Sekarang ni,harga Astro dah naik. Pakej makin bertambah. Ramai orang nak boikot. Kenapa kena boikot?
Ni ada petikan sikit.
KUALA LUMPUR-Kempen pemboikotan Astro bermula hari ini apabila lebih 70 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diterajui Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyeru tiga juta ahli dan penyokong mereka supaya tidak membuat pembayaran bil selama tiga bulan berturut-turut ke stesen televisyen berbayar itu.
Arahan itu turut meliputi pemboikotan terhadap barangan dan pengiklan yang mengiklankan produk mereka di stesen televisyen berkenaan.
Langkah ini diambil setelah amaran dan rayuan yang dibuat sebelum ini dipandang sepi oleh Astro malah stesen itu dilihat semakin angkuh mempertahankan pendirian mereka.
Pengerusi Majlis Penasihat PPIM, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak berkata, walaupun tanpa Astro, pengguna kini masih boleh beralih kepada perkhidmatan Unifi dan juga perkhidmatan menggunakan aerial seperti yang wujud selama ini.
” Kita tak mati tanpa Astro, kita juga bukan nak bermusuh dengan mereka, tetapi kita tidak mahu mereka sesuka hati menekan kita dengan pelbagai bayaran seolah-olah mereka mempunya kuasa mutlak untuk berbuat apa saja sehingga sanggup mengetepikan pandangan pelanggan, termasuk arahan daripada kerajaan sendiri.
” Astro jangan pandang remeh kempen ini kerana kita pernah berjaya dalam kempen pemboikotan beberapa barangan sebelum ini dan kita akan membuktikan sekali lagi ‘kemampuan’ kita pada stesen televisyen terbabit.
” Sekejap lagi kita akan mula menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) kepada semua ahli , kempen ini akan berkuatkuasa sehingga Astro akur pada permintaan kita” tegasnya.
Tunku Azwil menambah, dengan memperoleh keuntungan sehingga RM800 juta pada tahun kewangan yang berakhir pada 2010, tidak ada sebab untuk Astro terus menekan pelanggan mereka dengan caj yang melampau.
Astro baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan melakukan pelarasan terhadap pakej yang ditawarkan berkuatkuasa 11 Julai ini dengan harga langganan diselaraskan bergantung kepada pakej pilihan pelanggan.
Sesetengah pelanggan mungkin mengalami kenaikan sekitar RM1 hingga RM15 sebulan, manakala yang lain pula akan menikmati penjimatan RM4 hingga RM14.95 sebulan.
Bagaimanapun notis mengenai kenaikan bayaran perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Astro kepada pelanggannya dianggap tidak sah kerana tidak mendapat kebenaran dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terlebih dahulu, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Dalam perkembangan yang sama, Tunku Azwil berkata, usaha licik Astro juga jika tidak dibendung, akan membunuh masa depan industri penyiaran negara.
” Untuk pengetahuan anda, Astro mengenakan caj iklan yang rendah kepada syarikat yang ingin mengiklankan produk mereka, iaitu sama dengan kadar iklan stesen radio.
” Caj ini sudah tentu tidak boleh ditandingi oleh stesen televisyen tidak berbayar seperti RTM dan TV3, akhirnya pengiklan akan lari ke Astro secara perlahan-lahan dan kesemua stesen televisyen percuma ini pasti akan mengalami kesukaran untuk bertahan,” ujarnya.
Mengenai pandangan yang mengatakan pihak Astro terpaksa menaikkan kadar cajnya disebabkan program berkualiti yang disediakan, Tunku Azwil berkata, ia bukanlah alasan untuk menambahkan beban.
Ujarnya, jika itu dijadikan alasan untuk menaikkan harga, ia ibarat satu ‘ugutan’ kepada para pelanggannya.
” Kepada kerajaan, tolonglah bela hak pengguna kerana kita dah ada pelbagai akta seperti Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
” Pengguna muak dengan gelagat Astro yang sudahlah memonopoli pasaran hampir 20 tahun lamanya, mereka juga bertindak berlawanan dengan semangat 1Malaysia iaitu rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan,” ujarnya. – OlehSYAHRIL A. KADIR
Kenapa aku bantah benda benda boikot macam ni?
Korang dah guna,korang ikut je lah. Kenapa korang nak menggelabah gila boikot itu ini? Lagi satu,charge Astro memang akan mahal kalau korang apply pakej melampau. Tu je. Memang Astro ada banyak saluran,dan kebanyakan saluran dia semua adalah sangat berkualiti. Nak dibandingkan dengan ekonomi dan teknologi Malaysia yang sekarang ni,caj Astro dah kira cukup berbaloi sangat dah.
Ramai yang complain,kononnya astro tu mahal,macam macam. Pernah minum Starbucks tak? Apakah itu Starbucks? Minuman yang mahal teramat. Harga? Rm15 satu cawan. Tapi feeling dia bila dah minum? Sumpah puas hati,best,sedap,macam macam. Sama lah dengan Astro. Kalau tak mampu,jangan apply. Astro tu memang bukan satu keperluan,tapi dah boleh consider,kemewahan.
Kemewahan tu wajib ke apply?
Rumah aku sendiri,dulu ada dua Astro. Satu atas ,satu bawah. Bila Mak Bapak aku dah pencen,kitorang dah mula tak mampu nak bayar dua Astro. So,satu Astro dah terminate. Sekarang tinggal satu je. Itu pun sekarang ambil Basic Pakej je. Semua pakej movie tu apa tak ada. Jimat je. Sangat berbaloi.
Orang yang boikot ni,main guna je tahu. Sama la macam nak minum Starbucks,nak minum San Francisco Coffee,tapi complain mahal sambil menghirup kopi tu. Marah kat cashier tu pasal letak harga tinggi for just a cup of quality coffee. Tak ke bodoh?
Astro tu pun syarikat yang ada asas belanjawan dia sendiri. Banyak channel international diorang nak serve sendiri. Kalau nak compare dengan local media,Astro jauh lagi berkualiti. Perumpamaan dia macam nescafe kedai mamak yang mamak tak bancuh betul,dengan coffee dari Starbucks. Mana lagi puas hati?
Kalau tak mampu,tak payah la guna. Rumah aku sendiri pun tak mampu sangat nak bayar Astro dah sekarang. Tutup dah satu account. Yang ada pun guna basic je,tak ada nak ambil pakej movie,news,apa semua. Memang lah,asalkan ada jugak la entertainment. Itu pun dah puas hati. Bersyukur je lah.
The local media tu pun sucks,jadi batu api. Especially TV3. Bila TV3 buat tahik,pandai cover teramat. Taknak cerita. Bila Astro buat sikit,TV3 bukan main jaja cerita pasal Astro. Standard Melayu. Pantang nampak orang lain naik sikit,asyik nak menjatuhkan je tahu. Bukan nak perbaiki diri.
Lagi lagi lah bila pengiklan lari dari RTM dan TV3. Pasal apa? Local media banyak tak berkualiti. Pastu bila orang lain naik,sibuk nak menjatuhkan.
Sangat memalukan bila PPIM tunjuk ceteknya akal dorang dalam hal ehwal macam ni. Benda soal TV pun nak boikot itu ini. Itu semua minda orang kelas ke 3. Memalukan.
5 comments:
boikot jela
ak hidup jee pon tade astro.
tade tv pon hidup lagi
tade lektop baru tak hidup. haha
pic tucing comel... hehehehehehehehe.. tengok tv...
hak individu...tapi aku rasa tak perlu boikot kot. this is business matter. macam Maxis pun, aku pernah guna broadband dia, banyak sgt extra charges..n mahal berbanding celcom n digi...tapi xkan lah aku nk boikot Maxis plak. hahah. aku terus terminate je. so diorg yg hilang customer. so kita tak rugi apa pun..
betul lah, kalau minum air mahal2 pastu complaints mahal..itu bangang lah. kalau xnak mahal...sendiri muhasabah diri lah. tgk channel basic je..TV3 pun dah mcm2 cerita dah bg aku...
Mawar. Huu. Tak perlu lah boikot. Just kalau tak perlu,terminate je lah kan?
Namee. Exactly. Betul sangat sangat. Itu yang cuba disampaikan. Dorang ni taknak muhasabah diri. Tak perlu lah kan nak boikot boikot ni.
Post a Comment