Dalam banyak banyak benda kat dunia ni,akan ada satu benda yang paling paling pantang aku kena. Which is rasa tak boleh tidur. Fuh. Tidak boleh sama sekali. Kerana rasa tak boleh tidur dan perasaan terpaksa tidur akan menyebabkan pembaziran masa tahap maksima. Sungguh. Berimaginasi lah banyak mana pun atas katil yang mendodoi. Nyanyi lah lagu seromantik dan sejiwang mana pun. Careless whisper ke. Whisper whisper pun tidur tidak akan datang selagi mengantuk tidak ada.
Mengantuk pulak selalu datang time time tak kena. Cis.
Cakap pasal tidur,
Lately ni tidur aku sangat tunggang langgang yang super awesome tunggang langgang. Which is selalunya pukul 9am baru aku lena. Bangun at 3. Aku tak pasti kenapa. Aku tak pasti mengapa. Mungkin kerja bertimbun membuatkan aku tak rasa nak tidur. Tapi time buat kerja mengantuk pulak datang. Mengantuk siap dengan rasa mabuk. Ergh.
Not at the right time.
Cakap pasal kerja,
Atas ni gambar mockup model. Pavillion untuk kanak kanak. Tinggal sikit lagi dah nak masuk final. Final sekentut je lagi. Bak kata pepatah mat saleh, "sekadar sekitar sudut itu." Betul tak tipu. Muka comel macam ni ada ke nak tipu. Cis. Kerja banyak. Final crit tinggal seminggu.
Baru baru ni join competition Reka Setia Inter Varsity Playground Design. Nama nak panjang osem. Aku harap design aku tu salah satu design yang osem lah di mata depa. Aku dah buat comel comel untuk kanak kanak riang dan muda mudi yang comel. Competition tu pulak memang timing comel lah. Final project aku buat benda yang sama jugak macam depa nak. Alang alang menyeluk pekasam,biar sampai masuk ke swimming pool. Dengan comel.
Just at the right time.
Cakap pasal comel.
Aku sekarang ni dalam keadaan yang aku tak boleh nak percaya manusia yang comel ataupun sebagaimana pun menarik hati akal nafsu fikiran mental zahir sampai batin. Serious. Aku tak boleh percaya langsung. Pasal lately ni aku banyak kantoikan ramai orang tahap gila gila punya kantoi. Dan dari situ aku nampak macam mana zaman sekarang ni sebenarnya. Apa yang aku boleh cakap? Manusia yang nampak paling baik tu lah yang tak boleh dipercayai.
Just in time.
Cakap pasal percaya,
Aku rasa macam nak karok. Apa kena mengena dengan karok dan percaya? Well. Percayalah tu kan lagu Siti. Lagu Siti lak selalu gila orang karok dekat pusat karaoke yang busuk nak mati tu. Masuk sana wajib bawak tong oksigen. Pastu buat buat menyelam kat situ. Aku rasa macam sangat style je. Teringin nak buat.
----------------------------------------------
Apa kau mengarut ni kucing serius?
Aku cuma tengah stress :|
1 comment:
model tu setai weiiiiiiiiiiii :))
Post a Comment