.

Showing posts with label Menginsafi.. Show all posts
Showing posts with label Menginsafi.. Show all posts

Sunday, August 12, 2012

Mencari Niat Ikhlas?


*Ini adalah mengenai ikhlas dalam konteks common.*


Benda ikhlas ni aku rasa benda yang ramai tak tahu nak cari macam mana. Tapi benda yang paling common dengar,paling common baca. Jujur. Bulan Ramadhan ni pun,aku gerenti betapa ramainya manusia dengar perkataan ikhlas dekat ceramah,dekat blog, mahupun Surah Al - Ikhlas yang Imam baca. Ataupun korang sendiri yang baca dalam solat korang.

Benda memang common. Benda memang common. Normaliti yang cacat.

Tapi yang paling aku tak boleh terima lah rasanya,ikhlas itu datang dengan cara paksa. Sungguh. Kita paksa diri baru boleh ikhlas. Sungguhnya ayat ni aku dengar daripada kecik sampai besar, 100% orang yang aku jumpa akan kata benda ni. Ikhlas.

Paksa baru ikhlas. Paksa baru ikhlas. Fuh. Pantang aku mendengar.

My Own Definition Of Ikhlas.

Okay. Before that, kita tengok balik maksud perkataan kat dalam dictionary. Ikhlas.

Bahasa Melayu = Tak dapat jumpa sebenarnya pasal dictionary Melayu tak ada.

English, Sincere = Free of deceit,hypocrisy, or falseness. Genuine; real.

Bahasa Arab  الإخلاص  = Keikhlasan. Purity. Hearfelt.

So that is all about Ikhlas kalau tengok kat dictionary yang aku jumpa. Benda semua maksudnya bawak something yang suci. Bawak something yang jujur. Of course,jujur ni something yang datang dari hati.

So,my own definition?

Ikhlas tu adalah apabila hati kita yang nak sendiri buat benda tu dan diri kita pun buat benda tu jugak.

Aku rasa semua orang faham kan? Pernah rasa sendiri kan bila hati nak buat sesuatu benda tu?





Based on my own definition,aku rasa benda ayat tu mampu nak reflect balik diri semua yang rasa benda sama. Kenapa? Of course, bila benda dah kita nak,memang datang dari hati sendiri kita memang nak buat tu. Tak kira apa yang halang pun,korang akan tetap buat. Tak kira. Tak kira apa jadi.

Apabila hati dah tak nak,korang buat lah macam mana pun. Sampai ada orang kata,

"Dah tak ikhlas buat. Baik aku tak payah buat."

Gerenti ramai gila guna ayat ni.

So bila orang tak jumpa "keikhlasan" tu,dia akan cuba avoid benda yang diorang nak buat tu. Tunggu keikhlasan jatuh dari langit. Tunggu keikhlasan datang bergolek umpama kucing. Tunggu dan tunggu bagaikan seribu tahun takkan mati punya tunggu.

Tengok tengok, mati esok rupanya menunggu ikhlas nak datang.

Macam Ni La.

So far aku dah observe betapa ramai manusia buat perkara dengan ikhlas, tapi buat benda salah dengan ikhlas. Sungguh. Walaupun dorang buat benda salah, secara jujurnya itu adalah benda yang ikhlas datang dari hati dorang. Kenapa?

Benda tu sendiri datang dari hati dorang. Dorang nak buat. Dan dorang buat. Dorang dah berjaya pun buat salah. Bila ditegur ajak buat benda baik, dorang akan kata,

"Dah tak ikhlas buat. Baik aku tak payah buat."

Mainly, paling common,soal tudung. Soal aurat. Soal Solat. Dan banyak lagi soal agama. Paling banyak sekali dengar ayat macam kat atas ni. Lalu,akan dengar lagi pihak yang menegur kata ikhlas itu tidak akan datang kalau tak paksa. Huih. Sebagai seorang yang pernah jadi sekular,aku tau sangat apa rasa dia bila ayat tu terkam hati ni.

Tapi,masalahnya,dua dua dah ada betulnya. Pihak yang menegur betul,pihak yang buat salah pun betul. Mana nak ambik?






Ikhlas tu datang dari hati. Apa yang korang nak buat,dan korang determined nak buat,itu adalah benda yang ikhlas datang dari hati korang. Tak kira baik atau jahat. Bila itu yang korang nak dan itu yang korang buat, korang dah ikhlas membuatnya. Tak kira lah apa pun.

Secara ikhlasnya korang love one person tak mengharapkan apa apa dari dorang.

Secara ikhlasnya korang buat model Final Project tak tidur 3 malam.

Secara ikhlasnya korang menyampaikan mesej dakwah.

Secara ikhlasnya korang main cakap lempar jahat kat orang lain.

Secara ikhlasnya korang pergi terawih sendiri tanpa tekanan dari Mak. Ehem.


Contoh. Bila SPM,memang terasa nak belajar. Tak rasa nak ada awek pasal nak belajar. Bila tak belajar,rasa tak kena. Bila hati anda dah terhadap SPM. Memang lah. Kalau hati memang dah tak ada kat SPM,rasa belajar pun sakit. Paksa paksa paksa belajar.

In our daily lives ni,adakah hati kita ni terhadap Allah? Betul ke hati kita sebenar benarnya meletakkan Allah kat tempat yang agung? Bila dah ikhlas nak buat something tu,memang seribu daya nak buat. Tak payah nak paksa paksa dah.


Mat Saleh dah tekankan pun pasal soal ikhlas ni dalam buku buku self development dorang. Dan dorang memang ikhlas pun buat sesuatu benda tu,jahat atau baik. Kita ni Muslim. Kenapa perlu soalkan benda ikhlas ni bila diajak buat baik? Sedangkan diri itu ada jelas ikhlas dan jujurnya diri berbuat salah. Kalau hati dah taknak buat benda baik,jangan salahkan soal "Ikhlas".

Flaws Dalam Teguran Zaman Sekarang.


Begitu banyak flaws dalam cara cara diberi pada orang ramai sekarang ni. Paling common,paksa. Paksa. Paksa. Kita perlu itu,dan kita perlu ini. Sedangkan  yang mendengar tidak tahu pun apa dorang rasa sebenarnya. Tak tahu pun apa hala tuju hati tu sendiri. Sungguh.

Aku pernah ada kat tempat tu dulu. Aku tahu sangat rasa dia macam mana. Semua yang dalam golongan "tak ikhlas tak payah buat" pun semua fikir benda yang sama. Dorang tak tahu. Sungguh. Tak tahu pun ada apa dalam hati dorang sebenarnya. Bila dengar lagi rasa sakit hati dan taknak buat.

Bila dah tak tahu,lalu ikut je "normaliti" yang cacat sekarang ni. Lalu teguran hanya tinggal teguran.

Persoalannya,Macam Mana Nak Cari Ikhlas Untuk Buat Baik Ni?

Senang cerita. Tanya diri tu apa yang korang nak. Kalau pergi solat jemaah pun muncul beribu juta alasan tak nak pergi. Tiba tiba awek ajak dating,terus bersemangat minyak wangi sebotol nak pergi. Kat situ dah nampak dah,anda prefer nak buat something yang bukannya tuntutan agama. Bukannya benda lain.

Soalnya,kenapa hati itu pilih yang itu? Kenapa bukan agama? Sesuatu benda yang halus tu yang perlu ditanya.

Sayangnya,diri masih malas dan ego nak mengaku diri salah walaupun bermonolog sorang sorang. Kita ni tak kira apa apa pun,akan menyalahkan benda lain jugak. Betul tak? Walau diri dah memang pelupa tetiba je salahkan semut yang kotorkan air. Contoh lah kan macam tu.

Dalam konteks ikhlas ni,dorang akan menyalahkan soal "Ikhlas Buat" berbanding dengan hati sendiri yang tak tahu pun hala tuju ke mana.





The only thing yang nak disoalkan adalah hati. Hati tu. Benda yang paling vulnerable dalam setiap manusia. At the same time,benda yang paling dibiarkan kotoq macam tu je. Tak ramai pun yang persoalkan suci ke atau kotor ke hati kita ni. Tak kira apa pun,taknak salahkan hati ni jugak. Sedangkan hati tu benda yang paling penting.

Apa yang hati nak tu yang control diri. Kalau hati memang nak ke jalan Allah,memang diri tu akan ikut dah automatik. Tak perlu paksa paksa.

Monolog je diri sendiri. Apabila hati tu nak lebih kepada benda yang larangan agama,something is not right somewhere. Cuci cepat cepat dengan muhasabah diri. Full stop. Bila kita soal hati sendiri ni,the nikmat memang tu akan ada. Tak ada pun rasa sakit pasal perubahan hidup ke,atau rasa sakit pasal paksa diri. Kita hidup ni untuk Allah. Bukan untuk Syaiton Nirrojim. Bukan Nafsu. Bukannya Diri Sendiri.

Soal je hati tu sendiri. Diri itu yang lebih mengenali sendiri daripada sejuta manusia lain.


*Reflection to all the readers and also to my own self during this Holy Month of Ramadhan*

Thursday, August 11, 2011

Yang Berjalan Di Lorong Gelap Itu.

Okay fine. Aku admit. Malam tadi,memang agak lah status update aku,nampak macam aku tengah jiwa kacau. Disebalik kebahagiaan trolling,aku tengah serabut masa sebelum terawih tadi sampai baru ni. Aku kata yang aku perlukan rehat. Dah rehat la kot agaknya. Masa tengah serabut tadi aku lupakan kejap semua tu dengan tengok cerita Shrek Final Chapter. Puss In Boots jadi gemuk. Favourite aku. Sep sep kucing.

Lepas lega sikit,aku sambung balik fikir apa yang aku yang aku serabut. Kenapa aku serabut.

Sebenarnya,pasal yang malam tadi,memang,kepala aku berserabut dengan penuh macam macam. Kepala aku dilimpahi dengan banyak benda. Tapi,yang main thing malam tadi,memang salah satu benda yang sangat,sangat,menyentuh hati aku. Menyentuh diri aku.

And here the story begins.



Masa habis Solat Isyak berjemaah dekat Masjid Bandar Baru Sg Buloh,nanti dorang akan gerenti ada tazkirah 45 minit. Aku,selalunya kalau time tazkirah,aku akan dengar dari luar. Join pakcik pakcik lain,dengar ceramah dari luar. Betul betul kat depan masjid tu ada kedai mamak. Sambil makan Roti John,minum Teh Ais,aku dengar ceramah dari situ. Ehem. Kat luar lagi clear sound dari dalam.

Bukan tuang tazkirah tau! Nahas aku kalau mak aku tau pasal ni. Ehem

Masa aku tengah duduk sorang sorang tu,dengar je apa Ustaz tu cakap,aku ternampak seorang Pak Cik tua bertongkat. Jalan sorang sorang dari lorong tu. Lorong from kawasan perumahan.

Perlahan,dan perlahan,dia berjalan dengan bertongkat. Lutut dia sakit agaknya.


Aku tengok je dia dari jauh. Dengan gigih dia berjalan cuba nak pergi ke Masjid. Dia lupakan kesusahan dia nak berjalan tu,dengan jalan bertongkat,lalu lorong gelap. Bersungguh betul dia nak pergi ke Masjid. Bila ceramah nak habis,aku masuk balik ke dalam Masjid,ready for Terawih.

Masa aku nampak Pak Cik tadi tu,aku start terfikir. Kalau aku dah tua nanti,macam mana kan agaknya nanti?



Sihat ke diri aku masa tua nanti? Macam mana pulak dengan hidup aku? Duit,rumah,kereta? Mampu ke nak sara hidup nanti? Anak anak aku macam mana pulak? Berjaya ke aku didik dorang? Amalan aku? Dosa,pahala aku? Cukup ke? Mampu tak aku nak lengkapkan amalan aku?

Panjang ke umur aku? Kalau panjang,is it akan penuh dengan happiness,atau sebaliknya? Adakah saat yang seterusnya ni,aku akan jumpa?

Aku,memang jenis suka fikir banyak. Bila start nampak tadi,lagi banyak benda berkait. Aku jadi takut fikir pasal semua benda ni. Semuanya pasal masa depan. Masa depan yang kita ni tak tahu. Allah je yang tahu. Masa dulu,aku mana lah sangka yang aku akan go through hidup macam sekarang ni. Single. Belajar halfway Matrics dan keluar sambung kat UiTM. Ada blog. Duduk depan lappy ni taip entry. Mana aku sangka semua ni.

Masa dulu mana aku sangka aku hidup macam ni. Sumpah tak sangka.

Bila tengok balik pasal Pak Cik yang tadi tu,masa muda dia macam mana agaknya kan? Kita tak tahu. Allah je yang tahu. Sekarang dia macam tu,dimana hari tua sudah tiba.



Orang sekular selalu cakap,

"Alaaa,muda muda ni,enjoy lah. Live life to its fullest beb! Nanti dah tua baru kau beriman sikit. Apa laaa."


Tahi Kucing. Kalau kau sakit masa tua,miskin masa tua,hidup susah masa tua. Semua tu jadi penghalang. Mampukah kau buat ibadah dengan sempurna masa tu? Entah entah,esok pun kau tak dapat jumpa.

Sayang sangat sangat bila masa muda dan senang lenang macam ni,diwastedkan dengan maksiat.

Sihat sebelum Sakit
Muda sebelum Tua
Kaya sebelum Miskin
Lapang sebelum Sempit
Hidup sebelum Mati




Fikir fikirkan.

Saturday, July 16, 2011

Lighter dan neraka.

Malam ni Nisfu Syaaban. Mak aku dari Asar tadi dengan penuh kata kata suruh get ready dan bersedia untuk pelbagai aktiviti lepas Maghrib tadi. Okay la. Rugi kalau lepaskan malam ni.

Masa lepas habis baca Yassin tadi,tiba tiba aku teringat satu ayat yang disampaikan dari Rasulullah S.A.W yang membawa maksud "Kalau nak buat maksiat,buat di tempat dimana Allah tak nampak". Ayat detail aku tak ingat,tapi maksud tu macam tu lah.

Okay itu sangat mendalam. Mula kepala aku berjalan jalan pikiaq macam macam.

Lepas tu jari aku terkena panasnya lighter yang aku tengah pegang waktu tu.



Daripada lighter tu,aku teringat lagi ada senior aku dulu dulu bagitahu aku satu story.

"Dude. Just now the ustaz told us a real deep story about Hell. Shit now I'm scared"
"What's up?"
"Ya lah,imagine that you are in a hole,filled with fire,and you are burnt with non stop regenerating skin. Bakar sikit je then your skin dies,and then regenerates,die again and then the whole cycle repeats for like thousands of years."
"Ohh kayyy"
"Those yang kena sula tu lagi lah. Masuk kena sula,hancur dalam kan? But then nanti dia build up balik semua jadi normal then the cycle repeats again. Shit. The ustaz really told us very detailed you know. I'd better stop making out from now on. Even api lighter pun aku tak tahan sakit dah mencarut carut."


And he really did. Terus dia tak tinggal solat lagi dah sejak tu dan banyak berubah. Sejak hari tu jugak,lighter menjadi satu benda yang simbolik yang mendalam bagi aku.

Bila tengok balik lighter tadi,aku pelik. Sedangkan api lighter orang tak dapat nak tahan panas,macam mana lah kan nak tahan api menyambaq nyambaq nanti? Aku rasa macam,gerun. Lighter ni selalu jadi reminder bagi aku kadang kadang. Pasal ia bukan sekadar simbol merokok,ia simbol penyalaan api. Api tu yang dok sambar sambar dalam Neraka nanti.

Sekecil kecil lighter dalam kocek ni,pun boleh jadi reminder. Ye lah. Cuba korang bakar jari seminit. Sedap tak? Seminit je aku mintak,tak lama. *sambil buat muka comel*

Bayangkan pulak kalau api lagi besar nanti? ;)

Thursday, July 14, 2011

Lovey dovey? Cinta? Apa logiknya? Part 2

Ini adalah entry yang superb panjang. Superb gua cakap.


Kadang kala aku sudah naik penat dengan hidup. Terlampau penat dengan segala tipu helah dunia,tipu helah Syaiton Nirrojim. Penuh benci,menyampah,menyirap,dengan spesies mereka ni.

Tiap tiap hari nak sangat menyesatkan aku dan orang ramai. Aku akui aku masih manusia biasa yang kadang kadang masih tersesat.

Aku perlu selalu nak aware dengan segala apa tindak tanduk aku yang tidak sedar. Kadang kadang,contoh cinonet,bila subuh,masih liat lagi nak bangun. Tapi bila sedar itu adalah waktu subuh,dan sedar itu adalah amanah dan tanggungjawab,aku akan cuba nak lawan rasa liat tu.

Nasib baik aku bernafas lagi waktu subuh tadi.

Aku teringat la dulu dulu aku macam mana masa pagi tadi. Masa zaman dulu dulu, aku pernah been on both sides masa dulu dulu,zaman baik baik dan zaman sekular. Dimana ada satu zaman aku sendiri dulu azan subuh kat surau hampir tiap hari,dan jugak ada zaman aku sendiri selalu mengelat untuk subuh in any means necessary. Antara dua zaman lama aku dulu tu,jangka masa tak lebih pun dari setahun. Satu perubahan yang sangat ketara dapat aku rasakan.

Sumpah,tak best gila rasa dia. Hidup jauh dari rasa tenang masa zaman sekular tu. Semua gara gara pengaruh lovey dovey yang membutakan.

Bercakap pasal benda ni. Macam mana lovey dovey stuff ni boleh pengaruh daily life? Bila korang baca situation kat atas ni,mesti korang rasa macam,tak ada kaitan sangat kan? Antara subuh,dan cinta.

Aku nak cerita pasal kenapa,tak kira sealim alim manusia,tak kira sehebat hebat ilmu agama dalam seseorang manusia tu,macam mana diorang boleh sangkut jugak dalam maksiat.

Macam mana seorang perempuan bertudung labuh,dok gembira gila bersenggama dengan balak beliau lalu tersebar menjadi 3gp hangat Melayu bla bla bla.



First of all yang paling kena ingat,sememangnya kita tidak maksum,memang dah stated lah kan?

Tetapi,ni aku nak tengok dari satu sudut lain. Sudut berada sendiri di dalam "konon Cinta Islamik".

When it comes to Cinta Islamik ni,aku yakin,memang ramai yang bercouple memang akan ada yang kejut balak atau awek korang untuk subuh,ajak berbuat baik,dating tak pegang tangan,etc etc. Paling paling bila rasa hormon naik gila,korang akan bergayut je. Tu je. Paling paling la kalau ikut situasi normal sekarang.

Tapi kena lihat balik,perempuan,bila bercinta,emosi mereka ni adalah diluar kawalan. Semuanya memang akan bergantung pada lelaki. Tak kira perempuan tu sebaik mana,sealim mana,sekuat mana pegangan mereka pada agama. Lagi lagi apabila mereka yang bertudung labuh,mereka akan rasakan cinta mereka terhadap balak dorang tu adalah cinta yang sangat suci. Tapi,itu sekadar RASA je lah. Cinta atau nafsu,tengok pada situasi.

Betul,aku tak tipu. Aku pernah TER tekel budak sekolah agama dulu. Aku tahu lah.

Mereka tetap manusia. Manusia yang berhormon,manusia yang tidak maksum,manusia yang Iman ni selalu turun naik.

Manusia yang bernafsu.

Benda ni semua buatkan aku tak percaya dengan couple muda mudi yang kata dorang tengah on cinta Islamik. I dont believe in it beri beri much. Lambat laun lagi tu nanti adalah jugak yang tersesat. When it comes to cinta yang Islamik ni,aku cuma percaya pada tunang dan kahwin je.

Why Kucing Serius why? Dorang bukan buat apa pun. Loving in such a good condition kot. Bagus gila weh dorang. Couple couple,selalu kejut subuh,apa tu semua.


Minah gambar ni mesti tak baca blog aku ni.


Bila berlovey dovey,aku nak highlightkan satu perasaan ni yang couple akan rasa. Rasa tingly dan seronok tu,memang perempuan tu akan rasa bila in love kan? Rasa macam,indah gila teramat.

Perasaan ni adalah satu benda yang sangat lah bahaya bagi perempuan,tak kira bertudung labuh atau tidak,bertudung ataupun tidak,straight ataupun bisexual. When it comes to perempuan,benda ni bahaya.

Boleh lead kepada sesi mengawan. Kalau tak pun,at least,intro lah.

Yeap. Itu perempuan. Mereka hanya menerima tindak balas yang diberikan oleh lelaki. Kalau lelaki pulak? Apa role dorang?

Mengayat,menyampaikan kata kata jiwang berbunga habis nak muntah. Dan memang,lelaki tak tipu. Mereka cuma akan tertipu dengan perasaan. Dorang akan rasa,rasa syiok,rasa best gila,rasa indah gila,bla bla bla. Dorang akan sampaikan dan expresskan semua feeling tu kat perempuan tu,tak kira dengan ayat romantik cara apa sekali pun.

Contoh:
Satu adegan dating di sebuah pondok terdedah di tepi tasik. Seorang lelaki yang kurus gila,rambut sikat belah tengah,muka skema gigi jongos,baik gila,tak tinggal solat,bersama sama dengan aweknya yang manis,ayu,bertudung labuh. Alasan mereka rasa boleh dating kat situ,pasal tempat terbuka.

"Sayang,saya bersyukur gilerww Tuhan temukan kitewww kan. Saya sayang awak banyak banyak tau. Awak jangan tinggalkan sayewww." <- Lelaki start luahkan rasa indah gila habis lah couple cara Islamik diorang ni.
"Saya lagi bersyukur tau awak. Syukur cangat cangat. Awak baik cangat. Saya yakin awak mampu jadi Imam saya." <- Perempuan yang dengar tadi tu,beri respon. Dua dua rasa best gila after meluahkan. Feeling yang takleh nak describe.

Lalu,bila dua dua dah rasa best dalam dada tu,terus rasa macam dunia ni dorang punya. Dah tak nampak dah orang lain. Berdebar debar,rasa romantik,rasa yang sangat sweet. Takleh nak describe.

Dorang memang duduk dah berjauhan dah,satu hujung pondok situ,satu hujung pondok sini. Namun,bila dah luahkan tu,senyuman dan renungan dilemparkan dari jarak satu depa itu. Dorang tak nampak Syaiton Nirrojim kat tengah.

Bila rasa dah romantik,

Indahnya dunia ini bagai mereka yang punya,suci nya cinta mereka itu,dorang rasa begitu.

Rasa je begitu. RASA JE

Wajah semakin berdekatan,terasa lebih indah.

Dekat lagi,dekat lagi.

Setepek kucupan diberi,mengubah segalanya. Aliran elektrik lalu dalam badan kedua duanya.

Lalu...

"Assalamualaikum. Dah kahwin?" Termuncul lah golongan mereka yang pakai ketayap di belakang mereka,sambil bawak video camera,rakam dorang ni pastu masuk Youtube. Lepas tu aku pun tengok,bantai gelak ramai ramai dengan member.



Nampak tak perasaan tu macam mana? Bukan lah pujuk rayu atau bla bla yang semua orang commonly known sekarang ni. But,cinta itu sendiri memang akan membawa satu jenis perasaan yang susah nak dikawal. Serius. Kucing Serius. Especially bila umur sangat muda,tapi nak "membaikkan" cara lovey dovey dorang dengan setkan yang dorang sedang couple Islamik.

Perasaan tu cuma paling best nak sampaikan tu bila dah kahwin nanti. Makkk,nak kahwinnnnn.

Even kalau bergayut pun,bila perasaan tu dah ada,dia memang akan accumulate dalam diri tu tanpa sedar. Setiap hari menahan perasaan tu,kononnya jaga batasan. Benda tu bukannya rindu,bukannya nafsu,but,a kind of feeling that is hard to be described.

Perasaan tu lah yang akan membutakan diri itu,walaupun tidak lama,tapi sekejap je,dah membawa satu perubahan yang sangat sangat besar dalam hidup kalau kita rasa masa couple couple ni. Daripada hidup yang diberkati dan tenang,nanti slowly dan slowly akan rasa hilang tenang tu.

Perasaan tu yang akan tambah sifat macam macam yang baru dalam diri. Nanti mula lah rasa malas nak subuh,malas nak itu ini,solat laju laju nak siap pergi dating,rasa macam nak start pegang tangan,etc etc.

Perasaan tu akan overcome melalui celah celah amalan korang,yang korang dah claim korang kejut subuh,apa tu semua,korang akan dah rasa "cukup baik sangat" dah bercouple macam tu. Benda tu akan kabur mata korang,bawak korang into something that you may regret.

Percayalah,memang akan dapat rasa obvious perubahan kepada sesuatu yang jauh lain hidup tu rasa bila anda couple. Perasaan yang tidak tenang,tapi kita akan cuba nak deny. Cuba selidik betul betul.

Aku bila hidup single ni dah dapat rasa balik tenang dia.

Sangat tak logik bila orang claim couple Islamik ni. Couple tu,cuma nafsu yang disalah tafsir. Tak ramai yang end up in love yang betul betul love,the pure love.

Now this is the real logic about lovey dovey stuff,part 1

Sunday, July 10, 2011

Lovey dovey? Cinta? Apa logiknya?

Ini adalah entry yang superb panjang. Superb,gua cakap.


Lately ni aku macam jumpa banyak dorang dorang dan mereka mereka yang stok putus cinta. Mereka yang dulu bercintan seronok gila,tapi sekarang hidup single dan enjoying life. Masing masing admit dulu tu semua sia sia semata mata,dan masing masing ada pandangan sendiri dengan cintan ni,based on pengalaman dorang.

Dan dalam banyak banyak pandangan tu,aku ada jumpa fahaman yang common.

Sejak aku single dulu,banyak benda yang aku fikir sampai sekarang. Masa awal awal single dulu,aku selalu tertanya tanya,betul ke ex aku ni orang yang aku sayang dan cinta? Masa tu aku masih belum betul betul faham lagi apa lovey dovey ni semua. Aku masih betul betul tak faham.

Lepas tu,bila hidup single aku bermula,aku mula dengan gaya hidup Seorang-Lelaki-Yang-Cuba-Nak-Lupakan-Ex-Beliau. Cuma aku tak tukar tukar awek. Hidup aku memang single sejak tu. Ehem.


Even gua gemuk masa single dulu,gua hot stuff tau!


Dari situ lah aku jumpa bermacam macam jenis manusia. Semua memang bukak luas mata aku. Ada yang lurus bendul,ada yang bijak,ada yang cemburu buta,ada yang kaki clubbing,ada yang bekas maahad,ada yang hot stuff jual mahal,ada yang lesbian. Macam macam. Masing masing aku rapat waktu tu. Dari situ aku banyak kaji sendiri,apa tu sayang?

Adakah angau tu sekadar sayang? Adakah bila perasaan rasa membuak buak nak bersama dengan dia tu,adakah couple dan bermaksiat maksiatan tu,itu semua tanda sayang?

Jawapan yang aku jumpa,adalah A BIG NO. When it comes to lovey dovey stuff,semuanya lead to kahwin. Yes. Apabila ada wujudnya perasaan,lalu membawa actions menjerumus kepada kahwin dan akad nikah,malam pertama yang halal OH YEAH itu lah tanda cinta dan sayang. Ehem.

Agak kelakar kan bagi orang orang muda nak faham benda ni?



Masa zaman jahiliah aku dulu dulu,memang aku admit,aku tak nampak logik akal kenapa zaman muda muda dulu orang selalu dok judge kata tu semua cinta monyet,kenapa tu semua cinta berlandaskan nafsu,kenapa orang selalu kata itu ini. Aku pun tak nampak the reason why semua budak budak Haram Police kat sekolah aku,kata macam macam pasal lovey dovey ni. Serius,aku tak nampak. Apa yang aku nampak cuma bestnya cintan masa tu.

Tidak kira siapa pun,ramai yang tak nampak jelasnya dan penerimaan logik kenapa cintan itu kenalah later,dan sia sia je kalau bercouple couple ni.

Kenapa kah? Okay kat sini cerita bermula.

Cuba fikir balik. Translation cinta manusia bagi setiap orang,masing masing adalah subjektif. Bagi aku, "Cinta bermaksud kita menerima seseorang itu sepenuh hati mengenai keadaan Zahir dan Batinnya,mampu mementingkan dorang dahulu sebelum kita,perasaan yang sangat kuat untuk mengabdikan hidup ini untuk mereka setelah kita mengenal diri mereka dan menerima sepenuhnya sama ada baik ataupun buruk."

Bila ikut pandangan Mejuez,katanya "Cinta itu bagaikan lukisan,perlu dilukis,dihiasi,dinilai dan dihargai." Sedih gila story dia.

Bila ikut pandangan Cik Aan Raihan,katanya "Love is not about finding the right person, but creating a right relationship.
It's not about how much love you have in the beginning but how much love you build till the end."


Ini cuma 3 description yang aku pilih dari banyak banyak. Okay,itu baru satu hal.



Sekarang,tengok pulak persoalan jodoh dari segi Islam. Aku bet,mesti time korang tengah coupling korang nak relationship korang berkekalan sampai kahwin kan? Kan? Kan? Kan? Betul tak betul tak? ;D

Kalau tak tu memang korang penipu la.

Jodoh dari Syaitan: Pasangan yang berkahwin setelah pernah berzina / membuat maksiat sesama pasangan tersebut.

Jodoh oleh Jin: Jodoh yang diperolehi dari amalan-amalan seperti penggunaan Minyak Dagu, Nasi kangkang dan sebagainya.

Jodoh oleh Allah: Jodoh yang berlandaskan suruhan dan amalan-amalan / garis panduan Islam.

Tiga jenis contoh jodoh ni aku ambil dari Perempuan Jomblo. Pernah jumpa pasal benda ni dulu tapi buku tu aku tak tahu kat mana.

Okay. Aku nak highlightkan Jodoh oleh Allah ni. Jodoh dari segi Islam lah kan. Pernah dulu aku dengar baca artikel,kalau jodoh dari segi Islam ni,nak dipendekkan cerita,dia cuma berjumpa,kenal,berkenan,terus berkahwin. Tu je. Kalau pendek cerita la.

And then,cuba dikaitkan dengan hidup manusia sekarang ni,dimana memang manusia terkonpius antara jatuh hati,dan cinta. Jatuh hati tu memang lah ternyata berkenan. Tapi jatuh hati bukannya cinta.

"Jadi macam mana nak kahwin kalau belum bercinta? Ishhh. Tak logik. Tak logik. Baik bercinta dulu baru kahwin! Setakat berkenan je terus kahwin,rasa cinta tak ada. Aish." <-- Ini tipikal pemahaman zaman sekarang.



Berbalik balik kat atas sekali tu,ada 3 pandangan orang berpengalaman pasal cinta yang betul betul cinta ni. Gabungkan dengan jodoh dari segi Islam. Apa yang anda nampak?

Yang aku nampak,cuma A Perfect Love Life. Aku ulang sekali lagi,PERFECT.

Yes. Indeed. Tengok balik. Bila berkenan kat awek tu,terus chup kahwin. Sarung lah cincin tunang ke apa. Bila berkahwin,sememangnya kita dah letakkan devotion life kita tu dengan each other,betul tak? Bila kita berkahwin,di situ lah bermulanya episod kertas lukisan baru yang putih,dimana kat situlah kita akan menghiasi,menilai dan menghargai,betul tak? Bila berkahwin,di situlah kita akan start creating the right relationship,no matter if you have the love in the beginning,but you are going to build it until the end,betul tak?

Halal haram pun senang terjaga. Tak perlu nak tahan nafsu bersenggama masa tengah cinta time couple couple ni.

Pi mai pi mai celah mana pun,semuanya akan lead to one single solution dan conclusion. Akad Nikah. Tu je. Kan? That is all. Tak faham? Baca balik dari atas.



Tengok,Islam tu indah kan? Semua dah setting baik dah. Cuma akal manusia kena fikir dalam dalam tengok keindahan Allah dah tetapkan kat merata rata,secara tersurat dan tersirat.

Bila pandang ikut sudut inilah,nampaknya tak logik bercinta tu kena bercouple couple. Putus satu,cari satu,tukar tukar balak/gerlpren. Aishh.


Kekecewaan aku waktu dulu,membuka mata aku pada semua benda ni. Sebelum ni aku tak nampak. Masa tu cuma indahnya lovey dovey ni,best gilewww lah dok cayunk cayunk ni. Tapi,itulah. Masa tu kan member Haikal si Syaiton Nirrojim banyak menyelit,bila dah bercinta without ikatan. Banyak yang dia senang hasut tanpa kita nampak,tanpa kita mampu lawan masa tu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...