.

Monday, June 27, 2011

Berfikiran terbuka. Apa?

Baca dulu sampai habis


Tadi aku ada baru baca sebuah blog,dia dok potpet potpet pasal soal agama dengan penuh kekesatan. Apakah? Apakah ini semua?

Aku terfikir,memang apa yang dia cakap tu banyak yang betul. Soal agama ramai yang orang bawak menyeleweng. Bila orang beragama Islam tu sendiri orang mengenakan upah apabila berdakwah,etc etc. Aku mengaku,ada benar apa yang dia cakap. Tapi,setelah dibawak pundek apabila berkata kata pasal soal agama,boleh ke diterima?

Ini mesti stok Melayu Islam yang sekular. Tipikal sangat. Pemikiran menjadi terlalu sempit akibat sekulariti yang menguasai minda secara melampau.

Bila aku nak drop komen pun,aku cuma nampak ada dua jenis puak yang ada kat situ. Satu,orang yang menyokong membuta tuli,dan dua,orang yang guna ilmu agama yang konon tinggi untuk patahkan beliau dengan kata kata menggunakan hujah semata mata.

Bagi aku,dua dua puak ni sangat tak munasabah. Dua dua pihak,akal fikiran adalah sangat sempit.

Untuk cakap pasal berfikiran terbuka,izinkan aku start dari awal.



Sekarang kan,dalam hidup yang sekular macam zaman sekarang ni,ramai orang beranggap berfikiran terbuka tu,sekadar mampu nak cakap lucah semata mata. Adakah? Sungguh tidak. Adakah berfikiran terbuka ni,kena bercakap mengenai sesuatu yang menentang agama? Kena buat sesuatu yang yang against the religious laws?

Ni persepsi yang sangat salah. Dan persepsi macam ni yang terlampau ramai sangat orang Malaysia pegang sekarang ni. Pasal tu orang Barat pandang rendah kat kita sekarang ni. Kita je perasan open minded bila ikut dorang itu ini. Sangatlah annoying. Sumpah,annoying.

Aku memang pernah berjumpa dengan orang yang open minded,diorang claim lah macam tu. Tapi bila digodek godek balik,open minded taik kucing serius sahaja. Apa yang dorang selalu buat,semuanya cuma tunjuk sikap lucah,asyik bercakap pasal benda benda yang tak patut,buat benda semua entah apa apa. Adakah perlu begitu kalau bersikap open minded?



Berfikiran terbuka ni,atau Mat Saleh panggil open minded,bermaksud menerima semua perkara secara terbuka. Sama ada baik,atau buruk,when it is a statement,dorang akan terima. Kalau nak bantah,bukan bantah secara emosi,tapi menggunakan fakta. Sama ada fakta sains,fakta dari Al-Quran,tak kira apa pun lah. Asalkan fakta,bukan auta.

Memang,bila open minded ni,yang commonnya sekarang,kalau orang nak cakap pasal topik terbuka macam soal blue pun,kita terima je lah kan? Tapi kalau cakap pasal soal agama,dorang susah sangat nak terima. Tu open minded ke? Tak. Sungguh tidak. Tu cuma berfikiran sempit dan sangap tak habis habis.

Mana taknya,dah lah sempit,nampak pasal sangap je. Pastu claim itu open minded. Adakah? Buduh,sangat buduh.

Memalukan diri sendiri,dan menunjukkan kesempitan akal tu sendiri macam mana.



Bila berbalik dengan topik atas pasal minah bajet-cool-kalau-cakap-pundek-pundek tu,bagi aku,ini salah seorang yang sangat sempit jugak pemikiran dia. Memang,dia nampak kesalahan certain certain orang bila salahguna agama untuk keuntungan,tapi dia nampak tak silap dia sendiri? Nope. Dia lagi bangga menggunakan gaya dia macam tu.

Kalau tengok dari sudut orang orang yang komen pulak,puak menyokong nya pun sememangnya sangat sempit,pasal tak nampak apa salah dia kalau ikut segi hukum agama. Even fakta dia betul,perlukah just gelak gelak setuju dengan dia tengok dia tak hormat agama sendiri?

Yang satu puak lagi tu pun,bagi hujah bertimbun timbun pasal soal agama. Yeap,point dorang semua memang betul. Tapi mampukah hujah hujah bertimbun tu dapat patahkan hati seorang sekular yang dah sempit dah keras macam tu?

Come on. Aku pernah jadi jahat dan aku pernah jadi baik. So aku faham sangat apa dua dua side rasa. Aku tahu apa yang dua dua side nak. Semua itu adalah sangat tidak wajar,dan tidak munasabah.

Susah gila nak cari orang yang open minded betul betul open. Orang yang mampu memberikan pandangan superb dan bukan yang sekadar tipikal dan sarkastik semata mata. Orang yang mampu beri pandangan dari semua sudut,360 darjah,dan bukan dari satu sudut je. Gila bosan kot kalau orang bagi benda tipikal.


Abaikan muka beliau yang tak hensem


Contoh,kalau dari satu pihak,kata "Couple itu haram". Boleh tak bagitau secara detail dari pengalaman MERASA sendiri? Orang yang main cakap je macam tu mana pergi dalam dalam. Tengok dari luar je tapi dah cakap banyak. Dorang tahu tak macam mana situasi sebenar bila orang tu bercouple?

Ada satu pihak cakap "Ikut la sangat agama agama ni,tu semua zaman dulu laaa", ataupun "Bertudung,berhijab tu semua zaman dulu. Sekarang dah tak relevan dah,zaman moden". Nampak tak betapa sempitnya akal pemikiran dorang? Akal cuma tertumpu dengan gaya sekular Barat yang kononnya maju sangat pembangunan dorang. Kononnya ikut dorang,memang akan maju. Kepala hotak depa. Majukah sangat kalau akhlak lagi rendah dari tahi kucing? Majukah sangat kalau menolak agama ketepi?

Tolonglah buka minda tu 360 darjah,paling kurang. Kalau lebih lagi bagus. Tolonglah. Tolongggglahhh. Sungguh aku menyirap dengan mereka yang akal sempit.

Kalau setuju tolonglah like kat bawah ni. Aku nak tengok berapa ramai yang setuju.

9 comments:

Namee Roslan said...

benda ni simple je. bagi aku semua org boleh bagi pendapat tp x semua yg sehaluan. u can say about agama, lucah ke, or any sensitive issue...tapi kadang2 tu kena stay alert dgn sensitivity org lain. even ustaz yg bg ceramah pun dah mcm salah gunakan job dia bila bicara tentang politik dalam ceramah. kalau nk ckp psl politic xpe, ni kutuk sana kutuk sini. tak bagus gitu dongg..

kalau tak sependapat then pihak lagi satu mesti cakap, ah kau ni narrow minded macam taik. same goes to the other party :)

so benda ni sgt susah sebenarnya, btw, well written :D god job bro.

wey, jemput baca entry saya juga :D

Kucing Serius. said...

Well,itu yang cuba nak disampaikan sebenarnya. Bila tak sependapat,orang akan cakap macam tu. Ye kan?

Dalam entri ni guna contoh pasal dua pihak atas tu. One part dok potpet pasal this one,and same goes to the another.

But,betul ke both parties actually really consider the whole 360 view,from every angle?

Not really. That is what im trying to highlight. People do not comment from a side where they view things from every single point. They only consider from one point only.

Thanks comment anyway :D

muaz syamil azizan said...

it takes a HYBRID to decide relevantly

Kucing Serius. said...

EXACTLY!!!

Haikal Blank said...

keh3.. kadang lebih cerita dari hakikat. Nak mengajar tapi tak mengalami. Nak memimpin, tapi tak menghayati.

Khulafa' ar-rasyidiin pun turun menyamar sebagai rakyat biasa secara diam2 untuk merasai sendiri kesusahan dan kehidupan sebagai rakyatnya, inikan pula kita yang bodoh ilmunya tak ke mana ni kan...

Nak ubah apa - apa, cara kena baik.

*bila mengajar sesuatu, penjelasan pro n kontra kena ada. tunjukkan jalan, jangan menutup jalan sedia ada. :)

Ghab Van Hal said...

bro, pada pendapatan aku, dioang ini bukan sempit. diorang ini just mengenepikan agama dalam hidup diorang. diorang ini x ingat ke ustaz diorang pernah cakap segala apa yang ada dalam Quran itu relevan hingga ke akhir zaman. semoga diorang lebih terbuka dalam mengenali islam dengan lebih dekat lagi.amin..=)

Kucing Serius. said...

Haikal. Setuju sangat2.

Kucing Serius. said...

Ghab. Kalau pikir pikir balik dalam dalam,it will go back to the root itself,yang tertanam dalam kepala otak dorang. Which is,berfikiran sempit.

Kalau diorang open,kenapa dorang tak ambik consider soal agama dalam hidup?

Memang dah berlambak ustaz zaman sekarang ada explain. Tapi,adakah seorang ustaz tu explain sedalam dalamnya,apa penghayatan dia dalam zaman sekarang ni? Bila tak ada,tu anak murid dia pun turut tak terbuka. Pasal,ustaz pun bagi jawapan tipikal kepada anak murid.

Lagipun,kalau seseorang tu open,dia akan ambil kira semua sudut tak kira apa. Sudut agama ke,sudut sekular ke. Tak kira. Asalkan dari semua sudut. Baru dorang nampak macam mana.

And yeap,smoga dorang lebih terbuka towards Islam. Amin. :)

.::: mr IQ :::. said...

ada benarnya...
namun yg sy rasa x kena...

"Contoh,kalau dari satu pihak,kata "Couple itu haram". Boleh tak bagitau secara detail dari pengalaman MERASA sendiri?"

adakah perlu kita buat maksiat dulu, baru kita boleh ceritakan maksiat tersebut... tidak semestinya... Jika arak itu haram, maka perlu ke kita minum arak?, baru pengisian yg kita nak sampaikan tu 'sesuai' dgn zaman skrg?

sila faham islam betul2... jgn main sentimen je... please.. :)

(org skrg pandai menegur ustaz2, namun x reti nak ubah diri jugak) :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...