.

Thursday, July 14, 2011

Lovey dovey? Cinta? Apa logiknya? Part 2

Ini adalah entry yang superb panjang. Superb gua cakap.


Kadang kala aku sudah naik penat dengan hidup. Terlampau penat dengan segala tipu helah dunia,tipu helah Syaiton Nirrojim. Penuh benci,menyampah,menyirap,dengan spesies mereka ni.

Tiap tiap hari nak sangat menyesatkan aku dan orang ramai. Aku akui aku masih manusia biasa yang kadang kadang masih tersesat.

Aku perlu selalu nak aware dengan segala apa tindak tanduk aku yang tidak sedar. Kadang kadang,contoh cinonet,bila subuh,masih liat lagi nak bangun. Tapi bila sedar itu adalah waktu subuh,dan sedar itu adalah amanah dan tanggungjawab,aku akan cuba nak lawan rasa liat tu.

Nasib baik aku bernafas lagi waktu subuh tadi.

Aku teringat la dulu dulu aku macam mana masa pagi tadi. Masa zaman dulu dulu, aku pernah been on both sides masa dulu dulu,zaman baik baik dan zaman sekular. Dimana ada satu zaman aku sendiri dulu azan subuh kat surau hampir tiap hari,dan jugak ada zaman aku sendiri selalu mengelat untuk subuh in any means necessary. Antara dua zaman lama aku dulu tu,jangka masa tak lebih pun dari setahun. Satu perubahan yang sangat ketara dapat aku rasakan.

Sumpah,tak best gila rasa dia. Hidup jauh dari rasa tenang masa zaman sekular tu. Semua gara gara pengaruh lovey dovey yang membutakan.

Bercakap pasal benda ni. Macam mana lovey dovey stuff ni boleh pengaruh daily life? Bila korang baca situation kat atas ni,mesti korang rasa macam,tak ada kaitan sangat kan? Antara subuh,dan cinta.

Aku nak cerita pasal kenapa,tak kira sealim alim manusia,tak kira sehebat hebat ilmu agama dalam seseorang manusia tu,macam mana diorang boleh sangkut jugak dalam maksiat.

Macam mana seorang perempuan bertudung labuh,dok gembira gila bersenggama dengan balak beliau lalu tersebar menjadi 3gp hangat Melayu bla bla bla.



First of all yang paling kena ingat,sememangnya kita tidak maksum,memang dah stated lah kan?

Tetapi,ni aku nak tengok dari satu sudut lain. Sudut berada sendiri di dalam "konon Cinta Islamik".

When it comes to Cinta Islamik ni,aku yakin,memang ramai yang bercouple memang akan ada yang kejut balak atau awek korang untuk subuh,ajak berbuat baik,dating tak pegang tangan,etc etc. Paling paling bila rasa hormon naik gila,korang akan bergayut je. Tu je. Paling paling la kalau ikut situasi normal sekarang.

Tapi kena lihat balik,perempuan,bila bercinta,emosi mereka ni adalah diluar kawalan. Semuanya memang akan bergantung pada lelaki. Tak kira perempuan tu sebaik mana,sealim mana,sekuat mana pegangan mereka pada agama. Lagi lagi apabila mereka yang bertudung labuh,mereka akan rasakan cinta mereka terhadap balak dorang tu adalah cinta yang sangat suci. Tapi,itu sekadar RASA je lah. Cinta atau nafsu,tengok pada situasi.

Betul,aku tak tipu. Aku pernah TER tekel budak sekolah agama dulu. Aku tahu lah.

Mereka tetap manusia. Manusia yang berhormon,manusia yang tidak maksum,manusia yang Iman ni selalu turun naik.

Manusia yang bernafsu.

Benda ni semua buatkan aku tak percaya dengan couple muda mudi yang kata dorang tengah on cinta Islamik. I dont believe in it beri beri much. Lambat laun lagi tu nanti adalah jugak yang tersesat. When it comes to cinta yang Islamik ni,aku cuma percaya pada tunang dan kahwin je.

Why Kucing Serius why? Dorang bukan buat apa pun. Loving in such a good condition kot. Bagus gila weh dorang. Couple couple,selalu kejut subuh,apa tu semua.


Minah gambar ni mesti tak baca blog aku ni.


Bila berlovey dovey,aku nak highlightkan satu perasaan ni yang couple akan rasa. Rasa tingly dan seronok tu,memang perempuan tu akan rasa bila in love kan? Rasa macam,indah gila teramat.

Perasaan ni adalah satu benda yang sangat lah bahaya bagi perempuan,tak kira bertudung labuh atau tidak,bertudung ataupun tidak,straight ataupun bisexual. When it comes to perempuan,benda ni bahaya.

Boleh lead kepada sesi mengawan. Kalau tak pun,at least,intro lah.

Yeap. Itu perempuan. Mereka hanya menerima tindak balas yang diberikan oleh lelaki. Kalau lelaki pulak? Apa role dorang?

Mengayat,menyampaikan kata kata jiwang berbunga habis nak muntah. Dan memang,lelaki tak tipu. Mereka cuma akan tertipu dengan perasaan. Dorang akan rasa,rasa syiok,rasa best gila,rasa indah gila,bla bla bla. Dorang akan sampaikan dan expresskan semua feeling tu kat perempuan tu,tak kira dengan ayat romantik cara apa sekali pun.

Contoh:
Satu adegan dating di sebuah pondok terdedah di tepi tasik. Seorang lelaki yang kurus gila,rambut sikat belah tengah,muka skema gigi jongos,baik gila,tak tinggal solat,bersama sama dengan aweknya yang manis,ayu,bertudung labuh. Alasan mereka rasa boleh dating kat situ,pasal tempat terbuka.

"Sayang,saya bersyukur gilerww Tuhan temukan kitewww kan. Saya sayang awak banyak banyak tau. Awak jangan tinggalkan sayewww." <- Lelaki start luahkan rasa indah gila habis lah couple cara Islamik diorang ni.
"Saya lagi bersyukur tau awak. Syukur cangat cangat. Awak baik cangat. Saya yakin awak mampu jadi Imam saya." <- Perempuan yang dengar tadi tu,beri respon. Dua dua rasa best gila after meluahkan. Feeling yang takleh nak describe.

Lalu,bila dua dua dah rasa best dalam dada tu,terus rasa macam dunia ni dorang punya. Dah tak nampak dah orang lain. Berdebar debar,rasa romantik,rasa yang sangat sweet. Takleh nak describe.

Dorang memang duduk dah berjauhan dah,satu hujung pondok situ,satu hujung pondok sini. Namun,bila dah luahkan tu,senyuman dan renungan dilemparkan dari jarak satu depa itu. Dorang tak nampak Syaiton Nirrojim kat tengah.

Bila rasa dah romantik,

Indahnya dunia ini bagai mereka yang punya,suci nya cinta mereka itu,dorang rasa begitu.

Rasa je begitu. RASA JE

Wajah semakin berdekatan,terasa lebih indah.

Dekat lagi,dekat lagi.

Setepek kucupan diberi,mengubah segalanya. Aliran elektrik lalu dalam badan kedua duanya.

Lalu...

"Assalamualaikum. Dah kahwin?" Termuncul lah golongan mereka yang pakai ketayap di belakang mereka,sambil bawak video camera,rakam dorang ni pastu masuk Youtube. Lepas tu aku pun tengok,bantai gelak ramai ramai dengan member.



Nampak tak perasaan tu macam mana? Bukan lah pujuk rayu atau bla bla yang semua orang commonly known sekarang ni. But,cinta itu sendiri memang akan membawa satu jenis perasaan yang susah nak dikawal. Serius. Kucing Serius. Especially bila umur sangat muda,tapi nak "membaikkan" cara lovey dovey dorang dengan setkan yang dorang sedang couple Islamik.

Perasaan tu cuma paling best nak sampaikan tu bila dah kahwin nanti. Makkk,nak kahwinnnnn.

Even kalau bergayut pun,bila perasaan tu dah ada,dia memang akan accumulate dalam diri tu tanpa sedar. Setiap hari menahan perasaan tu,kononnya jaga batasan. Benda tu bukannya rindu,bukannya nafsu,but,a kind of feeling that is hard to be described.

Perasaan tu lah yang akan membutakan diri itu,walaupun tidak lama,tapi sekejap je,dah membawa satu perubahan yang sangat sangat besar dalam hidup kalau kita rasa masa couple couple ni. Daripada hidup yang diberkati dan tenang,nanti slowly dan slowly akan rasa hilang tenang tu.

Perasaan tu yang akan tambah sifat macam macam yang baru dalam diri. Nanti mula lah rasa malas nak subuh,malas nak itu ini,solat laju laju nak siap pergi dating,rasa macam nak start pegang tangan,etc etc.

Perasaan tu akan overcome melalui celah celah amalan korang,yang korang dah claim korang kejut subuh,apa tu semua,korang akan dah rasa "cukup baik sangat" dah bercouple macam tu. Benda tu akan kabur mata korang,bawak korang into something that you may regret.

Percayalah,memang akan dapat rasa obvious perubahan kepada sesuatu yang jauh lain hidup tu rasa bila anda couple. Perasaan yang tidak tenang,tapi kita akan cuba nak deny. Cuba selidik betul betul.

Aku bila hidup single ni dah dapat rasa balik tenang dia.

Sangat tak logik bila orang claim couple Islamik ni. Couple tu,cuma nafsu yang disalah tafsir. Tak ramai yang end up in love yang betul betul love,the pure love.

Now this is the real logic about lovey dovey stuff,part 1

28 comments:

Aien Ishak said...

THAT WAS A REALLY2 TRUE SITUATION. NO DOUBT.

haikalblank said...

hehe yup, betul! gua dulu pernah hampir2 kena rogol dengan awek aku dulu. untung aku elak, lari.

err......

ala, bila dah kahwin, baru cakap I LOVE U...peh, giler sweet. :P

Kucing Serius. said...

Kan aien? Memang akan terasa kan bila dah dalam bercouple. Huhu. Rasa tu yang bahaya tu. Huu

Kucing Serius. said...

Haikal. Tu lah bila perempuan dikuasai nafsu,tu lagi menakutkan beb. Ahahaha. Betul ke kau lariiiiiii

Rafidah Farhana said...

Yup, kerana cinta agama boleh dilupakan. Budak paling alim pun boleh rosak, lagi-lagi kita yang biasa ni.

Rafidah Farhana said...

Tambah sket lagi, aku pernah lihat seorang budak alim, disanjungi, dihormati rosak macam tu je sebab cinta. DEPAN MATA.

riben putih said...

hurm setiap manusia mesti xlepas drpd membuat kesilapan..cinta..hanyut..dosa..neraka..tu flow die..kahwin trus ek!

Farierahasanz said...

aku ta pena setuju ngn istilah ' kami kapel tp menjaga batasan '
oke , nampak sgt tipu . .bohong laa kalaw ckp camtu . . masing2 ade nafsu kan.?
mane nak cari kapel yg bermecej secara sopan.??
paham ta maksud aku tuh.??
dlm mecej mesti ade perbualan2 yg kurang senonoh kan.??? jgn naa tipu laa wahai kapel2 sekalian . . =P

Kucing Serius. said...

LOL. Perbualan yang kurang senonoh? Ahahahaha. Itu aku tidak pasti. Sangat subjektif :)


Pidah. AKu pun pernah tengok. Kat dalam komuniti aku lagi ramai. Huhu. Ada jugak yang dah tunjuk gaya dah nak jadi camni. Huhu

Riben. Kahwin terus tau tau tau! Ahaha.

Kucing Serius. said...

LOL. Perbualan yang kurang senonoh? Ahahahaha. Itu aku tidak pasti. Sangat subjektif :)


Pidah. AKu pun pernah tengok. Kat dalam komuniti aku lagi ramai. Huhu. Ada jugak yang dah tunjuk gaya dah nak jadi camni. Huhu

Riben. Kahwin terus tau tau tau! Ahaha.

Jamban Comel said...

kalau dah nafsu ,ape jenis orang pon bleh terpengaruh hehe

Kucing Serius. said...

Yeap. Betul. Sangat betul.

Tapi ada certain perception yang buatkan mereka mereka tu rasa apa yang dorang buat tu,suci. Macam kat atas lah,story yang distorykan balik dari akar umbi tu kan apa punca dia.

"couple islamik". Sangat tak logik. huhu

haikalblank said...

ada couple islamik, tapi tak berhubung bertahun - tahun. tapi masing2 menanti dengan harapan. sweet giler bai...:)

muhamadsufian89 said...

cinta tu nafsu. sebab tu cinta lepas kahwin tu indah sebab dah halal kan. nak buat apa pun boleh. :)

Kucing Serius. said...

Aah. Aku pun pernah tengok! Sumpah sweet. Menanti je. Aish. Ni aku nak kahwin ni. Huaaa

Kucing Serius. said...

Sufian. Ahaha. Yeap yeap. Pasal tu lah. Cuba baca part 1 punya. Aku ada story outcome pasal cintan cintun ni :D

wanhamiza said...

yang haram tu still haram. couple tu hanya status. kgkdg pon bkawan mcm kapel kan :') sobs.

Cik Fazira said...

i like...i like..i like..hahah...bru terfikir na buat entry ni..wahahah...

Puteri Berangan said...

btul lah..huhu

adysuR said...

Usaha anda menulis amat dihargai. ;)

Hmm..Budak sekolah agama mungkin mengalami culture shock.

Namee Roslan said...

wey..

mula2 tak rasa mmg lah kau boleh cakap mcm2..kata nk set limit lah, taknak pegang2 lah. kakak aku sama je wey, kata tak boleh tgk wayang..dosa..tak boleh bual phone..dosa..tak boleh tu tak boleh. ni dah ada bf..balik malam je.

kan dah jilat ludah sendiri. cakap jangan lebih. yg penting muhasabah diri. betul x?? :D

kucing..meoww meoww..come to my blog.meoow meooww. :D haha

Cik Miera Aziz said...

Wow! Sangat panjang dan best! No doubt. It's happened in our real life.

Nice. Keep it up, man! :D

MinieMinieica said...

memang tak dapat dinafikanlah , semua ni betul , Tapi budak-budak zaman sekarang ni , kalau dibaginya ceramah macam ni , bukannya nak sedor diri ! hishhh ! lagi banyak kes pembuangan bayi adalah . Minta dijauhilah . Amin~

Faizal Fredley said...

setuju..kapel tu nafsu jer....

SyazwanSarawak said...

hiduplah dalam keadaan biah solehah

iniialahaku said...

#1 : naik mengah aku baca entry ni...mngalahkan note2 aku smua..haha

#2 : bila orang nak kapel,dia pon tringin nak kapel...so tu keinginan jela

salwaismail said...

alhamdulillah salwa langsung takde kaitan dgn entry ni. muda lg nk bercinta bagai. haha :D

ZIPPO MILLER said...

ade 3 perkare kot...
1)Betul cakap kau Pasal Hormon
2)Setan ada di Mana2 menjalankan Tugas.
3)Lelaki seharusnya menjadi seorang penjaga, bUKan Peromen hahah...

sebenarnye memang betul la hal ni lelaki yang kene kawal..Pokok x goyang kalau x ade yang Goncang heheheh Goncang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...