.

Showing posts with label Drama. Show all posts
Showing posts with label Drama. Show all posts

Tuesday, October 23, 2012

Gadis Drivers.


Diilhamkan Dari Sebuah Kisah Benar.


Malam menunjukkan waktu hampir tiba pukul 11 malam. Namun si Aaron masih lagi mahu keluar melalui pintu pagar Seksyen 2. Haih. Walaupun pagar Seksyen 7 masih buka terang tang tang, Aaron masih lagi mahu keluar ikut Seksyen 2. Senang mahu isi minyak katanya. Terus berhenti di Petronas Unisel disamping draw duit dari ATM Maybank.

Argh. ATM. Haih ATM aihhh ATM ATM.

Ehem.



Penat. Lapar. Sakit kepala. Perasaan yang biasa dialami Aaron dikala hari Isnin malam. Design gamaknya. Tidur tak tentu. Makan tak lena. Perkara biasa.

Macam mana nak buat Design final ni gamaknya. Haih. Banyak gak benda nak buat. Concept pulak macam....

*schreetttttttt* Salmiah brek tiba tiba.

"Ayang. Tengok depan ni. Ada gadis bawak kereta tak on lampu" Salmiah berkata kata pada Aaron Aziz.

"Ada kereta pulakk depan niii aihhh. Apahal tak on lampu???!" kata Aaron.

"Mana tauuu. Dia tengah perasan cun kot. Tengok tudung belit belit dia tu. Hihik." Salmiah membalas.

Kereta Myvi Kuning dengan wajah blurnya makan jalan yang hubungkan Seksyen 2 - 7 tu. Nak potong tak boleh. Nak ikut pulak slow terlampau. Dah lah lampu tak on. Salmiah memberikan sedikit high beam kerana honnya yang tidak berfungsi.

Lagi Myvi Kuning si Gadis itu melelong pula.

"Ini tak boleh jadi ni" Aaron cuba menyelit sehingga dapat drive di sebelah Myvi Kuning tu.

Gadis nampak. Gadis blushing.

Aaron cuba menunjukkan signal suruh bukak lampu. Sehinggakan lampu Salmiah pun ditutup dibuka kembali.

Gadis nampak. Gadis blushing.

"BUKAKKK LAMPUUUUU" Aaron gunakan signal kata kata cuba membantu gadis tersebut.

Gadis nampak. Gadis blushing.

"Bungkoq hang"  Lalu Aaron pergi begitu sahaja. Membiarkan Gadis Myvi Kuning bersticker UiTM tadi jalan tiada on lampunya dan terus melelong begitu sahaja. Tiada kelihatan setelah Aaron melepasi traffic light Unisel dan seterusnya berhenti di Petronas Unisel.

Wajah Aaron untuk malam itu terus hilang kacaknya kerana riak wajah WTF yang melekat sepanjang perjalanan pulang.

---------------

Okay. Kat atas ni, memang true story sebenarnya. Baru malam tadi. Aku rasa,ni situasi paling WTF yang aku encounter sejak aku drive kat Shah Alam ni. Sungguh. Apakah matlamat gadis tu pun aku tak tahu. Nak drive ke atau perasan lawa. Atau perasan kena mengorat.

Signal aku buat suruh bukak lampu tu romantik sangat ke sampai nak blushing blushing tergelak gedik gedik malu malu? Eh. Bukan aku. I mean. Aaron. Signal yang Aaron tu buat. Ehem.



Aku memang agak tak faham, apa sebenarnya yang perempuan fikirkan bila tengah drive. Sungguh. Aku memang sangat sangat tak faham. Adakah fikir pasal tahap kelawaan dorang? Ataupun, masih lagi rasa cun? Tak sabar nak makan Tutti Frutti? Ataupun sambil drive tu sambil memasak? Aku pun tak tahu. Ye lah. Kepala wanita kan. Mana aku tau apa dorang pikiaq.

Sampai satu tahap tu yang memang kepala ni tak boleh digest langsung apa logik dorang buat time driving tu.

Semester ni saja aku dah encounter banyak gila girls yang problematic dalam driving. Tak signal lampu bila nak masuk. Melelong. Makan jalan. Side parking tapi kereta terkeluar. Bawak terlampau slow. Nak ikutkan, memang tu benda biasa kalau kat Shah Alam. Dimana ada gadis driver, di situlah keretanya slow.

Dan semalam aku encounter combination yang paling teruk sekali. Bawak slow, makan jalan, tak bukak lampu, melelong.

Lepas tu boleh pulak blushing blushing malu gedik gedik bila bagi signal suruh bukak lampu.


Thursday, August 2, 2012

Drama Fiksyen Ramadhan Dua Ekor Kucing.

Masa menunjukkan 5 petang. Kucing Serius dengan sabarnya klik klik mouse laptopnya untuk menyiapkan kerja. Tinggal sedikit saja gamaknya. Wajahnya jelas menunjukkan rasa kagum beliau. Sedikit saja lagi. Sedikit saja.

Tiba tiba AutoCAD yang diusahakanya freeze tiba tiba. Not responding,lalu tertutup. Tiada autosave.

"KAU FREEZE PULAK TIME TIME MACAM NI DAH NAK SIAP WOIIIIII TOLONGLAHHHH"

Screeetcccchhhhhh!. Dicakarnya pula screen laptop itu. Terus tak nampak apa.




"Banggggg. Bang cakar lagi ke screen laptop tuu. Habis nanti kita kena tukar screen baru lagi yang. Macam manaaa??" Jerit Kucing Menggoda yang berada di dapur.

Kucing Serius duduk termenung dihadapan laptopnya. Nasib baik dia sempat lagi save separuh jalan. Namun dia masih lagi kena buat balik lagi separuhnya. "Arghhh. Esok je lah." Kata Kucing Serius dalam hati.

"Ketong keteng kteng kteng kteng ktong. Chenggggggg" Bunyi bunyian dari dapur,hasil bunyi dari ketukan senduk dan kuali yang digunakan Kucing Menggoda untuk memasak. Jelas bau bauan Whiskas Masak Merah seluruh rumah. Hari ni Kucing Menggoda menyediakan feveret suaminya itu untuk berbuka. Disamping Ikan Rebus dan air susu.

Selesai sahaja,Kucing Menggoda terus catwalk masuk kedalam studio suaminya.





"Ayang masak speciaaaalllllll hari ni untuk Abang tau. Whiskas Masak Merah. Mesti Abang suka kann. *guling guling* "
"Wow. Whiskas Masak Merah? Lagii masak apa lagi? *tercangak berdiri*"
"Ada Ikan Rebus jugak,dengan air susu. Finally kita dapat makan kat rumah. Malam ni kita pergi terawih tau bang."
"Of course lah ayang~"

Kucing Menggoda sambung guling guling berehat sebentar sementara tunggu berbuka. Kucing Serius pula duduk termenung sahaja menyusun kembali jadual dalam kepala otak beliau. Bahagi masa gamaknya.

"Ayang ayang. Abang nak cakap sikit ni."
"Apa dia abang??"
"Abang kann,nanti esok abang nak...."

SPLASHHHH!!!! Siraman air datang tiba tiba dari jauh menimpa mereka.

"Hoi kucing dua ekor ni bising betul lah. Mengiau ngiau,mengiau ngiau. Pergi jejauh!!" Jerit seorang manusia yang hilang sabar. Sebaldi air disiram mengena kucing dua ekor mengiau di belakang rumahnya.

Lalu kucing dua ekor itu berlari bertempiaran mengeringkan badan.

TAMMAT.
(Kisah ini hanya rekaan semata mata.)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...