.

Tuesday, August 16, 2011

Buku "How Successful People Think". Nanti aku nak share dengan korang.

Aku dah habis baca buku ni. Rasa puas hati,dan seronok rasa dia. Serious seronok. Banyak benda yang membuka mata aku dengan luas. Aku pernah cerita pasal buku ni dulu dalam entry yang INI,tapi masa tu aku still baca halfway. RM40 aku yang terbang sangat sangat worth it beli buku ni.



Bila aku baca ni,aku nampak jelas kenapa ada banyak problems in our society. Kenapa Melayu susah nak cemerlang. Kenapa orang kita sekarang,banyak tersangkut dalam daily activities. Tersangkut dalam bisnes. Tersangkut dalam itu ini. Banyak dalam tindak tanduk orang kita,tak ikut kot apa yang stated dalam ni. Dah lah sekular,tak ikut cara cemerlang lak tu.

Honestly,banyak yang stated dalam buku ni,ada elemen yang Islam sendiri dah mengajar dalam agama. Seriously. Aku nampak clear kat situ. Memang,typically bila orang ramai dengar ceramah,kita dengar apa yang ustaz ustaz cakap pasal apa yang agama ajar itu ini,orang ramai take it for granted.

But in this one,dia mention sekadar kepentingan kepentingan benda tu dalam everyday life,dan lebih mendalam dalam dalam lagi. Contoh,sedekah,ikhlas,sikap,etc etc.



Ini buku orang Yahudi,tapi tak salahkan kalau kita kutip ilmu dorang? Ini senarai chapter chapter dalam buku ni.

1.Cultivate Big Picture Thinking.
Berfikir dengan secara meluas. Kira,jauh perjalanan,luas pemandangan. Chapter ni banyak tekankan pasal cara kita berfikir based on pengalaman dan skop minda.

2.Engage In Focused Thinking.
Kepentingan fokus dalam your target. Nampak macam bosan kan? Tapi seriously,apa dia cakap kat sini pasal fokus dia tu lain. Melalui cara lain. Bukan sekadar fokus biaso biaso,letak buku melekat kat muka.

3.Harness Creative Thinking.
Kalau ada orang yang rasa dia tak kreatif,pun boleh jadi kreatif kalau faham bab ni. Creative thinking ni memang a way yang sangat membantu everyday life actually. Logik yang aku jumpa dalam buku ni,kalau benda lain tak amalkan,kreatif tu tak akan datang.

4.Employ Realistic Thinking.
Ramai orang sekarang tak berpegang dengan realiti,tapi lebih pada angan angan. So kat sini,memang dia tekankan untuk berpegang pada realiti,no matter what we do. Ini untuk jadi medan penyelamat. Pasal tak kira apa apa jadi pun,things bukan bergantung pada kita.



Tetapi kesesuaian dengan realiti hidup sekeliling.

5.Utilize Strategic Thinking.
Orang kita malas nak susun things,malas jugak nak susun mengikut apa yang patut,dan apa yang tak patut. Antara Keinginan dan Kepentingan. Kat sini,dia ada sentuh pasal tu. Utamakan apa yang penting untuk strategi,dan keinginan lain banyak boleh tercapai.

6.Explore Possibility Thinking.
Chapter ni menyentuh pasal diri untuk sentiasa cari potential dalam hidup. Potential yang dah ada,just grab it out,dan kembangkan to the max. Secara konklusinya lah begitu. Tapi cara dia lain.

7.Learn From Reflective Thinking.
Pendek cerita,take all the past as a lesson for the future ;)

8.Question Popular Thinking
Selalunya orang ramai memang akan ikut kelompok yang sama je. Tapi kena ingat,apabila ramai orang buat sesuatu benda tu,adakah benda tu betul?

So,setiap orang kena fikir,kena tanya balik,betul ke apa orang ramai buat ni. Dari situ,dapat cari soalan dan jawapan yang lain,makes you think out of the box.

9.Benefit From Shared Thinking.



Kepentingan berbincang,exchange pendapat,Musyawarah ;)

10.Practice Unselfish Thinking.
Sedekah. Dalam ni memang dia cerita kepentingan untuk serve for others. Kita hidup bukan untuk diri kita sendiri. Tapi untuk kehidupan bersama. Kehidupan orang ramai.

Bila kita membuat sesuatu dengan ikhlas,bukan untuk diri kita tetapi orang lain,memang berkat akan muncul kat situ. Kejayaan dan kepuasan dalam diri tu yang mendidik diri untuk lagi maju.

11.Rely On Bottom-Line Thinking.
Target. Kira macam,visi,misi,wawasan tu semua lah. Dan bila kita pegang pada semua tu,nampak jelas hala tuju kita kemana. Kira,macam pandangan jauh. Setiap apa yang halang tu semua,cuma untuk melatih diri jadi lagi hebat. Dalam hidup,sentiasa ada jalan lain untuk sampai satu matlamat tu.



Bila aku baca buku ni,ada satu yang aku teringat,which is Tun Dr Mahathir Mohamad,our former Prime Minister of Malaysia. Seriously. Buku ni pun,hasil dari mengkaji sejarah sejarah dan realiti zaman sekarang,based on mereka mereka yang successful dalam politics,business,etc etc.

Dan honestly,setiap perancangan Tun Dr Mahathir memang seiring dengan perjalanan yang buku ni cakap. Aku rasa excited gila.

So,lepas ni,aku nak buat satu segmen,satu entry untuk satu chapter dalam buku ni. Olahkan balik dalam Bahasa Melayu. Copyright matters? Aku try lah bagi Google Translate tak dapat nak faham. Hehe. Segmen buku ni akan dapat dijumpai dalam Blog Seth Tan dan jugak Memadam Komplikasi,in the near future ni. InsyaAllah.

Ilmu tu Allah yang punya. Takkan nak kedekut,simpan dengan kita sorang je kan?

12 comments:

scha al ahmad said...

confm la google translate xpaham..
jangan riso!
dia tlg translate untuk kita pown tunggang langgang..
HAHAHA

Wanz Mejuez said...

kau translate bahasa indon je... =)


aku suka mahathir dari najib. noktah.

Mior Syabab said...

aku nak pi jordan, nt balik aku transelit dlm bahasa arab okay? hehe

piccione blu said...

kucing, semakin suka la dengan ko punya belog. entry bermanfaat. sampai aku tercari2 sapa ko sebenar. satu persatu budak kuliah aku dituduh jadi kucing.*yang ada belog lah. sume tak paham. maksud memang bukan diaorang lah. sehingga kan ada sorang lelaki yang dikira kawan baek aku tension sebab aku selalu panggil dia kucing serius.nak taw dia cakap apa

"aku bukan kucing serius la weyh. kalau b*** serius tuh mungkin lah sebab aku suka maen angry bird. ko takkan jumpa belog aku. sumapah aku cakap."

wow! hebat! aku panggil dia kucing serius sebab dia suka letak dp fb gambar kucing.

p/s: aku pun tatao kenapa aku bagitau ko

meaw said...

google translate bukan betoi pon,ang la translate kan ^__^

Alip Apai said...

sgt susah nk baca buku cmni sbb tahap kebosanan.

tahniah sbb ko berjaya..

kena try lepas ni.

Mila Ahmad said...

betul ilmu yg kita dpt perlu dikongsi utk sama² dpt manfaatkannya :)

Gadis Misteri said...

thnks share benda ni.. bnyk membantu.

adysuR said...

Aku teruja menanti perkongsian itu =D

.izzati liyana. said...

tak salah! menuntut ilmu biar sampai ke negara China. tak kiralah siapa yang tulis pun, semua ilmu Allah. jangan yang terpesong dari Islam sudah.

basically, benda ni semua orang tahu. cuma manusia ni mudah lupa, malas dan banyak alasan. and yes, we need book like this to motivate ourselves back. ingatkan balik apa yang kita alpa.

Puteri Berangan said...

hahah jgn percayakan google.. tipu2.. google.. ko tipu2 aku lgi.. hahah

Namee Roslan said...

:) ilmu. nanti bg aku pinjam buku tu. mungkin pasni boleh tulis hebat macam kau :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...