.

Monday, July 18, 2011

Ini Adalah Blog Review Yang Serius. Kucing Serius #1

Title serius kan? Serius bagaikan Kucing Serius. Yes. Aku kali ni memang dah consider lama dah pasal blog review yang serius ni,tapi aku saja je nak tangguh tangguh dulu. Rasa nak tengok tengok dulu keadaan semua.

Tapi kali ni,memang aku nak post jugak. Aku tak kira. Sungguh tak kira.

Ada sorang aku nak review kan kali ni. Ini adalah review yang ikhlas dan serius. Aku rasa nak highlight sorang ni. Aku tak mengharapkan apa apa. Aku nak korang tengok blog dorang ni je. Satu blog yang bagi aku,susah nak jumpa bila blogwalking. Ini bukanlah satu blog personal yang tipikal.

Blog siapa yang aku cakap? Blog TheAanRaihan.

1. TheAanRaihan. Malaysia's Next Top Female Calon Menantu Mak.



Ehem. Okay dah. Jangan pandang lama lama.

Kenapa aku rasa macam nak review blog yang satu ni? Well,senang. Aku bukan nak cakap apa.

Cik adik Aan ni merupakan seorang sahabat group aku dalam group SBC,SeMaC Blogging Community. Dia ni jugak budak kuliah aku masa dulu kat Kolej Matrikulasi Selangor. Nampak obvious perkembangan lemak potensi blog beliau.

Bagi aku,susah nak cari blog personal perempuan yang seronok nak dibaca. Serius susah. Selalunya,kalau blog perempuan,aku cuma akan terbaca blog yang,gewdik gewdik nak cerita pasal mekap diri,tulisan macam apa,gambar penuh satu blog,suruh vote itu ini bla bla bla. Tapi yang ni aku tengok,simple dan seronok. Memang dia cerita pasal personal,tapi cerita dengan cara yang seronok.

Gaya penulisan yang kemas. SANGAT sangat kemas. Memang favourite aku bila penulisan kemas. Tambahan lagi dengan font dia yang simple dan senang dibaca.

Lagi satu yang paling best,kalau baca dia punya entry,dia punya feel tu pulak yang sampai kat readers. Cewah. Tapi serius.


Blog beliau simple je. Tapi entry seronok. Ni header beliau


Hari tu aku promote,ramai yang agree dengan benda ni. Honestly,bagi aku cuma ada dua tiga je blog perempuan yang boleh bagi rasa macam tu,which is yang aku akan review lagi on the next Review Kucing Serius.

Sekarang,finally dia dah masuk group Sahabat Blogger. Peewit. Sebelum ni dia malu malu kucing serius nak promote kat situ. Tapi lately ni sejak aku sendiri yang promote hari tu sekali je ping blog dia,dan follower naik terus dari 99 terus ke 133 dalam 3 hari. Aku invite dia masuk group SB. Seorang blogger yang dia claim dia masih baru. Tetapi potensi blog beliau sangat besar.

Dan aku decide nak review pasal blog dia,dan yang lain lain yang favourite aku nak membaca. Blog lagi best dari dorang yang follower beriban riban.

Dengan itu,jom kita ramai ramai terjah blog dia jom! Kalau rasa nak like dia punya page, klik sini atau pergi kat blog dia. Dah ada dah :D

10 comments:

A'an said...

Kau ni. huhu. *blushing*
macam hadiah hari jadik pulak.
Ni agak sedikit pressure ni. Baru nak buat entri gedik2 pasal mekap. hahaha..

Kucing Serius. said...

Ahhh sudah kau. Ahahaha

Mior Chantek said...

A'an, dah feymes jgn lupa ktorang ni. huahua

kaizen said...

dah femes leh la aan n kucing serius pomot blog ktorg lak...

blog Urban-or-Disaster

DaYaH JeLitA said...

wahh jeles..bila nak review aku? kihkihkih..nak terjah blog budak ni sat

SyazwanSarawak said...

untunglah dia ada orang tolong promote. hikhik

A'an said...

hikhik untung nyee aan tu ek~~

~Queen Q~ said...

kucing saya pandai hisap jari.. hehe.. jemput2 lah BW ye.. tq.

http://naquiahadibah.blogspot.com/2011/01/kucing-hisap-jari.html

Nur Syazana Mohammed Sani said...

blog zana xnak promote ka ? heee~

Cik Aish said...

dah mcm blog aku serius je. hehe..terjah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...