.

Wednesday, June 29, 2011

Kejadian menyebabkan kekeluan lidah dan jari.

Tadi aku nak draw duit. Beratur panjang gila dekat ATM Maybank di Esso Bukit Rahman Putra. Target aku nak draw situ,senang. Habis draw terus beli topup.

Di hadapan aku,ada seorang Pak Cik tua,berketayap,memakai baju kilang. Baru pulang bekerja gamaknya. Nampak jelas kepenatan dia. Kenapa seorang pak cik tua masih bekerja kilang? Aku tidak pasti. Namun,nampak wajah mengharap yang tinggi dalam reaksi beliau.

Barangkali hujung bulan,masing masing mengharap kemasukan gaji.

Setibanya giliran dia,mata nakalku menjeling pada skrin tu dari jauh. Hanya terlihat nombor digit RM2.50 didalam akaunnya. Jelas kekecewaan terpampang di raut wajah nya dan gerak geri. Dikeluarkan kad ATM dan dibawa pulang diri itu dengan serba keletihan.

Aku terdiam.

Setelah tiba giliran aku,aku draw duit,beli barang,dan pulang naik kereta. Lalu aku terlihat Pak Cik tua tadi berjalan kaki seorang diri menghala ke sebuah kawasan perumahan.

Aku terdiam sekali lagi. Abang kurus ku yang drive. Tidak mampu aku untuk memintanya berhenti.

Sesuatu perasaan yang lain macam menyelubungi diri aku sejak aku nampak tadi. Aku tak pasti apa. Aku nampak harapan,kekecewaan,kehampaan. Semua berlaku dalam sekelip mata. Macam macam aku berfikir. Non stop. Sampai sekarang. Terdiam,terkelu.

Itu bukanlah sekadar harapan biasa,atau sekadar harapan seorang pekerja. Wajah tadi aku nampak tu,nampak sangat ini satu harapan yang sangat besar. Besar sangat. Begitu bermakna untuk dia.

Namun,hancur bila dalam sekelip mata.


Selalunya,kesusahan diri kita dirasakan problem yang paling susah di dunia kan? Kita tak terfikir pulak kesusahan orang lain macam mana. Bersyukur lah dengan hidup kita ni. Dah dapat baca satu petikan blog pun dah cukup bersyukur dah. Pasal apa? Orang lain tak ada laptop,tak ada elektrik,untuk bukak blogspot. Tapi kita yang hidup dah serba indah macam ni pun,ada lagi yang tak bersyukur.

Hidup jangan sentiasa kejar yang lagi senang. Lihat mereka yang susah tu juga.

7 comments:

cik najihah said...

kesiannye..

I do I need Iman said...

terigat balek tyme ak buke atm bank islam dulu dulu.
ade 10 hggit jee.;) cmtueelah perasaanye!

Kucing Serius. said...

Cik Najihah. Kesian kan? Mungkin dia tengah mengharap nak draw duit untuk belikan makanan untuk keluarga dia. Tetiba tak dapat. Aish. Aku,tak tahu nak fikir apa.

Kucing Serius. said...

Mawar. Kau bukan nak sara anak pun lagi weh. Ahahaha. Berbezaaaaa

@taufiqhelios said...

ok..aku insap baca nih..sedih woo...ak pon gaji tak masuk agi gak ni..acane? meh tlg sedekah kat aku ley? :)

SheyPull said...

kite susah...ade org lagi susah dari kite...


JOM singgah blog saya nak...Eh!! emial ke hape neiwh? geli i tgok ok!!!

[muaz] said...

aku baca pun meremang weh. aku rasa kalau ko tambah 2 perenggan lagi aku dah nangis dah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...