Sindrom Ai Folo Yu Yu Folo Mi Bek
Problem Statement:
Adakah mereka yang mengamalkan Ai Folo Yu Folo Mi Bek ni datang daripada blogger yang tidak matang?
Hypothesis:
Mereka yang mengamalkan Ai Folo Yu Yu Folo Mi Bek ini datang daripada blogger yang tidak matang.
Materials:
-Blogspot
-Group group Blogger di Facebook
-Sifat Rajin Diri 1000ml
-Sifat Menganjing 20ml
Procedure:
A)Mengkaji mengikut tindas balas ramai terhadap ping blog yang meminta.
1)Join group group Blogger yang ada di Facebook. Lagi banyak lagi bagus.
2)Ping blog anda di situ dengan menyatakan "Yu Folo Mi,Mi Folo Yu Bek"
3)Lihat betapa ramainya orang akan follow blog anda
4)Lihat betapai ramainya orang akan drop link mereka siap dengan pesanan untuk follow dorang balik.
5)Print screen semua benda ni sebagai bahan bukti.
6)Adakan sesi Blogwalking hasil daripada link mereka yang diperolehi dari mereka yang suruh difollow balik.
7)Lihat bilangan follower,berat blog,widget blog,gadget blog dan entry.
8)Lihat latar belakang mereka dari Facebook mereka yang meminta untuk difollow balik.
9)Ulang Step 1 sehingga Step 8 di group group blogger yang lain.
B)Mengkaji mengikut cara turut serta tetapi menyangkal cara berhemah.
1)Cari sesiapa yang meminta minta blog dorang untuk difollow di mana mana group blogger.
2)Dropkan url anda dengan menyuruh mereka follow anda,tetapi dengan syarat membaca entry entry yang menyangkal cara mereka seperti entry "Follower banyak. Blog bagus ke?" terlebih dahulu.
3)Tunggu,dan lihat respons mereka.
4)Adakan sesi blogwalking pada mereka yang drop link dan juga yang meminta follower.
5)Lihat bilangan follower,berat blog,widget blog,gadget blog dan entry.
6)Lihat latar belakang mereka yang meminta follower melalui Facebook.
7)Apabila mereka memberi respons di komen Facebook,print screen untuk jadi bahan bukti.
8)Ulang Step 1 sehingga Step 7 ditempat yang lain.
C)Bersama di kalangan mereka yang mengalami sindrom tersebut.
1)Target mana mana group blogger yang memang dah banyak orang mengamalkan cara Ai Folo Yu Yu Folo Mi Bek,seperti Kami Si Blogger (Official)
2)Ping blog anda tanpa berkata apa apa.
3)Lihat betapa ramai orang yang akan drop link mereka tanpa berkata apa apa.
4)Adakan sesi blogwalking pada blog mereka yang drop link. Lihat entry,blog widget,berat blog,gadget,dan sebagainya.
5)Lihat latar belakang mereka yang meminta follower.
6)Print screen apa yang perlu untuk dijadikan bahan bukti.
7)Ulang Step 1 sehingga Step 6 pada masa dan waktu yang berbeza.
Results:
A)Mengkaji mengikut tindas balas ramai terhadap ping blog yang meminta.
Okay. Kajian telah dilakukan terhadap Subjek yang dipilih dari group group Blogger. Hasil yang diperoleh menunjukkan bahawa apabila sekali ada yang meminta,akan berderet deret mereka yang
Setelah Blogwalking ke blog blog mereka satu persatu,didapati bahawa laptop yang serba canggih ini hampir masak kepanasan akibat keberatan loading blog mereka. 90% daripada mereka yang mengamalkan cara sebegini,mempunyai blog yang berat,penuh dengan widget,gadget,mp3,seperti berikut.
1. Shoutbox yang ada sehingga menghalang pembaca untuk membaca entry. Tulisan yang sedia ada pun sukar untuk dibaca bagi mereka yang cabut cermin mata setelah penat menghadap laptop.
2. Follower yang dipunyai mencecah ratusan,tetapi tidak ada seorang pun yang like entry mahupun komen. Cursor turut diikuti dengan pelbagai benda benda pelik.
3.Mp3 yang sangat memahami kehendak para pembaca. Lagu bersesuaian. All that waiting for everything to load adalah sangat dikesali.
Bukti tidak dapat diletakkan cukup kerana banyak perkara lain tidak sempat diperoleh,kerana Laptop menjadi terlampau lembab kerana loading pelbagai lagi widget yang lain.
Latar belakang mereka turut menunjukkan mereka ini datang daripada mereka yang masih bersekolah dan mereka yang masih baru menceburi dalam dunia blogging. Baru buat terus nak up.
B)Mengkaji mengikut cara turut serta tetapi menyangkal cara berhemah.
Terdapat tiga reaksi common di sini. Dua seperti yang tertera di sini.
Adalah dipercayai bahawa para pembaca mempunyai akal yang waras untuk memikir perkara di atas.
Terdapat satu lagi golongan,dimana,mereka menganggap cara penyangkalan itu adalah sesuatu yang sangat membuka minda. Lalu,secara tidak langsung,mereka mula mempunyai alternatif sendiri untuk perbaiki cara penulisan,perbaiki blog dan sebagainya. Sebaliknya,mereka mempunyai hati yang terbuka untuk menerima pandangan tersebut sebagai sesuatu yang positif.
Didapati,majoriti mereka yang mengendahkan datang dari budak sekolah,dan yang menerima datang dari pada mereka yang melanjutkan pelajaran di Kolej dan Universiti. Pendek cerita,tamat persekolahan.
Blog mereka juga lebih kurang menyerupai seperti blog yang tercatat dalam eksperimen A.
C)Bersama di kalangan mereka yang mengalami sindrom tersebut.
Apabila ping blog tanpa menyuruh mereka untuk follow,akan ada antara mereka yang secara tiba tiba menyuruh anda follow mereka balik. Didapati,hanya sesetengah orang yang akan berkelakuan sedemikian.
Namun,jenis sebegini adalah yang paling teruk sekali dimana mereka akan meletakkan link mereka di merata rata tempat,tanpa berkata kata apa,tanpa menegur sapa,tanpa memberi salam,high 5,dan sebagainya. Mereka sekadar letak link di comment post orang,dan blah sebegitu sahaja.
Didapati blog mereka yang mengamalkan sedemikian,adalah lebih kurang mempunyai kualiti yang sama seperti tertera di eksperimen A,serta berlatar belakangkan seperti
yang tertera di eksperimen B.
Conclusion:
Based on the formula untuk menjadi Blogger Matang.
Setiap satu ciri ciri akan diwakili dengan satu markah. Contoh:
Blogger yang matang akan memperoleh 4 Markah penuh.
Tetapi,based on kajian seperti A,B, dan C, sindrom Ai Folo Yu Yu Folo Mi Bek ini dilakukan oleh mereka yang yang tiada mempunyai ciri ciri seperti berikut. Lalu,apabila digantikan kualiti mereka dengan Formula Kematangan Blogger,
=0
Kematangan Blogger yang dikira berjumlah 0. Maksudnya,mereka yang mengamalkan Sindrom Ai Folo Yu Yu Folo Mi Bek ini,datang daripada blogger yang tidak matang.
Hypothesis is accepted.
Precaution Step:
1. Jangan buat di group group blogger yang menghalang anda untuk spam link di komen mereka seperti Sahabat Blogger. Nanti Abang Garang dan para retis marah. *sambil buat muka comel*
2. Gunakan emosi dengan sangat sangat sedikit sekadar untuk mencari idea. Jangan lebih lebih,nanti bergaduh. Tak baik. Jaga perhubungan. Biar mereka yang emosi.
3. Sentiasa membantu mereka yang rela diberi pertolongan. Sentiasa. Wajib. Kalau degil tu print screen buat bahan menganjing.
4. Sentiasa menggunakan muka comel anda apabila melakukan kajian to avoid emotional error. *buat muka comel lagi*
Problem?
56 comments:
terbaik bro :)
abang garang??
haha
nnt kak nyamuk xlrt nk brtahu mksd spam tue ap
lalal nk jgk
lame x buat experiment..teringat kelas kimia..haha
btw,riben dah muak dengan mende2 camni..mujur follower riben xsampai ribu riban lagi..haha
hehe.siap buat mcm report betul.hehe.
pape pun setuju dgn entry nei.
nice 1 kucing.. :)
aku pun pernah buat entri pasal ni.
Maaf. Aku TAK BOLEH nak lepak lama-lama kat blog KAU
tapi rasa macam dipandang sepi je.
siap aku letak lagi tulisan merah as notis yg mn blog aku xamalkan sistem u folo i, i folo u ni tp ada yg bls kt cbox aku cakap blog aku ni bagus sgt ke smpi nk letak notis camtu? dan aku dh delete pn notis tu. serius geram! grrrr! dasar xphm bahasa mmg mcm tu. tp smpi skrgla aku ikt mood, klu org tu folo blog aku & blog dia pn ok bg aku, aku folo dia blk. klu dia folo sbb nak aku folo dia blk, mmg taklah aku nk folo blk. sori sikitt~
LIKE LIKE LKE !!!!
pergh bwt thesis ke apa ni?hahaha..
good job :)
pergh! terbaik! gile siyes cx bace tau. at last. accepted! :)
hipotesis kurg markah.. ckgu sains aku aja kena ad, "semakin ______, semakin _________" haha.. btw, nice post.. maaf kn dia ye klau ad yg terasa.. =)
ALA! aku baru nak jadi anon komen kat sini! kau dah tutup lak! HAHAHA
taksubkan follower taksubkan traffic. yeah, itu ragam dunia je gua anggap. macam bisnes internet, main sesuka je tag dengan "inginkan pulangan lumayan?" dengan gambar2 duit berkepuk. Buat event bisnes mengarut2...ahhh....
bila pasal duit, apa pun boleh kan? cuma sedar tak sedar je...yang cara baik tu eloklah..yang nak kaya cepat je...hampehh..menyakitkan hati kadang2...
aku cuba berkarya bebas dalam aliran utama atau mainstream. terima kasih kepada yang menghargainya...:D
Cis. Kurang markah. Ahahaha. Bedal lah.
Btw thanks korang semua yang support and drop komen. Truly. Sekarang ni benda ni dah jadi teruk sangat kan. Sangat menyirapkan hati.
Bila disentuh,kata kita ni sombong pulak. Ada jugak antara dorang buat entry pasal ni baru baru ni. Dah komen dah,cerita balik apa sebenarnya.
Hopefully entry ni bukan sekadar untuk apa,tapi dapat bawak pengajaran sekali.
suka entri ni..
tension mcm ni..
kekadang ping entry kat group ada je yang minta difollow balik..
siap tulis "done. follow me back k"..
geram bila baca..
tade plak aku tulis minta difollow..
kekadang ada yang menipu..
cakap "done", tp bila cek tade lak.
kat shoutbox pun satu hal..
ikutkan hati nak remove je..
kat widget follower tu aku dah tulis "FOLLOWLAH DENGAN SEIKHLAS HATI"
tapi still ada juga yang tulis kat shoutbox suh follow balik..!
tension tension tension!!
SEKARANG AKU FOBIA DENGAN AYAT MINTA DIFOLLOW BALIK TU !!
aku bersabar je..diam je..sebab xnak bagi diorang kecik hati..
wakakaka
aku join 15 group blogger..semua group ada org2 camni..dan ada satu group tu memang aku dah fobia nak ping kat sana..sekali ping entry..berderet2 meseg tulis "done"!
sorry kalau ada yang terasa..cuma luahan rasa
*menangis*
(sambil dengar lagu raya)
terbaikkkkk!
suka suka suka!
kadang2 menyampah pun ada bila diorg suruh2 follow.
skang ni tobat dah malas nak suruh org follow ke hape.
sbb rmai menipu je lebih.
kata DONE padahal tak DONE pun.
padahal nak suruh followers diorang ramai je.
nak follow sesebuah blog tu lebih baik dgn niat hati yg ikhlas.
Eh. Aku benci ada menatang cursor ikot-ikot tu. Distracted gila. Takde mood nak baca. Pastu blah.
bgos lah ni . sox ade test science . hahahah .
saia ta kan wat i folo u , u folo me back ni .
bab dulu pnah chat nan owank yg ta dikenali dekat gengblogger.com . skali kena maki just sbb ayt u follow me i follow u back . sejak tu dah ta nux wat lgi .
brpeluh stiap kali msuk blog yg brwidget2 merepek sprti mp3, cursor ber ekor, widget hello kitty, tulisan blink2.. sabar jela~
pndapt aku, jka diorng trus amlkn budaya mcm ni, keikhlasan follow blog tu xkn ada dlm diri.. kte follow blog sbb kta minat gaya penulisan blog tu, enrty dan tempelate yg tak menyusakn kita..
harap rmi yg brdarah tlinga ble bca entry ko ni.. keep up the good work bro~
lappy tia pernah hang semate bukak blog yg ade bende asing dok ikut cursor tuu. Sampai kena restart. Hilang assingment mcm tu je.
Sangat annoying kan?
Tapi MALANGnya,dorang yang buat macam ni,probability memang mungkin takkan baca entry entry macam ni. Dorang mana membaca.
Pasal tu lah dorang dengan sikap dorang macam tu. LOL. Macam dalam gambar aku letak kat atas tu. Siap marah marah tuuuu taknak bacaaaa kononnya.
Blog dicipta untuk difollow! Ou yeah!
Cuma,Pageview kali ni banyak tapi tak seiring dengan like. Aku rasa macam banyak je yang berdarah kot. Aku harap. Hahaa
terbaikla.....cakap saje orang tamo percaya...hamik ko, siap dengan experiment bagai..=D
hehe
aku pon dah ulas benda nih dulu tp bak kate blogger2 lain laa... benda ni xkn pernah habes...
latest entry Apa Yang BLOGGER PERLU ADA?? [PART 2]
just want to say , ANNOYING..
kalo blog wordpress aku , memang aku xletak widget follower nie.
Blog blogspot ni jer rerajin letak..
Terbaik ah bro..
Saya ada buat contest.. Jom join
http://khadijahamshah.blogspot.com/2011/08/contest-create-header-khadijah-hamshah.html
cre terbaik yang aku selalu buat iggy je
biarlah dorg nk kate pe
da tegur tak jalan
kite tak follow nnti pandai la die polo blik
serabut weh=P
btw tengs folo i folo yu bek..
nyampah auuuww
hahaha lawak Nur Mazidah Ahmad...
dia komen beriya..
sekali belum baca.. kenapa belum baca? sebab malas...
patut la suke i folo u u follo bek kan kan kan~~ malas upenyee
sangat setuju kepada perkara2 ini
nak load je dah lama
tu belum ikut nk scroll up down lagi
dengan cursor yang merepek2
and ape lah fungsinya kalau follow tapi tak baca
~~(**, )~
ade benarnya .... ;) dolu2 kite pun mcm tu jugak kot ? blog berat2...hehehe :p
trololololololwaaalllll. ini sangat naiss sampai ada orang butthurt haha. tapi agak kesian kepada mereka yang terasa
kucing, sorry lambat. semalam aku dah ngantuk sgt so aku tak boleh nak baca betul2..sbb entry ni panjang. tkt aku jwb semalam, aku lari topic plak.
ok, em selalu nya i follow u u follow me ni di kalangan newbie. yela agak terdesak untuk dptkan pembaca.
sbb pembaca adalah di kalangan blogger kalau kita baru buat blog. bila kita mula buat blog dr zero, kita hanya boleh harapkan respond dr blogger je . pembaca luar susah nk yakin dgn blog2 ni sbb bg mereka blog ni taik dan mencapap je.
dah desperate, sbb tu terpaksa follow u follow me. aku pernah try je cara follow u follow me ni..tapi nk dapatkan pembaca tu susah. kalau guna concept tu, blog takkan maju.
lain lah kalau follow u follow me tp kau baca entry orang tu. tunjuk lah effort yg kau ikhlas dan baca blog dia. betul tak?
yg aku baca statement budak tu...
dia kata dia malas nk baca entry kau kan???
kalau mcm tu mmg dia berblog ni sekadar nk followers je. sbb tu dia x baca entry...
kalau nk blogging serious dan ikhlas...kena ada dua hala...
BACA ENTRY, COMMENT, FOLLOW KALAU SUKA, TINGGAL JEJAK.
tp yg tinggalkan comment, jgn plak...sekadar hey, nice entry. follow me.
tu mmg taik ah..
tak kisah la berapa banyak orang dah buat pasal topik sama,
ada diorang KESAH?
pfft
hahaha, serius troll XD
p/s : memang diorang tak baca pon. kadang-kadang, cakap jek follow, tapi tak follow pon. HAHA
ekekeke
"done following you, follow me back!"
tanda seru tu, garangnyer, keh3
sumpah aku buat tak tahu jek, malas. tu yang sampai malas nak ping, tapi kat KSB aku ping gak, kasi sentap dengan baby blogger ni.
lalalala~
Gua kira dalam situasi mana?keh3...
terbaik dari ladang...
suke! i dont which one goes to my blog..tapi wujud satu perasaan iaitu marah bila ada blogger ni dah masuk 4kali spam link die sedangkan im already foloe die sebab tgk ciput sangat folower..sebab i pon baru merangkak..tapi agak melampau sebab nampak sangat die tak bukak pon my blog! grr..
eksperimen terbaek.
ala..besela. newbie cmtu la.
tp aku xde kene syndrom ni,alhamdulillah.
org nk follow,follow. cuz aku rase aku ade blog and menulis ape yg aku nk tulis. bukan nak ade ramai follower,even follower beribu pon tapi tak ramai yg hit comment. sbb blog cm tahi. haha. cm blog aku=.='
tp kt fb mmg da melampau. aku plg benci bile ade yg ckp. i da follow u!follow i balek! shit! ko tgk tanda seru tu ha. aku mmg da panas. rase nk maki je sorg2. aku update bukan follow u follow i,fool.
haihhh.
smpi aku leave grup. menyampah. hehe
yang si malas nak baca tu betul2 memanaskan hatiku ==
woww..otak sns..
follow or x, bkn perkara pnting. yg pnting perisian seseorang itu. perisian baik, best, kacak, bergaya, serius boleh katakan matang. tp yg matang x semestinya matang. sbb masing2 ada kelemahan.
blog aku x amalkan sindrom ni. x follow x pe, yg penting komen sbb orang perlu baca entri sblm komen. bila terdapat komen, secara logik akal pasti ada yang baca entri walaupun sedikit.
ini hanya pandangan aku.
oh, ko kena keluarkan laporan statistik sama ada graf untuk meyakinkan pembaca baru nampak stylo serius ko dgn bnda ni. Trollolo pada Nur Mazidah Ahmad. :D
Graf? Hahaha. Aku nak buat. Tapi ambik masa lah. Yang ni pun aku dah buat lama tau berapa hari aku kaji. LOL!
Apa pun,aku agree dengan kau. Masing masing ada kelemahan.
Cuma,pendapat aku,matang tu datang dulu. Baru lepas tu judgement dia datang,for adakah dia tu blogger hebat atau lemah. Tu semua based on dia punya entry.
Ada yang matang tapi hebat. Ada yang matang tapi perisian,still,kurang. :D
love this one =)
your entry buat I berfikir tengah malam ni -.-'' 15 min I berfikir okay -.-''
berapa lama you amek nak buat this entry 0_o
for me , follow2 ni untuk blog yang best je , kalau blog dea tuwlis macam niew , macam manew titew nak paham apew dea tuwlis. titew ta paam lawh .nanti nuck bacew pown ta besh lawh. -.-''
good infomation...
still learning...
^_^
saya memerlukan kritikan yang membina pada blog saya...
good infomation...
still learning...
^_^
saya memerlukan kritikan yang membina pada blog saya...
hai..saya bdk baru...bolehkan klu nak kata sgat setuju dgn entry kucing ni..walaupun saya bdk baru..tp saya mmg selalu baca blog sejak 4 tahun yg lepas...
sorry to say..saya mmg jenis x suka klu buka satu2 blog tu tetiba ada lagu sbb ia mengganggu gugat konsentrasi saya utk membaca dan faham sesuatu entry...no feeling lorh!
pastu klu buka blog tetiba ada bling2 yg melampau dan cursor yg mcm nak terjojol bijik mata ni time membaca..betul2 menggangu emosi..nak baca pun x senang..
but..tu la kan..nt klu complain org ckp..ok ayat dia mcm ni "eh!ini blog aku,suka hati aku la nak buat apapun!" hukkkkkk????free2 la i x kan jd follower dia..hahaha..
pd i, sesetgh perkara..yes! as reader kita akan hormat tuan empunya blog dlm hal2 tertentu..tp klu hal2 remeh pasal cursor, i polo u, u polo me bek, dgn lagu yg nak pecah jantung..how sbg reader i nak hayati apa yg dia tulis...aduh!
ok..tu je nak komen..nt komen pnjg2 org kata apa pulok. dah la bdk baru..ampun yer semua.peace!:)
ok saya gelak... gelak guling2.... XD a job well done should i say :)
hehehe eksperimentasi trolling dari kucing berjaya.
pandai jugak kucing wat experimen. haha. terbaik!
btw, mmg selalu nmpk pkataan cmni 'dah follow blog awk, follow blog sy balik k'. haisy! nmpk sgt desperate nk follower je. kdg2 aku wat x endah je. mls layan. =,=
u'r the man bro Hairil! ghahaha
hang ni suka sangat study ka? hahahahhaah
terbaik entry ni.. polo la aku ye.. gerenti aku tak polo hang balik
ini terlebih study ni bro . haha trolled
haha,terbaek lah bro.aku cuma bagi link kalau orang mintak,dia nak follow ke tak,terpulanglah pada dia,tapi jgn harap aku nak follow blog dia balik,unless blog dia tu bagus mmg aku follow.
aku pun hangin kalau bukak blog yang berat,rasa ringan je tangan nak tekan butang pangkah.
btw,retis tu apa?sorry sbb tak tahu maksud.hehe.selamat berpuasa~
terbaik! haha.. menyampah dengan org2 yang macam ni. kadang2 dalam entry tu dah mention pun yang kita tak suka main follow memfollow ni. tapi diorang buat jugak. nampak sangat tak baca entry tu. huhu
rajin gila buat eksperimen..
dulu ada gak org dok drop komen kt shout mix aku suruh follow dia..
aku dah buang widget shoutmix tu..semak ja org dok suruh aku follow bagai..follow aku sudah la nak follow balik buat apa??hahaha
blogger ni...
nak blogging ka nak glemer??
xpaham aku..
nice =)
nak sambung cari tips kat blog ni
kalau ada lagi,share k
tqvm
ahaha. style again!
ni mmg budak science betul ni sampai blog pun nak buat report. selalu nak buat lab report punyelah pemalas hai..
memang lengkaplah kan. A+ for this report. sekali lagi, kalau sempat boleh cekkan kematangan blog saya. saya try untuk follow all the guidelines. tapi bimbang jugak ade yang tersasar.
teruskan perjuangan anda untuk kes i follow u follow back ni. i likeeee~
pernah terjebak dengan virus nie , pada suatu ketika dahulu . dengan berblogwalking dengan belog yang lebih kemas baru rase nak modifite balek gadjet yang menyemak tu , hhah .
Yeah! Uji kaji yang berjaya. Cuma tak ada graf saja.Haha .Cuba cakap kat orang yang 'saya ikut awak, awak ikut saya':''Kalau saya pergi lubang biawak naki ikut tak?''
Post a Comment