.

Sunday, June 26, 2011

Nak sangat lelaki macho.

Ada apa dengan macho? Kenapa seorang lelaki kena sangat nak belajar jadi lelaki yang macho? Kenapa seorang lelaki tak boleh nak gedik gedik dengan perempuan? Kenapa seorang lelaki kena control macho dengan wanita,dengan gf dorang,dorang semua orang sekeliling?

Adakah menjaga standard? Nak jaga tahap kelelakian? Kononnya bila macho tu nanti burung mereka boleh menjadi besar? Cenggitu?

Okay.

Aku terbaca ada satu entri masa blogwalking. Dan macam biasa,bukan aku suka membantah,tapi aku nak letak sikit pandangan yang lagi mendalam,berpegang pada realiti.

Ini adalah apa yang beliau post.

1. membantu orang-orang tua atau yang OKU depan perempuan yang cantik a.k.a awek korang .
2. Jangan merendah-rendahkan martabat seorang wanita . Sanjungi mereka .
3. jadi pendiam , mesti perempuan kata , " tengok lelaki tuh machonya" . kuikuikui .
4. Jangan penakut nak bercakap depan wanita .
5. Sentiasa berpakaian kemas dan macho .
6. Jangan gedik depan wanita.
7. Tolong wanita angkat barang-barang mereka walaupun ianya sangat berat . muahahaha!!!
8. Sentiasa kata kat wanita yang dengan kata-kata yang serius ...erkkkk !!!
9. Sentiasa cerita tentang hal-hal yang mendewasakan seseorang lelaki .
10. Tegur wanita secara berhemah .


Yeap. Banyak betul dia cakap. Cuma aku sangat sangat sangat tidak bersetuju dengan nombor 1,3,5,6dan 8.



Nombor 1.

Kenapa kena depan wanita je? Lelaki sejati? Kena sejati depan wanita je ke?

Seorang lelaki sejati,dia memang akan sejati dengan semua. Tak kira lah orang tu Pakcik ke,Makcik ke,Lelaki ke,Pondan,Perempuan,Adik kecik,Lisa Surihani,dan macam macam makhluk lagi. Aku repeat sekali lagi. Macam macam MAKHLUK lagi.

Kenapa Makhluk? Adakah kerana aku ni Kucing Serius,jadi mereka kena berbaik dengan kucing?

Seorang lelaki tu hanyalah lelaki sejati kalau dia memang dah sendiri yang gentle dan sangat baik dengan semua tak kira apa jenis makhluk pun. Contoh la kan,kadang kadang,bila sorang lelaki tampan kacak bergaya macho, sepak kucing yang Maha Comel lelaju,adakah itu seorang lelaki yang sejati? Oh tidak. Sangat bukan lelaki sejati. Sangat tidak gentle.

Kalau kucing pun dia sepak,korang apatah lagi? Ye dak?

Berbalik dengan nombor 1 kat atas tu,dia cakap,depan wanita. Kalau depan wanita je nak baik,tapi dengan orang lain macam haram,nampak sangat tu lelaki hipokrit. Tak guna nak buat laki.

Sesungguhnya orang macam tu memang sangat bahaya nak didekati.

Nombor 3.

Jadi pendiam nanti nampak macho? Kalau muka pecah rumah,tapi duduk diam,nampak macho tak? Lainlah kalau muka macam Seth Tan. Tak kira dia bising pun semua perempuan akan cair jugak. Pasal apa? Pasal dia dah macho pun.

Tak perlu jugak nak control control ni kalau nak jadi lelaki sejati. Perlukah diri ni duduk diam tepi longkang dengan muka gaya bajet untuk digelar macho? Sungguh tidak.

Akal wanita dah maju dah zaman sekarang. Nak control control macho ni zaman dulu punya kepala. Zaman hero Broery Marantika.

Nombor 5.

Sentiasa berpakaian kemas dan macho. MACHO lagi?? Okay. Senang cerita,kalau nak dapat awek yang boleh hipokrit dengan korang bila in a relationship,dipersilakan untuk bermacho-macho-an dalam pakaian ni. Kalau pakaian kemas,tak apa. Sangat bagus. Kemas tu pulak,subjektif ikut penampilan dan personaliti korang. Tapi nak berpakaian macho,sangat tak sesuai.Kalau kemas pun,tak kira awek tu hipokrit atau jujur,dorang tetap akan suka dengan kekemasan korang.

Bayangkan kalau badan macam Osman Kering tapi pakaian nak pakai ala Seth Tan? Tak ke mimpi ngeri?

Kemas tu,jangan lah nak kemas berjambu pulak. Tiba tiba pakai kemas warna pink. Kemas pun,bukan suruh nak nampak skema atau apa. Sekadar nampak,kemas dan mantap mata memandang.


Tengok. Rambut panjang,sikat kemas. Janggut ada,trim kemas. Pakailah macam mana pun,asalkan nampak kemas. Faham tak?


Kemas menunjukkan gentle. Kalau pakai baju sengaja nak nampak macho menampakkan sifat player.

Nombor 6.

Jangan gedik depan wanita. Gedik macam mana ek? Kalau perempuan,selalunya dorang ni lagi terima kalau dorang ada jumpa mamat yang gedik gedik sikit ni untuk buat kawan. Senang je. Bila gedik sikit,perempuan rasa seronok nak kenal. And then bila dorang dah mula start kenal,masa tu lah yang nak tonjolkan diri gentle lelaki yang sebenar. Gedik dalam lelaki,penting kot. Bila dorang tengah bosan dengan sikap lelaki korang yang macho sangat tu pun,lelaki boleh gedik gedik just to have fun,nak hidupkan balik suasana yang mati pasal kemachoan terlampau tu. Macho dan handsome tapi tak gedik macam Prince Charming dalam cerita Shrek,seronok ke perempuan tengok?

Cuma tak payah lah nak gedik melampau,sampai perempuan pun boleh rasa nak suapkan kasut tumit tinggi dalam mulut korang.

Banyak persepsi salah lelaki bila kata lelaki kena selalu sweet sweet,selalu romantik,selalu macho macho,tak boleh gedik,bila dengan wanita. Selalunya lelaki yang tak gedik dengan wanita adalah lelaki yang ego tinggi melangit. Tinggi dari segalanya.

Tak percaya? Try cari pasal dengan dorang,then perempuan cubalah jangan mengalah dengan dorang. Percayalah,lelaki tu tak akan mintak maaf even tu salah dorang.

Kononnya nak jaga status,lelaki sejati tak akan mengalah.

Nombor 8.

Kata kata yang serius? Perempuan adalah makhluk yang sangat kurang stable. Terpulang kepada lelaki untuk handle perasaan depa. Kalau dah sayang depa,mestilah nak tengok dia happy kan? Happy ke dorang kalau korang cerita je pasal benda benda serius bila dating,bila bergayut,apa semua?

Dan bila perempuan dah bosan,sayang dorang pun akan kurang dan kurang dan kurang. Pastu,aku taknak cakap.

Okay,serius tu memang penting,tapi wajib lah selit humour dalam keseriusan anda tu. Perempuan sangat suka macam tu. Benda benda serius ni selalunya best kalau dikaitkan dengan bab gedik tu. Bukan gedik gay atau lembut tau. A spark will always be created from that dan nanti perempuan memang akan suka. Memang nampak obvious yang kau boleh serious,dan kau boleh bawak bergurau. A good combination,dan meningkatkan hormon mengawan seronok wanita.

Zaman control macho sudah berakhir. Sekarang zaman lelaki yang fun,gentle,dan hormat wanita. Bukan takut pada wanita,tapi sekadar hormat wanita. Sekarang perempuan susah apa nak cari lelaki macam tu,kan? Lelaki dah la tinggal sikit. Senang nak kawin 4. Biarlah lelaki yang baca post ni jadi lelaki macam tu.

4 comments:

Ifti Larina said...

statistik kt blog smbang kemas kalau tak silap ada cakap lelaki sbenarnye lebih banyak dr wanita kt mesia ni. hoho mentaliti kita je yg assume mcm tu sbb kebanjiran wanita di ipta2? agaknye lah. hohoh soo takde alasan nk kawin 4 yeee #tetiba

ikafantasi said...

lelaki macho memang membosankan ar kalau list yg tu adalah benar...

haikalblank said...

hahaha memang banyak yang tak kena tuh..keh3...

perempuan sekrang lebih terbuka, dan lebih cenderung pada ciri - ciri funny, kemas, ayat manis, gedik tahap awal, bertanggungjawab, ada ekonomi(duit), pandai dan matang pemikirannya.

paling susah nak carik lelaki yang otaknya matang.

*gaya macho, tacing macam sial. tuihh!! HAHAHA

sYafIk-wAy said...

hahaha , entry ak kurang lengkap

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...