.

Thursday, August 4, 2011

Oh,aku terbeli buku orang Jewish. (Promo)

Entry Ini Sangat Panjang Sebenarnya. Baca Sehingga Habis Untuk Mengelakkan Salah Faham.


Minat aku terhadap buku,agak berbeza. Aku hanya membaca dan membeli buku yang dapat membina diri aku. Tak kira apa apa genre lah. Genre dakwah,genre ilmiah,genre How To Bla Bla For Dummies,etc etc. Kalau buku tu dapat membina,aku akan beli. Aku akan lupakan sekejap sifat kedekut aku nak beli beli barang ni bila aku jumpa buku macam tu.

Baru baru ni,aku beli satu jenis buku kat kedai buku Times,Pavilion,Sabtu lepas. Title dia, How Successful People Think,keluaran John Maxwell. Dalam buku ni,isi dia macam title dia lah. Menceritakan macam mana orang orang berjaya dari dulu sampai sekarang,berfikir. Dia banyak cerita macam mana tokoh tokoh perniagaan,tokoh politik,leaders semua pikiaq dari A to Z.

Aku tak habis baca lagi,sekarang baru separuh buku.


Buku yang dinyatakan.


Ada satu bab ni dalam buku ni,dalam Chapter 5,Utilize Strategic Thinking,dia tengah cerita kenapa dan macam mana sikap realisitik tu perlu ada dalam diri. Tiba tiba at the end of the chapter tu,dia cerita pasal cara company dia bantu menyebarkan pengaruh Jewish kat dalam kalangan Amerika. Apa yang dia highlightkan? Strategic Thinking daripada dulu,sampai sekarang.

Oh. Aku terbeli produk Yahudi rupanya. Buku yang hebat ni merupakan hasil produk Yahudi.



Apa yang aku rasa?
Perasaan bercampur baur sekarang ni. 30% rasa bersalah,dan 70% perasaan aku-tahu-aku-tak-sepatutnya-rasa-bersalah. Kenapa rasa bersalah? Pasal aku tahu,ini adalah produk Yahudi. Setiap duit yang telah aku labur dalam membeli buku ni,mungkin telah tersalur kepada angkatan tentera diorang. Mana lah tahu kan? Mana lah tahuuuu.

Kenapa aku tak patut rasa bersalah? Pasal aku tahu,ini adalah ilmu. Ilmu yang dibekalkan oleh pihak mereka. Dorang menggunakan ilmu sebegini untuk menaikkan diri mereka. Takkan lah aku tak boleh nak collect ilmu dorang,gunakan untuk membangkitkan diri aku dan agama aku?

Ini Adalah Entry Yang Panjang. Sambungan Entry Di SINI.

4 comments:

Rafidah Farhana said...

Hoih. Kalau aku pun rasa bersalah separuh separuh macam kau.

Sat, nak gi baca sambungan.

Lilynn Sazlin said...

kucing bijak! :)

kaizen said...

belajar ilmu dr buku tu 7 gunakan ilmu tu untuk kalahkn dorg balik...

latest entry ST : Nisbah Lelaki-Perempuan

El said...

rilek. beli buku hasil tulisan orang yahudi tak semestinya beli barang orang Israel. contohnya kalau dia orang yahudi tapi citizen amerika sama la jugak mcm beli buku org Us kan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...