.

Wednesday, July 6, 2011

SeMaC Blogging Community blog review #1


Logo sementara group blogging ni


Yeap. SeMaC Blogging Community. Apakah ini SeMaC? Ia bukan seperti semak atau samun atau sewaktu dengannya. Tempat ni tiadalah ular,buaya darat,atau apa apa haiwan yang berkaitan dengan semak. Yang ada cumalah Bayi Michelin. SeMaC ni stands for Selangor Matriculation College. Mereka yang lahir pada tahun 1992 dan ambil SPM tahun 2009,adalah batch pertama yang memasuki Kolej ni. And guess what? Kitorang sayang gila kolej ni. Even dah habis matriks,tak kira yang keluar awal atau ada habiskan pengajian kat sini,spirit kitorang tetap sama.

So far pada saat ni,ada 75 orang je yang join. Tapi 75 orang tu jugak yang aktif. Tiada yang idle. Seronokkkk.

Aku Admin group ni. Yeap. Pengasas terawal group ni adalah Aku dan juga Cik Fatin Syafiqah. Kemudian,seorang lagi Admin ditambah,iaitu abang bonzer hensem kitorang, Ariff Azraai.


Barisan Admin Yang Kacak Hensem Cantik Lagi Bergaya.Peewit.Nak Sainnnnn.
Dari kiri; Hairil,Fatin Syafiqah,Ariff Azraai.


Tujuan kitorang buat group ni,adalah untuk mengolah bakat bloggers yang ada dalam KMS tu. Serius. Plus,kitorang nak gatherkan bloggers KMS di dalam satu tempat,untuk jadikan platform bagi diorang nak ping blog,exchange pendapat,borak borak,lepak, melantak pudding dari Fatin Syafiqah,dan macam macam lagi. Memandangkan kitorang ni First Batch KMS,benda ni merupakan satu advantage untuk mengekalkan spirit KMS yang kuat,untuk terus wujud dari First Batch sampai generasi akan datang. From there,bila ada bloggers baru pun,kitorang akan support beliau untuk naik dan naik dan naik naik naik dan terus naik.

Semangat kuat kan kitorang? Haaa. Matrikulasi Selangor hebat tau. Matriks kau ada macam ni? Boo Matriks korang.

So,kali ni,aku nak buat First Review untuk group ni. Untuk awal awal ni,yang terpilih cuma ada 5,memandangkan ada banyak gila blog yang aku suka kat situ,tapi aku tak tahu mana satu nak pilih. Serius. Kucing Serius.

Dengan lafaz Bismillahirrohmanirrohim,review pertama ini bermula.

1.The Aan Raihan


Blog The Aan Raihan.


Ya. Aku tahu mata anda tengok mana dulu. Ehem. Dia ni budak kuliah aku dulu. Dia F1P7. Aku F1P1. Personally,aku antara loyal reader blog dia ni. Serius. Aku suka gaya dia bercerita. Blog beliau,memang cuma bercerita pasal personal diri dia,tapi gaya dia dok pompang tu membuatkan aku rasa seronok baca. Nampak everything adalah sangat interesting. Bila dia story beronok ronok macam tu,aku pun rasa seronok. Kira,aku enjoy baca. Sejujurnya. Enjoy sangat.

Gaya dia bercerita tu sampai kepada reader. Membuatkan reader rasa apa yang dia rasa. Cara penulisan pun,kemas dan teratur. Dia cakap melalui cara perempuan dengan kemas. Gedik gedik sikit tu,biasalah,perempuan. LOL

2.Based On The Truth


Blog Based On The Truth.


Blog ni tiada header. Rasa macam nak bagi free nanti satu. Hehe. Ni pun,antara yang aku paling suka entries dia. Simple. Tapi sekali lagi,gaya percakapan kemas. Aku suka. Memang dia seorang blogger yang baru (dia claim lah),tapi cara dia bercakap tu,menunjukkan yang dia ni,matured. Banyak dia cerita pasal hidup dia,and things yang dia pernah lalui. Tengok entry dia semua tersusun kemas,rasa macam automatik nak baca. Dia ni pemalu nak promote blog. Aish. Nak kena babab. Last last aku promote jugak hari tu kat Sahabat Blogger.

3.Apa apa Pon Boleh.


Blog Apa Apa Pon Boleh.


Blogger Kak Mah yang busuk. Aku suka baca pasal gambar gambar dia. Kaitan gambar gambar dia dengan apa yang dia cakap akan mencetuskan sesuatu yang menimbulkan at least tersenyum ala ala Kambing begitu. Ya. Kucing boleh senyum kambing. Baca je,rasa macam baca Senyum Kambing kat Utusan Malaysia tu. Dia ni ada bakat nak buatkan orang tersenyum sorang sorang tapi tak gelak. Tulisan dia sikit sikit,tapi sampai. Sebagai seorang blogger baru yang betul betul baru,dia ni kalau gilap je memang mantap ni. Serius.

4.Please Rush


Wordpress Please Rush.


Firdaus Huzaide. Rival aku dalam mengiau di SBC. Haaa. Blog mamat ni. Kata kata dia cakap semua simple je. Tapi dalam simple tu,message dia tersampai. Dengan background putih,gambar cantik penuh,blog dia cantik. Yeap. Cantik. Sangat tenang membaca. Gaya percakapan kemas memang dah favourite aku. Gabungan semua elemen dalam blog beliau menyebabkan aku suka membaca entries dia. Serius.

Cuma satu je benda yang tak best; dia guna wordpress. So aku kena pilih jadi favourites dan baca tiap tiap hari.

5.Fara Fazira


Blog Fara Fazira.


Ini makcik,sentiasa ada benda yang nak dicakap kat blog dia. Membuatkan aku rasa nak baca selalu. Aku suka dengan story dia. Kadang kadang dia selit bab agama,cerita cerita,and then dia cerita pulak pasal hidup dia,benda dia nak. Nampak macam tipikal blog,tapi gaya cakap dia kemas. Again,favourite aku bila gaya percakapan kemas. Haaa. Gaya dia ni nampak intelek sikit dalam writing dia. Cuma apa yang aku kurang sikit tu,font dia lah. Aku,susah nak baca. Hehe. Tapi still,blog dia okay,simple tapi bermesej. Like like.


Yeap. Ini baru sedikit. Ada 70 orang lagi yang blog mereka belum direview. Aku akan teruskan aktiviti review dorang mungkin setiap hari Rabu,ataupun kalau tak setiap,mungkin dua kali sebulan tapi hari Rabu jugak. Pasal apa? Pasal hari Rabu akan diselit dengan Wordless Wednesday. Tapi aku tetap nak penuhkan hari tu dengan entry bertulis jugak. Aku tak suka biar blog aku kosong. Huu.

So,to all other KMS bloggers,blog korang tetap akan direview nanti. Aku tak kira. Aku akan review. Ada banyak lagi hari Rabu akan datang ni. Hee. And I pick them randomly throughout random situations kat dalam group SBC. So,do check things out for further infos yeaa.

Dan untuk readers semua,jom kita ramai ramai terjah blog dorang yang kena review tu. Ramai stock yang boleh buat masuk meminang tau from KMS.

Kita baca,kita enjoy,kita support :)

12 comments:

muaz syamil azizan said...

abang bonzer hensem hahaha

'adawiyah az-zahraa' said...

nak join jugak! hehehe http://puteri-zahra.blogspot.com/

naim omar said...

bro, hairil bkn semac.

A'an said...

tersangat lah berbesar hati jadi org 1st di review :)

siapa perempuan yg tak gedik?? meh sini aku cubit. haha..

ktanxbai.

Anonymous said...

hairil ex semac lah.

btw, thanks. dah2 jgn cite pasal aku lagi kat blog kau. nasib baik aku tak boleh delete.

love SBC! haha

Kucing Serius. said...

Muaz. Betul lah kan? Ahaha :D

Puteri Zahra. Nanti next week ke,dua minggu lagi,join okay? :D

Naim. Dey. Hairil tu ex semac lah!

Aan. Sila bangga yee. Ahaha :D

Aien. No hal lah makcik. Aku nak promot lagi. Ahaha. Teruskan support SBC! :D

Namee Roslan said...

mahu terjah!!! :D kucing..saya nk tahu sgt kenapa blog awk namee kucing. sila baca entry saya. haha

http://nameeroslan.blogspot.com/2011/07/identity-itu-jenama.html

markjey said...

byk followers :D

Farah Fazira said...

mak cik kau panggil aku..?? hurm..btw, thanks..ni yg makin bersemangat nak bebelog.. :)

Aesya Zealous said...

oho baru tau singkatan matrik selangor, semak..eh seMac..kihkih..

Fyqa said...

bagusnya !

Syazwan Che Deraman said...

terjah!.
paling suka yanng mula-mula .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...