.

Thursday, July 7, 2011

Spontannya Khamis yang panjang.



Kalau nak diikutkan banyak banyak hari,antara hari favourite aku untuk blogwalking adalah hari Isnin,Selasa,dan hujung minggu. Bila masukknya hari Rabu dan Khamis,aku akan mati akal,mati pandangan,tapi aku masih hidup lah. Serius. Kucing Serius.

Memandangkan kerana Rabu dan Khamis ramai orang buat Wordless Wednesday,dan Spontaneous Thursday,aku akan manfaatkan hari aku sepenuh penuhnya untuk aktiviti lain. Keluar,jalan jalan,guling guling atas lantai,kacau kucing jiran.

Tak tahu kenapa,tapi banyak ilham dan idea cuma muncul pada hari selain Rabu dan Khamis.

Aku jenis blogger yang main blogging je. Apa yang terlintas,itu yang aku luahkan. Dan memang,kalau terlintas kat dalam kepala masa tu,masa tu jugak aku cari komputer.

Setiap entri aku adalah entri yang spontan. Maka,kalau nak dikaitkan dengan dunia blog,setiap hari adalah spontan. Adakah ianya Spontaneous Everyday? Hoh. Lepas ni aku nak buat blog baru letak nama Kucing Spontan.




Dunia blog ni,memang ramai orang ada cara tersendiri nak blog. Tapi ada certain things yang aku masih belum faham. Mungkin kerana dorang bukan ikut cara aku,tapi,kalau nak diikutkan,adakah cara mereka itu perlu jugak? Aku tidak pasti. Aku cuba mencari relevan dan logik tapi aku belum dapat lagi.

Adakah bila orang ramai buat sesuatu,kita kena ikut? Adakah kerana Spontaneous Thursday,wajib meletakkan sesuatu yang NAMPAK spontan?

Aku notis. Ramai orang jenis suka ikut bila ramai orang buat. Kalau ramai orang buat Spontaneous Thursday,maka,akan ada golongan yang tergedik gedik nak ikut buat Spontaneous Thursday,walaupun tiada apa yang spontan,tiada apa yang puitis. Kerah idea sepuas hati,buat apa yang patut semata mata nak meletakkan post simple yang bernama,Spontaneous Thursday. Tepat jam 12,mereka pun post lah mengenai kesepontanan mereka tu.

Padahal,dah save jadi draft dah lama dah. Paling paling pun,dah muncul idea dah sebelum Khamis tiba. Saving saving untuk menunjukkan spontan pada hari Khamis.


Adakah ini mood setiap blogger setibanya hari Rabu malam Khamis?



Nampak tak situasi dia macam mana? Certain things manusia menganggap terlampau perlu untuk mengikuti sedangkan banyak yang masih belum memahami. Kalau post pasal memang betul betul spontan,memang on the spot terfikir ayat puitis dan terus post entri,aku boleh terima. Malah,sangat suka. Tapi kalau berusaha sepenuh hati,sepenuh tenaga batin,semata mata untuk mengikuti suatu trend bernama, Spontan, aku akan tertanya tanya "Apa yang dia nak sampaikan ni?".

Manusia berusaha gila nak mengikuti trend sekarang ni,sampai abaikan kemampuan diri.

Ramai sangat dah salah guna. Pasal hari ni banyak Spontaneous Thursday yang paling tak best aku jumpa. Cerita entah apa apa,tapi post tepat 12 malam. Rasa macam tak logik pulak tepat 12 tengah malam terus anda tiba tiba jadi spontan? Tapi hari lain tiba tiba complain tak ada idea nak tulis blog.

5 comments:

Rafidah Farhana said...

Kah kah kah ! Kena di situ.. Aku tak pernah lagi buat spontan spentun ni..

Orang lain dah buat, tak syok la ikut orang jee.. takde kelainan.. Pfftt ! :P

Kucing Serius. said...

Kannn? Asyik ikut orang. Memang sangat tak kelainan. Plain macam tu je. Huu. Nampak macam semuanya sama.

Alia Natasha said...

ayat saya memang spontan , tak kerah-2 ~ lalala

Kucing Serius. said...

Hahaa. I can see that ;)

Farierahasanz said...

bijak nye kucin nie . .meawww ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...