.

Wednesday, August 17, 2011

The Blogger Dilemma.

Banyak Blogger Bangsa Lain Boleh Maju Dengan Baik. Kenapa Blogger Melayu Tersangkut Dalam Kelompok Yang Berbeza?
Ini adalah entry yang panjang. Banyak benda pelik pelik aku tengok dalam dunia lokal blogging ni lately.
Baca sehingga habis,untuk elak salah faham.


Dunia blogging. Benda yang orang anggap simple gila. Memang seronok. Best. Dari dunia blogging ni memang dapat tahu apa yang orang lain fikir,apa pengalaman orang lain,dengan senang. Cuma duduk depan laptop je. Lepas tu blogwalking. Lepas tu mintak link blog kat group group blogger. Lepas tu ada orang spam. Lepas tu ada orang marah korang spam link.

Tapi memang. Dunia blogging ni jadi medan kot. Medan terbaik untuk cerita apa apa. Dari kisah personal,kisah gelrpen boipren, kisah politik,dakwah,etc etc. Semua ada. Medan yang terbaik. Cuba bergantung je macam mana cara penyampaian tu.

Cuma,orang ramai tak sedar. Dari semua tu,ada something kot yang sebalik. Blogging mempengaruhi hidup orang ramai. Sangat sangat mempengaruhi.

Aku mula dengan perkara biasa biasa.



Keistimewaan Para Blogger.
Bagi aku,setiap blogger ada keistimewaan masing masing. Keistimewaan tu yang bagi corak dalam dunia blogging ni. Memang,benda blogging,small matter,kan? Tapi dari blogging ni lah,orang lain dapat tahu sebenarnya seseorang tu macam mana.

Adakah beliau tu jiwang? Adakah beliau tu pervert? Adakah beliau tu membosankan? Menggeli hati geletek geletek? Marah tapi tak ada isi? Serius Comel? Ehem.

Tak kira macam mana pun,memang semua tu akan tonjol dari sini punya. Gerenti. Gua cakap sama lu.



Potential orang nampak obvious dari segi orang tu dok bercerita dalam blog. Macam mana dia taip. Apa yang diceritakan. Pasal tu,setiap blogger yang aku berhubung,aku nampak potensi dia kat situ. Memang. Setiap blogger ada potensi. Serius besar gila. Dari situ,aku nampak macam mana dia boleh berkembang nanti. Ramai orang Malaysia akan jadi hebat kalau potential dorang berkembang.

Tapi sayang,tak dikembangkan. Sayang,sayang,sayang. Seribu kali sayang.

Last last,apa yang ada,wasted macam tu je. Gone. Absolutely gone. Macam debu. Suci Dalam Debu.

Nawaitu Blogging Budak Budak Muda.
Obviously,memang sekarang ni blogger banyak gila tahap gaban. Boleh tengok merata rata. Tapi,bila tengok cara blogging,cara penyampaian,cara nak up,semua tunjuk obvious yang dorang ni,cari populariti semata mata.

Ramai yang blogging tak ada matlamat. Kalau ada matlamat nak cari duit, sanggup jual gadai maruah aib orang. Kalau matlamat nak kejar famous,sanggup mintak mintak orang follow membuta tuli padahal blogging pun tak sampai sebulan. Semalam baru bukak blog,hari ni dah 100 follower.

Nak memajukan diri? Seriously,click SINI. Provided untuk tolong korang dalam dunia blogging.



Kebanyakan dorang yang nawaitu blogging salah datang dari budak budak muda. Dorang yang baru blogging. Ping blog,I Follow You You Follow Me. Macam harrem. Spam link kat comment membuatkan orang menyirap. Sikap kurang ajar kat situ bila orang tak mintak pun,main spam je sesuka hati. Bajet orang nak tengok.

Baru buat blog,niat dah tak betul,cara pun salah. Macam mana nak maju diri?

Niat blogging tak ikhlas,pergerakan pun bergerak tak tentu hala. Last last nanti blog bunyi cengkerik.

Lalu,bila budak budak muda yang taksub nak kejar populariti,nak cari perhatian,KEJAR segmen dan review. Ingat,KEJAR dan JOIN adalah benda yang berbeza.

Segmen Dan Review.



Orang yang mengejar sangat segmen dan review ni,bagi aku,nak cari shortcut. Tipikal orang Melayu punya cara nak naik. Seriously. Cuba tengok balik,memang akan ada ramai yang cuba memajukan diri,tapi dorang salah faham erti dalam memajukan diri tu sendiri.

Dorang kata,ramai follower baru maju. Betul kah? Aku dah banyak kali sentuh pasal benda ni. Click SINI untuk experiment, SINI untuk ringkasan dan SINI untuk conclusion.

Aku,kalau nak buat review,aku fikir banyak banyak kali. Wajarkah? Atas sebab apa aku buat review? Aku taknak rosakkan dunia blogging,dok jana lagi budak budak muda yang gila follower. Aku taknak rosakkan dunia blogging,suruh tempek pelbagai,buat itu buat ini,semata mata nak promotekan diri.

Aku pernah try join segmen,pasal nak rasa pengalaman sendiri rasa macam mana. Dan aku rasa aku loser. Sangat sangat loser join benda macam tu. Pasal tak ada benefit,dan syok sendiri bila fikir dalam dalam. Bukan tidak menghargai mereka yang buat,oh tidak.

Rasa macam orang tak hargai. Ni dia pengakuan seorang yang pernah join segmen,review yang menjanjikan traffik naik mencanak,follower naik macam gila.



Benefit yang dapat? Tak ada apa. Sekadar peningkatan certain certain orang yang follow membuta tuli. So,bila aku nak buat review,aku akan buat review seikhlas hati,main petik mana mana yang aku tengok ada potential nak berkembang.

Aku rasa dorang layak di review kerana potential yang ada. Aku nak tengok ramai yang maju dalam blogging. Dapat memantapkan diri. Ini,siap ada bagi group group,Segmen Mari Kumpul Follower,segmen itu segmen ini.

Harvest blogger yang sekadar kumpul follower membuta tuli. Bukan harvest potential. Angka follower boleh mencecah ratusan,ribuan,jutaaan. Tetapi adakah potential seseorang tu berkembang?

*lalu kucing joget sambil nyanyi lagu Sayang Sayang Sayang*

Dua perkara berbeza di situ. Segmen dan review tidak salah. Tapi kena lihat balik,atas dasar apakah? Kembangkan ilmu blogging,potensi blogging? Atau untuk kumpul follower kejar populariti?

Terlampau Mengagungkan Certain Certain Blogger.
Of course,aku pun mengambil certain certain blogger jadi contoh. Macam,Perempuan Jomblo,The Other Khairul,Cursing Malay, Namee Roslan, Haikal Blank.

Tapi tak perlu nak mengagungkan dorang. Aku ambil dorang jadi contoh pasal ilmu yang dorang ada. Bukan bermaksud dorang tu orang luar biasa. Tidak. Dorang still manusia. Still pergi jamban bila nak ukk ukk. Perut Haikal still comel. Ehem.

Cuba fikir balik. Bila kita mengambil contoh seseorang blogger tu,apa yang kita ambil? Adakah,pasal follower ramai? Adakah,pasal isi isi dia dalam blog tu yang mengagumkan?

Adakah dia famous,korang nak tempek sekali? Tanya diri sendiri,jawab sendiri sendiri.



Ramai blogger blogger muda jadi macam ni. Nampak blogger famous gila,terus agungkan. Kita semua blogger sama rata. Sekadar jadikan contoh,cukup sudah. Contoh yang ada tu pun,kena fikir balik apa yang diambil.

Ambil ilmu orang lain yang betul,dan perbaiki diri.

Pengaruh Besar Blogger Berpengaruh.
"Satu hari,ada blogger yang berpengaruh buat segmen review. Syarat syarat,tempek sekian sekian,dan cerita pasal sekian sekian.

Lalu ramaiii yang ikut tergedek gedek.

Bila ada blogger newbie buat segmen review,syarat syarat pun sama. Tengok tengok,apa yang jadi?

Cengkerik dok berbunyi,lipas lalu lalang,kucing dok mengawan. Tak ada sambutan. Dua tiga orang yang datang blog kena review."


Beza dua situasi ni,pengaruh. Yes. Setiap blogger,ada pengaruh tersendiri. Tidak kira siapa. Pengaruh dalam cintan cintun? Adaaaaa. Pengaruh dalam dakwah? Adaaaaa. Pengaruh dalam ideologi sendiri? Adaaaaaa.

Pengaruh yang menyesatkan? Pun adaaaaaaaa.

Tak kisah pun pasal topik apa yang disampaikan dalam blog. Cuma,ingat. Setiap apa yang disampaikan kat dalam blog,sedikit sebanyak mempengaruhi hidup pembaca. Masuk terus dalam kepala sesiapa yang baca. SERIOUSLY. Kucing Serius.

Bagi aku,bila dah ada orang yang berpengaruh tinggi,dia patut take advantage. Bukan untuk kepentingan sendiri,tapi untuk kepentingan orang lain. Kepentingan orang orang muda. Gunakan advantage tu untuk harvest more and more good Malaysian bloggers. Bukan kekangkan dorang dalam kelompok mentaliti pelik pelik. Silap langkah,yang mengikut tu tak berkembang pun.

Nak maju dalam blogging? Ramaikan follower kononnya. Nak maju dalam blogging? Join segmen. Nak maju dalam blogging? Tempek muka aku kat blog kau.

Pengaruh dah ada,buat apa yang bagi benefit superb. Tak perlu ajak buat benda pelik pelik. Share ilmu sebaik mungkin. Bukan harvest blogger pelik pelik. Tu je.

Harvestkan blogger yang tiptop. Kembangkan potensi dorang. Bila potensi berkembang,minda pun berkembang. Banyak benefit dapat dari situ bukan sekadar blogging world,but in real life.



Gabungkan semua apa yang anda faham dari atas,fikir dan hadamkan. Bila dah hadam,proceed ke bawah

-----------


Sekecil Kecil Perkara Mempengaruhi Perkara Yang Besar.
Kalau tengok entry Obefiend,pasal Arlene Tan dan ramai bloggers yang main sebar cerita pasal dia. Aku tengok,benda simple yang bermula dengan emosi orang ramai yang kononnya-sayang-agama-tapi-tak-faham-agama-lepas-tu-buat-tindakan-melulu-yang-gila, habis fitnah disebarkan ke semua orang. Sedih kan? Agak teruk aku rasa. Benda yang bermula dari things yang di ANGGAP SIMPLE dan KECIK, berakhir dengan sesuatu perkara yang besar gedabak.

Kalau gabung balik semua point point kat atas, based on Keistimewaan Blogger, Pengaruh,Nawaitu Blogging Budak Budak Muda,Pengagungan Certain Blogger, dan concludekan kat sini,nampak sangat benda benda yang konon kecil ni,bagi pengaruh dalam masyarakat. Serious. Orang kita cepat sangat terpedaya.

Bila Blogger Muda yang tak ada nawaitu,main petik contoh mana mana yang dia rasa betul. Lepas tu ikut nak jadi macam dia. Terus cuba nak melompat tinggi tak kira jalan tu betul ke tidak. Asalkan capai tempat tinggi.

Bila ada blogger yang main peranan kuat atas semua point point tu,guna untuk benda pelik pelik,tak kira apa apa pun (harvest blogger yang kejar follower ke,sebarkan fitnah ke,gossips,etc etc) benda ni jadi a part of the people that beneath it. But,none of them on the top,cares.

Even if they do,

"jangan lah buat macam tu .. tak baik .. tak ke rasa bodoh buat macam tu .. memalukan kaum je .. pengecut .."


Again,pointless,useless speak is given out as if those are nothing. None of the words touches the readers hearts. Emotions 100%. Dan orang yang berada kat bawah tu akan terus berada dalam kompaun kurang-berfikir,dan turut bersama dibuai emosi.

Para para pengikut yang taksub? Layannnn. Sokong hundred percent. Bukan sokong apa yang dikata. Tapi sekadar sokong orangnya. Dua perkara yang berbeza.

"Asian people's brains are highly expensive in price than the Westerners. Because of they dont use much of it." - Lawak Kurang Ajar Orang Barat




Setiap orang adalah Arkitek pada diri. Manakala mereka yang berpengaruh,adalah Arkitek kepada masyarakat. Dalam blogging ni,sedikit sebanyak menyebarkan pengaruh diri sendiri pada orang lain. Pasal setiap pemikiran,cara pemikiran,things yang membina tu disebarkan mengikut tulisan. Yang membaca tu menjadikan semua tu input dalam kepala otak,benam dalam hati,fikir guna akal,amalkan dalam hidup.

Apabila yang ditulis seseorang,is all about something yang nampak elok tapi tak, penyebaran pun macam haram. Kesan pun macam haram kat orang ramai.

Aku bukan nak sentuh pasal blog blog muda mudi. Bukan nak target hentam yang otai atau apa. Tapi ini adalah dalam konteks general. Tengok je blog blog yang ping tu. Nampak jelas kenapa Melayu sukar nak maju dalam satu satu perkara. Tak kira blogging,atau pun in real life. Semuanya sangat berkait rapat.

Siapa makan Whiskas dia rasa pedas. Kalau perisa pedas lah. *buat muka comel*

Fikir fikirkan.

49 comments:

yaya | mohd said...

thnx kucing serius sbb share pndpt2 ni :)
akan dijadikan peringatn utk yaya :)

K said...

totally agree, 200%.

semua point dalam ni, terbaik!

*thumbs up*

semuanya bergantung kepada mentaliti. diri sendiri yang kena ubah segala benda tu.

mostly, anon identity. Sebab nak kejar duit, SEO jek memanjang, gosip sana, gosip sini.

sumber, tak kenalpasti. nak kaji? langsung tak ada, copy paste keratan akhbar.

ulasan? zero.

hope mereka semua paham dengan entri ni.

aku pon ada buat segmen, dan aku rasa perasaan orang yang just tumpang trafik ni. taknak participate, padahal segmen aku niat untuk jalin dan eratkan hubungan sesama blogger.

haha, panjang lak. sori bro, aku memang suka penulisan ko. :P

p/s : mesti lama nak menaip ni kan?

Kucing Serius. said...

Not a problem Yaya :D

Keroro. Benda ni memang aku dah pendam lama gila dah. Tapi nanti ada yang terasa pulak orang orang yang atas.

Bila aku fikir balik,memang aku patut sentuh pasal benda ni. Benda benda yang merosakkan dunia blogger. Ini pun based on facts dan realiti kan. Kalau fikir balik pun,nampak obvious sekarang ni macam mana.

Agak lama lah aku menaip. LOL! Tapi sesi luahan kan,segala apa semua keluaq habis. Puas hati aku. Hoh!

liyanaanayil said...

setuju sgt !

kite penah jugak join segmen sekali, mmg up gile lah traffic! tp yg dtg sgah blog kite dtg time segmen tuh jelaa, lps tuh haram jadahhh na sgah balik kn.

akan dijadikan podeman artikel nihh. thanks!

btw, kite boleh agak yg kucing nihh seorg yg serius kn? kui3 ;P

okbai

Zaujah Miqdad said...

well said~~~~~~~~~~

hzyr; said...

roger,boss:)
tips top to my head.
very lengthy post,i must say.
BUT you mmg betul2 concern about newbie bloggers about ye.Really thoughful & yes, you hit most of the points that cleary shows the reality in any blogging group.FUH! hats off to you there,kucing:)

baik sungguh kucing nie.

najihahfara said...

dlm berblog ni consider banyak bende. cume kite je yg kene pandai tau nak ke x nak post..
terpulang pade kite semua sebagai blogger nak buat ape..tapi kalau tersilap cakap kite yg kene tanggung

act tanggung jawab blogger sangat2 besar

Haikal Blank said...

sial la. superb serius. HAKHAK

ok, kau dah boleh jadi sumber rujukan utama aku.

Thumbs up! :D

*tak perlu komen panjang. dekat fb dah bebel panjang. HAHAHAHA

Anonymous said...

Alhamdulillah..dapat sesuatu disini;)
niat itu penting..
teruskan menyebar ilmu, berkongsi tips..pc nak lagi..hehe.

architect3 je..qs sebut la jugak..^^

Hidayat MY said...

nak sentuh sikit pasal niat para blogger baru tu..

bila berbelog, kita kena set apa VISI kita..
dan untuk capai visi tu kita kena ada MISI..
MUNGKIN para newbie yang ada nak jadi femes..so dalam pikiran dah set "oohh aku kena kejar beriban2 follower"
so MISI nya " polo2 me polo bek"
dari situ kita nampak kegigihan..
tapi CARA salah.
"orang melayu kita GIGIH tapi tak guna otak"


Kenapa orang melayu suka bergantung dengan orang lain??
sebab kita org melayu kaum majoriti kat malaysia ni
dalam blog pun ramai melayu.
jadi, kita kena bersaing dengan orang lain untuk naik..
di situlah kita berpusu2 untuk join segmen.
xde usaha utk naik sendiri.
sebab melayu MALAS.

Kaum india n cina kaum minoriti..
so dorg xleh duk bergantung antara satu sama lain
dorg kena usaha utk naik..
so dari situ banyak guna otak keluarkan idea untuk maju.
Kaum minoriti RAJIN + GUNA OTAK

kita kaum melayu
malas berusaha + malas guna otak = MALAS
buang sifat malas baru kita boleh maju dalam blog + hidup.
(aku pun malas juga)

kah kah kah..
adakah ai telah lari topik..
haha.
no offence, tapi inilah realiti.
bukan semua melayu, tapi seglinitir..ATAU mungkin kebanyakan.
majukan blog sendiri, majukan diri dan majukan masyarakat.
kita malaysian rakyat berilmu maa..

p/s: bercakap bahasa melayu, tinggal di malaysia dan seorang muslim, SAYA ORANG MELAYU!

MERDEKA MERDEKA MERDEKA
SELAMAT BULAN HARI KEMERDEKAAN
kemain semangat taw

Kucing Serius. said...

PC. Hehe. Okiee. QS taknak sebut. Dorang kira kira je banyak. Ahahaa :DD

Dayat. Kau memang terbaik lah komen. SUMPAH AGREE. SEBIJIK SEBIJIK TU MEMANG BETUL.

Kau diwajibkan untuk komen blog aku setiap kali update sekarang. Ahaha :DD

Kucing Serius. said...

Cik Najihah. Betul. Pasal tu cakap kat atas tu,sekecil kecil tindakan bawak benda yang sangat besar.

Tapi ramai blogger abaikan benda ni.

Hzyr. Hee. Thanks. You keep up the good work okay! Happy blogging always :D

Liyana.Aishhh. Kucing serius serius mana pun still comel. Hehe.

Cik Kasut said...

sangat setuju....dulu kami pun sepisis yg follow me follow u back tak pun u klik me i klik u back...yelah km niekan baru sesangat dalam dunia blog nie..konunnyer bila dah ramai follower tu rasa cam best kunun ler...tp bila d pikir2kan balik apa guna follower beribu2 pun klu sekadar bertempek dekat situ ajer tanpa buat apa2 pun...tak pun sekadar dekant chaxbox datang singgah tak pun follow u...lama2 pikir sekadar singgah dengat chatbox tanpa baca isi kandungan atau komen apa yg blogger tu buat tak yah ler kot...tah ler tu pandangan kami yg masih lagi cetek ilmu nie...

km pun masih lagi banyak benda kena belajar...kadang kita pun ada buat silap yg kita kata dekat orang ..yg pasal klik iklan tu pun 1 hal...kadang dalam chaxbox tulis kata dia dah klik iklan kita so kita kena ler klik iklan utk dia lak...perlukah????

dlu memang kami ingat macam tu ...yelah memang 0 dlm beblog nie...so plan2 kayuh tak kesah lah korang klik ke tak klik ker tak masaelah...klu ada alhamdullilah klu xde pun tak pa...rezki tuhan ada jer kat mana2 yg pasti km tetap akan belajar macam ne nak imporvekan blog kami yg kami rasa banyak giler kena buat... :)

Muslimah Optimis said...

serius panjnag giler entry ni.. sebelum sahur MO gigihkan diri baca.. apa yang kucing cakap tu memang betul apapun kembali pada niat kenapa kita nak berblog.. :-)

folower bukan pengukur sesuatu blog itu. :-) walaupun satu benda yang menjadi ikutan daripada penulisan kita, insyaAllah ganjaran yang Allah bagi itu lebih besar nilainya. :-)


keep it up kucing..

Kucing Serius. said...

Cik Kasut. Betul. Agree. Aku pun dulu macam tu jugak. Tapi tak bergerak dan tak tergerak nak cari follower. Aku cuba fikir betul betul,patut ke aku cari follower ni. Kaji dan kaji.

Keep up improving okay. Jalan sentiasa ada. Good luck! :D


MO.Yeap. Ganjaran Allah itu lebih besar,sangat besar.

Kalau blogging ni boleh bawa perubahan ke arah lagi baik,memang sure more ganjaran boleh dapat kan?

Niat yang betul,membawa kepada perkara yang betul. Always :)

Atiah Zainal said...

nak like bebanyak kali boleh ? sokong 110% entry ni. BLOGGING BUKAN UNTUK MENCARI FOLLOWERSSS !

nuruhuda_329 said...

yeay saya setuju..err tetibe setuju hehehe...kerana kita berbeza, kerana pandangan manusia lain2, kerana dunia kau dan aku tak sama,dan juga kerana matlamat berblogging ade tujuan masing2 maka terjadilah benda2 camni,,betol tak? hehehe

just pandangan dari pemerhatian..nice entri derrr ^-^

Kucing Serius. said...

Atiah. Hehe. Boleh boleh. Hehe.
Memang ramai yang tak ada matlamat dalam blogging ni. Terus rosakkan dunia blogging lokal. Semua jadi tak tentu hala. Quite a shame actually :|

Nurul Huda. YES! Sangat sangat agree.

Tapi kena tengok juga kan,matlamat yang salah bawa pengaruh yang salah pada reader. Setiap apa yang disampaikan oleh blogger pun,kalau salah,memberi kesan yang mendalam kepada reader.

Pasal tu tak boleh ambil ringan sangat dunia blog ni.

kaizen said...

yezza.... aku skong tang segmen tuh... bukan xleh nak join segmen tp kalo dah smpi tetiap hari update segmen jer... x ke bosan.. maw jer ak unfollow... hahaha

*lg satu isu yg same... contoh result EPL, Badminton dll... kalau blog sukan xpe la jugak ni nak jugak menyelit...

Syazwan said...

macam thesis la bro :D
two thumbs up!

dilemma aku sekarang ni cuma antara kepuasan dengan duit je dalam blogging. erk

Anonymous said...

oiitt kucing (bhs sopan di situ)...x sia2 aq folow blog ko...hua3..

agree...sgt la ngan point2 ko tu...terutama yg nawaitu tu...>_<

setiap yg kite wat Allah akan nilai..termasukla blogging lame2 akan ditnye bile mati nnti...so, peringatan yg brgune...thanx..XD

alfsfr.ali said...

aku baru je siapkan draft aku pasal topik ni semlm..

tp sbb WW aku simpan dulu.

nak tggu komen org dekat KNOW YOUR SHIT!!

hahahaha:)

A retarded kitty said...

dilema aku cuma bila certain bloggers meletakkan perkataan follow u, follow me back.

kadang-kadang aku rasa kesian
kadang-kadang aku rasa segan
kadang-kadang aku rasa nak tembak sorang-sorang dengan machine gun.

athirah salleh said...

agree. setuju sangat. kadang kadang rasa menyampah bila ramai yang datang belog cakap i follow u follow. aku sepak kau karang baru tahu. hah. kau nak kejar populariti pe kejadahnye. aku rase aku suke aku follow lah. ak yah pakse pakse. ye dak? hahaaa. cam mengamuk gile je. LOL. :P

AYIE said...

tserempak dgn blog ni sbab cik mila ahmad pomot. hehe.

stuju jugak dgn pdpt kucing, heh, cam ckp dgn kucing plak. sy pn bru jugak, x smpai stahun. awal2 dlu taim zmn2 naif, sy buat jgk i follow u, u follow me tu.. igtkn mmang camtu caranye,,

tp bile dh lme sket blogging, tpikir gak buat ape follower rmai2 klau org xbce? nmpk hebat je follower ratus2 tp tulis entry sorg2 xde org bce. xsyok lah.

mcam sedare kucg ckp, sy mmang ade matlamat sdr utk berblogging..

jd skrg sy buat stail tulis, post merata2.. org nk bce, die bce. klau die rse nk follow, die blh follow sdr. klau die rse xbest, xpelah. xprlu mntak2 bodek2..

thanx for da entry ^_^

A.I said...

woha! aku baca sampai habis ok. rajin tak? kah kah kah.

first of all, nih blogger pertama aku jumpa dak architecture. boleh la buat cth kat member2 aku. depaa kata architecture student mana reti menulis. hee.

aku kan kadang2 baca entry orang yang "SYUKUR BARU 3 BULAN BLOGGING DAH 3RIBU FOLLOWER"
first sekali aku usha komen.
kalo komen pon takder mana, opp even komen byk, tapi komen2 biasa, aku teros rasa... ok perhaps byk sebab dia nih rajin buat contest or blah2..


seryes lah ada apa pada follower. even hati meloncat gak bila nampak nombor follower tu naik. tapi takder laa motip nak tulis nak follower.
ada follower 40ribu tapi tak baca apa aku tulis tak guna gak.
kan?

segmen? pergi la jalan. org yang buat segmen nih bagi aku depa selfish. tapi selfish cara pasir, halus2 sajaa. pui.

aku penah join sekali, takder la hebat mana pon. aku join masa tu aku aru bertapak lagi. malu nak ngaku. HAHA.


neway biarkan mereka dengan cara mereka yang for them gempak. kita teroskan dengan cara kitaa. =)

Namee Roslan said...

kau tulis power...comment yang sampai pun power2.

btw, banyak cara mudah nak naik blog ni. cara SEO dan segment tu cara cepat. aku xnak naik macam tu. aku nk naik biar lambat tp org hargai tulisan aku.

macam kau punya tulisan, kau mesti naik dengan writings kau. sbb mmg kau tulis dan research betul2 before kau buat entry. itu bagus. aku dulu pernah buat contest sekali...mse awal2 dulu untuk spread kan blog aku. itu jela, lepas tu dah xde buat dah.

aku focus menulis je. nk traffic tinggi ssh juga kan. perlukan masa as if kita tak pakai cara SEO dan segemnt :)

Anonymous said...

tak tahu nak komen apa da
semua da termaktub kat entry atas nie
amik as pengajaran jela jwbnye

pape pon
THUMBS UB ^^

Nabiha Zaidi said...

macam tuju untuk seseorang .

Farrah yong said...

tepek muka ang dekat blog aku ? cehhhh . hahahha ;p

Alia Natasha said...

walaupun saya bolgger remaja , kalau orang tanya saya , eh alia pahal kau buat blog ? saya tak akan jawab TAK tahu , sebab saya buat blog saya nak biar dunia dengar pendapat saya gituee ;)

Lilynn said...

aku setuju. sebab aku pun pernah buat gak segmen & review - akibatnya traffic mmg naik. tp entry-entry aku takde pun yg komen sangat. yang follow berlambak sambil minta follow balik. bila tgk blog diorang.

Allah... dengan background hijau light tulisan kuning. aduhh pening nak baca. tp dah dia suruh follow aku pun follow lah. kesian kot.
hahaha

aku pun nak jadi mcm kau la kucing. orang datang sbb nak baca entry
entry kau bagus. dan padat :)

thumbs up :)

hafizudin said...

baik.
secara jujur gua tak berapa suka untuk berbual mengenai blog dan blogger.
tapi untuk entri ini.
gua berkenan mencemar duli untuk turut serta.
gua mengaku gua tak berapa ramah dengan blogger.
(untuk berhubung melalui blog)
sebabnya.
nilai-nilai tipikal yang ditunjuk oleh penulis blog.
masuk.
follow.
suruh follow.
(bukan semua.tapi tipikal)
gua musykil berapa ramai yang betul-betul blogger yang membaca tulisan kita.
betul-betul rasa nak faham apa yang kita rasa.
berbeza dengan skop pembaca umum.
mereka tiada blog.
dan mereka tiada niat untuk bersaing.
tiada niat untuk 'follow' tanpa guna.
jadi sebagai seorang penulis blog yang ada mesej untuk disampaikan.
gua lebih senang dengan pembaca umum.
facebook-ers misalnya.
dan bukan blogger.
pendapat mereka ikhlas.
tiada "hey dah baca.baca saya punya pula"
seriyesli.
gua bukan jenis susah nak follow semula.
ada follower baru.
terus gua pergi blog dia.
baca.
kalau menarik gua akan stay.
esok.
gua pergi baca lagi.
lusa kalau takde entri baru.
gua sedih.
kalau tak menarik pada gua.
tipikal.
tetap gua akan follow.
(tak menarik pada gua.
adalah bila blog tu penuh dengan segmen entah apa-apa.
senang senang copy paste berita.
sebar fitnah tanpa usul periksa.
dan gua rasa terkilan.
bila ada satu blog ni.
hari ini dia hentam pasal simplicity haram.
esok dia hentam orang yang fitnah pasal simplicity haram.
wat the french fries!)
a
kalau lu pergi blog gua.
komen blogger tersangatlah ciputnya.
sebab gua dari awal tulis blog.
gua dah guna komen facebook.
(komen biasa sempat seminggu dua)
cuma bila gua sedar.
blogger juga perlu bersuara.
orang yang tak mahu identiti dikenal juga. (anon)
mahu bersuara.
dan hasilnya.
tak sampai beberapa minit gua bukak komen biasa (blog)
dah ada orang suruh follow.
tapi stail gua.
gua tetap akan follow semula.
see.
itu yang buat gua lebih mesra dengan pembaca umum.
despite from "hey-follow-me-but-i-dont-even-read-ur-blog" kind of bloggers.
cuma gua bukak semula komen blog.
for those who sincerely wanna reads wat ive write.
and im new by the way.
i do need supports from old-timers macam lu.

jauh lari topik kan.
untuk topik lu.
pada gua.
yes.
we do influence people.
so sebarkan berita tanpa pangkal cerita semata-mata untuk naikkan trafik.
sangatlah pungkoqnya.
i believe "big-bloggers' keep doing this!
segmen?
gua pernah terdetik nak join masa mula-mula tulis dulu.
tapi melihatkan ramai penulis blog yang seakan dipermainkan.
gua redha.
biarlah trafik tak tinggi mana.
asal mesej gua sampai.
pembaca gua yang ciput masih ada.
pada gua.
nak buat segmen.
biarlah berbutir sikit tajuknya.
biarlah ada cerita.
ini letak banner letak header.
cuit sikit keyboard.
dah haruk masing-masing nak berlumba.
okeh hari ni lu femes.
esok lusa.
tahun depan.
apa orang nak baca.
setakat nak tgk header.
belum tentu taun depan blog tu masih ada.
tapi ilmu.nasihat?
seriyes.
lekat sampai bila-bila.

itu saja.
(perkataan lu di sini tak membawa makna kau. lebih kepada makna "mereka")
selamat berpuasa. =)

an nyek said...

panjang entri ko...tp ak tak pnah miz satu ayat pon bila ko buat entri sal blog...sumpah ak suka...jujr mmg kene batang hidung sebijik demi sebijik...tp kalau stakat bce entri ko sje tak guna kan...alhmdllh, ak bce, ak pahami dan ak mmbuat konklusinya mcm nie mcm nie mcm nie ...ape yg ak buat dl salah...selaku newbie pon,ak ngaku mmg ak ade pemikiran mcm tu mula2...then bila ak terjumpa blog ko bru2 nie, buat ak bnyk terpikir...thanx weh...ak suka cr ko menulis, cr ko berfikir...sikit pon tak terasa hati..nasihat kan?? nak maju, kne la dengar nasihat =)

hafrizzul hafiz said...

bagus ..
lagi satu tip yang mampu menyedarkan para blogger yang baru nak naik..
aku sokong pasal i follo i follo tu..
aku dah buat pemerhatian jugak macam ko..
memang takkan ade kesan apa2 dkt blog kita melainkan hanay followernya sahaja yang meningkat...

Muktasim Blog said...

hehe... masing2 ada hak masing2.. nasihat dengan cara berhemah macam ni la yang kita nak.. tapi last sekali tetap terpulang pada individu itu sendiri.. kalau tak suka abaikan saja.. :)

cik ery said...

setuju dgn cik kucing comel *ehem.haha

Ghab Van Hal said...

aku suka menulis. tapi susah nak cari reader kecuali kalau aku tulis pasal politik or sukan. tapi aku hendak buat blog aku ini blog open topic. tapi entahlah, pelan-pelan kayuh je la.

Unknown said...

Panjang entri kau, tapi aku baca habis!...:)

ENCIK TIKUS said...

baru lagi entri nie... gua suka... gua dapat apa yang cuba lu smpaikan... gua dapat... good job..

Mek Onie said...

wahhhhhh! aku dapat sesuatu dari kau kucing, thanx kucing! apa yang ko cakap tu memang patut kita serapkan dan membuat fikir terjenak....

Cik EpaLeha said...

apabilaa kucing madahh nak seriuss je..haha

Mila Ahmad said...

fuh!done baca entry,entry ni memg terbaek..memg kebykkan blogger termuda xphm istilah berblog...pengisian setiap entry pown xde sebrg msg..memg ramai yg suka ayat i follow,follow back...paling xsuka buat segmen or contest semata2 nk naikkan follower tp bila buat entry xde sape yg nk komen!kat sini bukan kuantiti diperlukan tp kualiti diperlukan...blog ni bole dikatakan gedung ilmu jgn salah timba ilmu...manfaatla setiap pengetahuan yg dicari...saya juga masih mahu blaja sesuatu yg baru :)

Ujang9897 said...

mcm biasa..., entri ini pasti ada yang setuju dan pasti ada yg tak setuju..


kalau sini mengata sana, yang sana pun mengata sini..


sini nak betulkan sana, sana nak betulkan sini..


sini kata sana nak ajar org baru, sini pun kata nak mengajar org baru..



sini kata melayu mcm tu, sini pun kata melayu mcm tu..


so mana2 pun ada pendapat masing2.., kita rasa kita jer betul..tp kita tak tau ada juga org kata kita tak betul..=)


dunia blog dunia masing2..,bersaing la dgn tunjuk hebatdiri kita bukan dgn bercerita buruk pihak lain..=)


pengomen sini pun ramai lalang..=) bagi aku ada point yg aku suka dari sini aku ambik..


-salam kenal

selamberK said...

selamberk je kucing nie meow2.xde bunyi kucing mengawan pon kt entri nie.haha.bunyi kucing ready nak gaduh jehehe(xde pape maksud pon.hehe)

norinaomar said...

serius terbaik..jelas dan nyata.

Dan sangat setuju dengan liyanaanayil..same goes to me..dan sejak saya sedar pasal hal tu,saya dah tak join segment n contest lagi.bagi saya cukuplah pengkomen tegar yang sentiasa menemani entri saya.

Kujie said...

selepas keluarkan entri agak pedas hari ini.....kemudian baca entri ini, rasa sejuk hulu hati...mcm berbuka telan air cincau

thanks

Ramziah Mangsor said...

Tuhan Trafik? Haha~

Orang atas tu penting dan sangat mempengaruhi. Suka2 hati je tulis tanpa kaji dulu. Kan dah jadi besar. plg xsuka isu Khairul Fahmi.. Blogger nak sibuk2 kenapa?

Blogger baru jgn tau nak ikut jer tapi fikir sama. Otak ada utk berfikir.

Hehe~ Emo pulak.

Nice entri ni.

Kite budak baru. Banyak benda nak kena belajar.

.drakula. said...

pertama kali jumpa binatang yang bijak menulis manusia pun tak pandai macam ni...

yg komen pun dah macam post satu entry...aku tak payah komen arr...baca lagi best...keh3!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...