.

Saturday, November 12, 2011

Luahan Cuti. Part 2. Cerita Pasal Life Of An Architecture Student.

Sambungan Dari Luahan Cuti,Part 1


Aku Seorang Junior Dalam Architecture. Sem 2. Apa Yang Aku Kena Buat?



Well. Basically,ada a few misunderstandings pasal budak budak architecture ni. Ramai yang ingat,kalau masuk course ni,memang fokus kat technical drawings semata mata. Ambik pembaris tu pembaris ni,garis sana sini,lukis sana sini.

Semua benda tu memang betul. But,ada satu lagi part yang ramai orang tak tahu.

Arts. Seni.


Bagi aku lah kan,untuk tahap aku,bab ni yang susah. Seni. Of course,orang akan ingat kitorang cuma buat bangunan,dan fokus kat bangunan semata mata. Aku pun dulu ingat macam tu. Aku mula tertanya tanya apasal interviewer aku suruh aku ambik art classes masa interview dulu.

Apa kena mengena Architecture dengan Art?


Well. Basically,architecture is the combination of Art and Science. Tu yang seingat aku lah. For me,aku tak dapat nak describe sangat pasal benda ni. Pasal,apa yang aku faham,cuma ada abstract,analogue ,metaphor dan macam macam lagi dalam architecture setiap bangunan,setiap model,semua benda lah. Yeah. Yang aku tahu,Art. Tu je.

Sekarang ni untuk part aku,kitorang tengah dilatih art dan basic technical drawings. Belum sampai tahap buat bangunan lagi. That would be on later stages.

Assignment,Macam Mana?

So,sekarang ni,for the early stage,design fokus more to Art. Sem lepas cuma basic gila punya je,sketchings,basic elements,bla bla bla. Baru baru ni semester ni,subject Design I kena buat Nature Metaphor. Bagi aku,ni assignment favourite aku.

Hikhikhik. *blushing*

Kena pilih satu element nature,dan buat a useful object out of the nature tu. Nature element,aku pilih kucing. Metaphor,aku pilih Kucing Jatuh Bangunan Dan Jatuh Atas Empat Kaki. Useful object, aku pilih nak buat Mobile Kinetic Sculpture.

Syarat lecturer bagi? Jangan nampak macam kucing langsung.


So there goes the research aku kena buat pasal badan kucing,cara kucing guling badan dia,tulang kucing,etc etc. Sketch sikit sana sini. Hasil yang dapat,an object yang jauh berbeza dari bentuk kucing.



Model design tu mock up punya. Bukan actual model. Mock up model ni sekadar cincai punya kerja nak buat bagi nampak bentuk.

So,there it is,Project 3. Sekarang,dah masuk final project,which is Project 4,dan aku kena buat model space apa entah based on a client. Client tu,seorang yang ada strong characteristics,strong identity. Aku pilih Max Hafiz, singer band The A.C.A.B.

Site kitorang,Janda Baik. Nanti 17-18 haribulan,ada studio trip pergi sana. Site Project 4 tu,nanti kena cari kat sana.



Macam tu lah assignment kitorang untuk tahap Semester 2 ni. Arts,models,bla bla. Orang lain boleh pening sumbat kepala belajaq sepuas hati. Kitorang boleh pening muntahkan semua keluar dari kepala memanjang.

Life As An Architecture Student.

Bak kata Mat Luthfi. "Kalau orang boleh mabuk minum arak 2 botol,aku boleh mabuk dua hari tak tidoq."

Tengok video Mari Merungut Malaysia from Mat Luthfi? Yeah. Dia budak architecture. Apa dia cakap semua tu,aku faham. Kurang faham atau banyak faham,still faham. Memahami pasal aku ada kena macam tu. Dan senior semua mengalami lagi teruk.



Lebih kurang sebijik hidup macam ni. Dengan multitasking nya lagi.

Aku rasa,yang paling famous orang tahu pasal hidup student kat sini,is that tidur tak cukup. Tu je. Yeah. Actually,kalau cakap pasal tidur tak cukup.

WE REALLY MEAN IT.


Pernah sekali,aku underestimate aku punya project. Critique Session hari Isnin,so aku start buat model aku hari Khamis. Aku fokus betul betul masa selepas Solat Jumaat je the next day.

Aku start lilit dawai SAHAJA lepas Solat Jumaat tu pukul 3PM non-stop sampai pukul 12.30AM. Aku cuma stop sekejap bila nak solat je. Aku sampai lupa nak makan. Tu baru dawai. 30% baru out of my whole model tu. Tak campur dengan cat,pasang benda lain lagi. Presentation board lagi.

Jumaat malam Sabtu tu aku tak tidur langsung. Sabtu malam Ahad tidur 3 jam. Ahad malam Isnin tak tidur langsung.

Lalu,masa crit session,aku tidur atas kerusi luar studio tempat orang lalu lalang tanpa segan silu. Sedar sedar aku dah ada kat tempat tidur dalam studio pukul 3 petang.

Nasib baik silent crit. Dah lah tahap aku ni kira tahap paling senang. I do have to improve more.



Aku taknak cakap banyak. Aku tak rasa yang ramai orang faham. Sedangkan aku explain kat family aku sendiri pun,dorang tak mengerti. Ni baru satu,pasal tidur. Pasal social life? Duit?

Kos belajar sangat tinggi. Setiap model kena buat means duit keluar nak beli material semua.

Dunia Architecture Kat FSPU, UiTM Shah Alam.



In UiTM Shah Alam,nama association dia,Archisa. Architecture Student Association. Yeap. Believe it or not,bond in the whole department sangat sangat kuat. Each of us from lecturer to senior to junior,memang akan kenal each other.

Kitorang ada secret recipe for such bond. Hikhikhik. Mana boleh bagitahu. Malu.

With that,kat sini jugak ada Archifest. Architectural Festival. Every semester,part 7 akan handle event ni. Kira,every semester memang akan ada lah.

Event ni lah yang ada buat Battle Of The Band,ada Movie Night (Movie yang setiap studio buat sendiri),ada Performance Night, Archiday (main game ramai ramai), Pertunjukan Gallery,etc etc. Macam macam lagi. Banyak.

Here's a video of Battle Of The Band: Clash Of The Icons. Studio aku menang first place,The Most Iconic Band. They were looking for a band yang ada Icon sendiri yang kuat.



Masa sem ni. Part 2. Kitorang selitkan gimik sikit. Hehe. Meow.



Ni masa sem lepas. 3rd place.


Penyanyi ni class rep aku. Dia ada blog dan sangat kemas berkata kata. Click SINI kalau nak pergi blog dia. Aku cuma main drum je.

Dan baru baru ni,studio Part 6 Bsc ada organize Archikite. Dua hari kat pantai Tanjung Tuan,Port Dickson. Sehari je main layang layang. Sehari tu pulak,mandi laut,banana boat,menyanyi tengah malam. Macam macam.



Life is fun in our own way,right here.

Banyak benda lah. Sangat sangat banyak. Archisa memang persatuan yang sangat aktif. Sangat sangat aktif,sangat sangat seronok,bond between every student sangat kuat. Kalau masuk Architecture kat UiTM Shah Alam,memang akan involve persatuan ni.

Despite dengan segala gala kesibukan mak nenek kat sini,Archisa sangat sangat well organize life kat sini and managed to make it more interesting. Seriously. What is the purpose nak tambah benda benda buatkan lagi sibuk ni? Well. SEMUA potential dalam diri dapat dikembangkan to the max.

Dan tak kira apa pun yang dibuat,bila dikembangkan,nanti dia bagi positive effect kat idea on core subjects. That is how it works. In architecture,everything is related.

Kata Kata Hikmat Dari Dunia Architecture.

"Architecture is not just about design. It is about life. Kita construct life kita,kita put arts tu dalam hidup dan bagi dia corak,result tu adalah design. Any errors in life will lead to destruction." - Raihan B.Arch 3

"You must feel everything with your heart. Not only with your mind. Heart is to feel,goes to the mind for judgement. It comes back to the heart to feel it again and then baru kita keluarkan hasil tu. Pasal tu,pentingnya kena jaga hati kita." - PM Ghani.

"With limitations,comes creativity." - Prof Amran.

"Meowwwwwww. Brrrr. Wiauuuu. *lari dari jauh lepas tu panjat pokok kelapa*" - Kucing Depan Studio.



Akhir Kata.

Yeah. Entah lah. Despite orang kata,course ni macam apa lah,itu lah,ini lah. But,honestly,bagi aku,SO FAR dalam dua sem ni,aku suka. Aku suka apa yang aku buat. Kadang kadang,assignment rejected,ada yang accepted. But,still,aku suka. Memang aku suka. Entah lah.

It is a kepuasan bila dah siap,dan nampak hasil yang diri sendiri buat tu kat depan mata. Selama ni nampak dalam kepala. Kali ni nampak depan mata. Lepas tu orang lain tengok pulak tu. Seronok. Sangat sangat seronok.

To understand more the life of an architecture student,aku cadangkan korang click kat SINI,dan baca satu satu gambar yang ada. That's all. SEMUA yang kat situ dah explain dah semua perasaan.

Besides,boleh check out blog senior aku. Dia Part 5. Ada story mory jugak pasal Archi life. Boleh godek kat sana. Click SINI if interested.

So,are you interested in taking Architecture? Kalau ya,masuk UiTM Shah Alam tau *wink wink*

20 comments:

Diana @ BKKC said...

Wow..penuh nye description pasal archi...

Nway,selamat menjalani kehidupan sbg dak archi yg dicop sbg...'hehe..tak ckp tido'... biaselah studio based. memang cam gitu lah rupanya...

even aku bkn dak archi..tp aku satu faks ngan ko dik (aku imagine ko adik since ko baru part 2..dan aku dah graduate fspu 2 thn dah...)

psss:masih merindui keje2 field.site..

Unknown said...

Nice entry.. ^^

Tp tuk pengetahuan aku ni tido ckup.. stay overnite, tp cover time class.. hahahaha.. jd mcm ckup la kot.. hahaha.. btw, gud job.. ;)

ayie ganu said...

ya....
xkesah la assgmnt direject @ diterima...
most important thing.....
kita suka ap yg kta buat....we enjoy it...xkesah la susah mcm mne pon....tp ap yg kita pilih itulh minat kita....
anyway....go on yr study...i wish u gud luck in yr study...
wish u achieve yr ambition.....

ayie ganu said...

ya.....
xkesah la brape kali esenmen direject...yg pnting dpt kepuasan bila tgk hasil yg kita buat.....
most important thing is,..we enjoy it....
xkesah la sesusah mne pon course yg kta pilih....pentingnya...what we had chosen is what we most like,,,,
anyway....go on u study,,,,
i wish u gud luck in yr study....
hopefully u will be what u r want to be...
chaiyok2!!!!

Sophie Al-Yahya said...

been there.done that.

memang susah orang nak faham. bila kita kata takde masa, we really mean it.
sebab tu sesiapa couple dgn budak archi & dia dari course lain, selalu tak tahan lama.wahahaha..

anyway, masa belajar memang susah. kerja? laaaaagi susah! so, kalau time belajar tak dapat tahan semua dugaan, apatah lagi masa bekerja. =)

good luck junior~ =)

syuk said...

waa~~ best nye jadi architecture!

Namee Roslan said...

ahahahah, bila baca ni aku jadi trauma wey. aku dah tak boleh bayang dah hidup dalam dunia archi. serious. penatnyaa.... :( aku perempuan tapi aku tak boleh nk bersolek macam perempaun tiap kali project banyak.pastu mata macam zombi. :( huduh. emmm, serious beban kerja dia mmg dasyat lah kalau reality pun. sape nk amik archi ni sila lah research betul2.

A.I said...

wow! HAHAHAHA.


cemana eh...

macam baca apa yang kawan aku dok bebel kat aku hari2.

tambah sikit, kalo free tu mmg dorang akan free yang macam nak mampos. macam org tak penah kelua.


kenal ng dorang buat aku rasa print esaimen 20 ringgit tak payah nak kira mahal. yer guna duit yang sangat banyak. mmg takder la nak beli kasut ke, tudung ke apa. sangatt untuk belajar semata.


aku respect cara dorang survive as student life. macam ko jugak laa.

neway good lcuk! hewhew.

Fathin || Bamir said...

hello hai arkitek to be!!
i baru nak pergi blajar kos dip seni bina. bace entry nie.. wew! semangat. yang susah tu akan senang kemudian hari :)

Primadona said...

baru sikit tu dik.Masuk final year lagi haru.Aku semester lepas memang kurang tidur oh.Sampai bengkak mata,badan lesu,eyebag mula menjelmakan diri dan jerawat berlumba-lumba naik.Serius aku rasa macam zombie.Makin dekat final study week tu masih ada presentation.Lepas final masih ada assignment yang belum dihantar due to many kind of assignment.2 minggu tak tidur non stip buat aku rasa macam nak bunuh diri.At the end habis je final on 25th sepetember to aku terus qada tidur aku sampai sekarang.haha.Your journey is still long buddies.

P/s: avoid buat assignment last minit.haha

blog-tips-kurus said...

kucing coklat berdiri itu osem laa.. :-)

kupukupu & siput said...

x minaaaaaaaaaaaaaaaaattt!! :P

alfsfr.ali said...

Weh sumpah best korang!

Ko tahu course aku fisioterapi kat puncak alam ni, rambut panjang kena potong! Dinner? Ada tp series skema tahap celaka. Naseb baik aku dah sem 7 so aku stay je. Bodohnya, aku sendiri x paham mcm mana aku boleh stay dlm course ni selama 3 tahun. Dah la aku x minat. Kalo aku sem 1 atau 2 sekarang ni memang aku tukar. Sumpah nyesal!!

One more, aku x nampak future aku as fisio.

:(

Izyan Kaher said...

archi and engineering tak byk beza sgt pon :)

anyway, all the best!
multitasking - immune dah teehee!

#followed! :D

Anonymous said...

fiuuuhhh.


memang panjang,

nampak cam susah je ohh.


but then, goodluck k?:)

NiGhTiNaNgLe_FARA said...

what a miserable life of an archi...
but it still cosider as cool!!!
yeah! :)

faratina said...

kalau interested in qs,, also ley masok uitm shah alam.. :p hahaha..
chaiyok2 dude

Unknown said...

i just make a random search on google and found this blog, thanks really helping me to understand :)

hisham said...

im from uitm seri iskandar.and yeah family langsung tak faham pasal life budak architecture. only our family in architecture je yg faham our life

nadhirah nasser said...

nice post!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...