Banyak Blogger Bangsa Lain Boleh Maju Dengan Baik. Kenapa Blogger Melayu Tersangkut Dalam Kelompok Yang Berbeza?
Ini adalah entry yang panjang. Banyak benda pelik pelik aku tengok dalam dunia lokal blogging ni lately.
Baca sehingga habis,untuk elak salah faham.
Dunia blogging. Benda yang orang anggap simple gila. Memang seronok. Best. Dari dunia blogging ni memang dapat tahu apa yang orang lain fikir,apa pengalaman orang lain,dengan senang. Cuma duduk depan laptop je. Lepas tu blogwalking. Lepas tu mintak link blog kat group group blogger. Lepas tu ada orang spam. Lepas tu ada orang marah korang spam link.
Tapi memang. Dunia blogging ni jadi medan kot. Medan terbaik untuk cerita apa apa. Dari kisah personal,kisah gelrpen boipren, kisah politik,dakwah,etc etc. Semua ada. Medan yang terbaik. Cuba bergantung je macam mana cara penyampaian tu.
Cuma,orang ramai tak sedar. Dari semua tu,ada something kot yang sebalik. Blogging mempengaruhi hidup orang ramai. Sangat sangat mempengaruhi.
Aku mula dengan perkara biasa biasa.
Keistimewaan Para Blogger.
Bagi aku,setiap blogger ada keistimewaan masing masing. Keistimewaan tu yang bagi corak dalam dunia blogging ni. Memang,benda blogging,small matter,kan? Tapi dari blogging ni lah,orang lain dapat tahu sebenarnya seseorang tu macam mana.
Adakah beliau tu jiwang? Adakah beliau tu pervert? Adakah beliau tu membosankan? Menggeli hati geletek geletek? Marah tapi tak ada isi? Serius Comel? Ehem.
Tak kira macam mana pun,memang semua tu akan tonjol dari sini punya. Gerenti. Gua cakap sama lu.
Potential orang nampak obvious dari segi orang tu dok bercerita dalam blog. Macam mana dia taip. Apa yang diceritakan. Pasal tu,setiap blogger yang aku berhubung,aku nampak potensi dia kat situ. Memang. Setiap blogger ada potensi. Serius besar gila. Dari situ,aku nampak macam mana dia boleh berkembang nanti. Ramai orang Malaysia akan jadi hebat kalau potential dorang berkembang.
Tapi sayang,tak dikembangkan. Sayang,sayang,sayang. Seribu kali sayang.
Last last,apa yang ada,wasted macam tu je. Gone. Absolutely gone. Macam debu. Suci Dalam Debu.
Nawaitu Blogging Budak Budak Muda.
Obviously,memang sekarang ni blogger banyak gila tahap gaban. Boleh tengok merata rata. Tapi,bila tengok cara blogging,cara penyampaian,cara nak up,semua tunjuk obvious yang dorang ni,cari populariti semata mata.
Ramai yang blogging tak ada matlamat. Kalau ada matlamat nak cari duit, sanggup jual gadai maruah aib orang. Kalau matlamat nak kejar famous,sanggup mintak mintak orang follow membuta tuli padahal blogging pun tak sampai sebulan. Semalam baru bukak blog,hari ni dah 100 follower.
Nak memajukan diri? Seriously,click SINI. Provided untuk tolong korang dalam dunia blogging.
Kebanyakan dorang yang nawaitu blogging salah datang dari budak budak muda. Dorang yang baru blogging. Ping blog,I Follow You You Follow Me. Macam harrem. Spam link kat comment membuatkan orang menyirap. Sikap kurang ajar kat situ bila orang tak mintak pun,main spam je sesuka hati. Bajet orang nak tengok.
Baru buat blog,niat dah tak betul,cara pun salah. Macam mana nak maju diri?
Niat blogging tak ikhlas,pergerakan pun bergerak tak tentu hala. Last last nanti blog bunyi cengkerik.
Lalu,bila budak budak muda yang taksub nak kejar populariti,nak cari perhatian,KEJAR segmen dan review. Ingat,KEJAR dan JOIN adalah benda yang berbeza.
Segmen Dan Review.
Orang yang mengejar sangat segmen dan review ni,bagi aku,nak cari shortcut. Tipikal orang Melayu punya cara nak naik. Seriously. Cuba tengok balik,memang akan ada ramai yang cuba memajukan diri,tapi dorang salah faham erti dalam memajukan diri tu sendiri.
Dorang kata,ramai follower baru maju. Betul kah? Aku dah banyak kali sentuh pasal benda ni. Click SINI untuk experiment, SINI untuk ringkasan dan SINI untuk conclusion.
Aku,kalau nak buat review,aku fikir banyak banyak kali. Wajarkah? Atas sebab apa aku buat review? Aku taknak rosakkan dunia blogging,dok jana lagi budak budak muda yang gila follower. Aku taknak rosakkan dunia blogging,suruh tempek pelbagai,buat itu buat ini,semata mata nak promotekan diri.
Aku pernah try join segmen,pasal nak rasa pengalaman sendiri rasa macam mana. Dan aku rasa aku loser. Sangat sangat loser join benda macam tu. Pasal tak ada benefit,dan syok sendiri bila fikir dalam dalam. Bukan tidak menghargai mereka yang buat,oh tidak.
Rasa macam orang tak hargai. Ni dia pengakuan seorang yang pernah join segmen,review yang menjanjikan traffik naik mencanak,follower naik macam gila.
Benefit yang dapat? Tak ada apa. Sekadar peningkatan certain certain orang yang follow membuta tuli. So,bila aku nak buat review,aku akan buat review seikhlas hati,main petik mana mana yang aku tengok ada potential nak berkembang.
Aku rasa dorang layak di review kerana potential yang ada. Aku nak tengok ramai yang maju dalam blogging. Dapat memantapkan diri. Ini,siap ada bagi group group,Segmen Mari Kumpul Follower,segmen itu segmen ini.
Harvest blogger yang sekadar kumpul follower membuta tuli. Bukan harvest potential. Angka follower boleh mencecah ratusan,ribuan,jutaaan. Tetapi adakah potential seseorang tu berkembang?
*lalu kucing joget sambil nyanyi lagu Sayang Sayang Sayang*
Dua perkara berbeza di situ. Segmen dan review tidak salah. Tapi kena lihat balik,atas dasar apakah? Kembangkan ilmu blogging,potensi blogging? Atau untuk kumpul follower kejar populariti?
Terlampau Mengagungkan Certain Certain Blogger.
Of course,aku pun mengambil certain certain blogger jadi contoh. Macam,Perempuan Jomblo,The Other Khairul,Cursing Malay, Namee Roslan, Haikal Blank.
Tapi tak perlu nak mengagungkan dorang. Aku ambil dorang jadi contoh pasal ilmu yang dorang ada. Bukan bermaksud dorang tu orang luar biasa. Tidak. Dorang still manusia. Still pergi jamban bila nak ukk ukk. Perut Haikal still comel. Ehem.
Cuba fikir balik. Bila kita mengambil contoh seseorang blogger tu,apa yang kita ambil? Adakah,pasal follower ramai? Adakah,pasal isi isi dia dalam blog tu yang mengagumkan?
Adakah dia famous,korang nak tempek sekali? Tanya diri sendiri,jawab sendiri sendiri.
Ramai blogger blogger muda jadi macam ni. Nampak blogger famous gila,terus agungkan. Kita semua blogger sama rata. Sekadar jadikan contoh,cukup sudah. Contoh yang ada tu pun,kena fikir balik apa yang diambil.
Ambil ilmu orang lain yang betul,dan perbaiki diri.
Pengaruh Besar Blogger Berpengaruh.
"Satu hari,ada blogger yang berpengaruh buat segmen review. Syarat syarat,tempek sekian sekian,dan cerita pasal sekian sekian.
Lalu ramaiii yang ikut tergedek gedek.
Bila ada blogger newbie buat segmen review,syarat syarat pun sama. Tengok tengok,apa yang jadi?
Cengkerik dok berbunyi,lipas lalu lalang,kucing dok mengawan. Tak ada sambutan. Dua tiga orang yang datang blog kena review."
Beza dua situasi ni,pengaruh. Yes. Setiap blogger,ada pengaruh tersendiri. Tidak kira siapa. Pengaruh dalam cintan cintun? Adaaaaa. Pengaruh dalam dakwah? Adaaaaa. Pengaruh dalam ideologi sendiri? Adaaaaaa.
Pengaruh yang menyesatkan? Pun adaaaaaaaa.
Tak kisah pun pasal topik apa yang disampaikan dalam blog. Cuma,ingat. Setiap apa yang disampaikan kat dalam blog,sedikit sebanyak mempengaruhi hidup pembaca. Masuk terus dalam kepala sesiapa yang baca. SERIOUSLY. Kucing Serius.
Bagi aku,bila dah ada orang yang berpengaruh tinggi,dia patut take advantage. Bukan untuk kepentingan sendiri,tapi untuk kepentingan orang lain. Kepentingan orang orang muda. Gunakan advantage tu untuk harvest more and more good Malaysian bloggers. Bukan kekangkan dorang dalam kelompok mentaliti pelik pelik. Silap langkah,yang mengikut tu tak berkembang pun.
Nak maju dalam blogging? Ramaikan follower kononnya. Nak maju dalam blogging? Join segmen. Nak maju dalam blogging? Tempek muka aku kat blog kau.
Pengaruh dah ada,buat apa yang bagi benefit superb. Tak perlu ajak buat benda pelik pelik. Share ilmu sebaik mungkin. Bukan harvest blogger pelik pelik. Tu je.
Harvestkan blogger yang tiptop. Kembangkan potensi dorang. Bila potensi berkembang,minda pun berkembang. Banyak benefit dapat dari situ bukan sekadar blogging world,but in real life.
Gabungkan semua apa yang anda faham dari atas,fikir dan hadamkan. Bila dah hadam,proceed ke bawah
-----------
Sekecil Kecil Perkara Mempengaruhi Perkara Yang Besar.
Kalau tengok entry Obefiend,
pasal Arlene Tan dan ramai bloggers yang main sebar cerita pasal dia. Aku tengok,benda simple yang bermula dengan emosi orang ramai yang kononnya-sayang-agama-tapi-tak-faham-agama-lepas-tu-buat-tindakan-melulu-yang-gila, habis fitnah disebarkan ke semua orang. Sedih kan? Agak teruk aku rasa. Benda yang bermula dari things yang di ANGGAP SIMPLE dan KECIK, berakhir dengan sesuatu perkara yang besar gedabak.
Kalau gabung balik semua point point kat atas, based on Keistimewaan Blogger, Pengaruh,Nawaitu Blogging Budak Budak Muda,Pengagungan Certain Blogger, dan concludekan kat sini,nampak sangat benda benda yang konon kecil ni,bagi pengaruh dalam masyarakat. Serious. Orang kita cepat sangat terpedaya.
Bila Blogger Muda yang tak ada nawaitu,main petik contoh mana mana yang dia rasa betul. Lepas tu ikut nak jadi macam dia. Terus cuba nak melompat tinggi tak kira jalan tu betul ke tidak. Asalkan capai tempat tinggi.
Bila ada blogger yang main peranan kuat atas semua point point tu,guna untuk benda pelik pelik,tak kira apa apa pun (harvest blogger yang kejar follower ke,sebarkan fitnah ke,gossips,etc etc) benda ni jadi a part of the people that beneath it. But,none of them on the top,cares.
Even if they do,
"jangan lah buat macam tu .. tak baik .. tak ke rasa bodoh buat macam tu .. memalukan kaum je .. pengecut .."
Again,pointless,useless speak is given out as if those are nothing. None of the words touches the readers hearts. Emotions 100%. Dan orang yang berada kat bawah tu akan terus berada dalam kompaun kurang-berfikir,dan turut bersama dibuai emosi.
Para para pengikut yang taksub? Layannnn. Sokong hundred percent. Bukan sokong apa yang dikata. Tapi sekadar sokong orangnya. Dua perkara yang berbeza.
"Asian people's brains are highly expensive in price than the Westerners. Because of they dont use much of it." - Lawak Kurang Ajar Orang Barat
Setiap orang adalah Arkitek pada diri. Manakala mereka yang berpengaruh,adalah Arkitek kepada masyarakat. Dalam blogging ni,sedikit sebanyak menyebarkan pengaruh diri sendiri pada orang lain. Pasal setiap pemikiran,cara pemikiran,things yang membina tu disebarkan mengikut tulisan. Yang membaca tu menjadikan semua tu input dalam kepala otak,benam dalam hati,fikir guna akal,amalkan dalam hidup.
Apabila yang ditulis seseorang,is all about something yang nampak elok tapi tak, penyebaran pun macam haram. Kesan pun macam haram kat orang ramai.
Aku bukan nak sentuh pasal blog blog muda mudi. Bukan nak target hentam yang otai atau apa. Tapi ini adalah dalam konteks general. Tengok je blog blog yang ping tu. Nampak jelas kenapa Melayu sukar nak maju dalam satu satu perkara. Tak kira blogging,atau pun in real life. Semuanya sangat berkait rapat.
Siapa makan Whiskas dia rasa pedas. Kalau perisa pedas lah. *buat muka comel*
Fikir fikirkan.