.

Thursday, July 21, 2011

Impresi manusia; Malaysia dan perkataan Sosial.

Aku tadi tak tahu lah kan. Tadi aku macam,banyak pulak ter cat walk sampai blog orang. Banyak pulak entri yang jiwang ambik perhatian aku sekarang ni. Dah banyak banyak entri jiwang pulak tu,aku terbaca jugak blog yang cerita pasal masalah sosial. Sosial kononnya. Dan dalam banyak banyak tu,aku notice satu ayat yang dia cakap.

"Selepas menamatkan alam persekolahan, aku mula menjadi liar. Aku mula berkawan dengan teman-teman yang sosial."

Okay. From that ayat,apa yang korang nampak?

Bagi aku,aku nampak yang dia nak highlightkan dengan story beliau,being sosial itu liar. Perkataan Sosial,dikaitkan dengan kehidupan yang liar. Bila liar je,berkawan dengan orang sosial. Kalau baik je,tak bersosial.



Aku memang jenis yang berkawan pelbagai jenis manusia. Tak kira sesapa pun,aku kawan je. Fine,aku admit,aku memang agak friendly. Bila ada manusia,aku berkawan. Boleh join lepak,borak borak,etc etc. Sejak dulu lagi kecik kecik,sampai sekarang.

Dalam banyak banyak kawan aku tu,tak kira lah,memang ada yang datang dari golongan budak alim,budak rempit,anak orang kaya,anak orang kurang mampu,budak bandar,budak kampung,budak sekular,etc etc. Kalau nak senaraikan,panjang pulak entry. Semua benda ni membuatkan aku rasa lebih terbuka. Aku dapat dengar semua opinion,dan aku dapat rasa perasaan semua golongan.

Tapi,bila ada orang label aku bila dorang kata aku ni sosial pasal bergaul dengan budak budak jahat,aku rasa sangat tak munasabah.

Apa tu sosial?

"seeking or enjoying the companionship of others; friendly; sociable; gregarious." Sumber: Dictionary.com

"bersosial bergaul atau bercampur dgn masyarakat." Sumber: Carian PRPM DBP Malaysia.


Tapi apa yang tipikal orang Malaysia sekarang fikir?

Being social bermaksud menjalani kehidupan yang liar,pergi mabuk,pergi jalan sana sini,seks bebas,remaja bermasalah,bla bla bla.



Masa dulu aku,aku sekolah biasa. Masa aku kat sekolah biasa,aku hot setap pengawas masa tu. Bila dah pengawas,ada title sikit,biasanya memang kena bergaul lah kan. So from there,aku automatik terlatih diri aku bergaul dengan ramai orang. Dan memang dah jadi kebiasaan.

Sekali bila tetiba aku masuk hostel masa Form 4,aku cuba lah bawak budaya tu dalam diri aku,aku expect kat SBP semua rileks je. Memang standard SBP pergaulan agak konservatif,tapi aku bergaul dengan ramai orang tak kira kepala. Aku layan je semua. Tapi bila dorang tengok,dorang pandang pelik. Masa awal awal aku hidup kat SBP,macam macam aku kena terjai.

"Eee kau memang sosial eh bila kat luar? Kira gaul bebas gila lah lelaki perempuan?"

"Weh aku tengok sekolah lama kau tu,memang sosial gila kot dorang,duduk lepak ramai ramai rilek je. Eee budak kita pun selamba dorang layan. Aish. Aku tak boleh doh."

"Maaf ye,kami tak mengamalkan hidup sosial kat sini. Akan mengundang kepada bla bla bla..." *aku sambil duduk tercangak blur tengah fikir apa salah aku buat. Jarak jauh gila lelaki dengan perempuan,nak kata dating,tak,kitorang duduk satu geng duk study*


Bila dah habis pulak,aku masih jumpa komuniti yang memang macam ni kat luar,tak kira mana mana aku pergi. Aku rasa sangat tak patut. No wonder Malaysia dilabelkan sebagai negara minda kelas ketiga.



Faham tak situasi dia macam mana? Kehidupan liar adalah bukan sosial. Liar tu adalah liar. Kehidupan sosial adalah sekadar kehidupan dimana korang bergaul dengan semua orang,tak kira siapa,asalkan boleh buat member. Adakah seorang yang sekadar mahu bergaul dengan orang ramai,boleh di claim pergaulan bebas atau hidup liar? Adakah liar itu berkehidupan sosial?

Tak jugak. Liar tu cuma bergaul dalam kelompok yang liar. Bukannya bersosial dengan orang ramai pun.

Tak percaya? Cuba letak je perkataan sosial. Nanti dorang akan fikir bukan bukan yang so sial.

12 comments:

Anonymous said...

Bersosial tak pe.Janji kita yang pandai jaga diri :) kan kan?

Kucing Serius. said...

YES! Sangat agree.

Tapi sekarang ni ha,bila orang sebut orang ada social life,nanti dorang akan fikir bukan bukan. Tu yang tak suka tu. Huu

Ghab Van Hal said...

sosial? ingat zaman muda2. zaman buat keputusan tak pakai otak. zaman gila2. patut pergi kenduri kahwin yang jarak 5km je dari rumah kat jb. split second je, kereta dah menghala ke mersing. kekeke..banyak la.. sapa cakap sosial itu hidup meliar yang bukan2, dia memang tak tahu pasal hidup..

btw, aku pun sbp, tapi takde la teruk sangat batasan pergaulan sampai kene tegur dengan orang lain. ko sekolah smap labu ke hape??

mardhiah yusof said...

no comment :)

nurulHaizan dz said...

si kuceng??

Anonymous said...

tu la. bile cakap sosial je org cakap liar.
sbb kite da terdidik utk beranggapan camtu..

vtol yg 1st komen tu. bersosial xpe,asal pandai bawak diri :)

Haikal Blank said...

bersosial tu perlu tapi kalau tak dikawal, liarlah jawabnya.

dah liar melampau, sial lah namanya.HAHA

Ukhtifarhana said...

dulu pun saya salah erti dengan perkataan sosial..sosial xbermkna kita liar..bersosial bermakna berhubungan dengan orang sekeliling..mmg mindset org2 kite suka salah faham perkataan sosial..

nak bersosial memanglah perlu..xkanla hidup xberkawan..xberjumpa kawan2 kan..cume pandai2lah bawak diri..klu rasa bende tu xelok..janganla ikut..hee..

adysuR said...

Aku setuju ngan ko. Orang dah salah guna perkataan sosial.

Masa kat sekolah dulu pon memang kalau cakap sosial tu ditujukan kpd org2 yg melampaui batasan. Aku ni duk pikir kenapa cakap org2 tu sosial sedangkan makna sosial tu bergaul dalam masyarakat. Kalau macam tu la, tak payah ada kawan. Haha.

Aku guna perkataan terlebih sosial~

A retarded kitty said...

suka sangat fikir bukan-bukan. sosial tu bergaul dengan schoolmates, or etc.

Lain la kalau So Sial

markjey said...

bergaul pun ad batas nya

Namee Roslan said...

tapi kadang2 appearance kita pun melambangkan diri kita. contoh, aku pakai skirt pendek..org igt aku sosial, pergi club, kaki keluar. padahal aku jenis katak bawah tempurung! x keluar rumah pun dan malas nk keluar. club semua mmg x pernah jejak lah. kelaur dgn kawan laki pun xde.

so bila dah ada persepsi mcm tu...tu yg buat aku nk berubah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...