.

Friday, June 24, 2011

Realiti,dan,Media.

Dua benda kontra macam ni orang Malaysia memang typically,bagi reaksi berbeza. Yeap. Realiti ni sememangnya benda yang berlaku sekeliling. Tapi kalau media,selalunya banyak auta lebih dari fakta. Makna taknya,semua yang nak ditunjuk semuanya buat buat. Bukannya betul betul,ye dak?

When it comes to reality,memang sangat tipikal kalau semua orang taknak ambik kesah,semua orang taknak ambik tahu,dan memang semua orang tak tahu. Banyak kot benda yang berlaku kat sekeliling ni yang memang orang tak sedar tengah berlaku around dorang.

Selalunya situasi yang kita tak tahu dalam realiti tu lah,orang ambik kutip buat drama,movie,atau sewaktu dengan depa. Pastu bila masuk TV,wayang,semua orang tak nak percaya. Kata depa "Alah,mana ada orang macam ni kat Malaysia. Menipu je lah".


Antara drama Melayu terhangat. Nora Elena dan hubbynya yang terlampau sweet sampai semua wanita Malaysia cayaq habis


Korang pernah tak tengok Pursuit to Happiness? Movie Will Smith dengan anaknya dulu pernah keluaq kat wayang. Tengok tak macam mana dia susah hidup dua orang nak survive?

Sementara korang tengah duduk dengan selesa ya amat depan laptop yang maha canggih tu,tengah baca post ni,korang sedar tak ada orang macam tu sebenarnya memang wujud kat muka bumi ni?

Pernah tak korang tengok movie Bohsia,KL Menjerit,KL Gangster,yang tunjuk banyak social problems rakyat KL yang kebanyakan tu agak melampau bagi korang? Korang agak,semua tu dalam realiti ada tak sebenarnya?

Korang tengok tak drama Melayu yang sememangnya sangat merepek bagi korang,yang korang rasa macam dalam realiti ni tak ada orang yang akan buat mengarut macam tu,dan sewaktu dengannya? Ada kan drama Melayu yang tunjuk orang Melayu kaya ya amat tapi perangai macam Setan? Kalau movie Syurga Cinta pun,bapak dia rilek je anak dia bawak girlpren masuk bilik. Kalau betul ada ke Melayu macam tu?

Pernah tengok Nora Elena dengan husbandnya yang sweet macam aku dan korang tertanya tanya wujud ke lelaki sweet macam aku macam Seth Tan tu kat Malaysia ni? Of course ada! Aku lah

Realiti nya,apa yang ditunjukkan itu semua sememangnya wujud. Nak deny apa yang media tunjuk adalah sangat tak munasabah.



Dalam realiti ni,ramai orang tak tahu benda tu sedang berlaku sekarang ni,at least masa kau tengah baca blog aku ni pun,ada je benda benda macam kat TV tu tengah dok jadi. Yeap.

Kenapa aku nak auta sangat kata semua ni wujud?

Aku ada banyak kawan,dan dorang banyak share pengalaman dorang dengan aku. Kawan aku pulak muncul dari macam macam golongan,macam macam jenis makhluk,dari kucing hingga manusia. Orang susah,orang kaya,orang Melayu terakhir,orang Melayu lupa diri,macam macam. So from there,banyak view aku terbukak luas pasal dorang ni. Banyak benda yang aku uncovered,saksi apa semua,yang memang benda aksi aksi dalam wayang ni selalunya wujud.

Aku masih tak faham kenapa orang yang sempit akal pemikiran memang habis habisan deny semua benda macam tu tak ada. Selalunya orang Government la. Dari situ,semua orang yang kat bawah ni pun sama ingat,yang rakyat Malaysia ni semua baik baik,aman damai,hidup sejahtera dan bahagia,satu Malaysia lah etc etc. Padahal,realiti,memang pun kita macam tu,tapi masih ramai yang orang tak nampak sedang berada dalam kesusahan dorang,kesakitan dorang,situasi dorang. Dahlah kita orang Malaysia ni ignorant.

Aku tadi baru dapat tahu,mak aku story mory pasal kawan dia. Ada sorang anak Millionaire yang aset beratus juta tapi RM10 pun taknak bagi kepada seorang makcik yang kesusahan,yang pernah jaga dia dari kecik sampai besar. Makcik ni yang jaga dia lebih dari ibu dia sendiri yang usahawan tu. Bila usahawan tu meninggal dunia,habis makcik tu diabaikan terus tak ada duit. Usahawan tu dengan Makcik tu BFF. Masa tu memang banyak dia tolong. Tapi bila dah takda,Makcik tu terus jatuh susah. Si anak usahawan tu taknak pun bagi hulur sikit tolong. Bila rasa nak guna,baru dia amik Makcik tu. Tu pun duit apa sikit tak bagi. Yeap. Memang truly ratusan juta aset dia. Aku pernah tengok rumah dia sendiri. Melayu.

Tengok kan? Kejam kan dunia ni? Macam drama Latin pulak lah kan? Macam Rosalinda,La Intrusa,semua yang tunjuk tunjuk masa zaman muda muda dulu. Ni baru contoh satu situasi. Banyak lagi yang ada.

9 comments:

I do I need Iman said...

nora ellena dgn kucing tue tahan.
ko ne kan. leh pidato.serius!.sokong!

Syarifah Ashikin said...

hahahahhaa.. nora denga kucing tuuuuuuuuuuuuuuuuuu...

BloomSyaz said...

LIKE

[muaz] said...

kalau tak tahu tu takpe lagi, yang taknak ambik tahu tu. sumpah jengkel. heish!

Kucing Serius. said...

Mawar. Ahaha. Mana ada pidato. Aishh. Cambest kan kucing dgn nora? Ahaha

Kucing Serius. said...

Syarifah. Hahaaaa kenapa?

Kucing Serius. said...

BloomSyaz.thanx ;)

Kucing Serius. said...

Muaz. Kau tau takpa. Yang taknak ambik tau sngt annoying gila kot. Aish. Manusia manusia.

epal92 said...

kau saja nak perli aku apa.haishhh =__=

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...