Aku rasa Tasha Manshahar ni makhluk paling comel di dunia. Kalah Kucing Menggoda. Mak. Nak kahwin bolehhhhhh. Hehe. *buat muka comel*
Ehem. Aish. Okay. Abaikan. Topik jauh menyimpang. Serius balik.
Tasha Manshahar <3
Aku pernah cerita dulu. Pasal ciri playboy macam mana. Dan aku rasa macam masih kurang berpuas hati. Pasal aku tak selit lagi regarding things macam ni. Macam mana nak avoid. Ye. Dan banyak respon yang aku dapat dari para perempuan pun,pasal benda ni lah. On how to avoid.
Certain things perempuan memang susah nak faham. Kenapa dorang asyik terjumpa dengan playboy. Kenapa playboy boleh wujud. Kenapa itu ini. Etc etc.
Bila bercakap pasal playboy,benda tak boleh nak tengok kat playboy tu jugak 100%. Yeap. Playboy adalah sangat memilih. Bila playboy memilih,diorang akan pilih yang tertentu je. Dorang tak pilih sebarangan perempuan nak jadi mangsa depa.
Dan,perempuan kena sedar benda ni tau. A few important things yang jadi akar umbi everything yang perempuan tak sedar. Sangat penting. Benda benda macam ni yang akan tarik perhatian playboy. Kalau benda ni perempuan tak tahu,tak kira lah baca banyak mana pun pasal playboy,akan still masuk perangkap jugak.
So how to avoid? Aku rasa ini sangat membantu.
1. Kenali Diri Sendiri Dulu. Tak Boleh Nak Blame Jugak Kat Buaya.
In most cases,semua orang akan cuma nak blame kat lelaki tu sahaja. Yeap. Memang salah lelaki. Tapi wanita tak mengerti. Sebaik baik lelaki tu pun boleh ditukarkan kepada buaya,semata mata pasal seorang perempuan.
Apa bila ada sesuatu hubungan tu,dia bukannya lelaki nak act je 24/7. Perempuan pun ada jugak bahagian depa. Kata dah hubungan. Two person interaction. Betul ni. Betulll. Meow tak tipu.
Apa kena mengena dengan nak elakkan diri dari playboy wahai kucing? Simbah air kang.
Of course. Manusia ada banyak jenis. Aku tak boleh nak kata specific sangat pasal buaya ni. Korang pun ada banyak jenis perempuan. Ada girls comel comel,ada girls yang tudung,ada yang freehair. Ada yang jenis tukar balak,ada jenis yang setia.
Ada yang senang cair. Ada yang susah setebal setebal batu nak cair.
Benda benda macam ni,korang kena sedar sendiri. Cari sendiri. Tanya diri korang balik. Bila dah tanya diri,dan tengok balik kat mana dalam diri korang tu,yang korang rasa kelemahan korang.
Dah jumpa? That is the part yang akan playboy petik dan guna. Yes. Kerana apa? Playboy adalah sangat detail. Dorang tak tengok benda besar besar obvious. Dia akan tengok benda kecil kecil dan akan guna benda kecil kecil ni.
Tittew Tak Paham Lerw Kucing Yang Comel. Kenapew. Citew Cikit.
Playboy ni,sekecil kecil benda tu diorang akan guna petik untuk tekel hati korang. Kelemahan yang macam mana?
Contoh.
Tudung tapi tunggang langgang (on off,baju seluar ketat,nampak lengan,etc etc). Apa kaitan dengan playboy? Benda benda macam ni tunjukkan tanda tanda lemah iman dalam diri. Senang cair punya material. Playboy senang cucuk.
Mudah bergaul tapi manja/gedik/open/kasar dan tidak firm. Bila tak firm,maksudnya senang terpengaruh. Bila senang terpengaruh,lepas tu, boleh pulak manja/gedik/open/kasar dengan lelaki,playboy akan guna benda ni as advantage. Senang bukak topik apa apa.
Faham tak? Banyak benda lagi,but, ini sekadar contoh je. Aku taknak cerita banyak.
Benda benda macam ni,things yang lelaki sendiri dapat rasa. Things yang menarik perhatian lelaki. Dia memang akan menarik perhatian lelaki normal,tapi akan trigger lelaki buaya untuk bergerak. Beza tau. Menarik dan trigger. Benda benda kecil macam ni yang mungkin nampak normal bagi perempuan.
Sebenarnya bermakna bagi buaya buaya. Be careful.
2. Belajar Hormat Diri Sendiri Dengan Lebih Extra. Be Firm And Independent.
Aku ada je kawan kawan yang selamat dari terkaman buaya buaya. Aku tengok persamaan diorang ni,is that dorang sangat sangat firm. Yes. Memang. Ramai orang nak mengorat dorang. Tapi pendirian dorang tegap. Dorang boleh decide sendiri,boleh bahagia sendiri without ada lelaki. Boleh buat kerja sendiri. Tak dependant,etc etc.
Bila ada sikap macam ni,buaya sendiri yang akan jadi buta. Diorang tak akan nampak kelemahan perempuan. Tak nampak. Bila tak nampak,dorang tak dapat nak selit. Bila tak dapat nak selit,dorang blah lah.
Pernah tengok tak stok perempuan dari sekolah sekolah perempuan? Tak kira dari mana mana. STF ke,CBN ke,SSP ke,Seseri ke. Mana mana lah. Ada persamaan obvious antara dorang ni semua ramai ramai. Which is,dorang sangat hormat diri dorang as perempuan.
They know that they are women. They act as a woman. Not as a priceless item. Tidak sesekali membuka ruang untuk lelaki masuk nak geli geli. One thing yang aku kagum pasal produk sekolah perempuan ni.
So,that particular thing tu lah yang perempuan zaman sekarang kena extra ada. Dunia sekarang mencabar. Semakin mencabar. Hormat diri sendiri and be firm. Selagi tak hormat tu,benda ni sentiasa akan tarik buaya buaya nak datang. Somehow akan ada signboard kat atas kepala tulis "Mengoratlah Sayewwww".
3. Period? Cuti? Toksah Habaq Kat Laki.
Dulu aku pernah cakap dan bagi amaran keras. Tak perlu cerita pasal period kat lelaki.
Memang,benda macam ni,dalam realiti,perempuan dah jadi macam senang sangat nak cerita kat orang lelaki pasal dorang tengah period. Senang. Seriously. Memang,korang tengah period adalah benda yang normal. That is what makes you a woman.
Tapi tak perlu bagitahu. Serious. Kucing Serius. Tak perlu bagitahu. TIDAK PERLU. Kenapa?
The dirtiest trick is,lelaki yang buaya ni dorang tahu sangat pasal sifat perempuan. Tahu sangat sangat. Masa bila korang behave normal,masa bila korang behave tak normal. Masa bila korang makan banyak,masa bila korang rasa nak diet tak makan seminggu.
Pasal tu bila dah bagitahu,dorang ni akan ikut jugak tau cycle tu. Ask yourself ladies. Apa yang terjadi setiap phase dalam korang punya cycle tu? They act based on the phases professionally.
Pasal tu korang nampak playboy ni melayan korang dengan sangat perfect. Tahu je macam mana nak deal dengan korang SETIAP masa.
4. Bila Mamat Tu Berhasrat Nak Jumpa Parents Korang,Izinkan.
One of the true honesty punya signs from the guys,is that, parents. Either,dorang kenalkan korang kat parents dorang,atau dorang datang nak jumpa parents korang,atau dua dua. Yes. Ala ala nak meminang gitu,tapi tak dapat nak meminang lagi.
Paling paling cikai busuk lah kan,at least parents tu kenal muka mamat ni dan pernah tengok live.
Bila berjumpa dengan parents,ada satu bond kat situ. That bond tu will create security. Security ni pulak memang playboy punya kelemahan. Bukan security guard. Tak. Tapi security. Dia taknak ada apa apa. Dia cuma nak datang dan pergi. Tak mahu komitmen. Dia still nak dengan perempuan lain lagi.
So,bila balak nak datang nak jumpa parents korang,izinkan. Mungkin,nak kahwin tapi still tak mampu lagi sana sini. Tapi kalau mamat tu nak jumpa,tak payah nak halang halang. It is a sign of honesty. A sign yang sangat mahal. Bonus for you girls.
If you look properly banyak banyak dalam semua ni,banyak benda yang aku sebut kat atas ni,Islam dah sentuh dah tau. Semuanya kaitan pasal ikhtilat. Pasal aurat. Pasal sifat malu. All the importance about those things. Tapi aku tak sebut exact kat atas. Aku cuma huraikan terus je. Tengok properly.
Certain things memang kita tak dapat nak nampak jelas secara microscopic detailing.
Aku harap,post ni sangat membantu para wanita kat luar tu. Macam mana nak avoid buaya buaya secara detail. Kadang kadang,kita memang tak dapat nak elak dari buaya. But,not to let your guards down,is the most important thing.
Ingat. Fahami dalam dalam k ladies. To help one,one must help themselves too. Harap ini membantu. :)
6 comments:
pnglmn ke ? haha. btw lama x nmpk?
bila clash,salahkan lelaki.Bila kena tinggalkan salahkan lelaki.
Tak sedar yang diri sendiri tu buat perangai.
Sorry,aku emosi dekat blog kau.Hahaha
Aku bukan seorang playboy,tapi bercita-cita nak jadi sehandal playboy bermain kata2.
FINALLY ! kau da update jugak ! good entry . aku rasa ramai tak boleh nampak apa2 jika da jatuh cinta .
so , cinta tu buta tapi bila clash . perempuan jugak yang heboh3 ;) trust me ;)
wahahaha, angau punya pasal nih. btw, ada peluang jumpa lah Tasha wey :)
ye..buaya memang banyak skang ni..tepi2 jalan..kat mall pun banyak..singgah2 la blog aku..blog pasal remaja dan perhubungan sosial..dselitkan dgn unsur2 humor..dlm proses preview lagi..nak dapatkan pandangan dari pembaca..sudi la singgah dn tngglkan komen..tq
Dan aku dari form 1 sekolah perempuan. Ok. Tu je. :P
Post a Comment