.

Tuesday, July 12, 2011

Makcik Nasi Lemak berikan Drumstick terhebat setiap hari.

Tadi bangun tidur,gosok gigi bancuh kopi pastu aku terbukak entry Namee Roslan. Dia dok cerita pasal zaman hormon berubah beliau. Aku syiok lah baca. Dia cerita pasal cara mak dia nak hendel dia secara psycho masa zaman beliau muda muda hormon nak naik.

Cakap pasal psycho menyiko ni,

Terus aku teringat,masa zaman muda muda aku yang dulu. Aku memang suka psycho orang sejak dulu. Hehe. Tapi aku bukan lah manipulate tau atau cara jahat tau. Sekadar,psycho. Ehem. Masa kecik kecik tu lagi hebat lah. Ye lah kan,aku anak bongsu. Hehe. Skill psycho menyiko ni memang hebat dikalangan anak bongsu. Hehe.

Yang paling best sekali,Makcik kantin sekolah aku dulu. Dia jual Nasi Lemak. Sumpah dia baik gila. Dalam banyak banyak orang,aku rasa aku paling kowtim dengan dia. Maklumlah aku pengawas masa tu,selalu jaga kantin. Tapi bila time aku makan,nanti dia selalu bagi special treatment untuk aku.

"Makcikkkk. Nasi lemak dengan ayam goreng macam biasa. *sambil senyum sepuas hati* "
"Nak drumstick kan? Ni tinggal satu ni,makcik simpan untuk kau sorang. Orang lain mana dapat ni. Ambil lah."
*dengan muka terharu* "Tenkiuu makcikkkk :D"


Pernah jugak dia bagi aku ayam free masa aku kena duty lebih masa.

Hampir tiap tiap hari kawan kawan aku jealous dengan aku,aku selalu dapat drumstick yang sememangnya jarang orang lain nak dapat. Serius. Kucing Serius.

Aku rindu makcik ni. Dia baik gila teramat kot. Masa hari terakhir before aku keluar sekolah pergi SBPI Gombak,aku bagi kata kata terakhir dengan dia,terima kasih dengan dia apa semua. Nasi Lemak dia masak adalah nasi lemak yang paling sedap pernah aku rasa,lagi sedap dari Nasi Lemak Antarabangsa atau mana mana pun. Sekarang dah arwah. Mari sedekahkan Al Fatihah untuk beliau.



Back to the story.

Cara psycho tu memang berbeza. Benda bukan cara yang jahat atau ambil kesempatan. Cuma,bila buat dengan nada dan cara anak bongsu,makcik makcik senang terpikat. Ehem. Ye,bukan makcik tadi sorang je. Hehe.

Aku guna cara psycho dengan menggunakan nada anak bongsu. Jarang orang ada skill macam ni tau! Haaa. Anak bongsu lelaki je ada! Lu ada ka?

Dan memang,sangat berkesan untuk dapatkan treatment terhebat terbaik dari celah mana pun.

1.Masa solat Jumaat,ada sorang makcik tu akan readykan Roti John yang terhebat untuk aku setiap minggu. Even kalau dah nak habis,dia akan save untuk aku satu. Pernah jugak dia bagi aku free. Hehe.

2.Bila dengan kakak kakak di Esso disuatu-tempat-yang-dirahsiakan,kalau ada que panjang,diorang akan utamakan aku dulu. Kalau ada beratur panjang pun nanti dorang akan rilek,slow and steady bila time aku. Curik masa tu nak borak borak,and dorang akan rekomen apa yang paling best masa tu jugak. Hehe. Time orang lain cuma bayar dan blah je,even abang aku,diorang akan buat dunno. Hehe.

3.Ada jugak suatu zaman dulu,dimana mak mak kawan kawan aku semua berkenan dengan aku nak jadikan aku menantu dorang. Hehe.

4.Masa aku kerja dulu kat kedai henset kat The Store Sg Buloh,kadang kadang time rehat aku suka lepak dekat gerai aiskrim mekdi masa dulu. Ada sorang akak comel tu,dia suka bagi aku aiskrim free. Hehe. Hehehe. Hehehehe. Triple kali hehehehehe.

Banyak lagi beb.



Aku berbangga menjadi seorang lelaki yang anak bongsu. Aku ada skill anak bongsu yang anak sulung atau yang lain lain tak ada. Hehe. Bukan ambil kesempatan tau! Aku cuma,berbaik baik je dengan semua orang,cara anak bongsu. Hehe. Anak bongsu ni bukannya mengada ngada,atau anak manja,atau apa. Kami sekadar anak bongsu. Ye lah. Anak bongsu kan adorable,sweet,caring,kiut miut pulak tu. Haaa. Again,triple kali hehehehe

19 comments:

Aben Idris said...

ek???? yke???? betul ke ank bongsu cmtu?? yke???kih3....kalo ank perempuan sorg boleh jdik cmtu x???
*wink2*

Kucing Serius. said...

Anak perempuan sorg? Hehehe. Itu aku tak tahu lah. Yang aku tahu kalau sorang ni memang friendly. Tu je. Hehe

Rafidah Farhana said...

Hampeh gila cerita kau. And guess what ? Aku tak percaya kau anak bongsu. Lepas meneliti skill yg kau guna, aku sedang belajar percaya :P

Aben Idris said...

ye r kot....friendly ke aku??? kih3..tp, betol kot ap ko ckp....sku g ner2 sume bg klbihan kt aku..ke aku je yg perasan xtao r...huhe....

Kucing Serius. said...

Pida. Ahaha. Tak percaya aku anak bongsu? Well. Percayalah. Ini adalah fakta! Ahaha :D

Janatul.Setiap anak tu ada kelebihan dia maaa. Tapi kalau nak distereotaipkan tu,anak bongsu selalu cenggini. Hehe. Anak tunggal pulak friendly lak kann haaaa :D

rahimah said...

=..="

A'an said...

Aku anak bongsu gak!!
jom sep sep tom tom..
heheehe hehehe heeee :P

Anonymous said...

Eleh. Ada aku kesah kau anak bongsu ke tak? Haha , haha , triple hahhaha.

A'an said...

Aien Ishak jeles. hehe.

Kucing Serius. said...

Ahahaha. Memang lumrah hidup ni anak bongsu sentiasa dicemburui hehehehe

Sep sep Aan! Ahaha :DD

muaz syamil azizan said...

kau buat anak bongsu lain(macam aku) bangga hahaha :D

Kucing Serius. said...

Ahahaha. Ada lagi! Terbaekkk! :DD

Tengok,mereka yang sporting sporting semua pun anak bongsu jugak! Fuh. Hebat kan? :D

Mior Syabab said...

tapi kan aku dgr anak bongsu suka kencing dlm seluar. btol ke? -.-

*cuak cuak..haha

FARIϟHA said...

Kau igt kau sorang je ke bro? Kalau aku, aku tk payah nak buat suara manja pun dh dpt mcm-mcm >:)

Kucing Serius. said...

Siapaa kataaaaaaa. Anak bongsu ni yang paling baik tau. Hehe. Tengok Muaz,dia mana ada kencing dalam seluar. Ahaha

Kucing Serius. said...

Farisha. Kau memang laaaa. Kau dah automatik semua dah ada dalam kauuuu. Ceh. Anak bongsu jugak kan? Ahaha

Anonymous said...

maybe betol la kot. cz aku ade ank first and ade adik bongsu yg nakal,tp syg kt die semacam je. haha. even die nakal gile=.=

Alia Natasha said...

saya pon anak bongsuu :) baik dengan ayahh ~ tapi kaalu mintak something yang harga dia big big tuu, kena janji dengan nombor dalam form lahh :)

i artis cantik said...

betul sgt! anak bongsu rules!! pernah sekali aku dgn kakak aku demam, tapi mak aku layan aku je. sebab ke'bongsuan' aku. hhahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...