.

Saturday, July 16, 2011

Sekali lagi gua nak tekankan.

Okay. Aku berikan korang semua beberapa situasi based on the true story.

Situasi pertama:
Pasal artis yang independent,dari dulu sampai sekarang. Tak kira artis tu macam mana pun,kalau dia naik dengan usaha sendiri,anjurkan gig sendiri,buat apa yang patut untuk naik tapi guna usaha sendiri,hasil dan outcome dorang memang sangat best kan? Memang lagu dorang best kan? Sekali sekala,memang akan ada organizer yang rasa nak ambil dorang buat perform atau apa apa untuk reviewkan dorang ni.

Tapi bila dah naik,mula masuk mainstream. Sekali masuk mainstream,perangai dah berubah,lagu dah berubah,semua berubah. Peminat yang dulu depa layan,depa cari,depa dekati,sekarang semua depa layan gitu gitu je. Sampai dekat gig memana terus semua crowd tunjuk jari tengah kat dorang.

Hasil? Semakin ramai yang lari.

Situasi Kedua:
Artis segera. Macam Akademi Fantasia,Malaysian Idol,Mentor,dan apa apa lah yang sewaktu dengan depa. Artis artis macam ni memang senang naik,pasal TV dah tunjukkan muka depa terang terang dari awal. Lepas tu,mula TV promotekan pasal diri depa tu. Memang naik tiptop. Segala FC apa semua wujud,pastu sampai satu Malaysia tau siapa depa.

Menyanyi sumbang mambang pun orang minat bagai nak rak,undi itu ini.

Habis je tv,memang bilangan ahli FC yang registered tu tinggi,tapi perhatian adalah jauh amat kurang diberi banding zaman zaman masuk TV dulu.

Hasil? Semua orang ingat gitu gitu je pasal dorang. Cuma ada certain yang survive famous,lagu best,nyanyi sedap semua,tapi boleh kira.

Situasi ketiga:
Artis artis yang ada bakat,tapi naik guna orang tengah. Macam syarikat rakaman lah contoh. Memang syarikat tu sedang sedang je,tak kaya mana macam channel TV,tapi dia yang tolong artis tu dari awal sampai lah dah famous. Sedikit demi sedikit dia naik. Dan bila dah betul betul naik,memang akan sentiasa ada peminat setia yang telah minat pun sejak awal sampai akhir.

Macam biasa,ada zaman naik turun jugak. Tapi ramai je yang still minat,dan lagu lagu lama still dimainkan.

Hasil? Peminat yang betul betul setia adalah lebih ramai.

Situasi keempat:
Artis Indie jugak. Diri mereka je yang naik atas diri dorang sendiri,panjat sana sini,perform sana sini,semata mata nak naikkan hasil dorang,masuk mainstream dengan hasil sendiri. Pada masa sama,dorang sangat ramai peminat. Macam situasi ketiga,tak kira bila up or down,dorang ni sentiasa ada peminat setia,tak pernah miss dengar lagu baru,etc etc.

Dorang ni sentiasa layan peminat dengan penuh mesra,tak sombong,sangat humble,dan pelbagai lagi nilai murni rakyat Malaysia tu depa tunjuk.

Hasil? Semakin bertambah dan bertambah peminat dorang.

Fikirkan balik semua situasi situasi ni. Applykan dalam dunia blogger. Bukan group Dunia Blogger kat FB tu,tapi in the blogging world itself. Fikir dalam dalam. Apa yang korang nampak paling obvious?

Follower yang ramai nak batak,tapi isi blog? Perit membaca.

22 comments:

Rafidah Farhana said...

Hahaha, direct sound. Betul jugak, tak banyak blog follower beribu riban tapi komen, pertukaran idea takde.
Opsss, maybe ramai silent reader kot. Hahaaha.

Haikal Blank said...

sebab tu namanya kualiti tu penting. Tetapi kebanyakan pengkarya berkualiti hanya ada masa singkat dalam perjuangannya kerana berkarya itu suatu hobi. Mereka akan berhenti demi kerjaya dan masa depan mereka. Opps, bukan berhenti, cuma slow dalam berkarya kerana faktor2 kehidupan yang lain.

contoh terbaik : butterfinger, laila's lounge, pesona musika. Ah, mereka pengkarya muzik hebat yang terpaksa melepaskan dunia mereka demi kerjaya dan pelajaran masing - masing. :)

Alia Natasha said...

ehem , bagi sayaa ~ blog saya tak ada isi yang bagus macam blog mamu bie : sebab blog saya hanya menceritakan pasal saya jee T__T

FaKArePa!n said...

fuhh..mendalam ayat ni..kena fikir betol- betol untuk diterjemahkan dalam dunia blog ni..

Tengok jugak ni..
Lautan Kuning Atau Lautan Merah ??

Kucing Serius. said...

Rafidah. Haha. Kalau silent reader tu ramai,at least LIKE function tu mesti lah berfungsi,ye dak? Tak pun,ada lah bukti pageview tu naik tinggi ke apa.

Tapi bila borak borak dengan dorang,kantoi busuk gila pageview pun seciput je. Dorang yang follower sedikit pun,pageview lagi banyak dari dorang. What the?

Kucing Serius. said...

Haikal. Kan? Kualiti sangat penting. Pergh. Memang sedikit je yang memang betul betul berkualiti tu,tapi sayang ada yang terpaksa sibuk dengan hidup harian. Aishh.

Tapi even macam tu,kerana kualiti,semua orang sanggup tunggu kan hasil dorang yang seterusnya? haa

Kucing Serius. said...

Alia. Awhhhh. Awak kira letak jadi diari,okay lah kan? :)

Kucing Serius. said...

Mejuez? Artis Youtube? Ahaha agak lah. Tapi kalau nak letak jadi andaian dalam dunia blogging,macam mana ek tu?

Kucing Serius. said...

Fakarepain. Aku sengaja letak dengan sangat mendalam. So dapat generate sendiri siapa siapa yang membaca. Hahaaa. Abstraknya dunia. Hidup kena fikir mendalam ;)

Acik said...

org dah femes, sumer org nak tumpang sekaki dua kaki ... tuan blog goyang kaki ...

Kucing Serius. said...

Acik. Kalau tumpang sekali sekala tu takpa. Tapi,takkan yang famous takda guideline kot macam mana nak promote?

Adakah dorang promote membuta tuli? Atau promote certain certain yang memang betul betul mementingkan kualiti?

Tak salah dorang jadi "Dewa Traffic" atau "Dewa Follower" tu,tapi,at least letaklah guideline nak promote blog,pasal dorang mainkan peranan penting dalam dunia blogger Malaysia.

riben putih said...

yup..bernas~ follower ribu riban tp isi entri cite pasal adik/anak sedare die comel,cite pasal pakwe ensem,cite pasal harini die kentut bape kali..OMG..

A'an said...

uhuk uhuk. saya humble je. :D

Fyqa said...

betol tuh.

bguss la.

kunci locker said...

ok..mrh nmpkny...heheh...tol2..setuju2...

msredcheesecake said...

Rasa nak jadi popular, at the same time takut pun ada....byk cabaran jadi popular ni...bule survive dn bijaksana ke?

Unknown said...

terbaik

kesimpulan susah nak naik

ikut jalan y susah

tp kepuasan terbaik

muhamadsufian89 said...

ayat kau ni sangat mendalam. aku kena tengok balik aku ni camne. nak letak diri aku kat golongan yg mana. aku harap aku dapat jadi yg keempat tu la. :)

Namee Roslan said...

kucing..blog aku macam mana plak??? ni yg buat aku risau ni! wahaaa. aku wonder la..kenapa follower 30ribu tp comment sgt sikit ye? mana follower2 tu? malas sgt nak taip ke? at least buat lah sikit interaction kan.

Kucing Serius. said...

Alahhh Namee. Tapi kau rajin interact kan dengan orang? Sekarang kan ramai yang silent reader. Biasalah :D

Pasal tu kalau aku,aku tekankan fungsi button like tu,nak tengok silent reader tu suka atau tidak. Hee.

Majority readers blog aku datang dari dorang yang takde blog. So dapat jugak lah respons even from those yang tak ada blog atau malas nak komen kan. Hee :D

Ghab Van Hal said...

rasanya indie dengan independent tu macam lain je..=)

Anonymous said...

bagus bagus. sokong entry ini 101%

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...