bangkok sebagai Abang Long. Lalu bermula edisi keluarga bilik kitorang, The Dons Of La Uche Cabana.

Selain tu jugak,berkembanglah legasi keluarga dengan ketibaan member rapat kepada roommate,datang bilik,dan jadi penduduk tetap bilik kitorang jugak. Sampai satu bilik yang sempit tu,lengkap 18 orang. Katil ada 4 je,so satu katil share 4 orang atau lebih. Ada lagi yang tidur kat lantai.

Memang,truly kitorang hidup sekeluarga. Masing masing support member masing masing. Bila ada sorang roommate susah,kitorang tolong. Bukak puasa sama sama,picnic kat tengah Dataran,lengkap dengan lilin dan macam macam. Itu keluarga yang aku jumpa kat KMS.


Barney Poco Poco Dance. Sunday morning punya chill out kitorang. Dance by aku,rakam by Farouq


Kalau nak cakap pasal personal,tu lagi satu. 10 Mei 2010 jejak langkah,17 Mei 2010 segala berubah.

Aku dengan ex aku dulu,satu sekolah,masuk tempat yang sama jugak kat Matriks. Disangkakan semua indah belaka,rupanya dia main kayu tiga dengan kawan satu batch kat sekolah. Mana taknya kan,awek sendiri masuk tempat yang sama. Mesti expect gila best kot?

Banyak kali seorang lelaki ni kecewa dengan sumpah palsu dia bagi aku masa dekat Matriks tu sahaja.

Tetapi itu semua kisah lama. Aku dah post benda ni dalam bentuk kiasan,sendiri mau cari.

Pasal apa yang terjadi dalam soal personal aku,aku banyak belajar kot pasal soal love and relationship ni. Pasal tu aku tak suka gila gila kalau aku nampak perempuan cari lelaki lain masa balak dorang sibuk. Aku sendiri pernah jadi lelaki sampingan tu,masa tu jugak aku sound dorang. Dah ada balak,layan balak sendiri. Dorang bukan apa,sibuk cari duit,sibuk belajar,bukan sibuk menggatal. Perempuan pulak nak touching itu ini.

Masa tu la,masa aku tengah heartbreak gila vavi tu,ramai yang bagi support kat aku. Roommate aku especially. Hanya lelaki yang faham diri lelaki. Aku pun masa tengah gila serabut,kelas semua tak pergi,duduk je kat dalam bilik,diri serabut macam apa. Totally. Masa tu jugak aku start blogging. Update aku punya blog daily.

Aku apply UiTM dulu pun masa aku leleh air mata tak habis lagi pun. Lantak la korang nak cakap apa,yang penting,kalau lelaki dah boleh nangis,makna dia sangat besar.

Bila result UiTM dan PSPM keluar,istiqharah kata aku patut pergi UiTM. Aku pergi la meninggalkan semua tu,tapi yang paling terharu,roommate aku 18 orang tu,The Dons Of La Uche Cabana,semua tolong aku angkatkan barang barang semua letak dalam kereta. Ramai ramai hantar barang dalam bentuk tren. Ahaha. Sorang angkat hujung beg sini,sorang lagi angkat hujung sana. Then continuously sampai barang yang last. Dorang lambai kat aku masa tu,dengan support aku non stop sampai aku masuk UiTM untuk course Archi ni. Dari situ,aku mulakan hidup baru.



Totally hidup baru.

Aku duduk kat rumah,aku blog je masa tunggu masuk U. Masa tu lah follower aku naik. Masa tu blog aku mula dapat notice. Masa tu aku kemaskan balik blog aku,masa tu jugak lah penulisan aku makin matang. Tak ada dah shortform apa semua. Aku bangga dengan diri aku sendiri,aku dah jadi seorang yang lagi better dari dulu. Aku syukur sangat sangat.

Dan bila dah kat UiTM,hidup baru ni sangat bermakna. New friends,new life,new experience, and my new self.

Pasal tu aku bersyukur sangat sangat sekarang ni. Bila nak fikir balik sekarang ni,memang nampak obvious hidup ni sangat adil,sangat cantik Allah dah letak. Memang,dia bagi kita sakit masa dulu,tapi sakit tu pasal nak perbaiki diri kita. Sedar sedar tengok,tiba tiba diri nak dah jadi someone new. Seseorang yang jauh lagi better dari dulu.

Kalau tak kerana kejadian yang tak best dulu,tak mungkin sekarang ni aku tengah tulis blog,tak mungkin ramai bloggers aku dapat kenal,tak mungkin aku dapat Architecture,course yang aku memang nak sejak dulu. Tak mungkin aku hidup sebahagia dan sematang begini sekarang ni.

Tidak mungkin aku jumpa mereka yang aku temui sekarang :)

4 comments:

Heziqa Yoo said...

giler terharu bhai...hahaha

Kucing Serius. said...

ahaha.bese lah. bila tengok story enn dulu dgn skarang :D

liey said...

heheh :)

Unknown said...

hahaha bilik matrik selangor yg awesome!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...