.

Saturday, June 25, 2011

"Itu zaman dulu,sekarang lain laa der"

Ini adalah entri yang serius




Benda macam ni memang berlaku pun kat satu dunia. Bukan dengan orang Melayu je,tapi,semua orang kat satu dunia. Gara gara pasal sekulariti. Oleh kerana aku duduk di Malaysia dan dalam IC aku tertera aku Melayu,baik aku kecilkan skop dia kepada Melayu saja.

Okay.

So far aku hidup,aku ada banyak dengar budak budak Melayu muda yang selalu anggap peraturan agama ni semua zaman dulu punya. Logik ke? Bagi depa,dah tak relevan nak ikut kononnya pasal sekarang ni zaman moden. Dah tak relevan nak bertudung,dah tak relevan nak solat,dah tak relevan nak kahwin dulu baru nak kongkek,etc etc. Yeap. Memang,ramai manusia macam tu sekarang. Sangat tertekan dengan semua tu.

Bila kita tak buat benda tu semua,bila kita tak berpegang dengan benda macam tu,dorang pulak yang pandang hina dekat kita. Nampak tak situasi dia macam mana sekarang akhir zaman ni? Tertekan aku. Tertekan!

Antara tiga contoh tu,selalu alasan yang depa bagi for each selalunya

"Even aku tak pakai tudung,aku tetap sembahyang"
"Aku tak sembahyang,tapi aku selalu tolong orang susah"
"Dah sayang dengan dia. Confirm kahwin dengan dia. Lagipun,cinta memerlukan kehangatan kalau nak selamatkan cinta tu"


Nak muntah aku dengar ayat ketiga tu.

Minda masyarakat sekarang ni dah sekular sangat. Sekulariti terlampau menguasai hidup hidup harian,dan membuatkan manusia sekarang lagi senang nak buat benda lain selain kehendak agama. Yeap. Aku sendiri bukannya baik sangat. Tapi sejak aku sedar dengan benda benda sekular sekeliling aku,aku selalu berhati hati dengan sekeliling,dan berhati hati dengan akal aku. Kadang kadang pun aku masih terbabas lagi kerana diri ini masih belum capai tahap dekat dekat nak sempurna.

Sedangkan bila akal sendiri dah dididik secara sekular oleh Media,dari kecik sampai besar,aku tahu dalam pembesaran aku sendiri memang ada unsur unsur macam tu. Aku tak suka nak tuduh Syaiton Nirrojim kalau aku ada buat silap. Tapi aku suka blame kewarasan akal,pasal selalu nampakkan benda yang salah tu jadi betul sangat.



Sampaikan sekarang ni dalam masyarakat,adalah sangat sukar untuk manusia menegur sesama manusia. Yeap. Cuba try tegur kalau ikut segi hukum agama. Orang akan selalunya terdiam atau ada yang certain memang tak boleh terima langsung kata kata dorang. Siap ada yang lawan lagi tu. Percayalah. Kenapa macam tu? Pasal usaha Illuminati dan Freemason yang kita tak nampak di sekeliling kita nih,dah tanamkan sekulariti dalam kepala otak kita ni.

Sampaikan sekulariti tu,dah jadi hardwired dalam kepala setiap generasi baru zaman sekarang,bermula dari kesan penjajahan kapir laknat masa dulu.

Boleh tak kita hardwired kan balik Islamic values dalam setiap generasi sekarang ni? Boleh. Ce cuba ce cuba. Cuma terpulang kepada pemimpin. Dorang lagi sibuk dok block website download daripada ambik kisah pasal benda ni.

10 comments:

muaz syamil azizan said...

pengetahuan dan pegangan agama lemah, pastu ego tinggi mencakar langit. jadilah bodoh sombong >:8{

Kucing Serius. said...

Yeap. Exactly. Tapi tu baru sikit kalau nak tengok dalam skop sekarang. Huu

Flower Detox Tea said...

nak memuskan nafsu masing2..beribu alsan diorang bg..sebenarnya pemikiran merek leboh kolot dr org zaman dulu..

Kucing Serius. said...

Betul. Memang dorang kolot. Tapi dorang sangka yang dorang tu open minded kononnya. Tak sedar dorang tu padahal lagi kolot sebenarnya.

Farierahasanz said...

erk , btol tu .dunia skunk daa terbalek =)

.::: mr IQ :::. said...

bagus la tutup laman web download...
nanti movie unsur iluminati x leh masuk dlm otak... ahahahaha...

x payah kait dgn ilumati, panggil shj jahiliyah...

(mahu bina khilafah? binalah dalam diri dulu) bermaksud mulakan dalam diri kita dahulu... iaitu melaksanakan perintah Allah dan menjauhi laranganNya.

(sekadar perkongsian...) take care garnier.. :)

F_H said...

PENAH JENGAH BLOG HANG.. HEHEHE

Kucing Serius. said...

IQ. Tapi nama glemer Illuminati. Ahaha.

Kucing Serius. said...

Line Putih. Aish takkan jengah je kot? Ahaha :D

Syazwan said...

derm. sejak lahir hidup kita disekularkan, sikit demi sikit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...