Yeap. SeMaC Blogging Community. Apakah ini SeMaC? Ia bukan seperti semak atau samun atau sewaktu dengannya. Tempat ni tiadalah ular,buaya
So far pada saat ni,ada 75 orang je yang join. Tapi 75 orang tu jugak yang aktif. Tiada yang idle. Seronokkkk.
Aku Admin group ni. Yeap. Pengasas terawal group ni adalah Aku dan juga Cik Fatin Syafiqah. Kemudian,seorang lagi Admin ditambah,iaitu abang bonzer hensem kitorang, Ariff Azraai.
Barisan Admin Yang Kacak Hensem Cantik Lagi Bergaya.Peewit.
Dari kiri; Hairil,Fatin Syafiqah,Ariff Azraai.
Tujuan kitorang buat group ni,adalah untuk mengolah bakat bloggers yang ada dalam KMS tu. Serius. Plus,kitorang nak gatherkan bloggers KMS di dalam satu tempat,untuk jadikan platform bagi diorang nak ping blog,exchange pendapat,borak borak,lepak, melantak pudding dari Fatin Syafiqah,dan macam macam lagi. Memandangkan kitorang ni First Batch KMS,benda ni merupakan satu advantage untuk mengekalkan spirit KMS yang kuat,untuk terus wujud dari First Batch sampai generasi akan datang. From there,bila ada bloggers baru pun,kitorang akan support beliau untuk naik dan naik dan naik naik naik dan terus naik.
Semangat kuat kan kitorang? Haaa. Matrikulasi Selangor hebat tau. Matriks kau ada macam ni?
So,kali ni,aku nak buat First Review untuk group ni. Untuk awal awal ni,yang terpilih cuma ada 5,memandangkan ada banyak gila blog yang aku suka kat situ,tapi aku tak tahu mana satu nak pilih. Serius. Kucing Serius.
Dengan lafaz Bismillahirrohmanirrohim,review pertama ini bermula.
1.The Aan Raihan
Ya. Aku tahu mata anda tengok mana dulu. Ehem. Dia ni budak kuliah aku dulu. Dia F1P7. Aku F1P1. Personally,aku antara loyal reader blog dia ni. Serius. Aku suka gaya dia bercerita. Blog beliau,memang cuma bercerita pasal personal diri dia,tapi gaya dia dok pompang tu membuatkan aku rasa seronok baca. Nampak everything adalah sangat interesting. Bila dia story beronok ronok macam tu,aku pun rasa seronok. Kira,aku enjoy baca. Sejujurnya. Enjoy sangat.
Gaya dia bercerita tu sampai kepada reader. Membuatkan reader rasa apa yang dia rasa. Cara penulisan pun,kemas dan teratur. Dia cakap melalui cara perempuan dengan kemas. Gedik gedik sikit tu,biasalah,perempuan. LOL
2.Based On The Truth
Blog ni tiada header. Rasa macam nak bagi free nanti satu. Hehe. Ni pun,antara yang aku paling suka entries dia. Simple. Tapi sekali lagi,gaya percakapan kemas. Aku suka. Memang dia seorang blogger yang baru (dia claim lah),tapi cara dia bercakap tu,menunjukkan yang dia ni,matured. Banyak dia cerita pasal hidup dia,and things yang dia pernah lalui. Tengok entry dia semua tersusun kemas,rasa macam automatik nak baca. Dia ni pemalu nak promote blog. Aish. Nak kena babab. Last last aku promote jugak hari tu kat Sahabat Blogger.
3.Apa apa Pon Boleh.
Blogger Kak Mah yang busuk. Aku suka baca pasal gambar gambar dia. Kaitan gambar gambar dia dengan apa yang dia cakap akan mencetuskan sesuatu yang menimbulkan at least tersenyum ala ala Kambing begitu. Ya. Kucing boleh senyum kambing. Baca je,rasa macam baca Senyum Kambing kat Utusan Malaysia tu. Dia ni ada bakat nak buatkan orang tersenyum sorang sorang tapi tak gelak. Tulisan dia sikit sikit,tapi sampai. Sebagai seorang blogger baru yang betul betul baru,dia ni kalau gilap je memang mantap ni. Serius.
4.Please Rush
Firdaus Huzaide.
Cuma satu je benda yang tak best; dia guna wordpress. So aku kena pilih jadi favourites dan baca tiap tiap hari.
5.Fara Fazira
Ini makcik,sentiasa ada benda yang nak dicakap kat blog dia. Membuatkan aku rasa nak baca selalu. Aku suka dengan story dia. Kadang kadang dia selit bab agama,cerita cerita,and then dia cerita pulak pasal hidup dia,benda dia nak. Nampak macam tipikal blog,tapi gaya cakap dia kemas. Again,favourite aku bila gaya percakapan kemas. Haaa. Gaya dia ni nampak intelek sikit dalam writing dia. Cuma apa yang aku kurang sikit tu,font dia lah. Aku,susah nak baca. Hehe. Tapi still,blog dia okay,simple tapi bermesej. Like like.
Yeap. Ini baru sedikit. Ada 70 orang lagi yang blog mereka belum direview. Aku akan teruskan aktiviti review dorang mungkin setiap hari Rabu,ataupun kalau tak setiap,mungkin dua kali sebulan tapi hari Rabu jugak. Pasal apa? Pasal hari Rabu akan diselit dengan Wordless Wednesday. Tapi aku tetap nak penuhkan hari tu dengan entry bertulis jugak. Aku tak suka biar blog aku kosong. Huu.
So,to all other KMS bloggers,blog korang tetap akan direview nanti. Aku tak kira. Aku akan review. Ada banyak lagi hari Rabu akan datang ni. Hee. And I pick them randomly throughout random situations kat dalam group SBC. So,do check things out for further infos yeaa.
Dan untuk readers semua,jom kita ramai ramai terjah blog dorang yang kena review tu.
Kita baca,kita enjoy,kita support :)
12 comments:
abang bonzer hensem hahaha
nak join jugak! hehehe http://puteri-zahra.blogspot.com/
bro, hairil bkn semac.
tersangat lah berbesar hati jadi org 1st di review :)
siapa perempuan yg tak gedik?? meh sini aku cubit. haha..
ktanxbai.
hairil ex semac lah.
btw, thanks. dah2 jgn cite pasal aku lagi kat blog kau. nasib baik aku tak boleh delete.
love SBC! haha
Muaz. Betul lah kan? Ahaha :D
Puteri Zahra. Nanti next week ke,dua minggu lagi,join okay? :D
Naim. Dey. Hairil tu ex semac lah!
Aan. Sila bangga yee. Ahaha :D
Aien. No hal lah makcik. Aku nak promot lagi. Ahaha. Teruskan support SBC! :D
mahu terjah!!! :D kucing..saya nk tahu sgt kenapa blog awk namee kucing. sila baca entry saya. haha
http://nameeroslan.blogspot.com/2011/07/identity-itu-jenama.html
byk followers :D
mak cik kau panggil aku..?? hurm..btw, thanks..ni yg makin bersemangat nak bebelog.. :)
oho baru tau singkatan matrik selangor, semak..eh seMac..kihkih..
bagusnya !
terjah!.
paling suka yanng mula-mula .
Post a Comment