.

Monday, July 4, 2011

Realiti hidup manusia dalam celah celah kesibukan.



Realiti diungkapkan dengan cara yang sangat subjektif bagi setiap orang kan? Memang. Setiap orang ada cara tersendiri nak define realiti yang ada depan mata depa. Dan setiap orang pegang dengan pegangan sendiri untuk melihat dunia ni dengan cara depa sendiri.

Hari ni,aku memang penat tapi enjoy. Semalam aku tidur cuma sejam. Pagi tadi hantar Mak aku kursus haji dekat Masjid Negara. Lepas tu aku pergi jenjalan dengan Cik Gula. Tengok Transformers 3,dan agak menyumpah sikit lah dengan ending dia.

Aku bukan nak cakap pasal Transformers 3 atau kemanisan Cik Gula. Perjalanan aku pagi tadi dari KTM Sg Buloh,singgah Stesen KL,hantar Mak pergi Masjid Negara,then sambung perjalanan ke KL Sentral,adalah satu perjalanan yang,lain macam dari mata aku. Kenapa?

1.Wanita lagi gemar masuk Koc Campoq Campoq berbanding Koc Wanita. Koc Wanita dah ada,tapi tak ramai yang masuk sana. Perempuan still nak jugak masuk ramai ramai dekat Koc Campoq Campoq. Mungkin dorang rasa mood pagi adalah lebih seronok melalui geselan dan himpitan antara penumpang nanti bila penuh.

2.Depan aku ada awek comel dan ayu tengah tidur. Comel. Tapi tidur tunggang langgang. Menganga dan berdengkur di public. Nasib baik aku tak rakam,handset rosak.

3.Sebelah kanan aku ada 2 orang perempuan MILF Melayu bercakap mengenai kecurangan depa terhadap suami depa sesama dorang. Siap bercakap mengenai kebesaran saiz,err,adik comel, lelaki mana paling memuaskan,dan ketidak-kantoian habit mereka dengan suami mereka. Untuk lebih kontroversi,mereka itu,bertudung.

4.Yang tidur dalam KTM pagi pagi cuma mereka yang duduk. SEMUA yang duduk tu tidur. Hayunan badan ikut gerak keretapi. Yang berdiri,banyak jadi macam zombie.

5.1 Malaysia adalah wujud apabila penduduk tempatan tak kira bangsa,dalam satu KTM, menentang kemasukan geng bangla kedalam KTM. Best gila masa ni. Bangla tu nak masuk ramai ramai masa KTM penuh,orang marah la. Diorang menjawab secara kurang ajar tapi lepas tu ramai ramai orang kat dalam tolak balik dorang keluar sampai dorang tu terjatuh. Sambil berkata kata "Lu nasib lu kat Malaysia sekarang ni. Kalau tak,dah lama gua campak lu lanyak keretapi." Pintu KTM pun tutup cepat cepat memandangkan driver tu nampak. Ramai orang bertepuk tangan dalam Koc masa tu.

6.Nada manja pagi driver KTM sebut Stesen Segambut berbunyi hampir dengan perkataan Stesen Senggama. Masa ni aku notice ramai perempuan Melayu pulak yang senyum.

7.Sebelah kiri aku ada Cina berpakaian smart nak pergi kerja. Dia tengah tengok Porn dalam Iphone dia. Lepas tu bukak Facebook,update status "Morning KTM ride is a riot today."

8.Jamban DBKL yang ada dimerata Kuala Lumpur tu,sebenarnya,terlampau senang untuk diskodeng. Percayalah. Cuba try dulu jamban jamban yang ada tu. Anda akan rasa tidak selamat.

9.Aku terselisih dengan seorang wanita. Dia pakai cantik kemas untuk pergi kerja. Tapi muka monyok memanjang dari jauh. Wajah sedang menahan keperitan. Mungkin tidak tertanggung lagi,tiba tiba bila aku makin dekat selisih tu,dia menangis secara tiba tiba. Jelas linangan air mata jatuh ke pipi.

10.Seorang pakcik tua nyanyuk tidak tahu macam mana nak keluar dari kawasan Stesen KL tu. Ditanya semua orang,semua orang buat bodoh. Kesian pakcik tu. Blur blur je. Ada juga seorang jejaka Melayu yang tolong.

11.Ternampak group of ETS Models (ETS = tren Ipoh to KL tu) berjalan dengan perasan. Depa buat gaya depa tu macam pramugari. Padahal jaga kaunter jual tiket je. Tapi mekap,gaya,dah jadikan walkway Stesen KL tu macam Cat Walk pulak.

12.Seorang makcik tua ingin melintas jalan,tapi tidak terdaya kerana kereta lalu lalang dengan begitu laju. Pemandu Kuala Lumpur langsung tidak beri peluang untuk mak cik itu melintas. Polis trafik nampak,lalu menghentikan kereta kereta tu dulu.

13.Perjalanan pulang,aku dapat tempat duduk dalam KTM. Rasa macam dapat Ketul Emas free.

14.Bak kata pepatah,Orang Mengantuk Disorongkan Bantal. Aku tertidur tadi dalam KTM tu. Sebelah aku ada sorang akak badan comel. Hempuk gila kot. Hempuk teramat. Sumpah. Tempat duduk aku dia dah conquer 1/4. Lalu bila aku terjaga,aku sedar badan aku dah sandar lentok kat dia. Terus aku cakap "Mintak maaf kak". Dia senyum je. Aku dah malu malu kucing serius dah.



Cuba tengok kat semua story atas ni. Semua berlaku cuma dalam satu kompaun tapak pertemuan dan perpisahan. KTM. Keretapi Tanah Melayu. Mungkin servis mereka yang agak macam haram tu,tu aku taknak sentuh dalam post ni. Tapi,macam macam ragam manusia dapat dilihat dari sini je. Ragam tipikal sosial Malaysia. Semua ini adalah realiti hidup.

Ramai orang tengok apa yang berlaku sekeliling depa tu cuma sebagai,something yang melintas hidup dorang. Dan dorang tak ambil apa apa pun dari situ. Everything is taken for granted. Tidak sedar yang realiti ni sebenarnya tak ada yang seindah disangka. Sentiasa ada berlaku kekejaman,kesusahan,kesakitan,keperitan,kesialan,disebalik keindahan,kegembiraan,kekayaan. Anything. Good or bad,it always happen everyday.

Setiap isi dan cerita yang aku cakap kat atas tu,ada BANYAK pengajaran yang boleh korang dapat. Abstraknya dunia kan? Benda simple tengok orang lalu lalang sekeliling. Tak sedar pulak dari situ boleh abstrak banyak benda dah ;)

11 comments:

FARIϟHA said...

I take KTM like every week, how come I don't see all of this happening before? Fucking interesting weh. Serious. Aku nak tengok esok macam mana. Heheh. HEHEH. HEHEHEH.

Kucing Serius. said...

Yeap. This is one of my weirdest ride ever you know. LOL.

kaizen said...

org sg buloh rupernyer...

*ragam manusia yg bermacam2 la yg mewarnai hidup kite bro...

**this is best bro...

@taufiqhelios said...

xsukeeee KTM..servis terukkk

Kucing Serius. said...

Kaizen. Yeap. Memang best. Benda tu semua yang mewarnai actually.
Tapi lagi best kalau kita ambik yang tersirat,ye dak? :D

Taufiq.Well. Kadang kadang terpaksa. Nak buat macam mana. Ahaha

Namee Roslan said...

Ya Allah..satu satu kau tengok! stalker ke apa..haha. tp mmg ye pun. seronok perhatikan org..kalau aku, aku suka duk coach pmpuan. dah la semua kaum sejenis pastu x ramai! :D dapat duduk!

kalau yg naik ktm dgn pakwe tu mmg rugi lah x dpt naik coach pink! kalau aku xnak..aku nak naik pinky jugak! x ramai dan aman!

wey, jemput baca entry saya bila ada kelapangan :D

I do I need Iman said...

kalau ak nk wat post cmne leh x?
ak baru je tpkr sbb ak pon ade story mory nek ktm. hahhaha;p
best.

wany dianwanie said...

bole wat jadik 1 crita da tuh...kadang2 best tgok gelagat org ni..

Fira hilwa said...

aku dulu pn gi kerja ulang-alik gak sg buloh-ampang jd aku dh tau la knp org pmpn lbh sk msk koc campoq2 psl klu hang smpi stesen kepong, kt ctu mmg rmi gle pmpn yg akn plih koc wanita & selalunya himpit2 mghimpit, tolak menolak psti akn blaku. jd y not dorg amek jln slmt utk plih koc campoq2 kan skurg2nya yg lelaki blh gado2 cmtu. halau2 abang-la lg... kui3

aina ashaari said...

selalu guna KTM dri stesyen Serdang ke MidValley,kadang2 sampai BAndar Tasik Selatan..peragai yang tak boleh terima bila lelaki masuk Koc Wanita dengan awek pastu hug awek dy macam girl laen nak ambik kesempatan..Boleh terima kalu lelaki bekerlkuarga masuk dengan pegang baby..acceptable...tapi kalu just masuk Koc Wanita nak berlakon ala-ala macho..memang rasa nak humban jatuh kat railway ja...Siap bagi laluan kat awek dy dengan tolak wanita lain tak kira mengandung ke makcik-makcik ke..KEna ada penguatkuasa baru Koc Wanita memng Koc Wanita...

kaizen said...

missainaashaari : agree with u... selain penguasa untuk koc wanita penguasa tok koc lelaki pon perlu jugak sbb waktu puncak ade pulak kapel2 yg gatal x ingat dunia suke masuk koc lelaki..kesian kaum adam yg x dpt masuk...

*elok asing jer terus...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...