.

Monday, February 28, 2011

Mati mati aku ingatkan,

Dulu depa kata,kalau masuk architecture ni konpem nanti kahwin lambat. Gila apa. Memang,aku sangat di-pyscho macam gila kat sini. Depa semua kata masuk archi memang habis teruk,boleh kahwin after ambil master je. Pendek cerita,orang selalu sound aku, "Kalau nak jadi Arkitek,kahwin lambat,tua cepat". Pasal kalau ambil degree BSc Archi je,memang susah nak survive kata depa. Ye lah,gaji jadi Assistant Architect je dapat cinonet RM2K je. Macam mana aku nak sara mak aku,beli rumah sendiri,kereta BMW sendiri. Tapi padahal,sebalik cerita tu,senang je nak naik kalau skill bagus. Skill tu aku kena sharpen sekarang. Aku tak kira. Aku nak mantapkan skill aku semantap yang mungkin! Oleh itu,assignment aku kena siapkan sekarang! Maksud aku,lepas habis blog ni. Bajet kan?


Ini entah sapa sapa entah. Aku google gambar arkitek tapi tiba tiba dapat muka dia ni.


Itulah,dengan sekejapnya ilmu aku dapat dikala sedang hisap rokok bersama senior senior tua yang selalu lepak belakang studio aku. Aku panggil port rokok aku,"Laman Idea". Walaupun orang pandang benda tu negatif,pasal hisap rokok,tapi bagi aku,banyak sangat kegunaan dia. Manfaat in relationships and ideas. Serious doh. Merokok ni telah membantu hubungan aku dengan senior. Sambil merokok je macam macam maklumat aku boleh exchange dengan dorang. Nak tak nak pun,dorang akan share even sedikit ilmu masa tu. Aku ni,bukan lah kreatif mana pun. Tapi,pasal aku dah lepas interview,aku rasa macam bersyukur kot kira aku lepas. Nak compare dengan mereka yang tak dapat dan terus menangis macam Akademi Fantasia. Dah la dapat Shah Alam pulak tu. Gila bangga!


Ini bukanlah Siti Mariam budak studio aku. Aku google Silaturahim tapi yang dapatnya dia ni pulak.


Yang pasal post lepas,aku dah lupakan. Biasalah,perempuan. Lagi banyak aku kaji pasal sifat perempuan ni,lagi banyak aku nampak pasal depa. Nak tengok dari segi keadaan yang jahat,perempuan ni,macam belon berisi air. Bukan nak melambangkan depa ni gemuk air,atau berbuah dada. Tidak. Belon berisi air,adalah satu benda yang sangat fragile. Lelaki ni pulak macam jarum. Kalau jarum cucuk belon tu laju laju,belon tu akan meletup. Tapi,kalau cucuk perlahan yang teramat sangat,dan penuh berhati-hati,lubang kecik akan terjadik. Dan air akan keluar sedikit sedikit macam air pancut. Belon pulak,tak meletup. Lama kelamaan,air tu akan habis. Samalah macam keadaan lelaki dan perempuan. Lelaki kena berhati hati dengan perempuan. Kalau salah langkah,lari habis perempuan tu daripada anda. Kira meletuplah keadaan. Jadi kena lah hati hati dengan hati wanita ni. Dengan cara yang betul,hati yang fragile tu,boleh jadi korang punya.

Oh. Paragraph ni,bukan untuk Paria ataupun Indon yang nak mengorat perempuan Melayu ye. Perempuan Melayu pulak,be careful. Anda kena label sebagai perempuan paling passionate dalam dunia ni oleh mat saleh,tahu tak?

Friday, February 25, 2011

Lurus Bendul.




Selalu dikaitkan dengan para wanita. Aku sekarang ni nampak banyak sangat wanita yang sesat dengan lelaki punya trick,ala ala David Blaine,sampai terkena,terpukau,terpercaya habis habisan dengan lelaki tu. Last last,dorang jugak yang terkena,baru nak menyesal.

Aku ni laki,aku tau lah. Aku tau lagi kelemahan perempuan kat mana. Dah sejak kecik aku hidup terbukak dan selalu bergaul lah kot. Kira dalam gaul gaul tu,aku observe perangai orang macam mana. Dan aku tengok,perempuan senang sangat tertipu dengan trick lelaki,yang kalau nak tengok secara kasar,memang tak nampak. Langsung tak nampak. Aku ingatkan balik,aku sebagai lelaki,aku faham sangat lah. Nak diikutkan,trick lelaki ni,dia macam naik tangga. Setiap anak tangga tu adalah step dia.

1."Kawan je"
Intro segala mak nenek. Mula mula memang lah kawan. Tapi lepas tu,slowly lelaki tu akan rapati sebagai kawan,buat macam caring,sampai lah dapatkan trust perempuan tu. Bila trust tu dah dapat,naik satu lagi anak tangga,go on with the next step.

2.Msg,Txt,Call,Lepak
Standard. Akan borak2 selalu sampai lah satu time tu,perempuan akan rase mcm dah tak biasa kalau laki tu takda sekejap. Laki selalu main dengan benda ni. Dalam seminggu,try sms dia tiap2 hari,pastu later on,jangan sms atau kontek dia sekejap. Sehari,dua. Benda ni akan automatik buat perempuan rasa macam "Tak boleh kalau tak ada dia.Rasa tak kena." Kalau perempuan tak dapat kawal hati,dorang akan sms lelaki tu jugak. Tu signal,perempuan tu dah sangkut jugak.

3.Cucuk slow slow.
Lelaki tu akan jadi macam bajet sweet gila dengan awek tu. Bagi lolipop ke,belanja makan ke,eskrem,coklat,ape2 lah yang membuatkan awek tu rasa best atau perasan comel. Dari situ,dah start nak grab dah hati perempuan tu. Pasal setiap langkah yang sweet membuatkan perempuan rasa touched gila,hati dorang automatik terharu,dan perempuan akan sentiase ingat laki tu.

4.Constant.
Repeat step 1 - 3 sampai jangka masa anda mulakan step ni sampai latest tu dah lebih dari sebulan,terpulang kepada keadaan wanita itu.

5.The Word.
Yeah."Will you be my girlfriend?"


Ingat. Step ni semua,generally semua lelaki guna even bila nak seduce girlfriend orang. Percayalah. Aku dah faham sangat,pasal dulu girlfriend aku pun kena rampas pasal teknik macam ni jugak. Tak kisah pun. Nak cerita detail sangat,kena gerak dulu. Bersambung kemudian.

Wednesday, February 23, 2011

Mairam Itis.


Saya dah di Plugged-In! Taaruf je belum lagi T.T


Sesungguhnya itu bukanlah nama saintifik bagi apa apa keindahan alam ni. Cuma,kalau perhatikan betul betul,ada nama tersirat sebalik tajuk tu. Nama tersirat tu barulah keindahan alam. Satu keajaiban dunia yang berada dalam kelas aku. Ya. Tiada dalam kelas lain dalam hidup budak archi ni. Kelas aku je. Seumur hidup aku,tak pernah aku jumpa orang macam dia. Separuh gila aku ingatkan aku mimpi aku at least ada kenal jugak bidadari macam ni dalam hidup aku. Lisa Surihani pun kalah. Jangan risau. Aku post ni bukannya apa. Aku masih 100% single. Soal hati masih terkawal.

Hidup macam tahi,dan tahi adalah bagaikan hidup sekarang ni. Ya. Apa yang datang dalam hidup ni sekarang berbau busuk dan berlalu dibuang begitu saja. Tapi,ada kelegaan sebalik tu. Macam tahi kan? Sekarang ni dah lega banyak. Sangat banyak. Tengok sendiri lah,berapa lama aku dah tak post. Setelah sekian lama,baru aku post. Seronok tak? Rasa macam makan Kayu Nasi Kandar.


Seronoknyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.


Sesungguhnya aku rindu sangat blogging. Rindu waktu aku penuh idea nak berblog setiap pagi aku bangun tidur,atau setiap malam sebelum aku tidur. Lebih kurang macam tu lah. Sekarang,nak blog je aku mesti touching kejap. First,aku akan teringat ex aku tak tahu kenapa. Second,aku tengok laptop aku rosak. Third,banyak idea blog yang seronok aku hilang macam tu je bila aku tengok Mariam. Eh. Bukan dia. Tak baik. Dia tunang orang. Banyak idea blog aku hilang pasal aku selalu duduk studio ni. Banyak sangat gangguan makhluk makhluk tak halus kat sini.

Dengan lambakan kerja semakin hari,dan induction yang sudah habis,aku lega induction dah habis. Dan aku taknak sebut perkataan tu lagi. Satu perasaan yang sangat pelik. Aku suka induction tu,dapat lepak dengan senior. Tapi,beban menanggung induction kelas aku dah hilang sekarang ni. Beban tu dah takda. Tapi masih ada memikul beban,tapi ringan sikit lah. Yang tu,aku seronok dan lega. Seronok sangat. Rasa macam,makan Pelita Nasi Kandar.


Malangnya Pelita Nasi Kandar sangat jauh dari FSPU ni :(


Perut lapar selalu mengundang idea merapu. Biasalah tu,perut lelaki dikala pagi.

Wednesday, February 9, 2011

Banyaknya nyamuk.

Aku ni darah manis ka? Tau lah aku manis. Tapi nyamuk,jangan buat kejam dekat aku macam ni sekali. HAHA



Tiada motif hari ini untuk post cakap pasal apa apa. Sekarang sakit kepala ni. Tapi sempat camwhore guna laptop assistant class rep yang digilai para senior. Laptop aku rosak macam sial,sekali lagi. Lepas ni blogging bantai guna laptop beliau ni lah hehe.

Monday, February 7, 2011

"Eh,macam sial"

Aku hidup sebagai class rep di UiTM Shah Alam ni untuk satu semester,dan oleh itu aku turut mempunyai penolong class rep di sini,untuk kelas aku, Euphranics Studio, BSc Architecture Part 1. Fuh,nama nak glamour.

Dan baru tadi ni dia tanya aku macam mana dia nak mute laptop dia,kerana berada dalam keadaan yang kalau-kantoi-mati-katak-je ni,aku pun sedang blogging dan dia turut menggunakan laptop beliau dikala lecturer sedang dihadapan kami,dengan penuh perasaan bangga kitorang ni akan menyiapkan Chapter 5 English,subjek BEL403. Penolong class rep aku ini juga kini sedang berbangga slide presentation beliau ada 20 slide,dibandingkan dengan orang ramai,7,8,9 slide sahaja.

Bukan nak cakap pasal dia. Saja nak bagi dia bangga kalau dia baca ni.


Sebentar lagi ekspresi beliau akan sebegini rupa


Aku post pagi ni,pasal aku tengah terharu pasal ada blog seorang sahabat, makcik gemok yang suka makan coklat ,dia ada masukkan nama aku dekat post dia. Lalu bermunculan idea yang banyak sebentar selama 2 saat tapi tiba tiba hilang setelah kelaparan menimpa dan ragam yang menimpa lecturer serta para sahabat studio ni.

Ya,aku tak suka gila bila hilang idea. Tension gila! Rasa macam,rambut bergulung gulung menjadi seperti rambut Alleycats. Sangat tensi. Namun,masih mampu lagi menyanyi dan bergembira. Ya,sangat tensi!

Friday, February 4, 2011

Hari demi hari.

Aku rasa berbangga dapat duduk di rumah ni walaupun seminggu. Ia terbukti berkesan mengawal nafsu makan kerana UiTM Shah Alam banyak dikelilingi tempat makanan yang mantap dan berlemak tinggi,kalau nak dibandingkan dengan makanan di rumah,semuanya berkhasiat sahaja.

Oleh dengan itu,berat aku turun 5 Kg dalam masa 5 hari dan tidak bergerak dari situ. Gila bangga!


Sedikit sebanyak ekspresi bangga digambarkan macam atas ni


Bercakap mengenai berat,cuti yang sekejap ni telah macam macam yang aku jumpa mengenai berat. Salah satu contoh,seorang sahabat yang dulu comel molek cun melecun hot mantap meletup sekarang dah jadi superb gemuk gila setelah 5 tahun tak jumpa. Aku bukan nak berwatak kejam,tapi,itu semua adalah satu fakta yang telah aku selitkan beberapa perkataan hiperbola.

Sejurus dengan kejadian itu,beberapa imej masa lepas muncul kembali dalam minda aku dan ketika itulah aku bertambah sedar, semua orang akan sentiasa berubah bila masa beredar. Hot sekarang bukan bermakna hot lagi masa kemudian nanti. Tengok sikit macam sahabat aku, Syuhada. Dulu sekolah rendah dia tak cun pun. Serious aku cakap. Sekarang,dah ala ala Pussycat Doll dah setelah mengalami banyak sesi gemuk dan kurus berulang kali.

Pasal itu lah,tak perlu berbangga dengan fizikal mantap yang kita ada. Kita cuma patut bangga dengan apa yang kita ada seadanya je. Faham tak ayat tu? Aku pun bangga jugak bila aku naik gemuk dan mak aku cakap badan macam Fahrin Ahmad. Gila perasan sekejap lah. Walaupun aku tak hensem,tapi mak aku puji macam tu pun aku layan je lah.

Luaran itu semua hanya sementara sahaja. Tak kekal pun. Hot macam Angelina Jolie pun nanti loyot jugak.

Jadi,berbaik baik lah dengan semua manusia yang ada. Hubungan yang baik tu lah yang mengekalkan tahap hot anda itu sampai akhir hayat.



Tapi tidak mengapa.Lisa Surihani gemuk pun dia tetap di hati ku

Wednesday, February 2, 2011

Ramlah Ram.

Ya,seorang penyanyi dulu dulu yang mak aku dengar lagu dia sewaktu mengandung abang aku. Aku bukan post ni pasal nak cakap dia cun atau hot ke apa. Dia ni pun dah tua. Sekarang dah jadi MILF agaknya.

Cuma,nak kaitkan dengan lagu dia dengan zaman sekarang ni. Tadi aku pergi jalan jalan Kuala Lumpur setelah terkejut yang abang gemuk aku masuk hospital sekejap. Dia kena sakit perut terlampau. Lantas ku mandi manda bila bangun tidur dan terus gerak ke Ampang Puteri. Nasib baik dia sihat dah dan boleh keluar jalan jalan jugak. Habis dia berangkat ke rumah beliau yang tercinta,aku pun merayau rayau mencari apa yang patut di KLCC.

Adoi. Sungguh penuh pemandangan yang buat aku,nak terberak.


Bukan dia ni.Sekadar Gambar Hiasan.


Oh semua kat atas memang takda kena mengena pun dengan Ramlah Ram.Hahaha.

Lebih kurang begitu sahaja lah. Aduh. Dah masuk 1 Februari semalam,kira dah 5 bulan aku single mingle.

Aku tak nak cakap apa sangat. Biar lagu Ramlah Ram - Kau Kunci Cinta Ku Di Dalam Hati Mu,membuatkan anda menangis meraung meroyan teringat kisah lama.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...