.

Saturday, June 25, 2011

Kenapa lelaki curang?



Okay. Tadi dok sibuk kejap Debat Perdana Hal Ehwal Teruna dekat group Sahabat Blogger. Semua gara gara soalan pasal kenapa lelaki curang. Tapi aku nak explain,perempuan tak faham,dan taknak faham. Biasalah,perempuan. HAHA.

Macam mana aku nak start kan? Mula dengan Bismillahirrohmanirrohim.

Perempuan selalu sangkakan yang lelaki ni sama je akal dengan perempuan. Ye lah,kononnya,kalau dah sangkut,memang sangkut kat sorang tu je dan tak boleh nak stop cuci mata dengan orang lain. Fakta, perempuan salah kalau fikir macam tu. Perempuan kena fikir yang lelaki ni akal ada 9,nafsu ada 1. Lain dengan perempuan,akal ada 1,nafsu ada 9.

Pasal tu,apa yang aku nak highlight kat kat sini,adalah kematangan seseorang lelaki tu. Dari kematangan,jelas nampak akal seseorang lelaki tu macam mana.

Kematangan? Tak logik! Tak faham!

Perempuan memang tak faham. Tapi,kalau seseorang lelaki tu matang,dia tak ada nak main main kalau soal cintan cintun ni. Diorang dapat bezakan akal dan nafsu.

Ada satu buku ni,Why Men Wants Sex And Women Needs Love. Aku dah khatam baca buku ni. Dan aku faham sangat sangat kenapa akal lelaki dan perempuan sangat berbeza,dan cara curang dorang pun sangat berbeza. Dalam buku tu pun mengaku pasal akal lelaki ada 9 and perempuan akal 1.

Aku nak straight to the point,kenapa kematangan seorang lelaki tu boleh mempengaruhi love life laki tu.

Apabila seseorang lelaki itu matang,pandangan dorang terhadap love life adalah sangat sangat berbeza. Sembilan akal dorang tu pun dorang dah tetapkan betapa agungnya love tu sebenarnya,betapa seriusnya benda tu,dan betapa suci sebenarnya benda tu semua. Dorang tahu benda macam ni tak boleh nak bawak main. Bila dah macam tu,dorang akan serius dalam bercinta dan dorang cuma akan bercinta dengan sorang tu je lama lama. Kalau boleh,nak bawak sampai kahwin.

Orang macam ni,dorang tak mudah nak ikut hawa nafsu nak mainkan perasaan orang tak tentu hala. Kongkek,tinggal. Kongkek,tinggal. Tu semua memang nafsu je lah kan? Tapi tak pada dorang ni. Sejahat mana pun seseorang lelaki tu,kalau dorang matang,dorang tak main main kalau bab cintan.

Tapi perempuan kena ingat jugak. Lelaki memang ada satu je nafsu,which is kepuasan adik manja dorang. Yeap. Maaf kalau bahasa agak,err,open.

Anatomi badan lelaki memang dicipta macam ni,ada satu benda dimana satu nafsu memang akan tertumpu kat situ je. Aku panggil dia Plug lah. Kalau perempuan,dorang punya Socket. So,Plug adalah dicipta untuk masuk ke dalam Socket. Plug memang dah dicipta untuk masuk ke dalam banyak banyak Socket. Pasal tu lelaki boleh kahwin 4. Kalau Socket asyik kena masuk dengan banyak banyak Plug,gerenti Socket tu senang rosak. Pasal tu perempuan tak boleh kahwin banyak. Ini fakta kalau nak diikutkan dari segi sains dan,err,kesihatan batin :P

Faham tak? Percayalah. Ce cuba ce cuba dengan barang elektrik korang.



Nak dikaitkan balik curang dan kematangan kat atas tu, lelaki memang nafsu tertumpu dekat situ. So,kalau dia matang,akal lelaki tu digunakan pada tahap maksima termasuk dengan melawan nafsu dorang sendiri. Tendency dorang berlaku curang atau hati berubah pun jauh lebih kurang dari biasa!

Faham tak?? Aku pun dah mula berbelit cakap ni.

Lelaki punya kematangan ni,perempuan kena gali masa kenal awal awal. Bukan bermaksud dorang gedik mengada ngada suka bermanja dengan korang,lelaki tu tak matang. Oh tidak. Tu persepsi yang sangat salah bila perempuan tengok.

Kematangan lelaki tu hanya boleh dijudge bila kita dapat tahu macam mana dia go on daily life dia,macam mana dia pandang pelajaran dia,macam mana dia tengok dunia,cara dia nilai love tu sendiri,etc etc. Banyak benda. Apa yang dia pandang,it would be more focused on serious things. And he will be more serious on things. Bila dia ambil serious pasal benda,mesti la dia ambil serious jugak kan pasal korang? Serious aku cakap. Kucing serious.


Gambar ni aku ambik dari Google. Tapi dah ada Copyright pulak. Hentam la. BW sekali pergi blog dia tau.


Gambar kat atas ni pun dah cakap dah. Lelaki curang ada IQ rendah. Kenapa IQ rendah? Pasal tak matang lagi.

Pasal tu,perempuan jangan asyik nak cari lelaki yang cuma tahu nak enjoy semata mata. Pasal bila dia kaki enjoy,dia memang akan ambik ringan pasal korang. Hati korang,diri korang,apa jadi kat korang tunggang terbalik semua,diorang peduli apa? Korang dah problem,tu korang punya pasal. Diorang memang tak akan ambil tahu pasal korang.

Pandai pandai lah nak cari lelaki yang boleh serious dan boleh ada humor dengan korang. Yang dah ada tu,rezeki.

22 comments:

Alia Natasha said...

Pada pandangan saya , antara sebab sebab berlaku kecurangan dalam kalanagn masyarakat ialah , sikap nafsu yang tidak boleh dikawal dan pantang tengok perempuan cantik , lalu terus ingin meminta nombor. Tetapi, kita harus lah ingat penyebab penyebab berlaku kecurang bukan disebabkan lelaki tetapi, kalau perempuan itu melayan atau menggatal dengan lelaki yang berpunya itu . tidakkah lelaki itu akan cair ? salahkan kedua dua pihak jika berlaku kecurangan .




pehh ! macam nie leww jawab soalan bahasa malaysia nanti . HAHAHHAHAA

I do I need Iman said...

hhahhahahahha gila staraight to the ponit. ko leh jadi penceramah lah. best ;0 teruskn usaha.

tapi sbb kecurgn adlah due due. faktor lelaki dan perrempuan. smua sama. manusia. melakukan kesilpn berulang kali ;)

I do I need Iman said...

eh nak jemput;p.

http://mawarkuwada.blogspot.com/2011/06/budak-hingusan-yg-kelakar.html

Kucing Serius. said...

Pasal tu le,kalau diorang matang diorang boleh kawal nafsu depa. Perempuan tak boleh buat apa lah,hati tak tentu arah. LOL

SheyPull said...

abg...abg...abg...sbenarnye...


xtau nak ckp ape, sebab byk sgt faktor klu nak lelaki curang, contohnye :-

1.sebab X-GF dia penah curang
2.Sebab GF selalu x percaye dia
3.Sebab GF terlampau byk songeh
4.Sbeab munasabah


yang lain ko pikir la sendiri...

Kucing Serius. said...

Bila bila pikir balik,dia akan balik kepada kematangan dia jugak.

Even pernah gagal dalam love life,tak semestinya dengan perempuan lain pun dia akan lalui benda sama.

Kalau dia nak curang dengan perempuan lain,sengaja,tu dah kira berdendam.

Dan dendam tu sendiri,datang dari kematangan akal manusia tu sendiri. Ye tak? ;D

[muaz] said...

kalau matang dan tak boleh tahan sangat dengan wanita tu, stop je. tak main lah curang curang ni hahaha

wany dianwanie said...

pnjg nye huraian.......
oke...u got d point there........

wany dianwanie said...

pnjgnye huraian...
oke...u got d point there..
n pendpt sy, from my friend experience laaa...sbb dorg letak ego dorg kat tmpt paling tinggi...x sedar silap sendiri, x nak pikir blek kebelakang...sedangkan kalo dia buang sikit ego dia, mengaku salah silap sendiri, fikir blek apa yg x betul yg dibuat mse lepas2 insyAllah sume bnde yg x diingini x kan jadik...mcm kes curang...sbb ego tuh tinggi, suka aty dye jer mau suka2 menggedik dgn org lain...lg 1 la kan, kenyataannye bertepuk sblh tgn x kan berbunyi...

Kucing Serius. said...

Well. Ego tu satu benda yang lain. Kalau dia memang dah matang dia takkan buat macam tu. Dia tak akan flirt flirt dengan orang lain.

Kalau pi mai pi mai tengok story tu cemana pun dia tunjuk kat point yang sama.

Ego is just another something yang menyukarkan keadaan. Tak kira apa apa pun.

Ifti Larina said...

kucing, ak ade soalan. please2 jawab eh.
1. cmne dengan lelaki yang dah ada awek but still boleh bahagikan cinta die kt perempuan lain? tu dah dikira curang lah kan?

2. dikira matang ke tak tu?

3. cmne pulak dia boleh cakap cmni? "tak salahkan walaupun dah ada gf tp nak sayang orang lain"? mmg tak salah ke?

4. sooo dia lebih sayang kt siapa ni? kekasih gelap or the real gf? perhaps sekadar main2 tp aku yang buta utk menilai? T.T

Kucing Serius. said...

Okay Kucing menjawab.

1. Curang.Gerenti dekat mata dia ada salah seorang tu yang lagi best dimata dia. Best dari segi fizikal ke,open ke,etc etc. Best apa tu,itu semua subjektif.

Selalunya kekasih gelap tu lah.

ATAUPUN

Dia tak sayang pun gf,tapi sayang nak tinggal. Takut kalau tinggalkan,nanti dia rugi. Lelaki taknak rugi rugi ni.

2.Sangat tidak matang. Matang is the root for all guys punya great mind.

3.Sangat sangat salah. Habis tu kalau macam tu,apa fungsi gf tu? Nak main mainkan? Kalau dah tak sayang,tinggalkan. Jangan simpan lagi.

Lagipun,aku rasa dia dah konpius erti sayang tu. Pasal tu dia tak tinggalkan. Erti sayang tu pun dia tak tahu apa benda,macam mana.

4.Itu,no komen. Yang penting,kalau dah macam tu,gf dia patut tinggalkan. Dah jelas lagi ternyata dia teruk.

Jangan dengar cakap dia. Pasal,lelaki cakap memang manis,perempuan boleh cair. Bila lelaki macam dia express sikit je yang dia kata dia sayang,perempuan memang akan ikut membuta tuli. Ini fakta. Wanita adalah sangat lurus.

Dia sendiri dah confuse dan tak tahu apa tu sayang. Kalau dia tahu sebenar benarnya sayang tu apa,love tu apa,dia tak akan buat macam tu.

SYARIENARIFEN said...

HAHAHA.. JUMPE DH.. HEHE..

NWEI, PERLU KE CURANG? KDG2 PK.. APE LA YG DIE NK CR SGT? TAK CUKUP DGN SORG? PERLU DUA TIGA? PASTU DIRI SDR PENIN.. BLAJAR LA JUJUR PADA DIRI SDR N ORG YG TSYG..
MATANGKAN DIRI.. JGN PK NAFSU JA..

:)

SyazwanSarawak said...

mantap weh entri ni...!

nasib baik aku tak pernah curang, sebab aku tak pernah kapel pun >_<

ahahaa

A retarded kitty said...

mamat hensem selalu curang, betul ke fakta ni?

Rara Faramyza said...

curang sebab ramai cun cun kat luaq sana. pasai tu depa curang. pantang yang cun depa nak sebat. haihh. semua dok cakap ramai lelaki handsome je yang curang? lelaki tak handsome semua setia jugak ke? sama je. aku anti lelaki curang ni. lagi-lagi kalau jenis kau datang cari kau yang blah. lagi macam pfffttt.

daim said...

like~ agak sentap~ :P

Cik Azi said...
This comment has been removed by the author.
Cik Azi said...
This comment has been removed by the author.
Cik Azi said...

Saya rasa lelaki curang sebab jiwa dia masih kosong walaupun dah ada seseorang dalam hati dia. n lagi satu, dia saje nak test market..
n mungkin macam pompuan gak, lelaki akan tertarik dengan sesuatu yang dia suka. maybe ade somthing yang interesting kat pompuan tu yang dia rase nak kawan...tp maybe just fren je mula-mula...then bile dah kenal, baru la start sayang , n then curang... betol tak para lelaki sekalian? (anyway, mintak dijauhkan.. nauzubillah)

cyatt oi oi said...

setuju dgn blog ni. mmg berdasarkan kematangan lelaki..xkisah la lelaki tu blajar tinggi ke x..tp kalao dia matang pasal cinta..mustahil dia nk curang.. baru2 ni bf sy yg slama ni sy ingt dia matang n xkn curang..sbb dia bkn jnis melayan . baru2 ni dia kantoi main tagged x bgtahu sy. n mmg trkejut sbb dia mmg mesra habess dgn byk2 pompan dlm tu.. n mmg dia mnagis pon mintak maaf..;p dibg alasan buat mcmtu sbb dia xpercaya kt saya..sbb baru2 ni jgak bilan kmi slalu gaduh..sy akan selamba ckp kt dia..sy akan curang dgn dia n suruh jgn prcaya kt sy yg sy ni knon nk setia dgn dia..n sy akn ngorat sume kwn2 dia..tp sy xbuat pon sume tuu..n sy boleh trima lg alasan tu wlopon susah gak dia nk pujok sy ..tp stil rasa terbayang lg msg2 dia kat tagged tu..n dia buat whatsaap xbgtahu sy.. so ape pndangan bro kucinggg... boleh prcaya lg ke..da 3tahun rlationship n he is my first love. utk pgtahuan bro, sy mmg nkal dulu2 n byk kali kantaoi sy kwn dgn byk laki..tp dia stil maafkan sy dgn sng hati..so thats why sy rasa klo s xmaafkan dia..sy mcm x adil..tp entahla sakit ati ni..

cyatt oi oi said...

setuju..mmg brgantung kpd kmatangan lelaki..alahh lelaki bljr tinggi pon klo jnis nk enjoy..curang gakk..sy byk mlihat di alam nyata.. bro kucing, baru2 ni bf sy kntoi main tagged n dlm tu mmg byk gila pmpn yg dia main msg je entah sape2 dlm tu..siap ajk whatsapp..skg da kntoi. mg dia menagis trok gkr mintak maaf. mmt ni jnis egon susa nk tnjuk pasaan. mmg sy nk ptos je dah..harem punye mmt..tp dia bg pnjelasan knaape dia wt gtu,,dia kata sbb xprcaya kt sy yg sy ni nak seriyes lg dgn dia...oh ye mmg baru2 ni jgk ble kami gadoh..sy selambe ckp kt dia..sy akn carik laki len xksh le kwn dia ke apa ke.. n sy slmbe ckp jgn hrp sy nk sriyes dah..tp sy ckp jepun..mklum la tgh mara..lgpun sy mgaku sblumni sy mmg nakal n byk kali kntoi ada byk kwn laki..tp sy xpnh mgaku single pon kt mreka.. tp dia stil maafkn sy dgn sng hati n xbyk ungkit pon. lgpun dah sethun sy da xbt prngai mcm tu.. so bila pkir balik..klo sy xleh nk maafkn dia..sy ni mcm x adil plak..sdg kan daia bru skli ni kantoi ..tp hati ni sakit lak bile duk teringat msg2 dia kt tagged tu...hurrr..mmg pyh la dia nk pujok sy mule2 tu sbb sy mmg pantang, so ape pandangan bro..3thun da relationship..n dia 1st love saya n selama ni dia xpnh bt hal pon n dia byk brcerita klo ada pmpn ngorat dia...klo jumpa kwn2 dia pun..sume akn ckp dia ni baik la ape la..suh sy jaga baik2 n sy ni ptot brbangge la dpt bf cm dia..--sengal jea kwn2 dia ni- tp tulaa..sy susah nk lupa laa..bila tringat mula la nk mrh balik.. mmg la stkt dlm tagged,blm jumpa lg..tp klo da dibiarkn lame2 bkwan..jadik seytan gak masing2..naseb bek je kantoi awal..ape komen bro..bru kantoi 3hari lps..tu psl sy dok google psl topik ni..haagaga.. n sy da siap bli num baru n bt tagged jugak..n bila2 msa blh pasang baru..tp mcm susa nk carik pengganti yg sama..puihh.. tmn ketawa byk blh dicari tmn menangis susah dicari..hurr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...