.

Saturday, July 30, 2011

Rantai Hidup (Promo)



Situasi di ceritakan dalam bentuk dialog.

"Aku tak sangka dia akan buat macam ni kat aku. Sampai hati dia tinggalkan aku? Aku punya lah lawa. Dia kata dia cintakan aku. Dia kata dia tak akan tinggalkan aku. Dan aku telah berikan segalanya kat dia. Kenapa dia tinggalkan aku??? Mana janji manis mu Jantan??? Kau berkahwin dengan minah tudung entah apa apa tu tiba tiba. Kenapa??? Kau kata kau cintakan akuuu???!

Ini sangat tidak adil. Hidup sangat sangat tidak adil. Aku tak sanggup hidup lagi macam ni. Biarkan aku bunuh diri. Biarkan. Maruah aku sudah tergadai. Tiada guna aku hidup lagi"


Permulaannya? Cinta. Suatu perkara yang simbolkan sebagai bentuk hati warna merah dan comel. Macam lolipop. Perasaanya? Sesuatu yang mungkin nampak senang apabila perasaan itu muncul. Apabila sudah ada,seribu satu alasan kau tujukan untuk menghalalkan cinta kau. Mengatakan Cinta itu suci. Melihat bagaikan Cinta itu adalah segalanya. Melihat bagaikan Cinta itu yang membawa hidup kau ke arah yang baik.

Tapi kau tidak sedar. Kau sekadar rasa sahaja kau tahu apa itu Cinta. Dan kau sanggup melanggar batasan agama demi mengagungkan Cinta. Permulaan Cinta yang sememangnya suci itu kau kotorkan. Akhirnya,kau terjun KB Mall. Video kau terjun masuk Youtube. Lepas tu aku tengok. Lepas tu aku bagitau kat sini yang aku tengok.

"Pegang tangan je. Alah,sikit sikit je pun."

"Peluk dia je. Taknak orang lain sibuk himpit dengan dia dalam KTM ni. Aku melindungi orang yang aku sayang."

Memang. Kecil je tu. Kecil je. Kan? Nampak simple je kan?

Semua itu sekadar permulaan kecil bagi sesuatu yang besar dalam hidup kau. Ingat,rantaian situasi tidak akan putus dalam hidup ni.

Semua hasil dari tindak tanduk kau. Jangan salahkan takdir jikalau kau satu hari nanti kau kecewa dari semua itu.

Sambungan entry di blog Memadam Komplikasi

3 comments:

kechixx said...

cinta pada Allah cinta yang hakiki;)

senyumSOYA said...

setuju..permulaan.. ^^!

cinta..

Namee Roslan said...

ini kisah betul kan? yang terjun KB Mall tuh..em bila aku baca first phase kau tu..aku rse mcm tu jugak...tp aku hope pasangan aku jujur lah dgn aku smpai bila2..its been 6 years :) aku takut juga something bad happen..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...