.

Wednesday, July 13, 2011

SeMaC Blogging Community blog review #2


Logo Sementara group ni


Alright. Setiap minggu,atau dua minggu sekali setiap bulan,aku sebagai admin Group SeMaC Blogging Community akan adakan blog review. Khas untuk tonjolkan bloggers yang datang dari group ni. SeMaC ni apa? SeMaC stands for Selangor Matriculation College,dan kitorang memang ada komuniti blogger sendiri,untuk unitekan bloggers from kolej ni,from kami first batch until the next generations! Tengok,Matriks Selangor hebat tau. Matriks korang ada ke? Booooo

Kali ni dah masuk review yang kedua! Tepuk tangan ramai ramaiiii.

First sekali,tonjolkan muka admin dulu.



Barisan Admin Yang Kacak Hensem Cantik Lagi Bergaya.
Dari kiri; Hairil,Fatin Syafiqah,Ariff Azraai.


Lalu dengan itu,kita mulakan review kita kali ni dengan lafaz Bismillahirrohmanirrohim.


1.Puteri Zahra


Puteri Zahra


Okay. First sekali aku tengok blog dia pink gila. Comel. Serius comel. Penuh dengan karikatur comel comel dalam blog dia. Mini mini things yang bawak buatkan rasa "Alolololo" cenggitu.

Cuma yang aku tengok,bila banyak macam tu,lappy aku macam lambat sikit nak load. Tak tahu pulak saiz berapa,tapi agak lambat nak load bagi aku. Huhu.

Gaya tulisan,comel. Tu je aku boleh sebut. Comel. Serius. Kucing Serius. Dengan penuh pink,dan emoticons emoticons dia letak,nampak comel dia. Blog dia banyak cerita pasal hidup,aktiviti harian,dan pengalaman best best. Agak eye candy jugak blog dia ni ;)


2.Schaza Zedane.


Schaza Zedane.


Aku rasa dia ni memang perasan dia mat saleh atau orang France ke apa. Ahaha. Nama dia Schaza Zainuddin. Nama blog dia tu nama glemer je. Dia ni memang gila glemer sket. Seorang sahabat rapat aku,dan memang sejak dulu kitorang selalu exchange link ni sesama kitorang bila ada update.

Blog ni best! Dia memang stock cakap tak tapis. Tu yang seronok bagi aku. Tengok je lah sendiri blog dia macam mana. Bila tengok blog dia tu memang macam takda insuran lah,but,seronok! Gaya percakapan tu nampak la macam bebelan pedas seorang wanita mengenai keadaan sekeliling.

Dia suka cakap pasal hidup,keadaan semasa,dan apa yang terlintas dalam kepala dia. Memang dia akan luahkan habis kat situ. Cuba tengok blog dia. Dia ni ada potensi nak naik kalau dia offkan transparency layout dia je.

3.Blog Muaz Syamil.


Blog Muaz Syamil


Haa,mamat ni sorang memang sangat sangat ada potensi. Gaya percakapan dia kemas,cuma huruf huruf dia je dia tak guna huruf besar ikut tatabahasa. Tapi kemas,teratur!

Bila baca blog dia,banyak mengenai perbualan pasal keadaan semasa,dan memang,aku dan dengan dia banyak agree pendapat on things. Bila borak borak tu,nampak lah yang dia ni pandangan jauh dan open minded. Sangat caring pasal keadaan semasa.

Beliau ni antara mereka yang membuatkan aku rasa nak bagi header free. Blog dia ada potensi besar,dan aku tahu dia boleh berkembang lagi kalau layout dia semua dicantikkan lagi dengan macam macam ;)

4.Aine Ilina


Aine Ilina


Okay ini makcik ni,blog dia SANGAT KEMAS. Ye aku highlight tu. Sangat kemas. Bila masuk tempat dia,nampak lah kualiti keperempuanan yang ada pada beliau tu. Dia pandai masak atau tak,tu aku tak tahu. Ehem. Tanya lah dia. Hehe.

Blog dia,kalau tengok tu,memang tenang lah. Sangat sangat tenang. Rasa sejuk je. Pasal widget dia pun,okay,tapi tersusun semua. Tak rasa serabut. Simple dan ada identiti sendiri. Cara percakapan dia pun,tersusun jugak dan kemas. Dia banyak bercerita pasal kehidupan dia :D

Tak lupa jugak! Dia ni CSS Specialist kat group SBC. Baru tadi dia tolong member yang masuk baru nak edit edit pasal blog ada problem. Bukti pun ada!



5.The Violet Gurl


Dibah Violet


Okay. Aku tak pasti lah dia peminat band Ungu from Indon tu,tapi yang penting,dia sangat lah ungu violet dalam blog beliau. Yea. Tema blog dia warna ungu ungu violet gitu aku pun tak tahu,tapi cantik.

Beliau ni jenis yang suka meluahkan perasaan dia dalam blog dia. Nampak lah,beliau suka blogging menyampaikan rasa happy dia untuk share dengan orang lain. Yang bestnya kita pun dapat rasa jugak yang dia tengah happy tu. Haa. Beliau ni pun ada identiti sendiri,based on warna purple.

Cara percakapan pun okay,boleh dibaca untuk semua masyarakat umum :D


So far,ini 5 yang terpilih untuk minggu ni,ada ramai lagi untuk direview dalam segmen ni. Setiap hari Rabut kot mungkin,atau dua kali sebulan. Masih tidak ditetapkan lagi. But,apa apa pun,jom terjah blog depa jom!

Untuk blog review minggu lepas,klik sini

10 comments:

muaz syamil azizan said...

terima kasih hairil!
piwwit aine pakar css haha

Adibah Jumali said...

hua jadi dupdap2.. :))
thankz2

Kucing Serius. said...

Ahahha. No hal lah korang :D

Anonymous said...

hehehe. aku suka aku suka!

aaaa said...

Off kan transparency? -.- ouh okay okay. Tunggu cukup bulan. Hahah. ^^v

A'an said...

Kenapa everytime review kena ada muka2 admin?! Ciss. *jeles

aaaa said...

Off kan transparency? -.- ouh okay okay. Tunggu cukup bulan. Hahah ^^v

'adawiyah az-zahraa' said...

thanks! sowi ye..blog tuh berat sikit sbb byk pkai widget

Namee Roslan said...

muka aku mana?? hahah. tibe2 padahal xde kena mengena. haha

aaaa said...

ouh. aku tak komen lagi rupanyaaa. haha. TRANSPARENCY DAH BUANG ! :DD

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...