.

Wednesday, June 29, 2011

Kejadian menyebabkan kekeluan lidah dan jari.

Tadi aku nak draw duit. Beratur panjang gila dekat ATM Maybank di Esso Bukit Rahman Putra. Target aku nak draw situ,senang. Habis draw terus beli topup.

Di hadapan aku,ada seorang Pak Cik tua,berketayap,memakai baju kilang. Baru pulang bekerja gamaknya. Nampak jelas kepenatan dia. Kenapa seorang pak cik tua masih bekerja kilang? Aku tidak pasti. Namun,nampak wajah mengharap yang tinggi dalam reaksi beliau.

Barangkali hujung bulan,masing masing mengharap kemasukan gaji.

Setibanya giliran dia,mata nakalku menjeling pada skrin tu dari jauh. Hanya terlihat nombor digit RM2.50 didalam akaunnya. Jelas kekecewaan terpampang di raut wajah nya dan gerak geri. Dikeluarkan kad ATM dan dibawa pulang diri itu dengan serba keletihan.

Aku terdiam.

Setelah tiba giliran aku,aku draw duit,beli barang,dan pulang naik kereta. Lalu aku terlihat Pak Cik tua tadi berjalan kaki seorang diri menghala ke sebuah kawasan perumahan.

Aku terdiam sekali lagi. Abang kurus ku yang drive. Tidak mampu aku untuk memintanya berhenti.

Sesuatu perasaan yang lain macam menyelubungi diri aku sejak aku nampak tadi. Aku tak pasti apa. Aku nampak harapan,kekecewaan,kehampaan. Semua berlaku dalam sekelip mata. Macam macam aku berfikir. Non stop. Sampai sekarang. Terdiam,terkelu.

Itu bukanlah sekadar harapan biasa,atau sekadar harapan seorang pekerja. Wajah tadi aku nampak tu,nampak sangat ini satu harapan yang sangat besar. Besar sangat. Begitu bermakna untuk dia.

Namun,hancur bila dalam sekelip mata.


Selalunya,kesusahan diri kita dirasakan problem yang paling susah di dunia kan? Kita tak terfikir pulak kesusahan orang lain macam mana. Bersyukur lah dengan hidup kita ni. Dah dapat baca satu petikan blog pun dah cukup bersyukur dah. Pasal apa? Orang lain tak ada laptop,tak ada elektrik,untuk bukak blogspot. Tapi kita yang hidup dah serba indah macam ni pun,ada lagi yang tak bersyukur.

Hidup jangan sentiasa kejar yang lagi senang. Lihat mereka yang susah tu juga.

Wordless Wednesday #2

Bloglist Liniey Mustaffa

Aku hanya seekor Kucing Serius,tuan kepada blog ini. Sedang aku blogwalking di sebuah blog bergambar lembu comel,aku terjumpa entri ni. Lalu diikutnya arahan, gambar comel yang terpampang aku nak letak kat dalam entri ini.



Serious tadi aku rasa takut gila masa nak save gambar ni untuk diupload kat sini. Tiba tiba Google Chrome aku terzoom dekat muka dia yang tengah saspen gitu. Takut gila. Serius. Kucing Serius.

Hehehehe.

Nampak gambar seorang awek di atas? Ya,beliau adalah seorang artis. Artis comel berposing sebegitu dalam blog beliau,dan beliau sedang mengadakan segmen bloglisting ni.

Aku nak tag dua orang pasal benda ni

Haikal dan Muaz

Dengan lafaz Bismillahirrohmanirrohim,aku secara rasminya join segmen Bloglisting pertama aku. Gila bangga!

Sekali sekala try something new. Kita takkan tahu rasa bila kita tak join,ye tak?

Tuesday, June 28, 2011

Love tak akan suap mulut ni sampai kenyang.

Tapi kita ni yang akan suap Love tu sendiri. Kenapa aku cakap macam tu?

Tadi aku terbaca satu artikel,pasal situasi zaman sekarang,pasal mak bapak buat drama Antara Dua Darjat bila anak depa (perempuan) nak kahwin. Dalam artikel tu,ada mamat ni support anak dia kahwin dengan mamat tu yang darjat dia kononnya nampak lagi rendah. Maka aku yang tengah prepare nak kahwin dengan Lisa Surihani ni ni pun terfikir macam macam non stop.

Lelaki kat dunia ni memang dah dilantik untuk jadi leader dalam keluarga. Bukan perempuan. Perempuan cuma jadi Assistant kepada leader ni dalam keluarga. Ye lah,tolong itu ini kan untuk support keluarga.

Bila seorang lelaki tu dalam keadaan susah tapi menggatal nak kahwin,sampai sanggup nak ambik awek tu kahwin lari,kononnya cinta itu buta. Apa relevan dia? Fikir tak nanti kesan jangka panjang?


Dato K: Gua dapat Siti Nurhaliza bai! Lu dapat ka?


Okay. Bila masuk bab cintan cintun ni,adalah sangat tipikal kalau semuanya nampak indah masa tu. Masa tu nak kahwin,masa tu lah kata cintan itu segalanya lah sangat,tak kisah lah apa yang terjadi asalkan bersama dengan cintan tu,bla bla bla lovey dovey vavi. Tapi bila fikir balik dengan akal yang waras,cuba tengok jangka masa panjang. Cinta tu mampu ke nak suap korang nanti bila dah beranak pinak?

Selalu tak tengok dalam TV,orang tak mampu,tak ada pendapatan,tapi anak gila banyak berderet dok crit crit nguwek mengaum semua kat belakang tu. Apakah yang mereka fikir? Masihkah cinta itu buta?

Kenapa jadikan isteri sebagai kilang anak kalau sudah tahu kewangan masih tidak stabil?

When it comes to love,70% apa yang going on in that love bergantung kepada lelaki. Kenapa? Lelaki tu memang akan lead. Tak kira apa. Secara emosi,zahir,batin,fizikal,kewangan,memang dia akan lead. Cuba tengok balik kalau dalam konteks korang bercouple. Tak kira apa pun,memang lelaki tu akan lead,secara sedar atau tidak. Nak makan,diorang bayar. Nak tengok wayang,diorang bayar. Betul tak? Betul tak? Kalau tak pun,at least ada la terdetik dalam hati perempuan tu expect lelaki akan bayar korang punya kehendak. At least.

Berbalik balik dengan konteks kahwin,soal Antara Dua Darjat. Yeap. Dalam soal macam ni,lelaki tu mesti lah hormat keputusan ibu bapa awek tu. Kalau rasa diri masih tak mencapai tahap standard ibu bapa dorang,capaikan. Doa banyak banyak,usaha banyak banyak. Automatik kau akan perbaiki diri kau untuk bini kau,dan kau buktikan love itself terhadap awek kau,depan mak bapak awek kau. Adakah patut untuk membenci ibu bapa awek beliau kerana tak bagi kahwin? Sungguh,tidak. Kedudukan ibu bapa tu lagi penting dari kedudukan lelaki yang tak kahwin lagi tu,sepanjang dunia dan akhirat. Diorang ada kuasa.

Lelaki yang baik akan relakan awek mereka tu akur dengan kehendak ibu bapa,kerana lelaki yang baik tak akan rosakkan sesebuah keluarga.


Kahwin Berlari


At least,kalau lah memang dah sayang kat awek tu,tapi tak mampu sangat sangat nak kahwin dengan dia,korang fikir je lah jangka panjang.

Kalau kahwin lari,macam mana dengan mak bapak dia nanti sepanjang hayat korang kahwin? Mak bapak yang membesarkan anak tu,tiba tiba lelaki yang datang rembat macam tu je. Mengapakah lelaki tu tidak hormat?

Kalau korang berusaha kuat sebelum nak kahwin tu,gerenti korang sendiri akan happy tengok bila dah kahwin tengok anak bini senang nanti,ye tak?

Ingat,bila nak kahwin dengan seseorang pun,bermaksud kita akan kahwin dengan whole family dia. Bukan awek dia sorang tu je.

Memang,kononnya Cinta Itu Buta. "Darjat berbeza pun peduli apa." No way. Kalau zaman dulu memang lah boleh. Zaman sekarang? RM3k per month pun tak cukup nak sara sorang diri kat KL ni. Ini kan nak sara anak orang,dengan anak korang sendiri? Sekarang ni it is all about money. Without money it is hard for the love itself to survive.

Sanggup ke nak kahwin susah susah then tengok anak bini korang yang susah? Sanggup ke nak tengok kita bina love tinggi tinggi then semua hancur pasal wang?

Aku tak sanggup. Biar aku susah kerja masa bujang ni nanti stabilkan diri aku dulu,baru aku kahwin.



Aku dah banyak sangat saksi orang bercerai pasal kewangan ni. Bila tengok akar umbi dia,semua berbalik macam cerita kat atas,soal Antara Dua Darjat. Bukan apa,tapi kewangan lelaki terlampau tidak kukuh untuk tampung hidup zaman sekarang. Keadaan jadi lagi teruk dengan ego tipikal lelaki dan ego wanita bekerjaya.

Cinta tu tidak buta. Manusia je yang dibutakan dengan akal pendek sendiri. Cinta sahaja tak akan suap perut anak bini dengan makanan. Manusia bergelar Ketua Keluarga yang perlu buat macam tu.

Dan siapakah Ketua Keluarga? Lelaki yang berakal 9 bernafsu 1.

Perempuan zaman sekarang ni yang bahaya. Pasal cinta,perempuan akan jadi lebih buta kerana akal korang yang hanya 1,berbanding lelaki yang ada 9. Bila bercintan ni,korang automatik akan jadi superb rely dengan lelaki tu. Tapi,nasihat aku sebagai lelaki untuk perempuan,tolong berpegang kuat ingatan kat mak bapak,future korang dan future LOVE korang sendiri. Future love tu pulak,think about PRO dan KONTRA of what and what.

Jodoh memang di tangan Allah. Aku tahu. Aku taknak jawapan tipikal ni masuk komen aku. Tapi ingat,jodoh ditentukan di tangan Allah,atas usaha kita sendiri. It is a 50-50 situation. Kita yang cari mana yang terbaik untuk kita. Then kita doa banyak banyak mintak kat Allah. InsyaAllah makbul beb. It is all about DUIT. Doa,Usaha,Istiqamah,Tawakal.

Bila kita tak doa,kita tak usaha,kita tak rely on Allah,macam mana Allah nak mengubah nasib kita?

Follower 200

Nampaknya,tidak sampai sebulan follower aku naik melonjak dari 90 lebih sampailah ke 200. Maaf aku tidak sempat nak tunjuk pasal follower yang 100,tapi kali ni aku untuk follower yang ke 200,aku nak highlight sikit.



Yeap. Seorang sahabat di Matrikulasi bernama Shyafiq Dzulkifli. Tahniah kepada beliau,kerana dapat ngam ngam 200! Kalau tengok kat sebelah ni,memang nampak 201,pasal ada satu lagi hidden follower aku tak tahu siapa. Tapi bila tengok tadi pun masa 200,memang lah abang hensem yang comel ini. Peewit.

First of all,Terima Kasih kepada korang yang follow blog aku yang tak seberapa ni. Ye lah,dah aku cuma gedik je lebih sebagai seekor Kucing Serius. Setiap follower,komen,like,tak kira apa yang korang drop by tu bagi semangat untuk aku nak teruskan blogging ni. Aku akan perbaiki lagi diri aku ni sebagai seorang blogger yang masih tak seberapa ni.

Selain dari tu,aku nak cakap,Terima Kasih banyak banyak untuk korang semua yang bagi support banyak semasa dalam blogging ni. Especially semua ahli SeMaC Blogging Community, Sahabat Blogger,Cik Gula yang tak henti henti Like entri,Namee Roslan dan Haikal Keluang. Korang banyak bagi support and kata kata semangat untuk aku. Thank you. Syukran. Terima Kasih. 1 Malaysia!

Sehubungan dengan itu,sempena kenaikan sampai 200 ni,aku ada siapkan Like Page Kucingan Studio. Aku tak siapkan lagi Like Box untuk letak kat sini,due to some errors in Facebook. Nanti dah siap aku letak :D

Back to the 200th guy,


Ini adalah header beliau yang comel.

Credits to you Shyafiq Dzulkifli. Lucky number 200. Jom kita terjah blog dia :D

Monday, June 27, 2011

Eh! Blog kena review?

Oho. Ini first time aku join benda alah macam ni. Aku harap aku dapat jugak go through benda ni. Yeah. Atas kata kata semangat from Namee Roslan,aku decide nak join benda benda macam ni. Hee.



Dan sekarang,aku join segmen from blog HH. Dia ada buat segmen blog review. Dan aku rasa macam interesting kali ni. Aku rasa memang dah tiba untuk aku promosikan blog aku lagi luas. Sekali sekala memang aku kena try. Tak rugi kan cuba?

Dia mintak jugak header,so aku letak header aku.



Tu saja lah kot. Ehm. Aku pun terkelu lagi sekarang ni sebenarnya due to amount of followers yang baru je naik 200. Alhamdulillah.

With that,wish me luck :)

Boikot,boikot,boikot. Akal tahap lutut.

Sekarang ni,harga Astro dah naik. Pakej makin bertambah. Ramai orang nak boikot. Kenapa kena boikot?

Ni ada petikan sikit.

KUALA LUMPUR-Kempen pemboikotan Astro bermula hari ini apabila lebih 70 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diterajui Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyeru tiga juta ahli dan penyokong mereka supaya tidak membuat pembayaran bil selama tiga bulan berturut-turut ke stesen televisyen berbayar itu.

Arahan itu turut meliputi pemboikotan terhadap barangan dan pengiklan yang mengiklankan produk mereka di stesen televisyen berkenaan.
Langkah ini diambil setelah amaran dan rayuan yang dibuat sebelum ini dipandang sepi oleh Astro malah stesen itu dilihat semakin angkuh mempertahankan pendirian mereka.
Pengerusi Majlis Penasihat PPIM, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak berkata, walaupun tanpa Astro, pengguna kini masih boleh beralih kepada perkhidmatan Unifi dan juga perkhidmatan menggunakan aerial seperti yang wujud selama ini.

” Kita tak mati tanpa Astro, kita juga bukan nak bermusuh dengan mereka, tetapi kita tidak mahu mereka sesuka hati menekan kita dengan pelbagai bayaran seolah-olah mereka mempunya kuasa mutlak untuk berbuat apa saja sehingga sanggup mengetepikan pandangan pelanggan, termasuk arahan daripada kerajaan sendiri.

” Astro jangan pandang remeh kempen ini kerana kita pernah berjaya dalam kempen pemboikotan beberapa barangan sebelum ini dan kita akan membuktikan sekali lagi ‘kemampuan’ kita pada stesen televisyen terbabit.

” Sekejap lagi kita akan mula menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) kepada semua ahli , kempen ini akan berkuatkuasa sehingga Astro akur pada permintaan kita” tegasnya.

Tunku Azwil menambah, dengan memperoleh keuntungan sehingga RM800 juta pada tahun kewangan yang berakhir pada 2010, tidak ada sebab untuk Astro terus menekan pelanggan mereka dengan caj yang melampau.
Astro baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan melakukan pelarasan terhadap pakej yang ditawarkan berkuatkuasa 11 Julai ini dengan harga langganan diselaraskan bergantung kepada pakej pilihan pelanggan.

Sesetengah pelanggan mungkin mengalami kenaikan sekitar RM1 hingga RM15 sebulan, manakala yang lain pula akan menikmati penjimatan RM4 hingga RM14.95 sebulan.
Bagaimanapun notis mengenai kenaikan bayaran perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Astro kepada pelanggannya dianggap tidak sah kerana tidak mendapat kebenaran dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terlebih dahulu, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Dalam perkembangan yang sama, Tunku Azwil berkata, usaha licik Astro juga jika tidak dibendung, akan membunuh masa depan industri penyiaran negara.

” Untuk pengetahuan anda, Astro mengenakan caj iklan yang rendah kepada syarikat yang ingin mengiklankan produk mereka, iaitu sama dengan kadar iklan stesen radio.
” Caj ini sudah tentu tidak boleh ditandingi oleh stesen televisyen tidak berbayar seperti RTM dan TV3, akhirnya pengiklan akan lari ke Astro secara perlahan-lahan dan kesemua stesen televisyen percuma ini pasti akan mengalami kesukaran untuk bertahan,” ujarnya.

Mengenai pandangan yang mengatakan pihak Astro terpaksa menaikkan kadar cajnya disebabkan program berkualiti yang disediakan, Tunku Azwil berkata, ia bukanlah alasan untuk menambahkan beban.
Ujarnya, jika itu dijadikan alasan untuk menaikkan harga, ia ibarat satu ‘ugutan’ kepada para pelanggannya.

” Kepada kerajaan, tolonglah bela hak pengguna kerana kita dah ada pelbagai akta seperti Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

” Pengguna muak dengan gelagat Astro yang sudahlah memonopoli pasaran hampir 20 tahun lamanya, mereka juga bertindak berlawanan dengan semangat 1Malaysia iaitu rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan,” ujarnya. – OlehSYAHRIL A. KADIR




Kenapa aku bantah benda benda boikot macam ni?

Korang dah guna,korang ikut je lah. Kenapa korang nak menggelabah gila boikot itu ini? Lagi satu,charge Astro memang akan mahal kalau korang apply pakej melampau. Tu je. Memang Astro ada banyak saluran,dan kebanyakan saluran dia semua adalah sangat berkualiti. Nak dibandingkan dengan ekonomi dan teknologi Malaysia yang sekarang ni,caj Astro dah kira cukup berbaloi sangat dah.

Ramai yang complain,kononnya astro tu mahal,macam macam. Pernah minum Starbucks tak? Apakah itu Starbucks? Minuman yang mahal teramat. Harga? Rm15 satu cawan. Tapi feeling dia bila dah minum? Sumpah puas hati,best,sedap,macam macam. Sama lah dengan Astro. Kalau tak mampu,jangan apply. Astro tu memang bukan satu keperluan,tapi dah boleh consider,kemewahan.

Kemewahan tu wajib ke apply?

Rumah aku sendiri,dulu ada dua Astro. Satu atas ,satu bawah. Bila Mak Bapak aku dah pencen,kitorang dah mula tak mampu nak bayar dua Astro. So,satu Astro dah terminate. Sekarang tinggal satu je. Itu pun sekarang ambil Basic Pakej je. Semua pakej movie tu apa tak ada. Jimat je. Sangat berbaloi.

Orang yang boikot ni,main guna je tahu. Sama la macam nak minum Starbucks,nak minum San Francisco Coffee,tapi complain mahal sambil menghirup kopi tu. Marah kat cashier tu pasal letak harga tinggi for just a cup of quality coffee. Tak ke bodoh?

Astro tu pun syarikat yang ada asas belanjawan dia sendiri. Banyak channel international diorang nak serve sendiri. Kalau nak compare dengan local media,Astro jauh lagi berkualiti. Perumpamaan dia macam nescafe kedai mamak yang mamak tak bancuh betul,dengan coffee dari Starbucks. Mana lagi puas hati?

Kalau tak mampu,tak payah la guna. Rumah aku sendiri pun tak mampu sangat nak bayar Astro dah sekarang. Tutup dah satu account. Yang ada pun guna basic je,tak ada nak ambil pakej movie,news,apa semua. Memang lah,asalkan ada jugak la entertainment. Itu pun dah puas hati. Bersyukur je lah.

The local media tu pun sucks,jadi batu api. Especially TV3. Bila TV3 buat tahik,pandai cover teramat. Taknak cerita. Bila Astro buat sikit,TV3 bukan main jaja cerita pasal Astro. Standard Melayu. Pantang nampak orang lain naik sikit,asyik nak menjatuhkan je tahu. Bukan nak perbaiki diri.

Lagi lagi lah bila pengiklan lari dari RTM dan TV3. Pasal apa? Local media banyak tak berkualiti. Pastu bila orang lain naik,sibuk nak menjatuhkan.

Sangat memalukan bila PPIM tunjuk ceteknya akal dorang dalam hal ehwal macam ni. Benda soal TV pun nak boikot itu ini. Itu semua minda orang kelas ke 3. Memalukan.

Berfikiran terbuka. Apa?

Baca dulu sampai habis


Tadi aku ada baru baca sebuah blog,dia dok potpet potpet pasal soal agama dengan penuh kekesatan. Apakah? Apakah ini semua?

Aku terfikir,memang apa yang dia cakap tu banyak yang betul. Soal agama ramai yang orang bawak menyeleweng. Bila orang beragama Islam tu sendiri orang mengenakan upah apabila berdakwah,etc etc. Aku mengaku,ada benar apa yang dia cakap. Tapi,setelah dibawak pundek apabila berkata kata pasal soal agama,boleh ke diterima?

Ini mesti stok Melayu Islam yang sekular. Tipikal sangat. Pemikiran menjadi terlalu sempit akibat sekulariti yang menguasai minda secara melampau.

Bila aku nak drop komen pun,aku cuma nampak ada dua jenis puak yang ada kat situ. Satu,orang yang menyokong membuta tuli,dan dua,orang yang guna ilmu agama yang konon tinggi untuk patahkan beliau dengan kata kata menggunakan hujah semata mata.

Bagi aku,dua dua puak ni sangat tak munasabah. Dua dua pihak,akal fikiran adalah sangat sempit.

Untuk cakap pasal berfikiran terbuka,izinkan aku start dari awal.



Sekarang kan,dalam hidup yang sekular macam zaman sekarang ni,ramai orang beranggap berfikiran terbuka tu,sekadar mampu nak cakap lucah semata mata. Adakah? Sungguh tidak. Adakah berfikiran terbuka ni,kena bercakap mengenai sesuatu yang menentang agama? Kena buat sesuatu yang yang against the religious laws?

Ni persepsi yang sangat salah. Dan persepsi macam ni yang terlampau ramai sangat orang Malaysia pegang sekarang ni. Pasal tu orang Barat pandang rendah kat kita sekarang ni. Kita je perasan open minded bila ikut dorang itu ini. Sangatlah annoying. Sumpah,annoying.

Aku memang pernah berjumpa dengan orang yang open minded,diorang claim lah macam tu. Tapi bila digodek godek balik,open minded taik kucing serius sahaja. Apa yang dorang selalu buat,semuanya cuma tunjuk sikap lucah,asyik bercakap pasal benda benda yang tak patut,buat benda semua entah apa apa. Adakah perlu begitu kalau bersikap open minded?



Berfikiran terbuka ni,atau Mat Saleh panggil open minded,bermaksud menerima semua perkara secara terbuka. Sama ada baik,atau buruk,when it is a statement,dorang akan terima. Kalau nak bantah,bukan bantah secara emosi,tapi menggunakan fakta. Sama ada fakta sains,fakta dari Al-Quran,tak kira apa pun lah. Asalkan fakta,bukan auta.

Memang,bila open minded ni,yang commonnya sekarang,kalau orang nak cakap pasal topik terbuka macam soal blue pun,kita terima je lah kan? Tapi kalau cakap pasal soal agama,dorang susah sangat nak terima. Tu open minded ke? Tak. Sungguh tidak. Tu cuma berfikiran sempit dan sangap tak habis habis.

Mana taknya,dah lah sempit,nampak pasal sangap je. Pastu claim itu open minded. Adakah? Buduh,sangat buduh.

Memalukan diri sendiri,dan menunjukkan kesempitan akal tu sendiri macam mana.



Bila berbalik dengan topik atas pasal minah bajet-cool-kalau-cakap-pundek-pundek tu,bagi aku,ini salah seorang yang sangat sempit jugak pemikiran dia. Memang,dia nampak kesalahan certain certain orang bila salahguna agama untuk keuntungan,tapi dia nampak tak silap dia sendiri? Nope. Dia lagi bangga menggunakan gaya dia macam tu.

Kalau tengok dari sudut orang orang yang komen pulak,puak menyokong nya pun sememangnya sangat sempit,pasal tak nampak apa salah dia kalau ikut segi hukum agama. Even fakta dia betul,perlukah just gelak gelak setuju dengan dia tengok dia tak hormat agama sendiri?

Yang satu puak lagi tu pun,bagi hujah bertimbun timbun pasal soal agama. Yeap,point dorang semua memang betul. Tapi mampukah hujah hujah bertimbun tu dapat patahkan hati seorang sekular yang dah sempit dah keras macam tu?

Come on. Aku pernah jadi jahat dan aku pernah jadi baik. So aku faham sangat apa dua dua side rasa. Aku tahu apa yang dua dua side nak. Semua itu adalah sangat tidak wajar,dan tidak munasabah.

Susah gila nak cari orang yang open minded betul betul open. Orang yang mampu memberikan pandangan superb dan bukan yang sekadar tipikal dan sarkastik semata mata. Orang yang mampu beri pandangan dari semua sudut,360 darjah,dan bukan dari satu sudut je. Gila bosan kot kalau orang bagi benda tipikal.


Abaikan muka beliau yang tak hensem


Contoh,kalau dari satu pihak,kata "Couple itu haram". Boleh tak bagitau secara detail dari pengalaman MERASA sendiri? Orang yang main cakap je macam tu mana pergi dalam dalam. Tengok dari luar je tapi dah cakap banyak. Dorang tahu tak macam mana situasi sebenar bila orang tu bercouple?

Ada satu pihak cakap "Ikut la sangat agama agama ni,tu semua zaman dulu laaa", ataupun "Bertudung,berhijab tu semua zaman dulu. Sekarang dah tak relevan dah,zaman moden". Nampak tak betapa sempitnya akal pemikiran dorang? Akal cuma tertumpu dengan gaya sekular Barat yang kononnya maju sangat pembangunan dorang. Kononnya ikut dorang,memang akan maju. Kepala hotak depa. Majukah sangat kalau akhlak lagi rendah dari tahi kucing? Majukah sangat kalau menolak agama ketepi?

Tolonglah buka minda tu 360 darjah,paling kurang. Kalau lebih lagi bagus. Tolonglah. Tolongggglahhh. Sungguh aku menyirap dengan mereka yang akal sempit.

Kalau setuju tolonglah like kat bawah ni. Aku nak tengok berapa ramai yang setuju.

Sunday, June 26, 2011

Nak sangat lelaki macho.

Ada apa dengan macho? Kenapa seorang lelaki kena sangat nak belajar jadi lelaki yang macho? Kenapa seorang lelaki tak boleh nak gedik gedik dengan perempuan? Kenapa seorang lelaki kena control macho dengan wanita,dengan gf dorang,dorang semua orang sekeliling?

Adakah menjaga standard? Nak jaga tahap kelelakian? Kononnya bila macho tu nanti burung mereka boleh menjadi besar? Cenggitu?

Okay.

Aku terbaca ada satu entri masa blogwalking. Dan macam biasa,bukan aku suka membantah,tapi aku nak letak sikit pandangan yang lagi mendalam,berpegang pada realiti.

Ini adalah apa yang beliau post.

1. membantu orang-orang tua atau yang OKU depan perempuan yang cantik a.k.a awek korang .
2. Jangan merendah-rendahkan martabat seorang wanita . Sanjungi mereka .
3. jadi pendiam , mesti perempuan kata , " tengok lelaki tuh machonya" . kuikuikui .
4. Jangan penakut nak bercakap depan wanita .
5. Sentiasa berpakaian kemas dan macho .
6. Jangan gedik depan wanita.
7. Tolong wanita angkat barang-barang mereka walaupun ianya sangat berat . muahahaha!!!
8. Sentiasa kata kat wanita yang dengan kata-kata yang serius ...erkkkk !!!
9. Sentiasa cerita tentang hal-hal yang mendewasakan seseorang lelaki .
10. Tegur wanita secara berhemah .


Yeap. Banyak betul dia cakap. Cuma aku sangat sangat sangat tidak bersetuju dengan nombor 1,3,5,6dan 8.



Nombor 1.

Kenapa kena depan wanita je? Lelaki sejati? Kena sejati depan wanita je ke?

Seorang lelaki sejati,dia memang akan sejati dengan semua. Tak kira lah orang tu Pakcik ke,Makcik ke,Lelaki ke,Pondan,Perempuan,Adik kecik,Lisa Surihani,dan macam macam makhluk lagi. Aku repeat sekali lagi. Macam macam MAKHLUK lagi.

Kenapa Makhluk? Adakah kerana aku ni Kucing Serius,jadi mereka kena berbaik dengan kucing?

Seorang lelaki tu hanyalah lelaki sejati kalau dia memang dah sendiri yang gentle dan sangat baik dengan semua tak kira apa jenis makhluk pun. Contoh la kan,kadang kadang,bila sorang lelaki tampan kacak bergaya macho, sepak kucing yang Maha Comel lelaju,adakah itu seorang lelaki yang sejati? Oh tidak. Sangat bukan lelaki sejati. Sangat tidak gentle.

Kalau kucing pun dia sepak,korang apatah lagi? Ye dak?

Berbalik dengan nombor 1 kat atas tu,dia cakap,depan wanita. Kalau depan wanita je nak baik,tapi dengan orang lain macam haram,nampak sangat tu lelaki hipokrit. Tak guna nak buat laki.

Sesungguhnya orang macam tu memang sangat bahaya nak didekati.

Nombor 3.

Jadi pendiam nanti nampak macho? Kalau muka pecah rumah,tapi duduk diam,nampak macho tak? Lainlah kalau muka macam Seth Tan. Tak kira dia bising pun semua perempuan akan cair jugak. Pasal apa? Pasal dia dah macho pun.

Tak perlu jugak nak control control ni kalau nak jadi lelaki sejati. Perlukah diri ni duduk diam tepi longkang dengan muka gaya bajet untuk digelar macho? Sungguh tidak.

Akal wanita dah maju dah zaman sekarang. Nak control control macho ni zaman dulu punya kepala. Zaman hero Broery Marantika.

Nombor 5.

Sentiasa berpakaian kemas dan macho. MACHO lagi?? Okay. Senang cerita,kalau nak dapat awek yang boleh hipokrit dengan korang bila in a relationship,dipersilakan untuk bermacho-macho-an dalam pakaian ni. Kalau pakaian kemas,tak apa. Sangat bagus. Kemas tu pulak,subjektif ikut penampilan dan personaliti korang. Tapi nak berpakaian macho,sangat tak sesuai.Kalau kemas pun,tak kira awek tu hipokrit atau jujur,dorang tetap akan suka dengan kekemasan korang.

Bayangkan kalau badan macam Osman Kering tapi pakaian nak pakai ala Seth Tan? Tak ke mimpi ngeri?

Kemas tu,jangan lah nak kemas berjambu pulak. Tiba tiba pakai kemas warna pink. Kemas pun,bukan suruh nak nampak skema atau apa. Sekadar nampak,kemas dan mantap mata memandang.


Tengok. Rambut panjang,sikat kemas. Janggut ada,trim kemas. Pakailah macam mana pun,asalkan nampak kemas. Faham tak?


Kemas menunjukkan gentle. Kalau pakai baju sengaja nak nampak macho menampakkan sifat player.

Nombor 6.

Jangan gedik depan wanita. Gedik macam mana ek? Kalau perempuan,selalunya dorang ni lagi terima kalau dorang ada jumpa mamat yang gedik gedik sikit ni untuk buat kawan. Senang je. Bila gedik sikit,perempuan rasa seronok nak kenal. And then bila dorang dah mula start kenal,masa tu lah yang nak tonjolkan diri gentle lelaki yang sebenar. Gedik dalam lelaki,penting kot. Bila dorang tengah bosan dengan sikap lelaki korang yang macho sangat tu pun,lelaki boleh gedik gedik just to have fun,nak hidupkan balik suasana yang mati pasal kemachoan terlampau tu. Macho dan handsome tapi tak gedik macam Prince Charming dalam cerita Shrek,seronok ke perempuan tengok?

Cuma tak payah lah nak gedik melampau,sampai perempuan pun boleh rasa nak suapkan kasut tumit tinggi dalam mulut korang.

Banyak persepsi salah lelaki bila kata lelaki kena selalu sweet sweet,selalu romantik,selalu macho macho,tak boleh gedik,bila dengan wanita. Selalunya lelaki yang tak gedik dengan wanita adalah lelaki yang ego tinggi melangit. Tinggi dari segalanya.

Tak percaya? Try cari pasal dengan dorang,then perempuan cubalah jangan mengalah dengan dorang. Percayalah,lelaki tu tak akan mintak maaf even tu salah dorang.

Kononnya nak jaga status,lelaki sejati tak akan mengalah.

Nombor 8.

Kata kata yang serius? Perempuan adalah makhluk yang sangat kurang stable. Terpulang kepada lelaki untuk handle perasaan depa. Kalau dah sayang depa,mestilah nak tengok dia happy kan? Happy ke dorang kalau korang cerita je pasal benda benda serius bila dating,bila bergayut,apa semua?

Dan bila perempuan dah bosan,sayang dorang pun akan kurang dan kurang dan kurang. Pastu,aku taknak cakap.

Okay,serius tu memang penting,tapi wajib lah selit humour dalam keseriusan anda tu. Perempuan sangat suka macam tu. Benda benda serius ni selalunya best kalau dikaitkan dengan bab gedik tu. Bukan gedik gay atau lembut tau. A spark will always be created from that dan nanti perempuan memang akan suka. Memang nampak obvious yang kau boleh serious,dan kau boleh bawak bergurau. A good combination,dan meningkatkan hormon mengawan seronok wanita.

Zaman control macho sudah berakhir. Sekarang zaman lelaki yang fun,gentle,dan hormat wanita. Bukan takut pada wanita,tapi sekadar hormat wanita. Sekarang perempuan susah apa nak cari lelaki macam tu,kan? Lelaki dah la tinggal sikit. Senang nak kawin 4. Biarlah lelaki yang baca post ni jadi lelaki macam tu.

Dalam blogging pun ada korupsi?

Aku nak bercerita dalam bentuk,syarikat Melayu dan syarikat Cina. Cerita syarikat ni cerita yang Abah aku share dengan aku. Aku nak cerita balik dengan korang.

Syarikat Melayu,biasanya dorang ada satu jenis cara dorang nak berniaga. Yeap. Kebiasaannya lah. Selalunya,kalau orang Melayu berniaga,dorang ni selalu cari jalan yang lebih mudah untuk naik ke atas. Dalam konteks perniagaan,diorang selalu cari jalan senang lah nak untung banyak,nak ada nama,nak ada pangkat,nak senang dapat tender syarikat,etc etc.

Jalan mudah yang aku cakap tu,lebih kurang macam,bodek Menteri,bodek orang kaya,jadi kroni. So semua benda nak berniaga jadi senang. Semuanya senang je nak buat. Duit pun senang je masuk. Even yang baru beberapa bulan bukak syarikat pun,tuptap terus dah naik famous gara gara kesenangan yang ada from orang lain. Tu tak cakap lagi dengan kedudukan istimewa bumiputera.

Namun,hasil kualiti dari syarikat dorang selalunya memang akan rendah dari biasa. Tidak kira,even banyak orang orang atasan yang main bagi je tender kat dorang ni suruh buat kerja,tapi banyak banyak hasil kerja tu lah yang kurang berkualiti. Banyak cuma sekadar,ala kadar je.

Benda sangat berbeza daripada Syarikat Cina.

Syarikat Cina,mereka selalu bermula dari Zero. Nothing. Yillek. From there,dorang slowly and slowly naik ke atas. Apa yang mereka rely,cuma bantuan sikit sikit dari ahli keluarga. Tidak kira apa yang mereka buat,pelanggan mesti tak complain mahal,hasil kerja mesti puas hati,dan bilangan pelanggan mesti keep increasing day by day. Itu target dorang. Untuk capai target dorang,dorang rajin bekerja dan dorang selalu nak tingkatkan kualiti hasil kerja dorang.

Dengan sedikit promosi mengenai syarikat,syarikat mula berkembang dengan perlahan lahan,pelanggan semakin bertambah,dan hasil makin bertambah puas hati. Pelanggan yang pernah datang pun,mula rekomen kat orang lain. Semakin ramai yang tahu pasal syarikat Cina ni,dan perkembangan semakin berterusan sampai mereka berjaya.

Bila mereka berjaya? Terus berada kat atas tanpa turun bawah. Semua orang suka tak kira bangsa,kerana hasil yang mereka buat tu adalah sangat memuaskan. Semua apa yang depa buat,adalah sangat mengkagumkan.




Situasi Bunkface Syarikat Melayu,dan situasi Syarikat Cina. Dua situasi yang berbeza. Nampak tak beza sikap dorang tu?

Sikap Syarikat Melayu ni,dorang suka rely on something,untuk naik cepat cepat. Ilmu yang ada sepanjang tu memang dorang tak guna nak perbaiki diri. Yang penting,untung je cepat,pelanggan ramai tak ramai tak kisah. Asalkan dapat tender banyak,duit masuk.

Sikap Syarikat Cina ni,dorang suka berusaha. Dorang rajin bekerja keras,dorang nak naik tapi sangat slow. Yang penting,kerja keras sampai berjaya. Tiap tiap hari. Kalau awal awal dulu diorang buat salah,dorang gunakan kesalahan dorang tu untuk bina balik diri dorang tu. Bina diri jadi usahawan berjaya. Dorang start from zero,tak rely on apa apa,tapi independent dengan diri sendiri dan sedikit bantuan cinonet from here and there. Dorang rajin bekerja keras,asalkan pelanggan puas hati dengan kualiti yang sampai. Dan mereka ulang ulang benda yang sama macam tu terhadap semua pelanggan.

Okay. Apa kaitan sikap Syarikat Melayu dan Syarikat Cina ni dalam blogging?

Anggap lah Syarikat Melayu ni,blogger Jenis A. Syarikat Cina pulak,blogger Jenis B. Ada dua jenis blogger dalam dunia commercial punya blogging lah kan. Contoh macam tu.

Blogger A mengamalkan sikap macam Syarikat Melayu tu. Blogger B mengamalkan sikap macam Syarikat Cina tu.

Hasil dia? Ramai blogger Malaysia yang kita nampak,follower je ramai tapi kualiti blog tak ada. Bila kualiti ada,perhatian tak ada.

Buka minda,tutup emosi,renung renungkan.

Saturday, June 25, 2011

Kenapa lelaki curang?



Okay. Tadi dok sibuk kejap Debat Perdana Hal Ehwal Teruna dekat group Sahabat Blogger. Semua gara gara soalan pasal kenapa lelaki curang. Tapi aku nak explain,perempuan tak faham,dan taknak faham. Biasalah,perempuan. HAHA.

Macam mana aku nak start kan? Mula dengan Bismillahirrohmanirrohim.

Perempuan selalu sangkakan yang lelaki ni sama je akal dengan perempuan. Ye lah,kononnya,kalau dah sangkut,memang sangkut kat sorang tu je dan tak boleh nak stop cuci mata dengan orang lain. Fakta, perempuan salah kalau fikir macam tu. Perempuan kena fikir yang lelaki ni akal ada 9,nafsu ada 1. Lain dengan perempuan,akal ada 1,nafsu ada 9.

Pasal tu,apa yang aku nak highlight kat kat sini,adalah kematangan seseorang lelaki tu. Dari kematangan,jelas nampak akal seseorang lelaki tu macam mana.

Kematangan? Tak logik! Tak faham!

Perempuan memang tak faham. Tapi,kalau seseorang lelaki tu matang,dia tak ada nak main main kalau soal cintan cintun ni. Diorang dapat bezakan akal dan nafsu.

Ada satu buku ni,Why Men Wants Sex And Women Needs Love. Aku dah khatam baca buku ni. Dan aku faham sangat sangat kenapa akal lelaki dan perempuan sangat berbeza,dan cara curang dorang pun sangat berbeza. Dalam buku tu pun mengaku pasal akal lelaki ada 9 and perempuan akal 1.

Aku nak straight to the point,kenapa kematangan seorang lelaki tu boleh mempengaruhi love life laki tu.

Apabila seseorang lelaki itu matang,pandangan dorang terhadap love life adalah sangat sangat berbeza. Sembilan akal dorang tu pun dorang dah tetapkan betapa agungnya love tu sebenarnya,betapa seriusnya benda tu,dan betapa suci sebenarnya benda tu semua. Dorang tahu benda macam ni tak boleh nak bawak main. Bila dah macam tu,dorang akan serius dalam bercinta dan dorang cuma akan bercinta dengan sorang tu je lama lama. Kalau boleh,nak bawak sampai kahwin.

Orang macam ni,dorang tak mudah nak ikut hawa nafsu nak mainkan perasaan orang tak tentu hala. Kongkek,tinggal. Kongkek,tinggal. Tu semua memang nafsu je lah kan? Tapi tak pada dorang ni. Sejahat mana pun seseorang lelaki tu,kalau dorang matang,dorang tak main main kalau bab cintan.

Tapi perempuan kena ingat jugak. Lelaki memang ada satu je nafsu,which is kepuasan adik manja dorang. Yeap. Maaf kalau bahasa agak,err,open.

Anatomi badan lelaki memang dicipta macam ni,ada satu benda dimana satu nafsu memang akan tertumpu kat situ je. Aku panggil dia Plug lah. Kalau perempuan,dorang punya Socket. So,Plug adalah dicipta untuk masuk ke dalam Socket. Plug memang dah dicipta untuk masuk ke dalam banyak banyak Socket. Pasal tu lelaki boleh kahwin 4. Kalau Socket asyik kena masuk dengan banyak banyak Plug,gerenti Socket tu senang rosak. Pasal tu perempuan tak boleh kahwin banyak. Ini fakta kalau nak diikutkan dari segi sains dan,err,kesihatan batin :P

Faham tak? Percayalah. Ce cuba ce cuba dengan barang elektrik korang.



Nak dikaitkan balik curang dan kematangan kat atas tu, lelaki memang nafsu tertumpu dekat situ. So,kalau dia matang,akal lelaki tu digunakan pada tahap maksima termasuk dengan melawan nafsu dorang sendiri. Tendency dorang berlaku curang atau hati berubah pun jauh lebih kurang dari biasa!

Faham tak?? Aku pun dah mula berbelit cakap ni.

Lelaki punya kematangan ni,perempuan kena gali masa kenal awal awal. Bukan bermaksud dorang gedik mengada ngada suka bermanja dengan korang,lelaki tu tak matang. Oh tidak. Tu persepsi yang sangat salah bila perempuan tengok.

Kematangan lelaki tu hanya boleh dijudge bila kita dapat tahu macam mana dia go on daily life dia,macam mana dia pandang pelajaran dia,macam mana dia tengok dunia,cara dia nilai love tu sendiri,etc etc. Banyak benda. Apa yang dia pandang,it would be more focused on serious things. And he will be more serious on things. Bila dia ambil serious pasal benda,mesti la dia ambil serious jugak kan pasal korang? Serious aku cakap. Kucing serious.


Gambar ni aku ambik dari Google. Tapi dah ada Copyright pulak. Hentam la. BW sekali pergi blog dia tau.


Gambar kat atas ni pun dah cakap dah. Lelaki curang ada IQ rendah. Kenapa IQ rendah? Pasal tak matang lagi.

Pasal tu,perempuan jangan asyik nak cari lelaki yang cuma tahu nak enjoy semata mata. Pasal bila dia kaki enjoy,dia memang akan ambik ringan pasal korang. Hati korang,diri korang,apa jadi kat korang tunggang terbalik semua,diorang peduli apa? Korang dah problem,tu korang punya pasal. Diorang memang tak akan ambil tahu pasal korang.

Pandai pandai lah nak cari lelaki yang boleh serious dan boleh ada humor dengan korang. Yang dah ada tu,rezeki.

"Itu zaman dulu,sekarang lain laa der"

Ini adalah entri yang serius




Benda macam ni memang berlaku pun kat satu dunia. Bukan dengan orang Melayu je,tapi,semua orang kat satu dunia. Gara gara pasal sekulariti. Oleh kerana aku duduk di Malaysia dan dalam IC aku tertera aku Melayu,baik aku kecilkan skop dia kepada Melayu saja.

Okay.

So far aku hidup,aku ada banyak dengar budak budak Melayu muda yang selalu anggap peraturan agama ni semua zaman dulu punya. Logik ke? Bagi depa,dah tak relevan nak ikut kononnya pasal sekarang ni zaman moden. Dah tak relevan nak bertudung,dah tak relevan nak solat,dah tak relevan nak kahwin dulu baru nak kongkek,etc etc. Yeap. Memang,ramai manusia macam tu sekarang. Sangat tertekan dengan semua tu.

Bila kita tak buat benda tu semua,bila kita tak berpegang dengan benda macam tu,dorang pulak yang pandang hina dekat kita. Nampak tak situasi dia macam mana sekarang akhir zaman ni? Tertekan aku. Tertekan!

Antara tiga contoh tu,selalu alasan yang depa bagi for each selalunya

"Even aku tak pakai tudung,aku tetap sembahyang"
"Aku tak sembahyang,tapi aku selalu tolong orang susah"
"Dah sayang dengan dia. Confirm kahwin dengan dia. Lagipun,cinta memerlukan kehangatan kalau nak selamatkan cinta tu"


Nak muntah aku dengar ayat ketiga tu.

Minda masyarakat sekarang ni dah sekular sangat. Sekulariti terlampau menguasai hidup hidup harian,dan membuatkan manusia sekarang lagi senang nak buat benda lain selain kehendak agama. Yeap. Aku sendiri bukannya baik sangat. Tapi sejak aku sedar dengan benda benda sekular sekeliling aku,aku selalu berhati hati dengan sekeliling,dan berhati hati dengan akal aku. Kadang kadang pun aku masih terbabas lagi kerana diri ini masih belum capai tahap dekat dekat nak sempurna.

Sedangkan bila akal sendiri dah dididik secara sekular oleh Media,dari kecik sampai besar,aku tahu dalam pembesaran aku sendiri memang ada unsur unsur macam tu. Aku tak suka nak tuduh Syaiton Nirrojim kalau aku ada buat silap. Tapi aku suka blame kewarasan akal,pasal selalu nampakkan benda yang salah tu jadi betul sangat.



Sampaikan sekarang ni dalam masyarakat,adalah sangat sukar untuk manusia menegur sesama manusia. Yeap. Cuba try tegur kalau ikut segi hukum agama. Orang akan selalunya terdiam atau ada yang certain memang tak boleh terima langsung kata kata dorang. Siap ada yang lawan lagi tu. Percayalah. Kenapa macam tu? Pasal usaha Illuminati dan Freemason yang kita tak nampak di sekeliling kita nih,dah tanamkan sekulariti dalam kepala otak kita ni.

Sampaikan sekulariti tu,dah jadi hardwired dalam kepala setiap generasi baru zaman sekarang,bermula dari kesan penjajahan kapir laknat masa dulu.

Boleh tak kita hardwired kan balik Islamic values dalam setiap generasi sekarang ni? Boleh. Ce cuba ce cuba. Cuma terpulang kepada pemimpin. Dorang lagi sibuk dok block website download daripada ambik kisah pasal benda ni.

Siri Video WTF #3



Tengok. Cousin gua nak exercise. Kami semua memang menjaga kesihatan mengalahkan manusia.

Friday, June 24, 2011

Realiti,dan,Media.

Dua benda kontra macam ni orang Malaysia memang typically,bagi reaksi berbeza. Yeap. Realiti ni sememangnya benda yang berlaku sekeliling. Tapi kalau media,selalunya banyak auta lebih dari fakta. Makna taknya,semua yang nak ditunjuk semuanya buat buat. Bukannya betul betul,ye dak?

When it comes to reality,memang sangat tipikal kalau semua orang taknak ambik kesah,semua orang taknak ambik tahu,dan memang semua orang tak tahu. Banyak kot benda yang berlaku kat sekeliling ni yang memang orang tak sedar tengah berlaku around dorang.

Selalunya situasi yang kita tak tahu dalam realiti tu lah,orang ambik kutip buat drama,movie,atau sewaktu dengan depa. Pastu bila masuk TV,wayang,semua orang tak nak percaya. Kata depa "Alah,mana ada orang macam ni kat Malaysia. Menipu je lah".


Antara drama Melayu terhangat. Nora Elena dan hubbynya yang terlampau sweet sampai semua wanita Malaysia cayaq habis


Korang pernah tak tengok Pursuit to Happiness? Movie Will Smith dengan anaknya dulu pernah keluaq kat wayang. Tengok tak macam mana dia susah hidup dua orang nak survive?

Sementara korang tengah duduk dengan selesa ya amat depan laptop yang maha canggih tu,tengah baca post ni,korang sedar tak ada orang macam tu sebenarnya memang wujud kat muka bumi ni?

Pernah tak korang tengok movie Bohsia,KL Menjerit,KL Gangster,yang tunjuk banyak social problems rakyat KL yang kebanyakan tu agak melampau bagi korang? Korang agak,semua tu dalam realiti ada tak sebenarnya?

Korang tengok tak drama Melayu yang sememangnya sangat merepek bagi korang,yang korang rasa macam dalam realiti ni tak ada orang yang akan buat mengarut macam tu,dan sewaktu dengannya? Ada kan drama Melayu yang tunjuk orang Melayu kaya ya amat tapi perangai macam Setan? Kalau movie Syurga Cinta pun,bapak dia rilek je anak dia bawak girlpren masuk bilik. Kalau betul ada ke Melayu macam tu?

Pernah tengok Nora Elena dengan husbandnya yang sweet macam aku dan korang tertanya tanya wujud ke lelaki sweet macam aku macam Seth Tan tu kat Malaysia ni? Of course ada! Aku lah

Realiti nya,apa yang ditunjukkan itu semua sememangnya wujud. Nak deny apa yang media tunjuk adalah sangat tak munasabah.



Dalam realiti ni,ramai orang tak tahu benda tu sedang berlaku sekarang ni,at least masa kau tengah baca blog aku ni pun,ada je benda benda macam kat TV tu tengah dok jadi. Yeap.

Kenapa aku nak auta sangat kata semua ni wujud?

Aku ada banyak kawan,dan dorang banyak share pengalaman dorang dengan aku. Kawan aku pulak muncul dari macam macam golongan,macam macam jenis makhluk,dari kucing hingga manusia. Orang susah,orang kaya,orang Melayu terakhir,orang Melayu lupa diri,macam macam. So from there,banyak view aku terbukak luas pasal dorang ni. Banyak benda yang aku uncovered,saksi apa semua,yang memang benda aksi aksi dalam wayang ni selalunya wujud.

Aku masih tak faham kenapa orang yang sempit akal pemikiran memang habis habisan deny semua benda macam tu tak ada. Selalunya orang Government la. Dari situ,semua orang yang kat bawah ni pun sama ingat,yang rakyat Malaysia ni semua baik baik,aman damai,hidup sejahtera dan bahagia,satu Malaysia lah etc etc. Padahal,realiti,memang pun kita macam tu,tapi masih ramai yang orang tak nampak sedang berada dalam kesusahan dorang,kesakitan dorang,situasi dorang. Dahlah kita orang Malaysia ni ignorant.

Aku tadi baru dapat tahu,mak aku story mory pasal kawan dia. Ada sorang anak Millionaire yang aset beratus juta tapi RM10 pun taknak bagi kepada seorang makcik yang kesusahan,yang pernah jaga dia dari kecik sampai besar. Makcik ni yang jaga dia lebih dari ibu dia sendiri yang usahawan tu. Bila usahawan tu meninggal dunia,habis makcik tu diabaikan terus tak ada duit. Usahawan tu dengan Makcik tu BFF. Masa tu memang banyak dia tolong. Tapi bila dah takda,Makcik tu terus jatuh susah. Si anak usahawan tu taknak pun bagi hulur sikit tolong. Bila rasa nak guna,baru dia amik Makcik tu. Tu pun duit apa sikit tak bagi. Yeap. Memang truly ratusan juta aset dia. Aku pernah tengok rumah dia sendiri. Melayu.

Tengok kan? Kejam kan dunia ni? Macam drama Latin pulak lah kan? Macam Rosalinda,La Intrusa,semua yang tunjuk tunjuk masa zaman muda muda dulu. Ni baru contoh satu situasi. Banyak lagi yang ada.

Tuesday, June 21, 2011

Hari tiada mood nak blogging.

Aku rasa tak ada mood hari ni untuk blogging. Tapi banyak mood untuk lain lain. Banyak kerja tadi. Tapi dicelahan kerja itu,ada satu penyebab yang buatkan aku hilang semua idea aku nak blogging hari ni. Satu je.


Cerita bermula begini



*guling guling atas lantai* Makkk taknakkkk taknakkkkk taknakkkkkkkk!!


Dan berakhir sebegini


*terdiam*



Korang jangan salah sangka. Aku bukannya dipaksa untuk gunting segala bulu badan aku. Tapi,gunting rambut. Rambut aku yang merupakan peti penyimpan idea aku tu telah hilang ditelan mesen pemotong rambut di sebuah salun unisex. Tapi aku redha. Yang gunting rambut aku tu hot

Tunggu sekejap bila dia tambah mm sikit,nanti idea muncul.

Monday, June 20, 2011

Blogging dan follower.

Aku telah membuat kajian sendiri dan aku mendapati,terdapat beberapa perkara yang influence untuk dapat follower yang bertimbun-timbun bagaikan,err,follower.

Okay.



1.Sesungguhnya,wanita lebih mudah untuk dapat follower berbanding dengan lelaki. Terpulang pulak anda adalah wanita jenis apa. Gewdix? Tomei? Serius? Selamba?

2.Kalau anda wanita yang rasa anda itu awek cun atau comel,letak lah gambar anda di setiap sudut celah blog yang ada. Selagi tak penuh dengan gambar anda,penuhkan. Kelak nanti memang akan automatik ada ramai lelaki yang follow. Oh ya,jangan lupa letakkan lagu yang comel comel dan sembunyikan music player tu. So nanti orang akan cari setiap sudut blog anda untuk menghentikan lagu anda yang sungguh menggembirakan hati tu,sambil melihat gambar anda yang penuh satu page tu.

3.Kalau anda wanita,letak status anda secara besar besar kat blog. Kalau single,gerenti laku. Letak Facebook widget ke profile anda sekali,automatik nanti banyak peminat misteri,follower pun bertambah.

4.Kualiti post sangat tidak penting. Anda boleh post sesuka hati anda mengikut cara macam mana pun,asalkan anda selit gambar comel cun hot meletup mantap anda di dalam satu entry itu. Kalau karangan entry anda hanya dua perenggan kecil,selitkan gambar sampai boleh hang laptop orang loading.

5.Anda boleh letak wajah anda secomel yang boleh untuk dijadikan header anda sebesar yang mampu. Kalau boleh,Photoshopkan mata anda,jerawat anda,dan pelbagai lagi yang ada di wajah anda bagi secantik yang boleh,sewarna warni yang boleh,sehingga orang boleh terjerit "Lain gila blog dengan realiti!" apabila berjumpa dengan anda didalam gathering blogger atau apa apa. Kalau tak terjerit pun,bagi lah dia bermonolog sendiri.

6.Sempitkan ruangan untuk baca entry,sesempit sempit yang boleh. Penuhkan page anda dengan segala bling bling punya widget dan gadget disamping gambar anda,lagu,benda benda yang ikut mouse tu,makhluk makhluk yang tunggu kat sebelah kiri dan kanan screen yang bagi kata kata aluan,dan pelbagai lagi,kerana ia akan menggembirakan para pengunjung. Sesungguhnya,para pembaca memang nak baca korang punya widget je,dan bukan entri. Tidak lupa juga iklan dari Nuffnang dan Advertlets.

7.Buatlah pertandingan mencari follower nombor sekian sekian dan letakkan hadiah yang superb,agar nanti tidak kira post entry anda bagaimana pun,yang penting follower dah ramai nak mengejar hadiah anda. Bila orang baru baca blog anda,anda akan nampak hebat ya amat kerana bilangan follower mencecah langit tetapi kualiti post lagi rendah dari biasa.

8.Join group mana mana dekat Facebook,atau letak kat shoutbox blog mana mana yang anda pergi,link blog anda dengan ayat "Follow me I will follow you back". Sungguh. Taktik yang sangat berkesan untuk anda mendapatkan follower yang sungguh ikhlas dan bernas. Kalau dorang tak follow anda,unfollow dorang. Buang jauh jauh dari senarai.


Apa lagi eh?

Aku pun dah tak terfikir. Dah banyak dah pendam pasal benda macam ni. Dari dulu lagi,aku asyik tertipu dengan bilangan follower satu satu blog tu. Masa blogwalking,habis loading je,first thing,aku baca post,baru aku jeling manja sikit dengan bilangan follower.

Dan selalunya,akan ada dua jenis Kenapa muncul dalam kepala otak aku.

1. Kenapa yang jerit dengan rasa macam tak percaya,kecewa,rugi. Benda macam ni akan diikuti dengan "Weh sayangnyaaaa"

2. Kenapa dengan nada ala ala sinis. Diiringi dengan nada gedik "ergh"

Statement yang agak kejam ke?


Gua tengah blogging ni. Jangan kacau.


Aku bukan apa. Bila dah lama blogwalking,aku dah nampak dah pattern dia macam mana. Aku lebih blogwalking dari post entry sejak dulu. Bila dah kenal ramai blogger dari yang baru,yang otai,yang ikhlas,yang tak ikhlas,macam macam blogger,ramai yang banyak membuka mata aku yang luas. Kadang kadang,ada budak budak newbie guna Shortcut To Fame dengan membuat pelbagai perkara tak munasabah semata mata cari follower.

Tapi tu lah,nanti dorang jadi macam Mee Segera. Memang cepat naik dalam blogging,tapi lepas tu macam dah tak ada apa apa. Tak ada yang orang nak ingat pasal depa. Sama la macam artis segera macam Akademi Fantasia,Mentor,Bintang RTM yang maha hebat sangat tu dan sebagainya. Nanti rasa macam typical blog yang follow membuta tuli je,tapi tak interested nak baca.

Membuatkan aku rasa kecewa,kenapa follower je yang nak dikejar?

Kata kata seorang sahabat yang sangat jujur dalam blogging beliau,selalu terngiang ngiang dalam kepala otak aku.

"Orang yang kejar follower adalah criminal in blogging. Follower boleh jadi berjuta tapi kualiti post tarak,merosakkan dunia blogging"

Lebih kurang macam tu. Ini blog beliau. Walaupun dia tak komersialkan blog beliau,tapi setiap post yang ada tu memang satu karya sastera yang superb bagi aku.

Aku memang noob lagi dalam blogging. Serius aku cakap. Dari dulu aku merangkak,sampai sekarang pun aku merangkak. Bukan follower yang aku kejar,tapi ilmu dalam blogging tu yang aku nak Tapi fine laaaa kalau dah baca tu rasa macam suka alang2 tu follow lah. Beza dia,rasa puas yang teramat. Pasal ilmu tu ada. Ilmu nak blogging tu semakin bertambah.

Apa lu ingat blogging tak ada ilmu dia ka???


Okay tak ada kena mengena. Ahahaha


Aku mula sejak Form 3,dengan pelbagai post yang bila aku tengok aku rasa macam nak hantuk kepala kat dinding ni keseganan tengok aku dulu loser macam mana dalam ni. Tapi,apa yang best,aku dapat tengok perkembangan aku sendiri dari dulu sampai sekarang. Pasal setiap post tu menandakan satu titik baru dalam hidup aku. Satu titik yang sangat penting. Kalau gabung semua titik tu nampak jalan hidup aku macam mana.

Sekarang ni,senang senang je ramai nak buat blog,semata mata nak famous,semata mata nak buat duit. Semata mata nak ikut kawan. Tapi passion,kualiti,ilmu semua tu depa abaikan. Yang penting,nak follower je banyak.

Aku bukan nak downkan yang newbie. Oh,sungguh,tidak. Itu kan blog korang. Buat lah suka hati. Cuma satu je,ikhlaskan lah diri nak post. Toksah nak kejar follower. Bila nawaitu dah kejar follower,automatik post rasa sangat tak best. Rasa macam,tak ada umph,takda kick. Aku admit,pernah jugak satu tahap aku teringin nak follower,tapi apa yang aku realize,post aku semua entah apa apa sepanjang aku teringin tu. Sendiri sedar,sendiri muhasabah diri. Aku cuma fikir balik,dan pegang kuat ketat ketat dengan apa yang sahabat aku tu cakap. Alhamdulillah,so far so good. Selagi aku pegang kuat dengan ayat beliau tu,selagi tu aku dapat post dengan ikhlas.

Dengan cara macam tu,lagi best nak blogging ni sebenarnya. Pasal semua effort dari diri sendiri. Sendiri cari ilmu,sendiri create something new. Sendiri punya kepala.

Sunday, June 19, 2011

Buta IT

Sedang aku bergembira tadi,mendownload itu ini,berjalan jalan di Facebook,berlari lari anak di blog orang,berguling guling di Youtube,aku terkedu dan perasaan aku terganggu. Pelbagai amarah dan sikap kecewa muncul berkumpul di dalam hati,oleh kerana benda kecil yang mengganggu akal fikiran.

Ini yang aku nampak:




Oh apa benda ni? Tengok dekat sikit



Huh??? 0.0"


Biar betul ni?



Jangan...???! 0.0"


TIDAK! BUKAN WEBSITE NI!!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
...lalu Kucing Serius menjerit....
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-



Sudah sampai satu tahap yang memang aku benci gila kat Government sekarang. Serius. Sampai banyak gila semua benda dekat internet dia halang. Apa kes beb? Kalau laman web Porn aku sungguh aku boleh terima dia block. Tapi,laman web sharing?

Apa kejadah nya dorang ni?

Benda camni la terjadi kalau dekat Putrajaya tu penuh dengan orang kerajaan yang buta IT. Harapkan minda first class dari rakyat,tapi first class apa macam ni kalau benda macam ni dia block itu ini. Lepas ni,boleh block Youtube pasal tayang movie,block Torrent semua,sharing file p2p apps pasal kononnya sharing segala barang dengan haram.

This is the Internet for goodness sake! The Internet is the own world itself. Ini kira dah melanggar hak asasi rakyat in using the Internet.

Kalau Menteri takut sangat kononnya nanti video dorang naik Piratebay,tak payah la buat setan. Sedangkan Facebook pun orang kerajaan kata kononnya RM1.8 Juta pasal nak maintain A SINGLE LIKE PAGE,apa diorang ingat kitorang ni bodoh?

Konon nak halang piracy. Ada banyak lagi celah nak support piracy,tapi ini je yang dia block. Apa kejadah? Baik block Internet terus. Ataupun,letak tapis Internet yang macam kat sekolah tu kat setiap Laptop. Memang aku bakar lah Putrajaya tu.



Panas ni,panas.

Saturday, June 18, 2011

Kucing depan studio.



Aku masa kat studio dulu,masa Part 1,setiap kali kalau lepak dekat luar, dok rilek rilek tengah malam,memang akan ada sekor kucing datang kat aku. Kucing tu comel gila. Sumpah comel. Dengan sihat betul badan dia,muka tembam,mengada ngada. Aku selalu buat geng dengan dia. Ye lah,tengah dok chill kat luar ambik angin sorang sorang,gerenti dia ada. Macam tau tau je aku tengah nak hilangkan tension.

Even seekor kucing,aku akan selalu try nak communicate dengan dia. Rasa macam dah buat member. Contoh

Kucing Serius: Sihat kau sekarang kan
Kucing: *brrrrr*
Kucing Serius: Asal laaa kau mengada sangat ni. Pijak kang *sambil main perut dia*
Kucing: *guling guling*. Meowwww


Bajet macam aku faham.

Sekarang aku rindu dia. Rasa macam nak balik UiTM sekarang,ambik kucing tu,bawak balik rumah. Geram. Serius geram. Comel sangat.

Kenangan Manis dan Pahit



Nampak tak gambar kat atas? Ya,ini bukan bini Najib ataupun bini baru Paklah,tetapi beliau lah Datin Tyka. Seorang Datin yang rajin berblogging,seorang sahabat masa berjumpa dekat gathering Sahabat Blogger. Yeap. Beliau buat contest la beb. Tu aku buat title ala ala tajuk karangan Bahasa Melayu SPM ni.

Okay cukup. Dalam banyak banyak kategori yang beliau bagi,aku pilih, Dalam Hidup.

Auzubillahiminasyaitonirrojim. Bismillahirrohmanirrohim.

Ehem ehem.


Gambar keluarga? Bagi aku,ni gambar keluarga aku. Seorang lagi takda pasal dia tak dapat datang masa ni.


Kalau nak bercakap pasal hidup,dalam banyak banyak pengalaman,aku nak pilih pasal kehidupan dekat Kolej Matrikulasi Selangor. Kenapa aku pilih tempat ni? Macam macam. Kat sini aku jumpa keluarga,aku jumpa maksud hidup,dan banyak mengajar diri ini pasal kehidupan. Serious. Kucing Serius. Walaupun aku keluar halfway which is selepas PSPM 1,tapi pengalaman sekentut tu la yang banyak mengubah hidup aku. Totally,ubah. Bukan 360 darjah,tapi lebih 720 darjah. Lu buat doughnut drifting pun tak cukup.

Mana taknya,di sini aku berkawan dengan pelbagai jenis makhluk. Skop sahabat tu dah terbukak lebih luas. Skop pandangan pun,lebih terbuka,pengalaman sendiri pun banyak yang aku dapat.

Semua bermula masa 10 Mei 2010, aku jejak langkah ke satu bilik AL1-T2-11,bersama dengan Farouq Zainol Kamal. Benda pertama yang kitorang borak, "Weh aku belum makan lagi ni. Lapar doh. Jom makan?"

Dan apa yang aku reply, "Aku makan asap je >:D" . Lalu dengan itu kitorang menjadi sahabat karib sampai sekarang. Birthday kitorang pun sama,sangat tak sangka. 24 March. Nombor IC yang awal pun sama lah kitorang dua. 920324. Sama sama kantoi rokok masa orientasi,sama sama support masing masing. Sama sama dating masa dulu. Aku panggil dia Mama,oleh kerana Payu Dara beliau yang besar.

Bila matriks ada shuffle bilik,classmate aku ,Scar dengan roommate beliau Bangkok masuk bilik aku jadi penduduk tetap. Penuh lah 4 orang roommate. Dengan itu, Scar dipanggil Papa pasal sifat kebapaan beliau,dan Bangkok sebagai Abang Long. Lalu bermula edisi keluarga bilik kitorang, The Dons Of La Uche Cabana.

Selain tu jugak,berkembanglah legasi keluarga dengan ketibaan member rapat kepada roommate,datang bilik,dan jadi penduduk tetap bilik kitorang jugak. Sampai satu bilik yang sempit tu,lengkap 18 orang. Katil ada 4 je,so satu katil share 4 orang atau lebih. Ada lagi yang tidur kat lantai.

Memang,truly kitorang hidup sekeluarga. Masing masing support member masing masing. Bila ada sorang roommate susah,kitorang tolong. Bukak puasa sama sama,picnic kat tengah Dataran,lengkap dengan lilin dan macam macam. Itu keluarga yang aku jumpa kat KMS.


Barney Poco Poco Dance. Sunday morning punya chill out kitorang. Dance by aku,rakam by Farouq


Kalau nak cakap pasal personal,tu lagi satu. 10 Mei 2010 jejak langkah,17 Mei 2010 segala berubah.

Aku dengan ex aku dulu,satu sekolah,masuk tempat yang sama jugak kat Matriks. Disangkakan semua indah belaka,rupanya dia main kayu tiga dengan kawan satu batch kat sekolah. Mana taknya kan,awek sendiri masuk tempat yang sama. Mesti expect gila best kot?

Banyak kali seorang lelaki ni kecewa dengan sumpah palsu dia bagi aku masa dekat Matriks tu sahaja.

Tetapi itu semua kisah lama. Aku dah post benda ni dalam bentuk kiasan,sendiri mau cari.

Pasal apa yang terjadi dalam soal personal aku,aku banyak belajar kot pasal soal love and relationship ni. Pasal tu aku tak suka gila gila kalau aku nampak perempuan cari lelaki lain masa balak dorang sibuk. Aku sendiri pernah jadi lelaki sampingan tu,masa tu jugak aku sound dorang. Dah ada balak,layan balak sendiri. Dorang bukan apa,sibuk cari duit,sibuk belajar,bukan sibuk menggatal. Perempuan pulak nak touching itu ini.

Masa tu la,masa aku tengah heartbreak gila vavi tu,ramai yang bagi support kat aku. Roommate aku especially. Hanya lelaki yang faham diri lelaki. Aku pun masa tengah gila serabut,kelas semua tak pergi,duduk je kat dalam bilik,diri serabut macam apa. Totally. Masa tu jugak aku start blogging. Update aku punya blog daily.

Aku apply UiTM dulu pun masa aku leleh air mata tak habis lagi pun. Lantak la korang nak cakap apa,yang penting,kalau lelaki dah boleh nangis,makna dia sangat besar.

Bila result UiTM dan PSPM keluar,istiqharah kata aku patut pergi UiTM. Aku pergi la meninggalkan semua tu,tapi yang paling terharu,roommate aku 18 orang tu,The Dons Of La Uche Cabana,semua tolong aku angkatkan barang barang semua letak dalam kereta. Ramai ramai hantar barang dalam bentuk tren. Ahaha. Sorang angkat hujung beg sini,sorang lagi angkat hujung sana. Then continuously sampai barang yang last. Dorang lambai kat aku masa tu,dengan support aku non stop sampai aku masuk UiTM untuk course Archi ni. Dari situ,aku mulakan hidup baru.



Totally hidup baru.

Aku duduk kat rumah,aku blog je masa tunggu masuk U. Masa tu lah follower aku naik. Masa tu blog aku mula dapat notice. Masa tu aku kemaskan balik blog aku,masa tu jugak lah penulisan aku makin matang. Tak ada dah shortform apa semua. Aku bangga dengan diri aku sendiri,aku dah jadi seorang yang lagi better dari dulu. Aku syukur sangat sangat.

Dan bila dah kat UiTM,hidup baru ni sangat bermakna. New friends,new life,new experience, and my new self.

Pasal tu aku bersyukur sangat sangat sekarang ni. Bila nak fikir balik sekarang ni,memang nampak obvious hidup ni sangat adil,sangat cantik Allah dah letak. Memang,dia bagi kita sakit masa dulu,tapi sakit tu pasal nak perbaiki diri kita. Sedar sedar tengok,tiba tiba diri nak dah jadi someone new. Seseorang yang jauh lagi better dari dulu.

Kalau tak kerana kejadian yang tak best dulu,tak mungkin sekarang ni aku tengah tulis blog,tak mungkin ramai bloggers aku dapat kenal,tak mungkin aku dapat Architecture,course yang aku memang nak sejak dulu. Tak mungkin aku hidup sebahagia dan sematang begini sekarang ni.

Tidak mungkin aku jumpa mereka yang aku temui sekarang :)

Friday, June 17, 2011

Angau,Cintan,dan Leleh.

Graf menunjukkan kajian mengenai bajet seseorang terhadap topup apabila dalam keadaan tertentu.


Angau

Apa bila waktu angau,adalah tinggi untuk seseorang berhabis habisan wang demi mengejar seseorang tu. Kalau diikutkan dalam bentuk topup,seseorang itu sanggup mengikat perut demi membeli topup untuk bergayut dengan pilihan beliau kerana angau. Angau je tau,belum couple lagi.

Manakala bajet untuk lain akan dikurangkan,seperti,barang mekap bagi perempuan (yang bukan jenis clown lah),gel rambut bagi lelaki. Lelaki ye la,mana taknya. Kalau habis ambik sikit member punya.


Cintan


Apabila dah tangkap cintan,atau couple,bajet untuk topup adalah diwajibkan bagi memastikan tahap contact yang selalu selalu nak ayang ayang bucuk bucuk sesama sendiri. Perhubungan menjadi sukar apabila seseorang itu tengah kering,dan pergaduhan mungkin sering berlaku pada waktu itu. Seiring selepas itu,mereka kembali ber ayang ayang bucuk bucuk sesama sendiri setelah berbaik semula,tetapi relationship mereka semakin matang dan stabil. Masing masing mula menerima kehidupan masing masing ketika dalam sukar ataupun penuh gumbira.


Leleh

Mungkin pada peringkat awal,diri itu masih tidak dapat menerima ketiadaan seseorang istimewa tu dalam hidup mereka,diri akan cuba nak contact jugak orang yang dah meninggalkan tu. Tak kira,cuba try call setiap malam,pagi,petang. Lalu bila sudah menerima,depresi diri akan berlaku.

Pada waktu leleh,seseorang itu akan mula menjadi separuh gila dan kurang stabil untuk meneruskan hidup. Lalu,topup akan dikurangkan kerana dunia luar akan menjadi sangat menyakitkan bagi mereka. Selalunya,manusia dalam keadaan begini akan duduk bersendirian,dan handphone cuma diguna untuk dengar lagu Ramlah Ram - Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu, Bumi Putra Rockers - Seribu Tahun Takkan Mungkin, dan pelbagai lagi lagu yang tangkap leleh.

Setelah berjaya melepasi sakit yang dialami,keadaan topup akan menjadi lebih stabil pada kadar belanja topup yang lebih rendah dari biasa.


Cuba korang fikir balik. Betul ke tidak? ;D

Thursday, June 16, 2011

Macam je kecik.

Malam semalam depa kata ada Twilight Lunar Eclipse. Memang kira aku berjaga tengah malam tengok bulan,macam burung hantu. Aku memang dah stok jaga malam kan. Sambil dok merapu dengan Gula dalam telepon tengok bulan. Syiok tau :D

Lalu bila tiba waktu tidur,bila rasa macam free gila pagi Khamis ni,aku dengan penuh enaknya tidoq pi kat tempat aku berkubang,dengan aircon penun nikmat. Lepas bangun subuh,ingatkan nak sambung tidoq balik. Hampir lena,tetiba aku dikejutkan dengan satu ayat

"Bie,bangun sat. Tolong drivekan kereta untuk Mak pagi ni."

Dengan wajah blur ditarik tariknya selimut kembali menutup wajah.

"Mak kata hari ni tak ada apa apaaaa. Tak ready kot,tadi tidoq lambat"

"Ye la,tapi tolong lah sat. Mak ada bla bla bla pot pet pot pet..."

Lalu ayat jawapan standard namun berkesan 100% untuk apa apa potpet diberikan,
"Ye mak."


Sepanjang aktiviti pagi tadi ekspresi muka aku macam ni.


Lalu aku dengan penuh mamai dan crack drive je lah kereta Mak berwarna kuning matahari itu.

Tadi time drive tu,aku redho je melawan kemamaian tahap maksima kepala aku ni sampai aku tak sedar drive tunggang langgang. Seb bek lepas tu pergi breakfast kat mamak kejap pekena Kopi. Nikmat sungguh walaupun mamak tak hensem. Cerah sikit mata.


Anneh. Roti Telur satu,Kopi O satu.


Aku terfikir lah. Kadang kadang zaman sekarang ni kan,bila dok blogwalking,asyik nampak cerita pasal laki hang,bini hang,awek hang,balak hang,anak hampa semua,macam mana nak tackle hati isteri,cara panjangkan kelelakian,etc etc. Tapi tak banyak yang cerita pasal mak hang,pak hang. Kalau ada pun mungkin time Mothers Day atau Fathers Day. Hari lain ada tak? Jarang kut aku nampak. Banyak lebih pasal info rumah tangga laki bini dari soal mak bapak.

Masa tu bukan apa. Ni bukan first time. Banyak kali dah. Cuma satu benda yang aku terfikir. Aku kesian kat Mak aku. Aku sayang dia. Dia dari kecik dok jaga aku macam apa,takkan la bila dia nak mintak tolong aku sikit jadi drebar je tak boleh,kan?

Kalau dia boleh jaga tengah malam jaga kencing berak aku masa bayi,takkan aku tak boleh nak lawan mengantuk aku sekarang ni just untuk dia?

Sekarang ada Kelab Taat Suami kononnya. Ada tak Kelab Taat Mak Bapak sekarang? Kalau ada,ramai ke yang nak join compared dengan Kelab Taat Suami tu? Sekarang ni,banyak anak yang derhaka lagi ada la. Pastu bangga,kononnya hidup depa lagi up dari parents dorang. Up up pun,hang keluaq dari depa jugak.

Yang parents zaman sekarang ni,pernah tak pikir anak korang cemana nanti bila depa dah besaq? Pernah tak pikir nanti hang dah tua cemana? Anak korang layan korang macam mana? Hang tak takut?

Aku takut doh. Kakak dan Abang Gemuk aku dah kahwin,dah ada anak. Tinggal Abang Kurus dan aku,Adik Encem ni. Dah la bongsu. Bila tengok anak anak buah aku,dan mak bapak aku,generasi yang sangat berbeza,buatkan aku terfikir masa depan aku nanti dah ada anak dengan Lisa Surihani nanti. Ish. Takut.

Aku pun bukan la anak yang baik. Tapi sentiasa cuba nak jadi anak yang baik.

Aku pelik,apa yang dok derhaka derhaka tu semua pikir eh?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...