.

Showing posts with label Impresi Manusia. Show all posts
Showing posts with label Impresi Manusia. Show all posts

Sunday, August 12, 2012

Mencari Niat Ikhlas?


*Ini adalah mengenai ikhlas dalam konteks common.*


Benda ikhlas ni aku rasa benda yang ramai tak tahu nak cari macam mana. Tapi benda yang paling common dengar,paling common baca. Jujur. Bulan Ramadhan ni pun,aku gerenti betapa ramainya manusia dengar perkataan ikhlas dekat ceramah,dekat blog, mahupun Surah Al - Ikhlas yang Imam baca. Ataupun korang sendiri yang baca dalam solat korang.

Benda memang common. Benda memang common. Normaliti yang cacat.

Tapi yang paling aku tak boleh terima lah rasanya,ikhlas itu datang dengan cara paksa. Sungguh. Kita paksa diri baru boleh ikhlas. Sungguhnya ayat ni aku dengar daripada kecik sampai besar, 100% orang yang aku jumpa akan kata benda ni. Ikhlas.

Paksa baru ikhlas. Paksa baru ikhlas. Fuh. Pantang aku mendengar.

My Own Definition Of Ikhlas.

Okay. Before that, kita tengok balik maksud perkataan kat dalam dictionary. Ikhlas.

Bahasa Melayu = Tak dapat jumpa sebenarnya pasal dictionary Melayu tak ada.

English, Sincere = Free of deceit,hypocrisy, or falseness. Genuine; real.

Bahasa Arab  الإخلاص  = Keikhlasan. Purity. Hearfelt.

So that is all about Ikhlas kalau tengok kat dictionary yang aku jumpa. Benda semua maksudnya bawak something yang suci. Bawak something yang jujur. Of course,jujur ni something yang datang dari hati.

So,my own definition?

Ikhlas tu adalah apabila hati kita yang nak sendiri buat benda tu dan diri kita pun buat benda tu jugak.

Aku rasa semua orang faham kan? Pernah rasa sendiri kan bila hati nak buat sesuatu benda tu?





Based on my own definition,aku rasa benda ayat tu mampu nak reflect balik diri semua yang rasa benda sama. Kenapa? Of course, bila benda dah kita nak,memang datang dari hati sendiri kita memang nak buat tu. Tak kira apa yang halang pun,korang akan tetap buat. Tak kira. Tak kira apa jadi.

Apabila hati dah tak nak,korang buat lah macam mana pun. Sampai ada orang kata,

"Dah tak ikhlas buat. Baik aku tak payah buat."

Gerenti ramai gila guna ayat ni.

So bila orang tak jumpa "keikhlasan" tu,dia akan cuba avoid benda yang diorang nak buat tu. Tunggu keikhlasan jatuh dari langit. Tunggu keikhlasan datang bergolek umpama kucing. Tunggu dan tunggu bagaikan seribu tahun takkan mati punya tunggu.

Tengok tengok, mati esok rupanya menunggu ikhlas nak datang.

Macam Ni La.

So far aku dah observe betapa ramai manusia buat perkara dengan ikhlas, tapi buat benda salah dengan ikhlas. Sungguh. Walaupun dorang buat benda salah, secara jujurnya itu adalah benda yang ikhlas datang dari hati dorang. Kenapa?

Benda tu sendiri datang dari hati dorang. Dorang nak buat. Dan dorang buat. Dorang dah berjaya pun buat salah. Bila ditegur ajak buat benda baik, dorang akan kata,

"Dah tak ikhlas buat. Baik aku tak payah buat."

Mainly, paling common,soal tudung. Soal aurat. Soal Solat. Dan banyak lagi soal agama. Paling banyak sekali dengar ayat macam kat atas ni. Lalu,akan dengar lagi pihak yang menegur kata ikhlas itu tidak akan datang kalau tak paksa. Huih. Sebagai seorang yang pernah jadi sekular,aku tau sangat apa rasa dia bila ayat tu terkam hati ni.

Tapi,masalahnya,dua dua dah ada betulnya. Pihak yang menegur betul,pihak yang buat salah pun betul. Mana nak ambik?






Ikhlas tu datang dari hati. Apa yang korang nak buat,dan korang determined nak buat,itu adalah benda yang ikhlas datang dari hati korang. Tak kira baik atau jahat. Bila itu yang korang nak dan itu yang korang buat, korang dah ikhlas membuatnya. Tak kira lah apa pun.

Secara ikhlasnya korang love one person tak mengharapkan apa apa dari dorang.

Secara ikhlasnya korang buat model Final Project tak tidur 3 malam.

Secara ikhlasnya korang menyampaikan mesej dakwah.

Secara ikhlasnya korang main cakap lempar jahat kat orang lain.

Secara ikhlasnya korang pergi terawih sendiri tanpa tekanan dari Mak. Ehem.


Contoh. Bila SPM,memang terasa nak belajar. Tak rasa nak ada awek pasal nak belajar. Bila tak belajar,rasa tak kena. Bila hati anda dah terhadap SPM. Memang lah. Kalau hati memang dah tak ada kat SPM,rasa belajar pun sakit. Paksa paksa paksa belajar.

In our daily lives ni,adakah hati kita ni terhadap Allah? Betul ke hati kita sebenar benarnya meletakkan Allah kat tempat yang agung? Bila dah ikhlas nak buat something tu,memang seribu daya nak buat. Tak payah nak paksa paksa dah.


Mat Saleh dah tekankan pun pasal soal ikhlas ni dalam buku buku self development dorang. Dan dorang memang ikhlas pun buat sesuatu benda tu,jahat atau baik. Kita ni Muslim. Kenapa perlu soalkan benda ikhlas ni bila diajak buat baik? Sedangkan diri itu ada jelas ikhlas dan jujurnya diri berbuat salah. Kalau hati dah taknak buat benda baik,jangan salahkan soal "Ikhlas".

Flaws Dalam Teguran Zaman Sekarang.


Begitu banyak flaws dalam cara cara diberi pada orang ramai sekarang ni. Paling common,paksa. Paksa. Paksa. Kita perlu itu,dan kita perlu ini. Sedangkan  yang mendengar tidak tahu pun apa dorang rasa sebenarnya. Tak tahu pun apa hala tuju hati tu sendiri. Sungguh.

Aku pernah ada kat tempat tu dulu. Aku tahu sangat rasa dia macam mana. Semua yang dalam golongan "tak ikhlas tak payah buat" pun semua fikir benda yang sama. Dorang tak tahu. Sungguh. Tak tahu pun ada apa dalam hati dorang sebenarnya. Bila dengar lagi rasa sakit hati dan taknak buat.

Bila dah tak tahu,lalu ikut je "normaliti" yang cacat sekarang ni. Lalu teguran hanya tinggal teguran.

Persoalannya,Macam Mana Nak Cari Ikhlas Untuk Buat Baik Ni?

Senang cerita. Tanya diri tu apa yang korang nak. Kalau pergi solat jemaah pun muncul beribu juta alasan tak nak pergi. Tiba tiba awek ajak dating,terus bersemangat minyak wangi sebotol nak pergi. Kat situ dah nampak dah,anda prefer nak buat something yang bukannya tuntutan agama. Bukannya benda lain.

Soalnya,kenapa hati itu pilih yang itu? Kenapa bukan agama? Sesuatu benda yang halus tu yang perlu ditanya.

Sayangnya,diri masih malas dan ego nak mengaku diri salah walaupun bermonolog sorang sorang. Kita ni tak kira apa apa pun,akan menyalahkan benda lain jugak. Betul tak? Walau diri dah memang pelupa tetiba je salahkan semut yang kotorkan air. Contoh lah kan macam tu.

Dalam konteks ikhlas ni,dorang akan menyalahkan soal "Ikhlas Buat" berbanding dengan hati sendiri yang tak tahu pun hala tuju ke mana.





The only thing yang nak disoalkan adalah hati. Hati tu. Benda yang paling vulnerable dalam setiap manusia. At the same time,benda yang paling dibiarkan kotoq macam tu je. Tak ramai pun yang persoalkan suci ke atau kotor ke hati kita ni. Tak kira apa pun,taknak salahkan hati ni jugak. Sedangkan hati tu benda yang paling penting.

Apa yang hati nak tu yang control diri. Kalau hati memang nak ke jalan Allah,memang diri tu akan ikut dah automatik. Tak perlu paksa paksa.

Monolog je diri sendiri. Apabila hati tu nak lebih kepada benda yang larangan agama,something is not right somewhere. Cuci cepat cepat dengan muhasabah diri. Full stop. Bila kita soal hati sendiri ni,the nikmat memang tu akan ada. Tak ada pun rasa sakit pasal perubahan hidup ke,atau rasa sakit pasal paksa diri. Kita hidup ni untuk Allah. Bukan untuk Syaiton Nirrojim. Bukan Nafsu. Bukannya Diri Sendiri.

Soal je hati tu sendiri. Diri itu yang lebih mengenali sendiri daripada sejuta manusia lain.


*Reflection to all the readers and also to my own self during this Holy Month of Ramadhan*

Friday, February 24, 2012

Impresi Manusia: Ilmu Dan Persepsi

Baucar buku aku,memang banyak terbazir sebenarnya. Sayang gila. Aku banyak terhabis baucar buku kat tempat lain. Bukannya aku bagi kat orang lain. Tidak. Tapi aku banyak habis kat benda pelik pelik. Ye lah. RM200 yang dapat. 50 note aku guna untuk print portfolio aku. 50 note aku belikan CD banyak banyak untuk studiomate aku yang terdesak masa deadline. Dapat cash sikit. Ehem. Pastu,50 note aku beli thumbdrive. Lagi 50 note baru aku beli buku.

Dan sekarang aku rasa macam nak hantuk kepala sendiri kat meja. Sepatutnya aku beli buku lebih lagi. Dem.



The last 50 note tu,aku beli ada dua buku. Hak Untuk Berbeza Pendapat: Biografi Lim Kit Siang, dan jugak 7 Habits Of Highly Effective People. Buku ni aku rasa worth it jugak. Tapi agak menyesal pasal aku tak dapat beli buku lain. Ingatkan nak beli biografi Hitler tu jugak,tapi bila aku fikir balik aku dah ada rupanya Ebook tu.

Ada sesiapa taknak guna baucar buku? Hehe. Jangan beli novel tau. Novel busuk. Layan perasaan je lebih. Booooo.

So,aku nak sentuh sikit pasal satu buku ni. 7 Habits Of Highly Effective People. From Stephen R. Covey. Aku tak habis baca lagi. Tapi ada satu part ni yang aku rasa macam superb betul. Aku nampak apa yang dia cuba story. Dan aku rasa macam wajib share. Part mana?

Perception. Persepsi. Pandangan.


Kenapa aku rasa macam wajib share? Pasal aku rasa part ni yang paling pengaruh semua orang. Aku,kau,korang,semua,manusia,kucing,kambing.

Benda Memang Banyak Terpengaruh Dengan Persepsi.
Buku ni ada sebut tau kat dalam ni,

"The way we see the problem,IS the problem"


Nampak apa dia cakap? Masa ni dia tengah sentuh topik pasal persepsi dia tu. But,bila tengok balik balik,memang betul kot. Benda macam ni lies everywhere kat dalam tindakan. Buatkan apa yang salah nampak jadi betul.

Buatkan kita nak jugak buat benda yang salah walaupun kita tahu apa yang betul sebenarnya.

Pernah tak korang rasa benci kat sesuatu tu? Pernah tak korang rasa sesuatu yang korang nak buat tu,susah? Pernah tak korang rasa yang kalau ramai orang follow kau,dorang tu semua yang akan baca blog korang?

Pernah tak korang rasa yang Tasha Manshahar tu sangat comel? Hehe.



Semua tu persepsi. Cara yang kita pandang tu yang pengaruh banyak benda. Kalau korang pandang hidup ni bukannya ilmu,then korang akan sangkut je kat sekolah dan universiti semata mata cari ilmu. Degree mungkin bertimbun,tapi benda lain semua hancus. Kalau korang pandang ilmu tu ada kat satu tempat je (pelajaran/ceramah),then kita sangkut kat situ je.

Padahal,pengajaran dan pelajaran banyak berterabur kat sekeliling. Persepsi ni je yang sangkutkan kita dalam tempurung tu.

Nak Ubah Persepsi?
Benda macam ni kena involve hati yang terbuka dan jugak minda yang terbuka. Susah nak cari ilmu kalau hati tak terbuka,minda pun tak terbuka. Tertutup je memanjang pandang kat satu tempat. Tolak terus apa semua orang kata. Degil,ego,etc etc.

"Aku kalau nak cari ilmu,aku akan letak diri aku ni kat tempat yang bodoh. So aku akan pandang semua dengan zero knowledge. Dari situ baru aku mula godek godek,baru aku dapat banyak ilmu,boleh memahami. Kalau rasa pandai,tak ada gunanya." - Seorang sahabat bergelar Labi.


Ilmu tu pun sangat luas. Ustaz Azhar sendiri kata "Kutiplah ilmu walaupun dari seekor binatang". Dari seekor binatang,bukan pasal anatomi je. Tapi pasal sikap baik binatang pun dah kira ilmu.

Kalau kita ambil ilmu macam ni dari setiap celah hidup,persepsi boleh bertukar. Tak perlu nak belajar pun kat universiti,kolej,sekolah. This is not something that you can learn in classes.

This is something that you can gain sendiri.





Baru baru ni,banyak benda yang lebih kurang sama yang buatkan aku berfikir extra lebih sikit. Yeah. Sejak pekeliling UiTM yang tak benarkan kereta masuk tu,dan jugak sejak Dr M kata orang Malaysia tak cukup matang untuk berdebat. So true.

Lepas tu aku track down page Facebook VC UiTM tu dan memang aku notice betapa banyaknya manusia yang kalau debate dalam tu memang kalah habis. Termasuk lah ibu bapa ke,mereka yang dah bekerja ke,future lawyers ke,etc etc. Sangat teruk.

Point sangat tak kuat. Emosi. Cadangan tak ada. Yang patuh pekeliling pun patuh membuta tuli. Hentam pun hentam membuta tuli. Sayang. Seribu kali sayang. Potential ada tapi wasted.

Aku sampai rasa takut kadang kadang nak pergi masa depan. Semua ni future leaders ke? Semua ni para boss boss Melayu ke in the future? Atau still nak ikut trend kerja makan gaji membuta tuli,atau jadi penyanyi,etc etc. Takut weh. Takut. Jujur. Aku takut.

Perception towards everything is the seed. Selalunya persepsi ni tukar bila dah sakit. Baru tahu langit tinggi rendah. But,better realize how this thing betapa pengaruh sebenarnya before terlambat.

I'm hoping for a change in the society. Bukan change yang coins tu. Tak. Tapi perubahan. But I cannot do it alone.

Thursday, July 21, 2011

Impresi manusia; Malaysia dan perkataan Sosial.

Aku tadi tak tahu lah kan. Tadi aku macam,banyak pulak ter cat walk sampai blog orang. Banyak pulak entri yang jiwang ambik perhatian aku sekarang ni. Dah banyak banyak entri jiwang pulak tu,aku terbaca jugak blog yang cerita pasal masalah sosial. Sosial kononnya. Dan dalam banyak banyak tu,aku notice satu ayat yang dia cakap.

"Selepas menamatkan alam persekolahan, aku mula menjadi liar. Aku mula berkawan dengan teman-teman yang sosial."

Okay. From that ayat,apa yang korang nampak?

Bagi aku,aku nampak yang dia nak highlightkan dengan story beliau,being sosial itu liar. Perkataan Sosial,dikaitkan dengan kehidupan yang liar. Bila liar je,berkawan dengan orang sosial. Kalau baik je,tak bersosial.



Aku memang jenis yang berkawan pelbagai jenis manusia. Tak kira sesapa pun,aku kawan je. Fine,aku admit,aku memang agak friendly. Bila ada manusia,aku berkawan. Boleh join lepak,borak borak,etc etc. Sejak dulu lagi kecik kecik,sampai sekarang.

Dalam banyak banyak kawan aku tu,tak kira lah,memang ada yang datang dari golongan budak alim,budak rempit,anak orang kaya,anak orang kurang mampu,budak bandar,budak kampung,budak sekular,etc etc. Kalau nak senaraikan,panjang pulak entry. Semua benda ni membuatkan aku rasa lebih terbuka. Aku dapat dengar semua opinion,dan aku dapat rasa perasaan semua golongan.

Tapi,bila ada orang label aku bila dorang kata aku ni sosial pasal bergaul dengan budak budak jahat,aku rasa sangat tak munasabah.

Apa tu sosial?

"seeking or enjoying the companionship of others; friendly; sociable; gregarious." Sumber: Dictionary.com

"bersosial bergaul atau bercampur dgn masyarakat." Sumber: Carian PRPM DBP Malaysia.


Tapi apa yang tipikal orang Malaysia sekarang fikir?

Being social bermaksud menjalani kehidupan yang liar,pergi mabuk,pergi jalan sana sini,seks bebas,remaja bermasalah,bla bla bla.



Masa dulu aku,aku sekolah biasa. Masa aku kat sekolah biasa,aku hot setap pengawas masa tu. Bila dah pengawas,ada title sikit,biasanya memang kena bergaul lah kan. So from there,aku automatik terlatih diri aku bergaul dengan ramai orang. Dan memang dah jadi kebiasaan.

Sekali bila tetiba aku masuk hostel masa Form 4,aku cuba lah bawak budaya tu dalam diri aku,aku expect kat SBP semua rileks je. Memang standard SBP pergaulan agak konservatif,tapi aku bergaul dengan ramai orang tak kira kepala. Aku layan je semua. Tapi bila dorang tengok,dorang pandang pelik. Masa awal awal aku hidup kat SBP,macam macam aku kena terjai.

"Eee kau memang sosial eh bila kat luar? Kira gaul bebas gila lah lelaki perempuan?"

"Weh aku tengok sekolah lama kau tu,memang sosial gila kot dorang,duduk lepak ramai ramai rilek je. Eee budak kita pun selamba dorang layan. Aish. Aku tak boleh doh."

"Maaf ye,kami tak mengamalkan hidup sosial kat sini. Akan mengundang kepada bla bla bla..." *aku sambil duduk tercangak blur tengah fikir apa salah aku buat. Jarak jauh gila lelaki dengan perempuan,nak kata dating,tak,kitorang duduk satu geng duk study*


Bila dah habis pulak,aku masih jumpa komuniti yang memang macam ni kat luar,tak kira mana mana aku pergi. Aku rasa sangat tak patut. No wonder Malaysia dilabelkan sebagai negara minda kelas ketiga.



Faham tak situasi dia macam mana? Kehidupan liar adalah bukan sosial. Liar tu adalah liar. Kehidupan sosial adalah sekadar kehidupan dimana korang bergaul dengan semua orang,tak kira siapa,asalkan boleh buat member. Adakah seorang yang sekadar mahu bergaul dengan orang ramai,boleh di claim pergaulan bebas atau hidup liar? Adakah liar itu berkehidupan sosial?

Tak jugak. Liar tu cuma bergaul dalam kelompok yang liar. Bukannya bersosial dengan orang ramai pun.

Tak percaya? Cuba letak je perkataan sosial. Nanti dorang akan fikir bukan bukan yang so sial.

Friday, July 8, 2011

Impresi manusia; Simbol,dan kepala manusia

Tadi,Kucing Serius tengah termenung,dok pikiaq pasai masa depan,pikiaq masalah dunia. Lalu bila dah terfikir sesuatu tu,terus Kucing Serius memberikan sesuatu reaksi gempak.

Reaksi Kucing Serius adalah seperti dalam video ni. Tengok sampai habis.



Okay dah cukup mengarut.

Tadi aku ada blogwalking. Balik rumah,terus blogwalking,tapi tak tahu kenapa hari ni aku macam banyak terjumpa blog Muslimah,lebih banyak dari biasa. Aku tak kisah la. Mungkin pasal hari ni hari Jumaat kot,tu aku banyak nampak blog ping macam tu. Aku baca je lah. Tapi ada satu yang aku notis dia punya header dia,err,bukan jenis yang,sesuai.


Maaf. Jangan sangka aku mengutuk. Aku nak bercakap mengenai relevan dia. Dalam header dia ada ni.


Sekarang ni,zaman sekarang ni,today,right now,seluruh dunia umat Islam sangat dikecam kan? Orang Islam kena label dengan teruk semua gara gara ada segelintir yang menyalahgunakan nama Islam untuk tujuan tertentu. Aku tak suka. Sangat tak suka. Tambahan pulak dengan orang orang Barat yang dikuasai Yahudi tu,guna apa yang ada semata mata untuk,jatuhkan Islam. Lagi lah teruk Islamophobia jadi.

Semuanya pasal tipikal pandangan yang kata Islam tu ganas.

No. Hell no. Mereka tidak tahu kan apa actually yang ada kalau kaji Islam betul betul. Tak payah nak cakap pasal luar negara,tapi dalam negara ni sendiri pun banyak yang macam tu. Even certain people yang claim dorang tu alim pun,akan muncul sifat yang One Kind digolongan dorang ni.

Sangat rare nak jumpa orang yang lain dari yang lain dari dorang tu,tapi betul betul faham mengenai agama.



Contoh paling simple. Tengok gambar kat atas tadi. Apakah itu? Cuma gambar ada gadis muslimah yang bertudung,tapi sibuk memegang pedang dan perisai. Itu sekadar gambar kecil je kan? Gambar kartun yang simple,comel,dan cantik untuk dijadikan header.

Tapi ingat,simbol pedang dan perisai di atas tangan seorang gadis kecil bertudung. Adakah itu relevan? Untuk melambangkan seorang Muslimah,perlukah meletakkan benda benda sebegitu? Adakah itu kononnya simbol Jihad zaman sekarang?

Pandangan pertama,first impression yang akan muncul dalam kebanyakan minda sekarang ni,is nampak gaya macam terrorist,nampak gaya macam nak berperang,perang,perang,jihad,perang. Padahal,ramai tahu yang owner header tu bukan nak perjuangkan itu,dia cuma nak perjuangkan nilai nilai Muslimah je. Tu je.

Tapi,kat internet ni ramai orang yang malas jugak. Blogwalking secara malas dan dorang akan tengok gambar terlebih dahulu sebelum baca entri. First impression je,dah tak kena. Nama dah ala ala Muslimah,tapi impression tu macam tak kena.

Nampak simple je kan?



Selalunya benda benda simple macam ni yang beri pengaruh besar dalam hidup. Benda benda kecil,orang akan ambil kisah secara tidak langsung,secara tidak sedar. Benda kecil macam tu,akan bawak kesan kepada pemahaman,akal,mindset,semua benda.

Contoh paling busuk,ada orang nak kenalan dengan korang. Cakap simple je, "Hai AWAK". Korang pulak akan claim "Ye SAYA". Maka akan berterusan cara percakapan yang sangat berbeza dari diri korang,kalau korang suka guna Kau dan Aku. Sampai bila korang nak cakap Saya dan Awak tu,mesti korang tak tau kan? Korang akan terusan guna cara perbualan yang macam tu guna awak dan saya,tapi dengan orang lain korang guna Kau dan Aku.

Benda berlaku secara tidak sedar. Sangat sangat tak sedar. Benda dah automatik set dalam kepala.

Berbalik dengan gambar kat atas tu,impression yang dia bagi,adalah Jihad perang. Tu yang aku nampak kalau first impression. Aku tahu dia adalah seorang yang berbeza. Cuma impression yang dia bagi,dengan blog dia yang membawa nama Muslimah,nama Islam,adalah sangat,tak kena. Memberikan imej lain terhadap apa yang dia nak juangkan.

Tapi ingat,memperjuangkan Islam bukan lah hanya melalui perang.

Perang tu zaman dulu dulu. Sekarang,zaman yang telah diubah habis oleh orang Barat tu,termasuk dengan Mindset kita yang tertanam dalam akal ni. Tu yang perlu diubah. Mindset yang telah di setting kan oleh orang Barat sekarang,menyebabkan umat Islam tu sendiri terburu buru mengikut emosi untuk menaikkan Islam.

Islam tu agama yang sempurna. Tapi cuma segelintir umatnya yang memesongkan,memberikan imej yang tak kena. Dan kenapa Yahudi naik dan conquer 90% hal dunia? Pasal dorang tak guna imej imej macam ni even fakta sebenarnya dorang lagi teruk. Memang nampak macam yang dorang ni baik sangat. Tapi ingat, sekadar NAMPAK baik.

Cuba fikir fikir kan. Fikir dalam dalam.

Tuesday, July 5, 2011

Impresi manusia; Ketayap,tudung,free hair,seksi



Selalu sangat ada impression manusia yang melabelkan seseorang ikut First Impression. Bagi aku,First Impressions ni memang satu penipu yang besar. Tak kira orang tu berketayap,bertudung,free hair,short skirt,lelaki seluar pendek,untuk zaman sekarang ni dah sangat unreliable. Sungguh. Kalau seseorang tu membawa sesuatu imej,imej tu sesungguhnya memang tak boleh gunapakai.

Memang ramai gila suka condemn orang bertudung zaman sekarang. Especially mereka yang stock short skirt,seksi,atau mereka yang free hair. Ini bukan auta,ini fakta. Serius. Kucing Serius.

Suka sangat nak condemn konon orang bertudung ni,"nampak je baik,tapi sebenarnya hipokrit". Ingat,tunjuk satu jari,4 lagi jari tu tunjuk kat diri balik.

Antara tipikal tuduhan orang zaman sekarang:

Pakai je ketayap,title Ustaz,Pak Haji,Syeikh,tapi perangai haram jugak. Habis tu mereka yang tak pakai tu pun macam mana? Mereka yang tidak bertitle tu,bagaimana pula? Adakah mereka tu baik sangat sangat?

Memang bukan semua lelaki pakai ketayap tu baik. Tapi bukan semua lelaki tak pakai ketayap tu baik jugak.

Aku freehair,aku pakai short skirt,tapi aku lagi baik dari yang bertudung tu. Sama je kau macam tu dengan mereka bertudung yang hipokrit. Sama je. Still accumulate jugak dosa every single moment kau jadi macam tu.

Memang bukan semua yang bertudung tu baik. Tapi bukan semua free hair dan short skirt tu pun baik jugak.

Nampak tak perbezaan tu macam mana? Semua sekadar impression. Kalau bawak imej baik,kena jadi baik. Kalau tak,kena label hipokrit. Hello, dosa adalah dosa. It is open to all humanity. Selagi kau bergelar manusia,tak kira kau pangkat darjat pahala amalan kau tinggi mana,kita bukannya maksum. Kita adalah manusia. Sentiasa open nak buat dosa. Lain lah kalau kau betul betul Kucing ke,Kambing ke,Lembu. Haiwan,tak kisah lah. Orang kena fikir tu.

Tak perlu nak blame orang pakai ketayap atau bertudung tu hipokrit. Tak perlu nak cakap jadi seksi lagi better daripada jadi hipokrit. Itu semua penipuan semata mata. Orang macam ni dah ditipu hidup hidup. Minda dah dikuasai sekulariti. Semua tu cuma bergantung pada kekuatan diri.

Syaiton Nirrojim sentiasa cuba nak menyesatkan manusia tak kira kau macam mana.

Free hair atau sexy girls yang dah macam ni dah sesat jugak mata dikaburi dengan Syaiton Nirrojim. Diorang akan kata "Kau lagi baik perangai dari mereka yang bertudung. So,buat apa bertudung? Buat apa tutup aurat?"



Sama je lah macam nak isi gayung berlubang dengan air. Cedok lah air dengan gayung tu,tapi air banyak keluar dari gayung dalam masa yang sama. Tengok tengok,kosong dah,tak ada apa. Buang karan korang ambil air tadi. Buat pahala buat baik banyak mana,tapi still dosa tu accumulate jugak pasal korang free hair atau seksi. Pahala buat baik masuk in other way,but it goes out another way,which is the aurat exposure.

Kalau bab bertudung,aku jenis tak marah mereka yang masih tidak bersedia bertudung. Aku faham fahaman dorang ni macam mana. Mungkin pembesaran membawa diri dorang macam tu. Nak keluar dari kantung kebiasaan tu bukannya senang. It takes time. Nak paksa diri,nanti nak seronok beribadah pun tak boleh.

Manusia kalau lagi dipaksa,lagi taknak buat. Pasal tu Nabi berdakwah pun,Baginda ambil pendekatan yang berbeza. Pendekatan secara baik,dan bukan cara menyindir atau memaksa macam ramai orang sekarang buat.

Tapi kalau impression mereka macam ni,alasan macam tadi tu,aku sangat tidak setuju dengan dorang. Rasa nak lempang lelaju. Pasal,mereka pun teruk jugak. Malah,lagi teruk dari mereka yang bertudung. Dah free hair,boleh cakap teruk pulak pasal depa. Dorang dorang la,tapi engkau tu? Tak nak perbaiki diri?

Best doh kalau buat benda baik. Cuba try dulu rasa sendiri. Baru tahu nikmat dia macam mana ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...