.

Thursday, August 4, 2011

Mak,saya nak kahwin awal.

Hari tu,cik adik Aan Raihan kembar tak seiras Fatin Liyana ada habaq kat kitorang kat group SBC. Pasal ada satu entry tu,budak baya kitorang,umur 19 tahun,Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan,dah kahwin. Kahwin pada umur 19 tahun. Umur 19 tahun dia kahwin. Baya aku. Ye. Baya aku. Dah kahwin baya aku.

Umur baya aku dah ada partner opposite sex yang halal kat sebelah time tidur. GILA BEST!

Ehem.



Okay fine. Memang agak terkejut kali ni. Bukan pasal apa. Aku dah ada junior aku yang memang dah kahwin,dan siap ada anak dah pun sekarang. Tapi dia kes lain. Kali ni kes lain. Memang parents galakkan berkahwin. Background education,laki bini baru habis Matrikulasi. Mungkin jodoh mereka bermula awal. Semoga mereka bahagia hingga ke anak cucu.

Kalau aku cakap kat mak aku yang aku nak kahwin awal,mau aku kena flying kick laju laju dengan dia.

Cakap pasal kahwin awal. Teringat mak aku cakap pasal calon calon bini.



Okay. Ciri ciri calon bini aku? Ehem. Hehe. Malu nak cakap. Ciri wajib bini aku,mesti ada kesedaran agama dan jugak suka makan. Tu je yang paling basic. Lain lain tu,aku serah kat mak aku untuk luluskan.

Kenapa suka makan? Pasal aku suka makan. Aku tahu banyak tempat makan best kat KL,Johor dan Penang. Dan memang kalau aku keluar aku wajib makan. So bini aku,mesti suka makan jugak. Senang. Ajak makan,gerenti dia tak tolak. Makan Mekdi ke,Sate ke,Nasi Kandaq ke,Mee Bandung ke, kalau ajak je mesti dia on.

Kalau dia naik gemuk pun,biarlah. Aku join sekali gemuk. Sama sama gemuk. Sweet kan gituu.

*blushing*


Tapi bukan tu yang aku nak sentuh sekarang. Nak cakap pasal kahwin awal. Ehem.

Nak Tu Memang Lah Nak.
Bagi aku,siapa lah yang taknak kahwin. Lagi lagilah orang muda. Tipulah kalau aku sekarang ni takda desire nak kahwin. Pasal darah aku still darah muda. Ehem. Umur aku masih dalam lingkungan umur dimana hormon masih membuak buak.

Time time macam ni lah kan rasa nak macam macam kan? Nak ada bini kat sebelah,pergi mana mana ada hubungan yang halal,etc etc.



Tapi bila fikir balik,semua tu kena tangguhkan dulu. Pasal sekarang,aku tak mampu. Sangat tak mampu. Aku ada reason yang mengatakan kenapa aku belum mampu lagi nak kahwin sekarang ni. Sedangkan duit yang ada,nak tanggung diri sendiri,nak tanggung ibu bapak aku pun,masih belum cukup. Ni nak tanggung anak orang. Gila apa? Aku taknak tengok bini aku susah. Aku nak tengok dia senang.

Kalau nak tengok dia senang,aku sebagai ketua keluarga nanti,mesti aku senangkan diri aku masa zaman bujang. Completekan every single corner keperluan fizikal hidup aku dulu,baru aku boleh completekan keperluan fizikal hidup dia. Kuatkan mental aku dulu sebelum nak menampung mental bini dengan anak anak.

Nampak macam benda common yang orang cakap kan? Cuba baca sampai habis dulu.

Tanggungjawab.



Bila cakap pasal tanggungjawab,lelaki kena ingat. Tanggungjawab yang dimaksudkan tu,bukan sekecil kecil tanggungjawab. Setakat Nafkah Zahir Batin,dan Tanggung Dosa. Tu je yang orang sekarang fikir. But,think carefully.

Aku pernah dengar ceramah seorang Ustaz pasal benda tanggungjawab ni. Lelaki bukan memikul calang calang beban bila kahwin. Apa tu tanggungjawab yang dimaksudkan?

Dosa laki,laki sendiri tanggung.
Dosa bini,laki tanggung.
Dosa anak anak,laki tanggung.
Keperluan hidup family lelaki,laki ada tanggung.
Keperluan hidup family bini,laki ada tanggung.
Hubungan bini dengan family bini,laki tanggung.
Hubungan laki dengan family laki,laki tanggung.
Hubungan anak anak dengan family kedua pihak,laki tanggung.
Keperluan family sendiri,laki tanggung.

Perempuan?
Akur kepada suami.
Ikut perintah Allah. Settle.


Nampak senang atau nampak susah? Ni satu lagi contoh.

"Katakanlah lelaki tu,macam sibuk gila. Dia tak dapat bawak bini dia jumpa mak bapak dia kat kampung. Mak Bapak si Bini tu pulak kecik hati,rindu kat anak perempuan dia yang dah kahwin tu lama tak balik. Bini tu pulak akur je la dengan laki tu."

Bini tu akur? Dah dapat pahala pasal memang dia terikat under laki. Tetapi,lelaki tu yang membiarkan dia lama tak jumpa Mak Bapak dia sampai dorang kecik hati? Lelaki tu tanggung dosa.

Nampak tak? Semuanya sangat berkait. Sangat sangat berkait. Tapi orang nampak mudah. Dorang nak kahwin je. Main kahwin tanpa fikir semua benda ni. Yang penting nampak ada partner halal atas katil je.

Nafkah Zahir.
Bila kaitkan balik tanggungjawab dengan isu kahwin awal,cuba tengok balik semua tanggungjawab tu dengan realiti. Senang ke,susah? Bagi aku,sangat sangat susah kalau tengok realiti sebenar. Pergi mana mana ada pekena duit.

Nak keluar,duit minyak,duit tol. Nak makan,duit. Nak ada rumah,duit. Maintain rumah pun duit.

Tu tak masuk lagi kalau bini nak makan Mekdi atau nak pergi Spa. Ehem. Nak maintain bini lagi. Fikir fikir balik. Tu semua nafkah zahir.



Memang,apa yang tertera commonly,apa yang orang cakap,simple je. Tanggung Nafkah Zahir dan Batin. Tapi,Nafkah Zahir tu merangkumi banyak benda. Macam apa yang stated dalam bab tanggungjawab tu. Semua bab material. Material yang merangkumi kehendak siapa?

Anak Bini tu baru satu. Tapi jangan lupa ibu bapa sekali.

Nafkah Batin.
Aku rasa bab ni memang semua orang terer. Seriusly. Bab ni je,memang akan ada satu benda yang orang akan terfocus. Tak percaya,tanya diri. Memang commonly known.

Tetapi orang lupa,Nafkah Batin tu turut merangkumi perasaan. Bukan setakat skill atas katil.

"Nafkah batin adalah kasih sayang dan hubungan seksual. Apabila suami gagal memenuhi tanggungjawab itu, maka rumah tangga menjadi tidak sempurna dan berkemungkinan boleh berakhir dengan perceraian."
Sumber: Google,Harian Metro


Dorang cakap setakat kasih sayang je kan? Commonly orang cakap macam tu. But,Ustaz tu abstrakkan balik what is from the meaning Kasih Sayang. It includes, perasaan. Perasaan bini.

Katakanlah,sibuk kerja 24/7 sampai tak dapat call bini. Bini diabaikan pasal kerja diutamakan. Nak keluar tak boleh,dating sama sama tak ada masa. Bini tu pun macam touching. Perempuan kan. Apabila mereka sudah terasa,lelaki tu turut menanggung. Akan disoal nanti.

Lelaki kena pandai handle perasaan bini tu. Pasal tu lah lelaki dilahirkan terer mengayat. Ehem. Kalau betul sayang bini,ayat bini elok elok lah kan? Cakap elok elok,bodek bodek sikit,gedik gedik sikit. Masa dulu couple ayat tak hengat. Time kahwin,tak layan pulak.

So,adakah senang Nafkah Batin tu?

Realiti.
Realiti sekarang? Ramai orang menganggap mudah benda kecil kecil macam ni. Kesan? Muncul lah macam macam social problems. Yes. Seriously. Aku banyak berdepan dengan orang orang yang main kahwin tak tentu hala,pasal lelaki tak fikir tanggungjawab. Pasal lelaki mengambil mudah soal tanggungjawab ni. Pastu banyak benda diabaikan.

Kalau nak cerita pasal Keperluan hidup dan Kemewahan hidup. Zaman sekarang ni dah banyak dah Kemewahan tu dah tukar jadi Keperluan. Contoh,handphone. Dulu kemewahan je kan? Tapi sekarang,jadi keperluan.

Tu baru satu.

Cinta yang muncul sebelum perkahwinan pun actually mengaburi mata orang ramai sebenarnya. Cinta sebelum berkahwin merendahkan IQ kalau nak ikut fakta sains. Teruklah kalau asyik nak ikut Cinta. Habislah tak dapat fikir pasal semua benda ni.

Kerana Cinta,ramai orang tak berpegang kepada Realiti. Lagipun,adakah anda tahu apa itu Cinta?



Memang rasa nak kahwin awal tu memang ada. Aish. Siapa taknak? Tak sabar beb. Tapi,fikir fikir balik,baik tolak ketepi. Lisa Surihani boleh menunggu. Kalau jodoh aku dengan dia tak kesampaian,tak apa. Aku redha. Ehem. Lebih baik aku betulkan diri aku dulu.

Kehendak memang masih membuak buak rasa nak kahwin kan? Tapi Allah dah letak akal pemikiran untuk fikir dalam dalam. Gunakan. Bukan nak menghalang korang kahwin awal,but,fikirkan. Kalau mampu,teruskan,korang kahwin lah awal.

36 comments:

riben putih said...

fuhh semput baca..buat part 1 part 2 la der..hihi btw nice entri.. =)

izsmin said...

suka entry nih ^_^ jodoh semua di tangan tuhan.

Kucing Serius. said...

Jodoh di tangan Tuhan.

Tetapi kena ingat. Kita pun ada kuasa untuk menentukan,hasil dari tindak tanduk kita.

Doa,Usaha,Istiqamah,Tawakal.

;D

Lutfi Azmi said...

Rase nk kawin jugak

(umor baru nk masok 18 tepat 20.11.2011 )

http://pejuangcinta93.blogspot.com

Ummi Hanie said...

sy pun kawen awal .. lg awal dr budak sebaya awk tu .. ;p

Anonymous said...

eh, ade yg len ea...saye kmns gak...ad membe tu die kawin umur 18 kot..mase sem 1...tapi diam2 je la...haha

A'an said...

So bila nak kawin nih? Ahaha.

Namee Roslan said...

kucing..hai, saya umur 23 tahun! tua tak saya?? hahahah

ok, kahwin ni mmg benda besar sgt. aku rasa kalau kawen umur muda tp mental kau dah ready nk ada anak n sanggup pegang amanah tu ok je. bab2 duit tu, even kau x hbs blaja lg pun,,nnti lepas kawen automatic kau nak keja keras untuk sara bini kau.

kawan aku ada kawen awal. skang aku tgk laki dia tu, kerja macam2..:) hidup xla mewah tp mereka bahagia :) sbb sikap tggjwb tu.

kau nk kawen..tp rasa mcm x ready kan? so baik jgn kawen. dah kau rasa x ready so mmg mental kau x ready..hehehe

btw, aku patut kawen tahun lepas kot. umur 22. gahahahah tp jodoh x sampai lah. aku pun x ready mental gak tp aku nak just go with the flow..

aku tak retiii masakkk n xreti jaga budakkk...

kalau kau fikir nk kawen awal sbb nk tdo dengan prmpuan..baik tak payah...tahu tak. itu hanya untuk happy2..

Kucing Serius. said...

Pejuang. Tahan sket rasa tu. ahaha

ummi. really? Share lah experience :D

qudwa. memang produk KMNS suka kahwin awal ke? AHAHA

Aan. Hehe. Nanti lah duluuu. Tunggu dah stable. Hehe. Hehehe. Nanti dah okay hantar lah rombongan tu nanti ;">

Kucing Serius. said...

Yesss. Agree. Pasal lelaki tu ada sikap tanggungjawab kan?

At least lah,sikap tu ada. Mungkin dia sedar tanggungjawab dia besar mana,dan dia sanggup nak pikul semua tu.

Tu yang berkat. Dia buat tu semua untuk sara anak bini dia. :D

Anonymous said...

hehe. alamak yg last tu mesti nk selit gak lisa suriani die =.=' ceittt.

bagos jugak kawen awl zaman sekarang ni dari byk tanggung dose. dari segi batin rase sume da ready kan kan? haha

tp dari segi zahir,nk tanggung bini,anak anak. xkn nk bagi anak dara org makan pasir kot. kn kn? so for me. kite kne ade evrything,kewangan stabil semua,baru kawen. ikotkan aku pon nk kawen ASAP ;p kui kui. dari byk dose. ha.

kalo tak,lepas kawen laki bini makan pasir sebab mcm mcm nk bayar,and kesannye? msg msg tekanan and tak sehaluan then cerai. #ok da lebih lebih aku ni ;p

nice entry miawww :D

Halusinasi said...

kalau rasa beban itu boleh dipikul, mesti boleh nya..yg penting sikap tanggungjawab mesti ada..jgn plak syoknk kawen tp satu hapa keje pun tak mahu buat..

Syazwan Che Deraman said...

aku kalo boleh..nak kawin muda muda nie..nak kawin gantung, risau if banyak buat maksiat..tapi takut nak gtaw mak ayah..hehhe

Mior Syabab said...

Best best best ^^

Aku nak kawen awal bhaii, tapi takda calon. Punah harapan. heehe

Fira hilwa said...

tgh cari lelaki yg fikir soal t/jawab. lelaki/pmpn yg aku jmp MAJORITInya kahwin sbb desperate. sgt2 desperate. terlalu turutkan nafsu. smpi xmmpu fikir apa yg akan jd pd ms akn dtg. dan terlalu juga memikirkn soal zina jika bcinta lama2. eh? ha, pttnya kau selitkan sekali pasal ni. haha.
thx 4 sharing this. sgt berguna! :)

Rafidah Farhana said...

Nah, aku tak pernah terlintas kahwin muda ni akan jadi dalam hidup aku.

Tapi bila dah baca, aku dapat simpulkan, aku tak sedia ! Hahaha.

Maybe sebab dari dulu hidup aku penuh dengan cita-cita, berbakti dgn mak ayah dulu baru fikir kahwin bagai. Hurmmmm

:/

sumaiyah mokhtar said...

yeahhhh nti kwin jgn lupa jmput sume follower huhuhu

Haikal Blank said...

Bila kucing dah start menggatal, macam ni lah..HAHA

btw, yup, kalau fikir panjang, besar tanggungjawab bila dah kawin ni. yang tanggungjawab sekarang pun tak terlangsai, lagi nak tambah tanggungjawab. fuuuhhh.....

tapi kalau dah berkemampuan, dah ada calon, dari duk menggatal tak tahan p bawak anak dara orang sana sini, better kawin jela...:P

Nyamuk Terbang said...

kawan atie kawin umur 18 xthu sbb ap

besar jgk tnggungjwb laki kn

Unknown said...

Perghhh! 19 dah kahwin? bapak best! ahhahaa

Unknown said...

saya suka makan! :P

Dulu eyfa pernah kerja dekat legal firm. Kebanyakkan perempuan zaman sekarang mintak cerai sebab lelaki tak bertanggungjawab and gagal bagi nafkah zahir untuk keluarga. Batin tu takyah kira lah. Dah terlebih bagi dah. Huhuhu.

Kalau nak kahwin awal, kena fikir 2 3 kali sebab zaman sekarang hidup bujang rm2k pun tak cukup kalau stay area kl. Kalau dah bekerluarga? Lagi la tinggi kos hidup kena tanggung.

Kawan eyfa ramai juga kahwin awal. Tapi kebanyakkannya BERGANTUNG PADA DUIT PEREMPUAN. bini rajin kerja tapi lelaki kerja malas. Cepat give up. Tahu nak enjoy aje. Kira macam tak bertanggungjawab la. Maklum la darah muda kan.

But if dah bersedia and mampu untuk pikul tanggungjawab why not kahwin awal kan? rekezi tu ada di mana2 insya'allah, cuma usaha yang penting.

Err. termembebel plak. sorry. ehehe

yunZatie said...

trgn nak kawen awal tapi pikir balik haku nak usha mamat2 nsem dulu..kang kawen usha laki jep..hahahha

Syazwan said...

enjoy la dulu hidup single lagi. cett. tak kaple boleh cakap la. wakaka

shafiqabdshukor said...

owh..
tp org kate..
bile kite kawen je insya allah rezeki kite murah...

Kucing Serius. said...

Tak kaple lagi? Rilexx. Lagi enjoy apa. Tak payah couple couple. Ahaha

Aku seorang lelaki yang dah sampai satu tahap,tak larat nak pasang pasang.

Pengalaman aku bab lovey lovey ni dah banyak,sampaikan aku dah jumpa logik akal,kenapa love before relationship tu tak patut.

Nampak clear,dan nampak sangat jelas. Aku dah faham apa itu love,dan love tu semua leads to only One Logic.

Bukan suka suka beb aku cerita pasal benda ni,memandai atau apa. Nak kata pengalaman sendiri berkahwin,bukan jugak.

But,logik akal,dan pengalaman orang lain yang aku saksi. Everything leads to the same.

Of course. Enjoy dulu hidup single. Banyak pilihan kat luar tuu. Ahaha.

Gee said...

fuh penat baca..tapi nice entry..setuju..kahwin awal itu sgt bagus..bagi keluarga yg mampu silakan..yg x mampu x apa..siapa pulak nak tampung dwet belanja kan...so pape hal pn penuhkan ilmu di dada sebelum memasuki alam perkahwinan..x bermaksud jugak melambatkan perkahwinan..sebab yg halal itu adalah lebih baik...(^_^)

La Jieja said...

suke entri ni...

semoga rezeki nak kawen tahun depan ada..insyaAllah... :)

Mila Ahmad said...

kene baca sampai 25 kali nie...:)

disturbing_delusions said...

terbaik bro. no wonder ramai followers. keep it up :)

adysuR said...

Tudiaa. Kucing nak kawen dah. Haha. Aku ada kawan yang kawen time 18 tapi laki dia lebih tua. Yang sama-sama 19 pun ada tapi kawan kepada kawan aku. Yang dah bertunang ada. Yang nak bertunang pun ada. Yang orang nak mai meminang pun ada. Hoho.

Kahwin sememangnya tentang tanggungjawab. Bukan sekadar suka-suka ikut nafsu. Kalau tak boleh tanggung nanti kat akhirat susah nak jawab.

nana aziz said...

yup..betul.nana sokong 100%.bukan senang nak kawin..kene betul2 siap sedia dari segi mental dan fizikal.tanggungjawab lagik.takpe.umo mude lagi, settle dulu ap yg patut.da samapi mase, insyaallah kawin la...kan kan..
LOL~

adlin roshaida said...

ouh kalau takde nafkah batin boleh cerai eh? uish bahaya ni. haha

merahitujambu said...

tahu xpe...kalau lah kawin akad nikah je kan best..ni perlu modal byk kot

Cik Tim said...

terbaek!! haha.. nikah awal mmg bagus. cume dari segi faktor sekarang; zaman sekarang, keperluan tu yg mahal gila. tu yg jd payah. kalau zaman dulu, boleh la.. then, kalau takat nak nikah je, wajib mas kawen je. sttle. tp pastu tang nak makan plak la xcukup sna sini.. so, be prepared la dr sekarang! mantapkan diri dgn ilmu akhirat dan harta dunia. :)

Nana said...

fikir2 balik...mcm susah je bila fikir pasal kahwin..insyaAllah Allah permudahkn klu org muda2 kahwin awl..insyaAllah

Anonymous said...

entry kucing serius memang selalu panjang berjela
amik mase nak bace
tp di akhir entry
byk info dan pengajran yang dapat

semua orang macam da tak sabar nak nikah lepas baca entry blogger mtrx n9 tu kawin awl.hehe :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...