.

Tuesday, June 14, 2011

Meow.

Kucing jantan melilau lilau. Berwajah macho lalu aku pilih gambarnya untuk jadi header aku. Apa macam,okay tak?

Bila aku notice kan,memang aku ada rasa sayang dan nakal dengan kucing sejak kecik sampai besar. Ish. Aku sememangnya alergik kucing. Bukan alergik naik gatal gatal,tapi kalau tengok je aku rasa gatal nak pergi kacau dia. Aku tak boleh tengok benda comel comel ni,rasa nak cekik cekik je. Nak pijak pijak.

Sebenarnya aku nak bagitau je,yang aku ada header baru. Nak tunjuk balik history header dari dulu sampai sekarang. Ish. Perkembangan seorang blogger yang newbie. Huu.



1. Masa awal awal dulu aku guna hitam putih je jadi blog aku. Dari Form 3 sampailah naik Matrikulasi Selangor tu. Tak cun. Gila loser. Tak ada gambar. Masa tu tak serius kan blogging. Huu.

2.

Masa kat Matriks,ni lah header pertama yang aku buat sendiri. Guna gambar monyet. Pasal caption blog aku,Human See Human Do. Title pulak herel ada kat sini. Masa ni yang aku start aktif blogging. Time tu tengah patah,hancur,kena lenyek hati ni. Aku banyak habiskan masa dengan blogwalking semua,dan masa ni follower naik mendadak.

3.

Masa ni bila follower dah bertambah,tulisan aku semua dah lain,dan banyak post aku pun dah berbentuk lain. Masa ni aku baru berhenti Matriks,tengah get ready nak masuk UiTM. 2 minggu aku duduk kat rumah,2 minggu tu lah aku post tiap tiap hari. Ada je yang terlintas dalam kepala otak. Time ni follower semakin naik lagi banyak. Ish. Aku dah mula rasa gumbira hati blogging ni. Banyak jumpa blogger best best masa ni.

4.

Masa ni aku dah dekat UiTM. Aku tukar URL aku pasal ada banyak stalker dari zaman Matriks,termasuk ex aku. Masa masuk UiTM tu memang aku betul betul buat hidup baru. Tukar nombor,tukar URL blog,macam macam. Dari sini yang aku tukar nama blog jadi KucinganStudio. Habis follower lama tak dapat baca balik.

5.

Yang ni,aku guna sementara je. Bosan pulak aku tengok header lama ada kucing gemuk muka garang tengok je aku lama lama. Nak peluk tak boleh. Ish.

6.

Yang ni header sekarang lah. Tengok macam kat atas ni kan? Credits to Dunia Adib,pasal sponsor gambar Kucing Macho ni. Suka gila kot. Jarang aku nak tengok kucing macam ni. Terus ambik buat header dan profile picture.



Aku newbie lagi. Tapi macam tu jugak lah history pendek aku dengan blogging ni. Rasa nak bagitau jugak. Tak kira. Kena bagitau. Ish.

4 comments:

nasiputehsupayam said...

kucing~ org yer sgt misteri...hheheh... hye.. thanx 4 addin my bLog..!

rahimah.Y said...

Haha..baru leh bace=.= klu x xle bkk.oo.bru lagi la ekk?sebulan

aiEz said...

mai singgah blog ak meh,ada banyak pic kucing..ak pn ske gak ngn kucing ni,mweoooww..woff2,eh silap...heh

Rafidah Farhana said...

Macam mana pun header kau, yg sekarang ttp paling menganjing. Hahahaha. Tahniah semakin berjaya dlm dunia blogging :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...