.

Wednesday, July 27, 2011

Follower banyak. Blog bagus ke?

Ini adalah entry yang superb panjang


Tadi ada borak sikit dengan Amirul Akim,MO dan jugak Farah Yong kat Sahabat Blogger. Borak pasal bilangan follower. Kitorang borak borak tadi lepas ada yang mintak dorang difollow. Lalu terbukak lah pesanan pesanan dari kitorang,jangan pentingkan follower.

Aku pelik,penting sangat ke follower ni? Kenapa sampai ada kes kes yang banyak gila bloggers tengok kat group group blogger,orang minta minta follower macam apa. Teruk kot.

Apabila terlampau meminta minta untuk follow blog,and then bila orang follow,oh,kita follow dia balik. Yeay! Sangat mutual understanding kat situ. Lepas tu,bila angka follower dah mencapai tahap tinggi gila,mereka akan syok sendiri dan berbangga.

"Follower aku banyak doohhhh! Gila bangga ramai follow aku! Yezza,blog aku bagus! Aku famous! Nanti pergi mana mana semua orang kenal aku!"

Yeap. Memang kau bagus. Bagus dalam mengumpul follower. Adakah kau bagus dalam mengumpul trafik? Bagus menyampaikan apa yang kau cuba sampaikan kepada pembaca?



Sejak dari dulu aku blogging,aku memang sangat tak mementingkan pasal follower. Memang,masih ada jugak keinginan tu aku nak ada follower banyak. Tipulah kan kalau seorang blogger taknak langsung ada orang follow. Serius tipu. Kucing Serius,kau menipu.

Tapi aku pegang kuat dengan prinsip aku. Keinginan VS Kepentingan. Mahukan follower yang banyak,memang satu Keinginan. Tapi,Kepentingan dalam blogging tu yang kena juangkan. Apa Kepentingan dia? Kualiti entry,Mesej tu sampai kepada pembaca,Trafik yang logik dengan bilangan follower.

Macam biasa, "Ikut hati mati,ikut rasa binasa". Kalau kau ikut hati nak hebatkan blog kau dengan bilangan follower semata mata,mati lah blog kau. Takda siapa nak baca. Terlampau agungkan bilangan follower ni,adalah Criminal In Blogging.



Ada beberapa kes pasal follower yang agak pantang bagi aku.

1.Terlampau meminta-minta follower.
Cuba fikir balik logik. Meminta minta follower. Dia follow kau,angka bilangan follower pun bertambah. Tapi,kau pasti dia akan follow sebenar benar kau? Macam mana dia nak ingat yang blog kau wujud?

Adakah kau sangka yang semua orang akan check kat Dashboard tu,tengok satu satu blog yang dorang dah follow?

First of all,Follower tu,datang dari seseorang yang minat nak terima update dari kita. At least lah kan,at least,kalau ada orang follow kau pasal diorang minat,dorang akan sentiasa tercari cari. Asyik teringat ingat pasal suka dengan blog tu.

Cari update kat Facebook. Cari update kat group blogger. Cari update kat Dashboard. Sanggup godek merata rata pasal nak cari blog yang dia dah follow hari tu,pasal nak tengok update.

Tapi kalau orang yang follow membuta tuli semata mata? Cuba fikir,adakah dorang akan baca entry entry kau? Macam mana diorang nak ingat kat kau? Check follower dorang? Blog mana satu?

Lepas tu,nanti korang je yang akan syok sendiri cakap macam macam kat blog tu,rasa macam ramai gila orang yang baca entry kau tak kira kualiti. Kesan? Rasa perit bila blogwalking kalau ramai orang macam ni. Tengok follower ramai,automatik reader akan expect tinggi. Tapi bila tengok entry? Tepuk dahi,sakit hati.

Pasal tu kualiti blog amat penting. Biar dorang akan sentiasa teringat ingat. Kualiti tu subjektif,asalkan ada identiti sendiri,kemas,orang seronok baca,dah cukup. Bila kualiti ada,orang suka baca,follow pun ikhlas,traffic pun seiring dengan bilangan follower. Tak ada lah follower beriban tapi pageview dan trafik secotet je.

2.Jealous pasal bilangan follower.
Yeah. Perlu ke jealous? Apa,kau sangka kualiti blog tu ada pada follower? Adakah bila follower ramai,blog bagus?

Aku pernah kena judge pasal follower. Ada orang tengok follower aku sikit,terus dia taknak baca entry.



Cuba fikir balik. Bilangan follower dia tu seiring ke dengan bestnya entry dia? Aku ada banyak jumpa blog yang kemas,best,kualiti,tapi follower sikit. Dan aku banyak jumpa orang yang follower banyak beriban tapi entry tu perit membaca.

"tItteW mAkAn naCik BeRiANi hARi NiEwwwWwWwwWwWW. cDaP gLeRw LeRwww" Lepas tu letak gambar dia bajet comel besar besar.

"aku......tak tahu lah macam mana..aku suka dia....pastu..tetiba dia cakap dia suka aku....ahahahahahahaha...gilew dowh.....apa pndgan korg huh....ahahahaha"

"kau tau x????! :O dye punye entah apew apew dye pgi ckp dgn sme orang psal aku encem gler...aku pning kpala!!!!! :( encem kew akue nii....aku rasew x pn... :D"


Aku tak larat nak taip satu perenggan penuh. Tapi bayangkan kalau penuh satu entry penulisan macam tu. Bagi aku,aku sakit mata. Sangat common sekarang ni where followers berlambak tapi tulisan,aku nak faham pun susah.

Tengok je dah tau. Ni mesti kes Ai Folo Yu,Yu Folo Mi Bek.

Jadi,apa yang perlu orang nak jealous kat blog tu? Kalau tengok spesies spesies macam ni,tak perlu nak jealous. Rasa rugi lagi ada lah. Pasal apa? Wasted a few seconds of your life reading without gaining a single benefit. Tak ada fun,tak ada info,tak ada mesej,tak ada apa. Cuma nampak bebelan. Seronok ke bebelan? Hoh!

Aku paling pantang kalau aku rasa rugi dengan masa. So bila aku nampak orang orang macam tu,cepat cepat aku tutup.



With that,adakah perlu jealous dengan follower yang banyak? Nope. Tapi do jealous dan contohi dengan blog yang berkualiti.

3."Ini blog aku,aku punya suka lah. Cara kau,ikut kau. Cara aku,ikut aku."
a)Blog kau,kalau kau dah promote,bukan ikut kau punya suka atau kau punya cara dah sekarang. Dia dah ikut Readers Punya Suka. Unless kalau kau tak promote merata rata,tak buat apa dengan blog kau,lantak. Kau nak buat apa,buatlah.

Tapi kalau dah promote tapi still ikut cara ni. Aku tak mengerti. Sangat tak mengerti. Apa yang kau nak promote? Apa yang kau nak sampaikan?

Sama lah macam kau jual barang yang tak ada kualiti dan mahal kat shopping mall. Orang ramai nak cari kualiti dan murah.

Tapi bila dah blog pun berat,entry entah apa apa,kau promote. Gerenti orang tengok lepas tu blah.

b)Katakanlah,kau minta follower sambil memantapkan kualiti blog. Yes,of course. Bagus kalau kau memantapkan kualiti blog. Tapi meminta follower? Kualiti akan tersangkut kat situ.

Pasal apa?

Orang yang ramai follow kau masa dulu dulu tu,kesan dari Follow Dan Blah,kesan dari Ai Folo Yu Yu Folo Mi Bek,adakah dorang akan godek jugak blog kau? Tak. Pasal apa? Dorang lupa pun pasal blog korang. Nak check satu satu kat Dashboard,buang masa. Pasal dah ramai yang dorang buat Follow Dan Blah tu.

So nanti akan tiba satu masa,blog kau akan jadi superb best,tapi still,tak ramai nak baca. Jadi lah kau seorang mangsa yang tertipu dengan Keinginan nak ada follower ramai. Orang yang follow kau masa blog kau best tu je yang jadi loyal reader kau.

Jadi sekarang,adakah kena ikut cara kau sorang je,atau ikut cara kau yang bersesuaian dengan kehendak reader? Fikir sendiri.


Iklan PSP. Guna je lah


Jadi,perlu ke nak agungkan sangat dengan bilangan follower ni? Cuba lah follow cuma kalau nak terima update saja. Follower boleh jadi beribu ribu,tapi bilangan follower tak menjamin kualiti blog kau. Tapi kualiti menjamin bilangan follower.

Bukan follower je. Dia menjamin sebahagian besar dalam blog kau. Agak agak tu dalam 70% la. Lain lain tu,connection kau dengan readers. Blog Promoting,Blog Walking,Comments,tegur sapa antara bloggers,etc etc.

Sekarang,bila dah baca semua ni,still agungkan bilangan follower lagi ke tak? Kalau ye,baca balik dari atas sampai habis.

Nota Kaki Kucing Serius: Hopefully entry ni tidak hurt siapa siapa atau mana mana blogger. Ini hanyalah sekadar perkongsian berdasarkan realiti.

46 comments:

haikalblank said...

HAHA aku sangat pentingkan follower, traffic dan UV.

Kenapa?
Ada untung ke kat aku?

HAHA gua cari kepuasan diri je. Kalau i follow u follow dan traffic tinggi je gua tak puas. AKu hanya puas bila ada orang hargai penulisan aku. Itu je.

*aku rasa aku gila sebab tak letak iklan. tapi aku tak rasa membazir. Sebab serius, orang yang mata duitan macam aku takkan boleh fokus menulis kalau ada iklan2 bagai. Nanti gua cover2 dalam ayat.
baik macam sekarang, main hembus je. HAHAHA

**trimas support blog gua. love u lah kucing! :D (gua bukan gay)

Mrs. Farhan said...

Wowww, superb entri. Btw, first time aku dtg blog ni. A newbie. Dan alhamdulillah, setakat ni aku x penah mintak org follow aku balik.

Kalau aku nak follow, aku just follow. Tapi sangat banyak dah blog yg aku KENA follow sebab terpaksa.

Aku rasa bersalah pulak bila diorang mintak aku follow balik, tapi aku x follow. Ko rasa, perlu ke aku teruskan rasa bersalah tu, atau just ignore dgn permintaan diorang. Aku perlukan pandangan dari ko.

Alya Esprézzo said...

panjangnya entri ko nie, hahhahaha part penulisan budak kecik tu aku sukaaa..hahaha :D

Kucing Serius. said...

Kena follow sebab terpaksa???

TAK PAYAH FOLLOW DORANG. Buat derk je. Seriously. Why is it for? Kalau dah sampai tahap memaksa,nampak sangat perception dorang macam mana.

So better dont. Unless kalau blog dorang catches your attention. That's what I'll do.

Kucing Serius. said...

Haikal. Alolololo. Ahahaha. Kalau pentingkan semua tu bagus lah! Jangan follower saje semata mata. Hahaa. Aku memang akan sentiasa support kau. You deserve it bro :D

Alya. Hehehe. Mestilah panjang. Banyak mau cerita! Ahaha

Farrah yong said...

wahahaha . backlink jugak nama ku . wahaha. saya AMAT setuju entry awk kali ini . ;)

ok bai #

Namee Roslan said...

Kucing,,,txs for tagging. ok mari aku cerita situasi aku...

ok masa mule2 buat blog..aku xtau apa target aku tp yg penting nya aku nk create satu product dan tapak sbb aku nk buat business nanti. so masa aku buat first entry aku.,,,zero comment...dari situ aku tersedar yang aku perlukan followers. so aku bw sikit2 selama 2 weeks...sekadar nk spread blog aku..

so bila aku tgk followers aku dah capai 500..entry aku hanya beberapa je yg comment...

so dr situ aku rasa aku kena belajar menulis.aku banyak membaca sampai aku dapat style aku. aku rasa orang mula tertarik dengan entry aku yang..BUAH DADA SANGAT TAK KELAKAR. start tu aku rasa lebih ramai yg kata entry aku kelakar2. so orang suka.

dari situ..aku cakap oh pembaca nak sesuatu yg funny sikit. so dr situ aku belajar2 lg nk tulis lawak sikit2. tapi aku tak pernah fikir traffic pun..aku tak pernah bukak pun dashboard aku. hahah. sebab aku taktau pun kegunaan dashboard aku...

sampai satu tahap...ben featured aku..so kebetulan aku terbuka dashboard aku..aku nampak traffic aku cecah 3k time tu sebab ben featured aku. then aku faham apa itu UV. aku tak caya sesuatu entry tu boleh naikkan uv..tapi sbenarnya boleh. aku tulis dan tiap hari aku target traffic aku mesti kena cecah 4 number.

semua nya tak mustahil. bila uv tinggi ramai juga approach kau untuk promote kan product them.itu yg $$ tu. kalau nk hope nuff.mmg kena bersaing dengan yg lain.

issue follow memollow ni tak bagus. golongan macam ni dia tak tau apa yg dia nk dalam dunia blogging ni.

end up....followers 4 k..comments 5 je. i mean takde interaction.

Muslimah Optimis said...

setuju..setuju..

MO pon tak penah nak suruh orang pi folo Laman MO.. malu rasa nak tagih ihsan orang folo blog kita.. biar diorang folo sendiri..kalo rajin godek2 Laman MO boleh jumpa entry yang MO tak suka dipaksa folo atau folower anon..hihihi... biar folower bertambah sedikit demi sedikit..

even MO lama xupdate pon, ada je orang datang folo,even pertambahan folower sehari 2,3 je.. disebabkan ping entry pon jarang..dari mana folower tu datang pon xtau..yang penting syukur alhamdulillah, Laman MO diterima.. :-)

kucing memang serius menulis kan

greenApple said...

sangat tak suka dapat ayat ni "singgah sini follow u =) nanti follow I balik ye"
duh! kena follow sebab terpaksa..

btw, aku follow kau sebab aku suka entry kau ok. heee...

Engku Sofea said...

wah semua dah buat macam karangan tapi berjaya buat sofea baca. ni memang sah korang blogger yg berkualiti :P

beLLa said...

waa! nice one! even panjang, aku sanggup baca sampai abes. ni baru entry yang berkualiti ^^ tapi betul la. aku ni jenis tak kesa pun follow balik sape yang sudi folo blog aku, tp aku tgk gak blog yang cne. kalau dak2 skola yang citer pasal shayer shukew dieww tu, memang tak la nak folo balik kan. btw, aku hargai sgt2 follower aku. n kalau dah penat BW, aku mesti lepak dashboard tgk new entry org2 yang aku folo ^^

MissF said...

entri kau ni sme je dgn entri aku yg ini >> kesian dia sebab ramai follower
jadi kiranya aku balas komen entri ni dkt entri yg itulah ye... hahaha.

Aien Ishak said...

best entry, i guess.

~naddy~ said...

inilah yg di namakan kucing serius.. hehe..
betol2..
kalau follower ramai tuh, kire 1kelebihan la.. hehe

sekarang nad hanye pk cara penulisan, n nak meningkatkan kualiti supaya traffic belog naik..
rasa puas aty biler orang dtg belog, bace entry n KOMEN...

walaupon penulisan, grammar tak betol sgt pon..
just be MYSELF..

tengs fer the info yee. =)

myr amyra said...

entry yang sgt bernas... :)

[sutera kasih] said...

since dashboard dh bertukar, sy lbih gemar tgk update dr rkn2 di bloglist huhu

sy lebih gemar singgah ke blog yg bloggernya rajin berinteraksi..

mcm keluar tajuk komenku ni hehe

btw, thumbs up this entry ! :)

AMMAR YASIR said...

Pergh!!! Panjangnya entri... apa-apa pun follower tak ada maknanya kalau traffik macam siput jugak..hehehe

Mila Ahmad said...

bukan kuantiti diperlukan tapi kualiti owg buat blOg nie ade byk jenis terpulang pd hak masing²..mila akan follow back if blog org 2 byk infO..sebb kita xkan ada rasa buang masa dekt blog..byk follower yg follow blog mila tapi mila xfollow back bukan sebb sombong..tapi blog 2 xmemberikan ape2 info kat mila tapi mila still singgah jugak...dont worry..by de way entri nie memg best..terbaek :)

Mista Ag said...

Malas nk paksa2 org 'hey, u 4low my blog k.. then i 4low u back'. nak 4low, 4low jelah.. xnak 4low, x kesah pun... Ahaaaa...

http://observasisemalam.blogspot.com/2011/06/entry-ke-20-bloggerrupapenulisan-femous.html

adysuR said...

Follow la sangat kan. Haha. Suka hati orang la nak follow ke tak. Tak payah suruh2. xD

Ahmad Haziq Azlan said...

setuju!
haha
follower aku cipot je...
ah tak kesah la cipot pun....
sumber trafuk aku hari2 datang dari non-blogger....
so, jumlah follower tu tak penting, sebab pembaca tidak terhad kepada blogger sahaja

khadijah said...

betol tu, tak suke la orang follow kite sebab terpakse dan pakse kite follow balik.. tapi kadang2 orang dah pakse sangat, layan je la, follow je.. tapi rajin bace blog yang dah difollow tu dari dashboard, sementare cuti sem ni..hee yang penting biarla orang betol betol suke baru follow kan, tak payah la memaksekan.. tapi kalau ajak orang singgah bace entry tak ape, jangan pakse follow je..:)

puteяi ʓαняα said...

usually dorg BW kt blog. ckp dah follow. dan suruh follow dia balik. ble check, die x follow..

btw, aku suka law less follower, tapi ada komen. ni maknanya dorg concern sal ape yg kte update. better than follower 3 k yg komen nye x smpai 10.

Nyamuk Terbang said...

ala follower rmai2 pn blm tntu lg entry kita tue diorg bca...
kn2??

cik lumix said...

superb entry.best :)

merahitujambu said...

entry terbaik....padat dengan perli.heehhee..tpi betul gak tu..bagus ke??

SyazwanSarawak said...

lol entri ni best gila.

and aku rasa aku tak GILAkan FOLLOWER, just SUKA la kalau orang sudi follow tu. kekeke

diana said...

bagi akak la..
jumlah follower tu tak penting pun..
yang penting berapa orang yang baca entry kita.
kalau follower kita ramai,cer kita tulis satu entry dan jangan bw..
tengok ramai tak yang singgah bagi komen..
kalau sehari ratus2 tu kira dah cukup baik la..
tapi bila follower ramai dan kita kena bw giler2 lepas siapkan satu entry,sia2 je la follower ramai..

hana sudradjat said...

kepuasan itu datang apabila orang menghargai penulisan kita .

ila said...

konklusinnya saya setuju

fiq. said...

aku pon tak pernah meminta-minta blog di follow sebab rasa tak sampai air muka nak buat mcm tu but then aku memang selalu jumpe dengan blogger yg mcm tu kalau nak follower banyak usaha, sebab kalau follow ramai, entry tak bagus, itu lebih malu kuot

yanadimple said...

ohh ohhh. ta pjg mne pon entry ni. orite je sume. huhu2. sy skong la. fllwr senaya bukn pkara utama utk di riakkn. cume dlm dunia blogging ni kalau ta rmai flwrs ta sronok la, mcm ckp sorg2 kn kn kn >.< bt takan la smpai mnjaja suh i fllw u, u fllw i back kn. entry yg bkualiti sgt pntg, bukn sbb cite melalut tp still jaja blogg kn kn ^^, suke la entry ni <3

suka kucin >.<

http://yanadimple.blogspot.com

. said...

aku suka entry nie..dulu, follower amat penting bagi aku..tapi sekaraag..aku dah tak pandang sangat dah..lebih penting jika ada orang bagi respons kat entry kita..

kau ni, folllower baru 400+..tapi entry dah menarik and banyak yang drop komen..good job bro!

jasiera said...

kucing mmg bijak!!!

Alif Yusof said...

Entry yang berani. quality is worth than quantity

Putery Makaroni 23 :) said...

true, Trend i 4lo u, u 4lo me back dah jadi 1 ''disease'' in blogging.
sgt tak suke attitude ini.
biarlah kite follow someone krn IKHLAS, dan krn kita MINAT akan gaya penulisan & karya nya .
now ; i follow you coz i think its worth :)

sergeant keroro said...

giler panjang, keh3

nasib baik aku suka kucing XD

p/s : serius setuju dengan apa yang ko cakap :)

Nur Hidayah said...

setuju!! :D

nuerule areyin said...

sgt membuka mata :)

izzul norman said...

damn, so true ! pasal tulisan tu lg lah. annoyed sgt rasanya. bila blog yg org tu buat just setakat nak luahkan perasaan cintan-cintun dgn aweksss & balakss masing2. dah tu masih berharap org nak follow blog macam tu? Hello! i tak kenal you, & you tak kenal I, then nak heboh2 kisah romeo & juliet masing2 apa kes kan? HAHAHA, sorry lah ye mmbebel pulak kat sini. just an opinion. bt truly annoyed --''

Miss Dolce and Gabbana said...

huh..penat aku berlari baca entri ni.Btw awesome.Macam bagi speech plk rupa kaukan.

Aku ni jenis tak kisah sangat dengan follower.Bagi aku kalau dia suka dia nak follow biar dia follow.At least aku tahu artwork aku diterima oleh orang ramai.

Dulu pun aku pernah letak papan iklan but then aku buang pasal aku penat sangat nak kejar UV tu.Kalau boleh hari2 kena update.

Bila tak dapat BE aku frust.Rasa macam nak tutup je blog tu.Seriously aku mata duitan.Setiap kali aku post something aku update half hearted.Bukan dengan sepenuh hati.memang agak payah bila idea tak de tapi hari2 kena update.

Sekarang aku pegang pada prinsip let money works for me and not me works for money.Fahamkan.Aku tak nak jadi hamba kepada duit.Biar duit yang kejar kita.Sebab tu sekarang aku tak kisah dengan UV,Ads etc

Yang paling penting pada aku ialah respond daripada pembaca.Dah 3 tahun aku blogging.Aku nampak usaha aku sampai mana.Aku promote.Tapi aku tak paksa orang follow blog aku.Sampai sekarang aku dah boleh rasa perubahan dalam aku menulis and perubahan pada blog aku.

Selalu je aku review blog org sampai follower dia lebih daripada aku.Org je yang tak mahu review blog aku pasal blog aku cool sangat.Okies joking.

But seriosly said entri ni the best.thumbs up. ;)

Apple Zara said...

Paling noob bila followers ramai gila tapi yang membaca entri terbaru seberapa je. Comment lagi lahh, nak tak nak je.

"Saya tak pernah suruh awak follow saya pun, then tak pasal-pasal awak suruh saya follow balik pula"
Muahaha. bila situasi macam ni berlaku saya buat bodoh je. :p

nur fatihatuz zahra said...

yes, betul juga ape yg kau ckp tu kucing .. tp, aku pula dah rase serba salah .. macamane ni ?? emm, apepun, disebabkan entry kau yg mmg BEST berjaya buat aku bace sampai habis .. keinginan tu membuak2 kut .. hehe .. gud luck kucing di atas penulisan blog kau ni . =)

Mr. Uzair said...

this is best broo. bold dan mantap. HAHA !

aisYahzaCk said...

terbaik..haha..mmg sakit mata la kalau berpelat2 bagai..susah nak faham..

"Aku paling pantang kalau aku rasa rugi dengan masa"

totally agreed bout this post!

farah hanim said...

entry kat sini menarik
boleh bagi kesedarana sikit sebanyak
really need to know for newbie like me..

tqvm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...