.

Friday, July 29, 2011

Titik tolak; Generasi Pencetus Revolusi

Perubahan mampu dibawa dengan pelbagai cara. Sekecil kecil tindak tanduk tu mempengaruhi setiap perkara besar yang akan mendatang. Dan sekecil kecil perkara itu,datang dari diri sendiri.

Sejak dulu aku terfikir. Sampai bila kita nak hidup macam ni? Sampai bila? Bilakah waktu yang betul dimana mereka yang dari generasi aku sendiri,mampu meletakkan niat untuk menegakkan syiar Islam?

Sampai bila aku nak hidup dalam sekularisme yang kuat pengaruh minda aku ni?

Namun jika ada pun nak buang sekularisme tu,diri kita tak mampu nak mengubah apa apa bukan? Dah tak tahan lagi dah hidup dengan sekularisme yang ketat di sekeliling ni.

Anda ingin mengubah? Adakah anda ingin turut serta? Sekecil kecil tindak tanduk tu bermula dari sini. Dari diri anda sendiri.

Dengan lafaz Bismillahirrohmanirrohim




Pada hari ini,hari Jumaat,29 July 2011,adalah dilancarkan sebuah blog bernama Memadam Komplikasi,hasil perkumpulan blogger blogger yang memperjuangkan matlamat ini,dan juga group Generasi Pencetus Revolusi.

Di sana,tidak kira apakah segi latar belakang anda,jikalau anda menyokong untuk menegakkan Syiar Islam,di sini kita bermula sebagai kelompok kecil yang mempunyai matlamat yang besar. Slowly dan slowly,insyaAllah,the time will come.

Kami menerajui perkara ini sekadar untuk mengumpulkan anda semua. Untuk anda bebas bersuara menegakkan Syiar. No politics. Just reality,the truth,and facts. Kami bukan luar biasa,kami juga manusia seperti anda.



Blog Memadam Komplikasi? Blog yang mengumpulkan penulis penulis yang memperjuangkan idea yang sama,menyampaikan dalam bentuk penulisan,dan dikumpulkan di satu tempat sebagai tatapan minda berfikir. Berdasarkan Al Quran dan Sunnah sebagai teras.

Sekarang,terpulang.

Adakah anda ingin menyertai kami,ramai ramai kita menerajui satu matlamat?




Untuk like page,adalah diharap untuk ada Like page Generasi Pencetus Revolusi sebagai tanda anda menyokong. Selain itu,anda turut dijemput untuk turut serta dalam group Generasi Pencetus Revolusi,sebagai medan untuk kita berkumpul,bebas berbincang,dan juga,turut bersahabat antara satu sama lain. Di sini,mulanya perkumpulan generasi kita yang bakal mengubah masa hadapan.

Klik SINI untuk ke Group Generasi Pencetus Revolusi.

Klik SINI untuk ke blog Memadam Komplikasi.


Kita doakan agar usaha kita yang kecil ini mampu mencapai jayanya. Amin. :)

4 comments:

Fahmi Mahat said...

HT!!! :)

fairuz said...

go go go! goodluck kucing serius bersama kuncu-kuncunya! ekekee >.<

yunZ said...

apekah inin..tolong bacakan untuk aku..lalalalalal

Namee Roslan said...

ni group kau yang baru eh? wow, tahniah...:) nanti aku follow...united.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...