.

Friday, October 19, 2012

Perubahan.

Perubahan yang aku maksudkan ni bukan pasal Perubahan kat FSPU tau. Ye. Persatuan Ukur Bahan. Budak FSPU tau lah kot budak Ukur Bahan. Mereka yang rajin mengira ngira duit dikala budak budak Arkitek nak buat bangunan. Gadis gadisnya pun comel belaka. Adalah sorang dua yang comel. Melintas kat depan studio pergi beli roti impit.

Eh. Aku bukan nak cakap pasal dorang sebenarnya.



4 sem kat sini umpama sekentut yang panjang. Rasa je macam lama tapi sekejap je. Lepas tu impak dia kuat. Sungguh. Tengok tengok, segala dah berubah. Dah lain dah. Perubahan lah katakan. Manusia kan memang setiap hari berubah.

Daripada Nokia Baling Anjing terus ke Sony Ericsson. Dari Sony Ericsson terus pergi Blackbaru. Eh. Blackberry. 

Ehem.

Benda yang memang tak disangka lah akan terjadi kat diri sendirik dengan sekeliling akan still terjadi jugak no matter what. Nak tak nak, memang dah terjadi. Mungkin, pasal takdir? Takdir dah kata la tu jugak benda tu nak jadi. Habih pi lah dia jadi. Hang nak kata apa. Takdir itu titik perubahan,mungkin?

Semua manusia berubah setiap hari. The only question is, lebih baik atau lebih teruk?

2 comments:

Maria Menado~ said...

blackberry kepada samsung note 10.1 please.

Secangkir Teh said...

terhibur bca blog ni..i will visit again..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...