Sepanjang hidup,bila aku jumpa seseorang tu,aku selalu perhati je perangai dia. Apa yang dia juangkan dalam everyday life. Apa yang dia fikir. Bagaimana dia fikir. Fikir panjang,atau fikir singkat. Fikir mendalam,atau fikir secara kasar.
Aku rimas bila jumpa orang yang,terikut emosi. Seriously rimas. Bila nak tegur,salah. Melenting. Ego tinggi melangit. Bila aku jumpa orang macam ni,aku memang sengaja nak test dia dengan apa yang dia tahu.
But apa yang diorang cakap, shows clearly that they know nothing. All they know is to blame. Nak maintain "Darjat Diri", "Maruah Diri".
Yes,kita manusia memang kadang kadang emosi berada luar kawalan. But when it comes even in Facebook,the virtual world? Aku rasa dah cukup masa dan cukup ketenangan nak fikir depan laptop tu,nak reply tanpa ada gangguan. Lain lah kalau nak mengamuk on the spot kan in real life? Memang biasa,emosi akan overcome akal masa tu. Aku still boleh consider. Still boleh memahami.
Tertanya tanya diri ni,mana akal korang letak bila dalam Facebook pun nak marah marah melenting. Dalam realiti macam mana lah agaknya kan?
Aku bukan jenis yang degil. Aku bukan jenis yang tak terima pendapat. Aku seorang yang suka ajak orang lain berfikir. Tu je. Tak kira if it takes time or not,memang,aku suka ajak orang berfikir.
Kau ada tahu apa yang aku tak tahu. Kau pun ada tak tahu apa yang aku tahu. Aku perlukan ilmu yang kau ada. Please,enlighten meeeee. Kalau berbincang elok elok,dua dua untung.
Pasal kemampuan aku fikir pun still limited. Masih rendah,dan masih banyak nak upgrade. I need to know what you do know.
Tapi orang Melayu kita,suka sangat melenting. Bila ajak berbincang,tapi point tak ada pun. Apa yang tipikal orang Melayu suka cakap?
"Junior,mana tau apa. Tapi dorang claim dorang tahu semua. Bajet jeee korang. Bagus lah tu? Blah laaa"
"Alaaa,tahu lah dia tu hebat kannnnnn. Nak cakap macam macam pasal kitorang ni pulak."
Banyak kali aku jumpa manusia macam ni. Alasan tak kukuh. Unless,kalau clearkan pendapat,ada isi dalam point. Baru aku terima. Aku respect ilmu yang ada pada orang lain. Bukan aku respect orang. Tak kira siapa pun kau,kalau ilmu tak ada,tiada makna. Manusia tetap manusia,aku layan kau seperti manusia. Tapi ilmu yang kau ada tu aku cuba nak kutip.
Setiap perkataan perlu ada ilmu. Bukan emosi.
"Junior,there are certain things that you should know. Memang,korang pandang macam tu,tapi,ada lagi yang korang belum alami. Macam A,korang nampak macam A je kan? Tapi sebenarnya,ada lagi. Disebalik A tu ada B. Lepas tu ada C. Kalau fikir fikir balik,nampak lah muka Kucing yang comel dari situ. Faham tak?"
"Oh,ye ke? Macam tu ke? Hmm. Maaf la. Baru tahu. Sebelum ni,nampak macam A tu muka Kucing. Tapi Hanjeng rupanya. Maaf lah. Sekarang saya dah tahu. Terima kasih info. Dapat saya majukan diri."
Dialog adalah sekadar contoh semata mata. Harap maklum.
Nampak tak? Setiap perkara yang diperdebatkan tu,ada point,ada isi,jelas apa yang dia nak sampaikan. Tapi orang ramai sekarang tak. Bila berdebat,marah itu ini,carut itu ini. Memalukan diri korang je. Ewww ewww.
Kita semua manusia. Ilmu setiap orang yang kita kenal tu kena ambil. Bila ditegur,jangan nak melenting. Terima dengan hati terbuka.
Tak tahu lagi dunia ni kejam macam mana. Kalau setakat tegur sikit pun tak boleh,aku tak tahu macam mana kau nak hadapi jeritan,makian,caci hamun kat dunia luar ni. Semua tu yang mengajar erti hidup.
Come on. I've seen worse. And I've HAD worse.
Nota Paw Kucing: Maaf. Aku tengah menyirap. Banyak perkara menguji masa bulan puasa ni. Sedang cuba sedaya upaya mungkin untuk bersabar. Entry personal. Abaikan segala kepedasan dan kutip mesej yang ada. Sekian,Terima Kasih.
15 comments:
menyalahkan sesuatu, tolonglah bagi tips ke apa, tunjukkan jalan yang betul. Bukan main hentam ikut suka je tapi tak ada asas. penatlah. dah aku bodoh, kau tembak aku camtu, pastu blah. Agak2 boleh jadi pandai ke?
hahaha ragam manusia bila ada sikap perfectionist dalam diri. semua benda dirasakan dan dimahukan sempurna ikut diri dia.
err...nak membantu dan menegur ada cara dia kan? adab tu perkara utama. :)
Yeap. Agree. Memang macam tu lah aku kena selalu kalau,err,kat sesuatu tempat yang dirahsiakan. Bahaya kalau state. Dorang tu,"berkuasa" kononnya.
Adab tu pun,agree jugak. Perkara utama. Tapi tu lah. Standard manusia selalu lupa. Adeh. Kau mengingatkan aku tadi kejap.
huhu,,,aper yang penting fahami diri sendiri dan sentiasa memperbaiki kelemahan. kalau asyik nak pandang kelemahan orang lain nanti kita tak perasan kelemahan diri sendiri..
aku suka yg part bila diajak berbincang tu. kdg2 rasa mcm nak bg penampor kt org yg mcm tu. narrow minded betol. ingt dia sorang je betul n tau suma bnda. kan3?
so, pasni kena ada give n take. terima pndapat org lain ^^
mmg susah bila ada yg jenis xleh trima pendapat n xleh share idea dgn cara yg bertamadun..
tp biasalah manusia..pelbagai ragam..nak xnak kena adapt..
huhhhhh..
*semacam paham situasi hang ni. mengenai apa, kerana apa. tapi x sure lah tepat ka tidak.
-wa support lu laa bhai.
harhar
ini sangat naisss, kucing. if you think someone's wrong, you need to tell why is it wrong. "diorang tu bodoh!" - "sebab apa bodoh?" - "sebab diorang BODOH!!!" no one will get it unless they're emotional too
aku pon menyirap bile libatkan org lain bile ade masalah personal nak2 dengan bf..ase nak lempang
tapi kalau meaw marah,marah sungguh..tulah orang kata,kalau emosi sangat pon susahkan,bila dah marah tu baru la lega ,pastu baru terkedek-kedek nak perbetulkan keaadaan....
and tak salah pon kalau kita nak tegur untuk perbetulkan keaadaan..tu pon boleh terima atau tak,yang tak ley terima tu lekuk je kepala,gagagaga.....
sabar ye ..
cakap ngan depa.. tepuk dada, tanya selera !! have a nice day =D
jangan ego, dan rasa diri bagus. macam blogging juga...mcm previous entry kau tu banyak sgt ilmu dan tips untuk perbetulkan diri. tp some of them x b oleh terima kritikan. bila ada kritikan mula lah buat entry maki lah..maki dlm fb lah. sbb deny kesilapan sendiri..taknak mengaku salah. takpe ah..diorang yang mundur..
aku kalau marah aku just diam ja..biar aku ja tau x yah la nak tunjuk kat semua..yg marah2 dalam fb tuh bnyak yg marah belakang ja bila realiti hampeh ja..time nak tulis lam fb bukan main lagi..
can't agree more. manusia..perasan diri bagus. kalau yang muda sikit, okay kau takde hak nak tegur aku. tak paham kenapa perlu utamakan senioriti dalam perhubungan. ingat-mengingati perlu disebabkan sifat manusia yang mudah lupa dan lalai. ego itu perlu. tapi kalau melampau? ah. satu je saya buat. buat muka jijik, blah and diam lagi bagus. kalau bertekak dengan org macam ni, takde kemananya. buat sakit hati jeh.
beb. aku seriusly memandang rendah pada orang yg mengaibkan orang dlm fesbuk.
aku penah dengar ayat ni:
JUDGING A PERSON DOES NOT DEFINE WHO THEY ARE. IT DEFINES WHO YOU ARE.
kau sabar jelah. dugaan dunia kan? :) smiles :)
Kadang2 ak dah muak dgn kebanyakan bangsa Melayu yng mempunyai Perangai Hasad Dengki(PHD). Silap orang lain yang lebih sikit pun tak puas hati, kalau dia lebih itu ok pulak. Ap yng paling ak benggong mcm mn orng PHD yng suka kenakan orng lain masih blh hidup bahagia sahaja.......
Post a Comment