.

Sunday, July 10, 2011

Lovey dovey? Cinta? Apa logiknya?

Ini adalah entry yang superb panjang. Superb,gua cakap.


Lately ni aku macam jumpa banyak dorang dorang dan mereka mereka yang stok putus cinta. Mereka yang dulu bercintan seronok gila,tapi sekarang hidup single dan enjoying life. Masing masing admit dulu tu semua sia sia semata mata,dan masing masing ada pandangan sendiri dengan cintan ni,based on pengalaman dorang.

Dan dalam banyak banyak pandangan tu,aku ada jumpa fahaman yang common.

Sejak aku single dulu,banyak benda yang aku fikir sampai sekarang. Masa awal awal single dulu,aku selalu tertanya tanya,betul ke ex aku ni orang yang aku sayang dan cinta? Masa tu aku masih belum betul betul faham lagi apa lovey dovey ni semua. Aku masih betul betul tak faham.

Lepas tu,bila hidup single aku bermula,aku mula dengan gaya hidup Seorang-Lelaki-Yang-Cuba-Nak-Lupakan-Ex-Beliau. Cuma aku tak tukar tukar awek. Hidup aku memang single sejak tu. Ehem.


Even gua gemuk masa single dulu,gua hot stuff tau!


Dari situ lah aku jumpa bermacam macam jenis manusia. Semua memang bukak luas mata aku. Ada yang lurus bendul,ada yang bijak,ada yang cemburu buta,ada yang kaki clubbing,ada yang bekas maahad,ada yang hot stuff jual mahal,ada yang lesbian. Macam macam. Masing masing aku rapat waktu tu. Dari situ aku banyak kaji sendiri,apa tu sayang?

Adakah angau tu sekadar sayang? Adakah bila perasaan rasa membuak buak nak bersama dengan dia tu,adakah couple dan bermaksiat maksiatan tu,itu semua tanda sayang?

Jawapan yang aku jumpa,adalah A BIG NO. When it comes to lovey dovey stuff,semuanya lead to kahwin. Yes. Apabila ada wujudnya perasaan,lalu membawa actions menjerumus kepada kahwin dan akad nikah,malam pertama yang halal OH YEAH itu lah tanda cinta dan sayang. Ehem.

Agak kelakar kan bagi orang orang muda nak faham benda ni?



Masa zaman jahiliah aku dulu dulu,memang aku admit,aku tak nampak logik akal kenapa zaman muda muda dulu orang selalu dok judge kata tu semua cinta monyet,kenapa tu semua cinta berlandaskan nafsu,kenapa orang selalu kata itu ini. Aku pun tak nampak the reason why semua budak budak Haram Police kat sekolah aku,kata macam macam pasal lovey dovey ni. Serius,aku tak nampak. Apa yang aku nampak cuma bestnya cintan masa tu.

Tidak kira siapa pun,ramai yang tak nampak jelasnya dan penerimaan logik kenapa cintan itu kenalah later,dan sia sia je kalau bercouple couple ni.

Kenapa kah? Okay kat sini cerita bermula.

Cuba fikir balik. Translation cinta manusia bagi setiap orang,masing masing adalah subjektif. Bagi aku, "Cinta bermaksud kita menerima seseorang itu sepenuh hati mengenai keadaan Zahir dan Batinnya,mampu mementingkan dorang dahulu sebelum kita,perasaan yang sangat kuat untuk mengabdikan hidup ini untuk mereka setelah kita mengenal diri mereka dan menerima sepenuhnya sama ada baik ataupun buruk."

Bila ikut pandangan Mejuez,katanya "Cinta itu bagaikan lukisan,perlu dilukis,dihiasi,dinilai dan dihargai." Sedih gila story dia.

Bila ikut pandangan Cik Aan Raihan,katanya "Love is not about finding the right person, but creating a right relationship.
It's not about how much love you have in the beginning but how much love you build till the end."


Ini cuma 3 description yang aku pilih dari banyak banyak. Okay,itu baru satu hal.



Sekarang,tengok pulak persoalan jodoh dari segi Islam. Aku bet,mesti time korang tengah coupling korang nak relationship korang berkekalan sampai kahwin kan? Kan? Kan? Kan? Betul tak betul tak? ;D

Kalau tak tu memang korang penipu la.

Jodoh dari Syaitan: Pasangan yang berkahwin setelah pernah berzina / membuat maksiat sesama pasangan tersebut.

Jodoh oleh Jin: Jodoh yang diperolehi dari amalan-amalan seperti penggunaan Minyak Dagu, Nasi kangkang dan sebagainya.

Jodoh oleh Allah: Jodoh yang berlandaskan suruhan dan amalan-amalan / garis panduan Islam.

Tiga jenis contoh jodoh ni aku ambil dari Perempuan Jomblo. Pernah jumpa pasal benda ni dulu tapi buku tu aku tak tahu kat mana.

Okay. Aku nak highlightkan Jodoh oleh Allah ni. Jodoh dari segi Islam lah kan. Pernah dulu aku dengar baca artikel,kalau jodoh dari segi Islam ni,nak dipendekkan cerita,dia cuma berjumpa,kenal,berkenan,terus berkahwin. Tu je. Kalau pendek cerita la.

And then,cuba dikaitkan dengan hidup manusia sekarang ni,dimana memang manusia terkonpius antara jatuh hati,dan cinta. Jatuh hati tu memang lah ternyata berkenan. Tapi jatuh hati bukannya cinta.

"Jadi macam mana nak kahwin kalau belum bercinta? Ishhh. Tak logik. Tak logik. Baik bercinta dulu baru kahwin! Setakat berkenan je terus kahwin,rasa cinta tak ada. Aish." <-- Ini tipikal pemahaman zaman sekarang.



Berbalik balik kat atas sekali tu,ada 3 pandangan orang berpengalaman pasal cinta yang betul betul cinta ni. Gabungkan dengan jodoh dari segi Islam. Apa yang anda nampak?

Yang aku nampak,cuma A Perfect Love Life. Aku ulang sekali lagi,PERFECT.

Yes. Indeed. Tengok balik. Bila berkenan kat awek tu,terus chup kahwin. Sarung lah cincin tunang ke apa. Bila berkahwin,sememangnya kita dah letakkan devotion life kita tu dengan each other,betul tak? Bila kita berkahwin,di situ lah bermulanya episod kertas lukisan baru yang putih,dimana kat situlah kita akan menghiasi,menilai dan menghargai,betul tak? Bila berkahwin,di situlah kita akan start creating the right relationship,no matter if you have the love in the beginning,but you are going to build it until the end,betul tak?

Halal haram pun senang terjaga. Tak perlu nak tahan nafsu bersenggama masa tengah cinta time couple couple ni.

Pi mai pi mai celah mana pun,semuanya akan lead to one single solution dan conclusion. Akad Nikah. Tu je. Kan? That is all. Tak faham? Baca balik dari atas.



Tengok,Islam tu indah kan? Semua dah setting baik dah. Cuma akal manusia kena fikir dalam dalam tengok keindahan Allah dah tetapkan kat merata rata,secara tersurat dan tersirat.

Bila pandang ikut sudut inilah,nampaknya tak logik bercinta tu kena bercouple couple. Putus satu,cari satu,tukar tukar balak/gerlpren. Aishh.


Kekecewaan aku waktu dulu,membuka mata aku pada semua benda ni. Sebelum ni aku tak nampak. Masa tu cuma indahnya lovey dovey ni,best gilewww lah dok cayunk cayunk ni. Tapi,itulah. Masa tu kan member Haikal si Syaiton Nirrojim banyak menyelit,bila dah bercinta without ikatan. Banyak yang dia senang hasut tanpa kita nampak,tanpa kita mampu lawan masa tu.

22 comments:

A'an said...

eh eh. suddenly i spotted my name.
caya lah lu bro. :D

cik najihah said...

suke gilos entry ni..
love is nothing..
but it can be evrything for 2 soul

AesyaZealous said...

hahaha member haikal syaiton nirajim??ahakss

cinta? masih belum boleh terima cinta manusia selagi cinta kpd Allah masih belum lg terbalas..huhhu

.M.E.A.S.M.Y.S.E.L.F. said...

sangat setuju.. :) tetiba rasa tak sabar nak kawen lak~ nak cinta lepas kawen.. :)

yad'z said...

wahhhhh.........................

[muaz] said...

kalau bercinta tu aku no hal lagi lah. yang sampai gelojoh sangat. terlalu mencari tu. jelik aku tengok :P

Janatul Ashikin said...

ehem...speechless.....

Farierahasanz said...

sory to say . . aku ta bace abes entry kaw nie sebab agk berjela . .hoho . .

tp entry nie bagus , aku bace yg penting jep =)

honestly , aku bukan nye sorg yg cepat jato aty pada sorg laki hanye pada rupe dan sifat nye . .

aku cume boley syg laki tu bile aku boley terima baek n buruk die . . bile aku boley bersabar ngn tiap ape yg die wat . . aku boley siap nasihat kan die bile die wat salah sebab aku bukan jenis yg suke menegur slh org .. tp bile aku da suke n syg seseorg tu , aku cuba muhasabah dulu . . aku akn menilai dulu sama ada die ley jd pemimpin satu hari nanti . . * tinggi kan cita2 aku.?? hohoo .

aku ta reti naa menunjuk kan kasih syg dr percakapan . . aku cuma reti meluahkan nye melalui perbuatan. .
so , kesimpulan di sini . . aku lebey suka pendekatan bercinta selepas kawen =)
*mungkin ramai yg ta setuju , tp nie pendapat aku . . =)

Kucing Serius. said...

Aan. Hehe. Dah statement yang bagi aku tu best. Aku letak lah :D

Cik. Agree. When 2 souls are together,it has become everything.

Aesya.Ahaha. TU saje je tu. Haha.

Measmyself.Kan? Memang tu motifnya. Ahaha. Nak promot jom kahwin,tinggalkan couple couple ni.

yadz.kenapa? :D

muaz. Yang gelojoh terlampau mencari? stock terdesak kan?

janatul.speechless kenapa?

fariera.well cita cita kau tu lah yang betul sebenarnya. mencari seorang yang boleh memimpin dalam keluarga. betul lah :D

and menunjukkan dari perbuatan. Totally sangat agree.

Cuba,takyah bercinta selepas kahwin. Cinta tu sebenarnya bermula semasa kahwin,macam yang aku cakap kat atas. haha. tu laa baca tak abeh

Syarifah Ashikin said...

like2 entry ni.hehhehehe

Mejuez said...

Tudia.... kucing serius bercerita.. ehehehe

terbaik entri ni... aku suka!

Lebih2 lagi bab cinta ni.. :) thanks yea sebab nama aku termasuk dalam ni.. eheheh nanti aku buat entri baru sku selitkan nama ang plak.. :D


untuk entri kali ni aku nak komen tang Jodoh jin dan syaitan...

Rasanya kita sekrang situasi macam tuh.. lebih kurang nak dikatakan setiap hari akan ada kawin free dekat malaysia ni... anak tanpa bapak pon banyak...

kes mengenai jodoh dari jin .. aku berminat dengan kisah tuh.. nanti aku nak buat entri tuh lah :)

adysuR said...

Tahniah! Aku suka! =D

haikalblank said...

Cool! aku dapat member baru si syaitonnirrajim. canteekkk..ada geng nak buat maksiat pasni.

TAHI. HAHAHA

bengong ko. dari semalam nak baca, tak larat. hari ni baru ada mood...keh3..

Kucing Serius. said...

Syarifah. Thank youu. Hehe. Sekadar sharing pengalaman je ni :D

Mejuez. Nanti hang dah siap entri tu hang promote kat aku na!

Adsyur. Hehe. Tenkiu :D

Haikal.Ahahaha.Kirim salam member kau tu. Suruh dia pergi jauh jauh dari aku. Ahahaha ampun ampun. Jangan simbah air kat aku tauuu.

Mejuez said...

entri baru dah di update,,,

http://www.mejuez.com/2011/07/jodoh-dari-syaitan-mahligai-air.html

:D

.diannorhayati. said...

hi,,im new. td bace kt mejuez punye then see thiss blog tros follow. kucing terbaek :D

Nizam Ijam said...

gambar header tu paling tak bole bla..haha

senyumSOYA said...

jodoh dari ALLAH.. tengah tunggu~ huhu.... (^^!

Namee Roslan said...

wey bagos nya entry ni. tu la aku ckp. kau ni muda tp akal kau matang! :D hahah. kalau aku xtau umur kau, aku ingat kau umur 25 kot. beza sgt cara kau berfikir. :)

balik pada entry kucing...
em bg aku kalau bercinta time muda ni xde masalah pun asal jaga batas n jgn smpai kau hanyut. sbb aku tgk lelaki ni dia mula nk serius bila umur 25. time umur tu bru serius nk hbgn smpai kawen. lagipun kira tinggi lah saham kau kalau x byk kali bercnta. ngeehehhehe
kucing gemuk comel.

muhamadsufian89 said...

aku pun memang rancang nak kawen teros je nanti ni. sekarang ni nak usha2 dulu calon. dah keje nanti teros masuk minang je. senang kan. :)

Yan Scards said...

pada aku, bila sampai masanya
cinta akan datang sendiri
tak payah cari2 kan

:)

kaizen said...

entry ni dah dipromot pada entry latest aku...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...