.

Friday, February 4, 2011

Hari demi hari.

Aku rasa berbangga dapat duduk di rumah ni walaupun seminggu. Ia terbukti berkesan mengawal nafsu makan kerana UiTM Shah Alam banyak dikelilingi tempat makanan yang mantap dan berlemak tinggi,kalau nak dibandingkan dengan makanan di rumah,semuanya berkhasiat sahaja.

Oleh dengan itu,berat aku turun 5 Kg dalam masa 5 hari dan tidak bergerak dari situ. Gila bangga!


Sedikit sebanyak ekspresi bangga digambarkan macam atas ni


Bercakap mengenai berat,cuti yang sekejap ni telah macam macam yang aku jumpa mengenai berat. Salah satu contoh,seorang sahabat yang dulu comel molek cun melecun hot mantap meletup sekarang dah jadi superb gemuk gila setelah 5 tahun tak jumpa. Aku bukan nak berwatak kejam,tapi,itu semua adalah satu fakta yang telah aku selitkan beberapa perkataan hiperbola.

Sejurus dengan kejadian itu,beberapa imej masa lepas muncul kembali dalam minda aku dan ketika itulah aku bertambah sedar, semua orang akan sentiasa berubah bila masa beredar. Hot sekarang bukan bermakna hot lagi masa kemudian nanti. Tengok sikit macam sahabat aku, Syuhada. Dulu sekolah rendah dia tak cun pun. Serious aku cakap. Sekarang,dah ala ala Pussycat Doll dah setelah mengalami banyak sesi gemuk dan kurus berulang kali.

Pasal itu lah,tak perlu berbangga dengan fizikal mantap yang kita ada. Kita cuma patut bangga dengan apa yang kita ada seadanya je. Faham tak ayat tu? Aku pun bangga jugak bila aku naik gemuk dan mak aku cakap badan macam Fahrin Ahmad. Gila perasan sekejap lah. Walaupun aku tak hensem,tapi mak aku puji macam tu pun aku layan je lah.

Luaran itu semua hanya sementara sahaja. Tak kekal pun. Hot macam Angelina Jolie pun nanti loyot jugak.

Jadi,berbaik baik lah dengan semua manusia yang ada. Hubungan yang baik tu lah yang mengekalkan tahap hot anda itu sampai akhir hayat.



Tapi tidak mengapa.Lisa Surihani gemuk pun dia tetap di hati ku

1 comment:

-[miracle]- said...

huiyyooo~
budak gemok dah turun berat . :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...