Reaksi Kucing Serius adalah seperti dalam video ni. Tengok sampai habis.
Okay dah cukup mengarut.
Tadi aku ada blogwalking. Balik rumah,terus blogwalking,tapi tak tahu kenapa hari ni aku macam banyak terjumpa blog Muslimah,lebih banyak dari biasa. Aku tak kisah la. Mungkin pasal hari ni hari Jumaat kot,tu aku banyak nampak blog ping macam tu. Aku baca je lah. Tapi ada satu yang aku notis dia punya header dia,err,bukan jenis yang,sesuai.
Sekarang ni,zaman sekarang ni,today,right now,seluruh dunia umat Islam sangat dikecam kan? Orang Islam kena label dengan teruk semua gara gara ada segelintir yang menyalahgunakan nama Islam untuk tujuan tertentu. Aku tak suka. Sangat tak suka. Tambahan pulak dengan orang orang Barat yang dikuasai Yahudi tu,guna apa yang ada semata mata untuk,jatuhkan Islam. Lagi lah teruk Islamophobia jadi.
Semuanya pasal tipikal pandangan yang kata Islam tu ganas.
No. Hell no. Mereka tidak tahu kan apa actually yang ada kalau kaji Islam betul betul. Tak payah nak cakap pasal luar negara,tapi dalam negara ni sendiri pun banyak yang macam tu. Even certain people yang claim dorang tu alim pun,akan muncul sifat yang One Kind digolongan dorang ni.
Sangat rare nak jumpa orang yang lain dari yang lain dari dorang tu,tapi betul betul faham mengenai agama.
Contoh paling simple. Tengok gambar kat atas tadi. Apakah itu? Cuma gambar ada gadis muslimah yang bertudung,tapi sibuk memegang pedang dan perisai. Itu sekadar gambar kecil je kan? Gambar kartun yang simple,comel,dan cantik untuk dijadikan header.
Tapi ingat,simbol pedang dan perisai di atas tangan seorang gadis kecil bertudung. Adakah itu relevan? Untuk melambangkan seorang Muslimah,perlukah meletakkan benda benda sebegitu? Adakah itu kononnya simbol Jihad zaman sekarang?
Pandangan pertama,first impression yang akan muncul dalam kebanyakan minda sekarang ni,is nampak gaya macam terrorist,nampak gaya macam nak berperang,perang,perang,jihad,perang. Padahal,ramai tahu yang owner header tu bukan nak perjuangkan itu,dia cuma nak perjuangkan nilai nilai Muslimah je. Tu je.
Tapi,kat internet ni ramai orang yang malas jugak. Blogwalking secara malas dan dorang akan tengok gambar terlebih dahulu sebelum baca entri. First impression je,dah tak kena. Nama dah ala ala Muslimah,tapi impression tu macam tak kena.
Nampak simple je kan?
Selalunya benda benda simple macam ni yang beri pengaruh besar dalam hidup. Benda benda kecil,orang akan ambil kisah secara tidak langsung,secara tidak sedar. Benda kecil macam tu,akan bawak kesan kepada pemahaman,akal,mindset,semua benda.
Contoh paling busuk,ada orang nak kenalan dengan korang. Cakap simple je, "Hai AWAK". Korang pulak akan claim "Ye SAYA". Maka akan berterusan cara percakapan yang sangat berbeza dari diri korang,kalau korang suka guna Kau dan Aku. Sampai bila korang nak cakap Saya dan Awak tu,mesti korang tak tau kan? Korang akan terusan guna cara perbualan yang macam tu guna awak dan saya,tapi dengan orang lain korang guna Kau dan Aku.
Benda berlaku secara tidak sedar. Sangat sangat tak sedar. Benda dah automatik set dalam kepala.
Berbalik dengan gambar kat atas tu,impression yang dia bagi,adalah Jihad perang. Tu yang aku nampak kalau first impression. Aku tahu dia adalah seorang yang berbeza. Cuma impression yang dia bagi,dengan blog dia yang membawa nama Muslimah,nama Islam,adalah sangat,tak kena. Memberikan imej lain terhadap apa yang dia nak juangkan.
Tapi ingat,memperjuangkan Islam bukan lah hanya melalui perang.
Perang tu zaman dulu dulu. Sekarang,zaman yang telah diubah habis oleh orang Barat tu,termasuk dengan Mindset kita yang tertanam dalam akal ni. Tu yang perlu diubah. Mindset yang telah di setting kan oleh orang Barat sekarang,menyebabkan umat Islam tu sendiri terburu buru mengikut emosi untuk menaikkan Islam.
Islam tu agama yang sempurna. Tapi cuma segelintir umatnya yang memesongkan,memberikan imej yang tak kena. Dan kenapa Yahudi naik dan conquer 90% hal dunia? Pasal dorang tak guna imej imej macam ni even fakta sebenarnya dorang lagi teruk. Memang nampak macam yang dorang ni baik sangat. Tapi ingat, sekadar NAMPAK baik.
Cuba fikir fikir kan. Fikir dalam dalam.
18 comments:
LIKE
Aku sendiri tak berani nak letak bab agama dalam blog sebab bila bercakap pasal agama, banyak perbahasan yg akan timbul. Kalau rasa ilmu tak penuh dekat dada jangan timbulkan isu nanti yang terperangkap kita Islam sendiri. Yang sedia aku tahu pun belum sempurna aku amalkan. -.-''
Oh, satu lagi, sebab tu aku tak suka buat header gedik-gedik, nnt kontroversi je.. Ngahaha !
kucing yg peka ~
Rafidah. Well. Aku pun tak berani. Aku tak cakap pasal soal agama. Cuma,aku cakap pasal benda yang menyebabkan keadaan jadi serba tak kena. And bab yang ni,inilah yang aku nampak. Semua bab impression.
Nyirap kot,kenapa kena macam tu en? Yang effectnya agama Islam jugak.
Tau lah kan header kau cantik pida oi ahaha :D
Fariera. Hehe. Kata dah kucing.
betul2.. kadang2 kite xleh nilai sesuatu dgn melihat luaran shaja.
macam Kucing Serius gak, padahal takla serius sgt. hahahaha oke gurau.. :P
haha. gelak pulak aku bila baca komen AesyaZealous,
well, aku mmg pantang lah bila orang mainkan agama. even benda simple. entah aku terasa. manusia manusia..
okay. video kelakar! haha. kucing tu tengok apa concentrate sgt?? hahah
em, about yg gmbr terrorist tu. aku rasa skang ni kita kena hati2, yelah lg2 org islam. peristiwa kapal terbang langgar building kt us tu habis2 lg. masih diingati sehingga kini. so bnda2 sensitive ni nk kena jaga.
bila aku tengok gambar tu beberapa kali, baru perasan kan. heh sebelum ni tak sedar pun. minda masih tertutup >.<
sgt lah betul.
AesyaZealous. Hehehe. Itu dah memang betul lah xD
Aien. Benda simple tapi dorang dah manipulate habis,terus jadi sesuatu yang sangat lain kan?
Mejuez. Setuju. Terlampau ingin memperjuangkan tapi lain pulak jadinya.
Namee.Comel kan? Ahaha.
Benda benda sensitif macam ni memang kena jaga sangat sangat,dah kena start jaga dari benda benda kecil macam contoh,imej tadi tu. Tu baru satu je,tak sampai pun tip of the iceberg.
Ifti. Things memang kita kena tengok dalam dalam kan sekarang ni? ;)
sumew nyew bermula disebabkan wtc dilanggar . tpi ta pew . kite sebagai org islam kene kuat mempertahankan agama .
Assalammualaikum korang sume . Maaf sebab menyemak . Kalo rajin tolong vote yew band skola saya . PD ROckers . SMK Yam Tuan Radin . http://apps.facebook.com/tmschoolofrock/band.php?id=1309968635
keep up the good work :D
mende ape la yg ko tulis ni... x payah la menjatuh kan sestengah pihak yg lain.
anda memandang islam dgn pendapat anda sendiri.
Bagi sy header itu tidaklah apa-apapun. Terorist hanya pandangan anda shj.
Apa yg sy terkilan org islam sendiri yg menulis pasal hal ni. Sudahlah hairil, selama sy diamkan aja. Tp kali agak melampau. Perlu ke memangkah orh lain, hanya dn pandangan peribadi anda?
secara jujurnya, apa yg ada dlm blog dia adalah lebih baik dalam blog kamu. Sebenarnya header dia adalah satu simbolik shj. Menunjukkan Muslimah itu tidak lemah. Seperti muslimah yg lain. Tidak terpengaruh dgn tipuan lelaki. Tidak mudah dimanipulasi.
Skrg kamu puas? mahu membangunkan islam dgn menjatuhkan org lain. Daripada org buat blog entri lucah, pastu tiba2 buat entri agama. Mana lebih memesongkan? kamu dgn pendapat kamu. Sebelu menegur org lain lihatlah diri kamu.
(apabila org kafir letak gambar perempuan separuh bogel sambil memegang pistol, org kata "itu hanya gambar shj". Bila org islam memegang pedang, org islam sendiri kata "ko ni pengganas, x malu ke kat org kafir. dorang akan salah paham nanti".) pemikiran siapa yg bermasalah skrg?
Wow. Ini serius.
Cuba kau tengok tu betul betul. Bayak benda yang bermain dengan impression. Ramai orang tak guna advantage benda tu yang menyebabkan orang memberi first impression yang berbeza dan teruk. Nampak?
Kau ingat cerita berbau lucah sekarang ni laku ke kat dunia blog? Kalau ada wujud,mereka lebih dikecam. Tengok sendiri di Sahabat Blogger.
Aku bukan menjatuhkan orang lain. Aku tidak mengutuk apa apa. Tapi kau pernah tengok website IluvIslam kan? Kenapa tenangnya semua yang ada kat situ? Kenapa ada sahabat aku yang sebelum ini Cina bukan Islam,akhirnya masuk Islam sekeluarga setelah banyak peroleh maklumat dari situ? Dia sendiri mengaku,tertera nilai nilai Islam yang sebenar kat dalam tu.
Aku tidak memangkah beliau,cuba aku perlu bercakap mengenai relevan perkara tersebut untuk dikaitkan nilai nilai yang dia sampaikan. Agak kurang sesuai. Sekarang ni,Islam dah kena teruk,orang luar tu dah manipulate everything untuk menampakkan Islam tu salah. Bila kita buat apa apa sikit,dorang akan kata sedemikian.
Dan orang kafir akan kata kita ni betul bila kita ikut telunjuk orang kafir.
Oleh itu baik kita guna cara ideologi sekarang ni. Ideologi yang mengikut syarak kita tapi masa yang sama,mengaburi pihak Barat. Macam mana tu?
Aku ada ramai kawan yang convert masuk Islam. Antara pandangan biasa yang dorang cakap setelah convert,adalah yang macam atas ni. Kenapa Islam terlampau dikaitkan dengan keganasan? Kenapa ada sendiri simbol keganasan dari mereka yang menyampaikan?
Mereka sendiri yang menjawab Islam itu bukan pengganas. Tapi cuma segelintir yang menampakkan Islam tu sebegitu.
Bukan pandangan aku sahaja yang aku sampaikan.
Cuba kau baca balik,kau fahamkan balik ikut satu sudut yang lain. Jangan tengok ikut satu tempat sahaja. Serius. Aku cadangkan kau tengok dari semua sudut.
Penjelasan di entri tadi adalah hasil mengikut dari pandang sudut agama,dan jugak pandang sudut sekular,which is yang tertanam sekarang ni dalam banyak minda manusia.
terpulang kepada saudaralah...
tulislah apa yg kamu mahu tulis, tp ingat satu perkara, setiap apa yg kamu tulis akan dipertanggungjawab oleh Allah.
first impresion adalah penting, sy tidak nafikan. Tapi betul ke apabila letak gambar pedang sahaja, sudah nampak macam terorist?
jika benarlah first impression menyebabkan org salah anggap akan blognya, masakan follower dia banyak kan?
lihat perkara ini disemua sudut. Kadang2 kita ghairah mengatakan silap org lain. Tapi kita x sedar kesilapan kita sendiri.
Saya pun pernah menulis artikel yg mengecam sesuatu pihak. Bila sy jengok2 blog Brohamzah dan Bayyinat, ia banyak menyedarkan balik tentang penulisan.
"Islam telah dicemari oleh artikel lucah org islam sendiri buat.
Islam tidak tercalar dgn header cartoon muslimah yg kuat."
(itu pandangan sy, maaf jika ada tulisan yg sy tulis dlm comment tadi menyinggung sesiapa)
take care garnier... :)
Yeap. Betul. Kau cakap betul. Aku tak bangkang.
Aku dah cakap dah kat atas tu,blog dia banyak menyampaikan nilai nilai Muslimah and everything that is related.
Memang dia bukan terrorist,memang bukan seorang yang melampau,bila baca blog dia nampak jelas kan? Cuma header tu je yang memberikan impression yang,kurang kena terhadap semuanya. Tu sahaja. Bila baca entri dia,kita akan tahu dia seorang yang lain.
Tapi ingat,benda benda kecil tu melambangkan personaliti.
Pandangan kau tidak menyinggung,sungguh. Cuma,fahami balik apa yang aku cuba sampaikan tadi. Aku pun baca blog dia masa kau bagi tu. Aku pun follow dia. Dan aku tahu dia bukannya terrorist.
Mesej yang aku cuba sampaikan tu,its about impression je. That is all.
Apabila impression yang sekarang ni yang sedia ada sudah pun bertapuk tapuk,dengan pelbagai lagi impression yang salah diberi oleh orang Barat terhadap orang Islam,benda benda kecil macam tu yang perlu diubah.
This is just antara the example kecil yang aku cuba sampaikan. Dan example tu adalah pandangan dari sudut,header. Kalau tengok dalam realiti,banyak lagi benda benda kecil yang mempengaruhi hidup ni.
terima kasih atas keprihatinan kucing serius terhadap header Laman Muslimah Optimis.. Saya tak pernah perasan pasal terorist semasa gambar tersebut dipilih untuk diletakkan di dalam header.. lagipun ada tertulis di situ, "jihad tak semestinya mengangkat pedang namun jihad menuntut ilmu adalah jihad yang dituntut dalam islam".. mungkin saya tak perasan sebelum ni yang clip art tersebut boleh mencetuskan perbalahan dan mengatakan bahawa islam adalah pengganas.. dan terima kasih kepada Mr IQ sebab komen-komen membina anda terhadap Laman Muslimah Optimis..
"Menunjukkan Muslimah itu tidak lemah. Seperti muslimah yg lain. Tidak terpengaruh dgn tipuan lelaki. Tidak mudah dimanipulasi"..
Memang benar, saya tak suka dipandang lemah oleh lelaki..dan di header itu juga ada ditulis "Muslim woman must be strong, Solehah woman smile in trouble"..
Gambar tu hanya sebagai simbolik sahaja.. apa pon saya ucapkan terima aksih atas keprihatinan anda.. dan terima kasih juga sebab folo Laman MO..
buat kucing serius dan semua yang membaca.. teruskan menulis dan berkongsi sesuatu yang memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang lain.. mudah-mudahan dalam redha Allah..ameen..
Yeap. Its okay. Honestly,sy suka dengan apa yang disampaikan blog MO. Sy suka. Tapi perkara kecil sebegitu,harap dapat ditukar. Kerana ia membawa imej,bila orang lain membawa.
Bukan sekadar mereka yang bukan Islam,tapi mereka yang sudah terpedaya dengan hidup sekular sekarang ni.
Kalau kita pandang dari sudut mereka itu,itu yang kita akan nampak. Harap maaf. Kerana itu Yahudi tidak menggunakan imej keganasan,walaupun fakta sebenarnya mereka adalah lebih teruk.
Imej mereka di luar negara sana,di negara barat,hanyalah yang baik baik sahaja. Dari situ mata dunia telah dikaburi yang mengatakan mereka itu tidak bersalah. Perkara seperti ini telah diakui oleh sahabat sy yang berasal dari Amerika Syarikat tu sendiri,yang banyak memberi pandangan mengenai perkara begini.
Sy harap,MO tidak kecil hati dengan statement yang disampaikan melalui entri ini. Cuma,sy berpegang dengan psychology yang memberi banyak pengaruh dalam kehidupan seharian.
Saya harap,MO mampu tukar simbolik itu dengan gambar wanita berkerjaya ke,wanita memegang ijazah,atau sebagainya. Itu nampak lebih hebat pada zaman sekarang ni.
Sekadar pandangan. Mudah mudahan dalam redha Allah. Amin.
hihihi... tak terasa hati pon sebab saya bukan jenis wanita yang mudah terasa.. its ok..demi kebaikan.. jengoklah Laman Muslimah Optimis yang dah berwajah baru.. :-D
Post a Comment