.

Tuesday, August 2, 2011

Kesempurnaan hidup dan kesedaran.

Hidup ni bukan selalunya indah. Orang selalu cakap,hidup ni bagaikan roda. Kadangkala berada di atas,kadangkala berada di bawah.

Bagi aku,roda itu bagi setiap manusia,speed dia beza sikit. Mungkin bagi sesetengah orang,dia akan duduk kat atas lama. Roda hidup dia pun gerak slow. Dia pun dah rasa selesa sangat duduk kat atas tu sampai lupa apa yang kat bawah tu sangat menyakitkan.

Boleh kata jugak,lagi tinggi tangga dia panjat,lagi sakit bila dia jatuh,bukan? Silap hari bulan boleh K.O kalau tak kuat.



Tak perlu sebenarnya nak rasa selesa dengan tempat yang tinggi. Bila dirasakan hidup itu sudah sempurna. Bila dirasakan semua harta tidak akan dapat berkurang. Bila dirasakan hidup tidak akan ditimpa masalah. Bila dirasakan hidup sentiasa akan gembira dan penuh dengan senyuman.

Mampu membawa kealpaan dan lupa pada waktu susah nanti.

Dem. Aku dah banyak jumpa orang macam ni. Banyak sangat. Mereka yang hidup sempurna dan melupakan mereka yang susah. Mempunyai kesenangan tapi tidak diendahkan mereka yang memerlukan. Gelak ketawa setiap hari sehingga kesedihan orang dianggap remeh. Mereka menganggap tingkah laku orang lain adalah rendah sekali. Yang mereka tahu,melemparkan pelbagai kata.

"Alah,Anak Emak. Asyik tolong mak je tahu."

"Takkan kau tak dapat keluar kot? Umur dah besar panjang tapi tak dapat nak keluar."


Susah senang,sakit perit hidup seseorang tu, siapa yang tahu? Kesempurnaan hidup kau je yang kau nampak.

Sihat sebelum Sakit
Muda sebelum Tua
Kaya sebelum Miskin
Lapang sebelum Sempit
Hidup sebelum Mati


Ingat. Tidak merasa susah,bukan bermakna kita tidak akan merasa. Mungkin sudah lama rasa senang,tak bermakna susah tidak akan datang. Roda hidup kau cuma berjalan slow. Sangat sangat slow. Jangan kau lupa yang orang lain turut mempunyai roda hidup tersendiri.

Fikir fikir kan.

8 comments:

A'an said...

Okay. Terasa. Sorry. :'(

kaizen said...

jgn lupe yg bawah biler dah tinggi mane pon...

latest entry Jangan SPAM kat BLog orang lain & Urban : Camera Paling CANGGIH

K said...

betul, yang kat atas pasti merasa yang bawah.

jangan duk perlekeh orang lain. serius not cool.

it's humiliating.

Unknown said...

orang camni memang xpenah nak rse ssh.

padahal mereka xsedar yg suatu ketika dulu mereka juga bermula dari bawah.

Lilynn said...

hari ni kita mengejek kesusahan orang lain, padahal kita belum tahu nasib kita. huhhh benci org yg bongkak!

littledolphin said...

terima kasih kerana mengingatkan :)

Namee Roslan said...

aku sungguh takut bila fikir soal hidup. aku tak boleh ada masalah. aku ada penyakit depresi..so emosi aku memang teruk. sebab tu aku commit taknak sambung part 2 architetcure...sbb aku tak tahan work loads yng banyak. bak kata kau,,roda2 hidup..aku taknak hidup mcm tu...aku prefer sambung master..benda yg light.

Anonymous said...

yup
very true
xsemua orang akan merasa berada diatas
sekali sekala akan berada di bawah jugak

thx for diz reminding

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...