Okay.
1.Sesungguhnya,wanita lebih mudah untuk dapat follower berbanding dengan lelaki. Terpulang pulak anda adalah wanita jenis apa. Gewdix? Tomei? Serius? Selamba?
2.Kalau anda wanita yang rasa anda itu awek cun atau comel,letak lah gambar anda di setiap sudut celah blog yang ada. Selagi tak penuh dengan gambar anda,penuhkan. Kelak nanti memang akan automatik ada ramai lelaki yang follow. Oh ya,jangan lupa letakkan lagu yang comel comel dan sembunyikan music player tu. So nanti orang akan cari setiap sudut blog anda untuk menghentikan lagu anda yang sungguh menggembirakan hati tu,sambil melihat gambar anda yang penuh satu page tu.
3.Kalau anda wanita,letak status anda secara besar besar kat blog. Kalau single,gerenti laku. Letak Facebook widget ke profile anda sekali,automatik nanti banyak peminat misteri,follower pun bertambah.
4.Kualiti post sangat tidak penting. Anda boleh post sesuka hati anda mengikut cara macam mana pun,asalkan anda selit gambar comel cun hot meletup mantap anda di dalam satu entry itu. Kalau karangan entry anda hanya dua perenggan kecil,selitkan gambar sampai boleh hang laptop orang loading.
5.Anda boleh letak wajah anda secomel yang boleh untuk dijadikan header anda sebesar yang mampu. Kalau boleh,Photoshopkan mata anda,jerawat anda,dan pelbagai lagi yang ada di wajah anda bagi secantik yang boleh,sewarna warni yang boleh,sehingga orang boleh terjerit "Lain gila blog dengan realiti!" apabila berjumpa dengan anda didalam gathering blogger atau apa apa. Kalau tak terjerit pun,bagi lah dia bermonolog sendiri.
6.Sempitkan ruangan untuk baca entry,sesempit sempit yang boleh. Penuhkan page anda dengan segala bling bling punya widget dan gadget disamping gambar anda,lagu,benda benda yang ikut mouse tu,makhluk makhluk yang tunggu kat sebelah kiri dan kanan screen yang bagi kata kata aluan,dan pelbagai lagi,kerana ia akan menggembirakan para pengunjung. Sesungguhnya,para pembaca memang nak baca korang punya widget je,dan bukan entri. Tidak lupa juga iklan dari Nuffnang dan Advertlets.
7.Buatlah pertandingan mencari follower nombor sekian sekian dan letakkan hadiah yang superb,agar nanti tidak kira post entry anda bagaimana pun,yang penting follower dah ramai nak mengejar hadiah anda. Bila orang baru baca blog anda,anda akan nampak hebat ya amat kerana bilangan follower mencecah langit tetapi kualiti post lagi rendah dari biasa.
8.Join group mana mana dekat Facebook,atau letak kat shoutbox blog mana mana yang anda pergi,link blog anda dengan ayat "Follow me I will follow you back". Sungguh. Taktik yang sangat berkesan untuk anda mendapatkan follower yang sungguh ikhlas dan bernas. Kalau dorang tak follow anda,unfollow dorang. Buang jauh jauh dari senarai.
Apa lagi eh?
Aku pun dah tak terfikir. Dah banyak dah pendam pasal benda macam ni. Dari dulu lagi,aku asyik tertipu dengan bilangan follower satu satu blog tu. Masa blogwalking,habis loading je,first thing,aku baca post,baru aku jeling manja sikit dengan bilangan follower.
Dan selalunya,akan ada dua jenis Kenapa muncul dalam kepala otak aku.
1. Kenapa yang jerit dengan rasa macam tak percaya,kecewa,rugi. Benda macam ni akan diikuti dengan "Weh sayangnyaaaa"
2. Kenapa dengan nada ala ala sinis. Diiringi dengan nada gedik "ergh"
Statement yang agak kejam ke?
Aku bukan apa. Bila dah lama blogwalking,aku dah nampak dah pattern dia macam mana. Aku lebih blogwalking dari post entry sejak dulu. Bila dah kenal ramai blogger dari yang baru,yang otai,yang ikhlas,yang tak ikhlas,macam macam blogger,ramai yang banyak membuka mata aku yang luas. Kadang kadang,ada budak budak newbie guna Shortcut To Fame dengan membuat pelbagai perkara tak munasabah semata mata cari follower.
Tapi tu lah,nanti dorang jadi macam Mee Segera. Memang cepat naik dalam blogging,tapi lepas tu macam dah tak ada apa apa. Tak ada yang orang nak ingat pasal depa. Sama la macam artis segera macam Akademi Fantasia,Mentor,Bintang RTM yang maha hebat sangat tu dan sebagainya. Nanti rasa macam typical blog yang follow membuta tuli je,tapi tak interested nak baca.
Membuatkan aku rasa kecewa,kenapa follower je yang nak dikejar?
Kata kata seorang sahabat yang sangat jujur dalam blogging beliau,selalu terngiang ngiang dalam kepala otak aku.
"Orang yang kejar follower adalah criminal in blogging. Follower boleh jadi berjuta tapi kualiti post tarak,merosakkan dunia blogging"
Lebih kurang macam tu. Ini blog beliau. Walaupun dia tak komersialkan blog beliau,tapi setiap post yang ada tu memang satu karya sastera yang superb bagi aku.
Aku memang noob lagi dalam blogging. Serius aku cakap. Dari dulu aku merangkak,sampai sekarang pun aku merangkak. Bukan follower yang aku kejar,tapi ilmu dalam blogging tu yang aku nak
Apa lu ingat blogging tak ada ilmu dia ka???
Aku mula sejak Form 3,dengan pelbagai post yang bila aku tengok aku rasa macam nak hantuk kepala kat dinding ni keseganan tengok aku dulu loser macam mana dalam ni. Tapi,apa yang best,aku dapat tengok perkembangan aku sendiri dari dulu sampai sekarang. Pasal setiap post tu menandakan satu titik baru dalam hidup aku. Satu titik yang sangat penting. Kalau gabung semua titik tu nampak jalan hidup aku macam mana.
Sekarang ni,senang senang je ramai nak buat blog,semata mata nak famous,semata mata nak buat duit. Semata mata nak ikut kawan. Tapi passion,kualiti,ilmu semua tu depa abaikan. Yang penting,nak follower je banyak.
Aku bukan nak downkan yang newbie. Oh,sungguh,tidak. Itu kan blog korang. Buat lah suka hati. Cuma satu je,ikhlaskan lah diri nak post. Toksah nak kejar follower. Bila nawaitu dah kejar follower,automatik post rasa sangat tak best. Rasa macam,tak ada umph,takda kick. Aku admit,pernah jugak satu tahap aku teringin nak follower,tapi apa yang aku realize,post aku semua entah apa apa sepanjang aku teringin tu. Sendiri sedar,sendiri muhasabah diri. Aku cuma fikir balik,dan pegang kuat ketat ketat dengan apa yang sahabat aku tu cakap. Alhamdulillah,so far so good. Selagi aku pegang kuat dengan ayat beliau tu,selagi tu aku dapat post dengan ikhlas.
Dengan cara macam tu,lagi best nak blogging ni sebenarnya. Pasal semua effort dari diri sendiri. Sendiri cari ilmu,sendiri create something new. Sendiri punya kepala.
26 comments:
nasib aku xsuke cari follower
*tu jer yg aku faham..malas nk bace smpai abis huhu
owhhh !!!
hmmm..blog aku macam tu ker?? kdg2 kite x taw ape kelemahan blog kita kalau tiada org mnilai.
bleyh ko review blog aku x??
:)
haha gua kejar follower gak ....ceiitt, skarang walau 300 baru aku dah rasa bez dah sebab ada beberapa yang komfem baca blog aku dan aku rasa best woo....lagi bila ada respons kat komen...perghh...
macam terbang2 di awangan! haha
*jeles tengok blog2 yang penulisan berkualiti. serius jeles
Haikal. Ko kate blog ko tak berkualiti memang aku cakar lelaju ah ahahaha. Blog ko best kot. It is a real blog.
kita x bole lah nak ckp macam 2 plak..perempuan ada kelebihan dia..mungkin kecantikn 2 salah satu sebab kenapa orang follow..tapi adakah dengan sebab kecantikan itu juga, semua orang nak follow dia..kalo macam 2, ramai lah blogger wanita yg femes..sebb kan ramai wanita yg chantik..^^ [sory kalo tersalah ckp..^^]
herel herel .. makan dalam sgtt ayat kau .. HAHA ...
japp aku nak kau setting komen kau jadi pop up window weyh .. huhue :)
amirul. well. memang faktanye sekarang,lagi ramai wanita famous dalam blogging berbanding lelaki.
Kalau lelaki punya,yang famous cuma sikit je. Yang famous tu jugak la blog dorang superb,jauh lagi better than the girls yang famous tu.
aina.hehe. makan dalam sangat ek? well,that is the fact kot. haha. nanti aku tukar setting :D
bagi saya...entry paling penting,. even kalau kau bw then org tu datang blog kau tgk entry mcm syok sendiri...org jadi meluat plak x kisah lah lawa ke comel ke. sbb aku experiment gak benda ni. aku jalan2 gak tgk blog2 budak pmpuan yg gedik dan meloyakan...semua entry asyik cerita pasal "eh muka aku ni barbie sangat ke".. sort of lah... tp x ramai pun follower siapa ada pengutuk ada lah...
serious, bg aku entry yg paling penting. cantik itu bonus. btw aku suka blog kau. penulisan best follow terus untuk ikuti terus.
jemput baca entry waaa...:)
http://nameeroslan.blogspot.com/2011/06/adverse-effects-of-cartoons-on-minds-of_19.html
wey header gambar kucing tu sumpah tak boleh blah. hahaha :) suka
selalu jugak nmpk blog tu bru 2,3 bln tp followers dia dh mcm 2,3 thn dia berblogging. tgk entri byk cite pasal diri sndri je. nk kate artis, x jugak. tcari2 mne kelebihan blog tu. salah satu fktor mungkin sbb muke dia cun kot. hehe... pasal psg lagu tu, mmg agak annoying, nk2 klu tgh bukak byk tab, haisy, bercampur aduk bunyi!
Namee. Totally agree. Ahaha. Thanks! :DD
Black. Rasa macam menyirap gila kannn???? Memang terus muka berubah jadi macam dalam Fuuubook tu hahaha
Ada benarnya,
Terutamanya blogger perempuan. Kana perlu menampakkan muka anda dgn gaya-gaya yang x patut. Kadang2 malls nak blogwalking.... Menyakitkan mata aku dgn dosa je.
Lg satu ialah, bukan semua perkara anda perlu cerita. Apabila org kutuk marah! Padahal blog ni Adalah satu tempt awam.
Tulis biarlah Ada isi. X payah buat blog kalau nak merapu je. Bila otak org m'sia nak berkembang?
oh architecture ke..patut lah otak pemikiran kita sama. kah kah kah
laki pompuan sama jer..suka tepek gmbar besau2 nak tarik follower..lumrah hidup, suka lihat keindahan..yg penting, kite jaga blog kita, cuba keluarkan entry yg bkualiti..^^
Sgtt makan dalam weyh .. As for me .. Follower ramai ta semestinyee knee jadi pompuan cntik Or what .. N satu lagii .. Lau rmaiii pollower ... Reader rmai ta ??
Huhu
Tukarrr tukarr ... Lau buat yg pop up window senang nk komen .. Hehe
Suka sangat dengan entry nih!!! :D
aku kalau termasuk dekat blog ade gmbr yg bertepek tepek tu mmg terus close window.malas nak usha doh.aku nak baca post bukan nak tengok gmbr korang posing k :) peace ^_^
Okay.betul gila!Laki yang ramai orang follow sebab muka jambu.Kalau blog anon macam aku ni,susah sikit,keh keh keh
hahahaa. most point ko ni aku sendiri nak tulis dalam blog. tapi tak tertulis-tulis gak.
setuju giler dengan entry ni.. MO pon sangat tak suka orang yang cakap i dh folo u, folo me back. hurmm.. sah-sah MO xmasuk dah blog dia.. menyampah jadinya sebab bagi MO biarlah orang folo kerana diri mereka nak folo bukan sebab terpaksa folo sebab MO nak cari pembaca dan jugak follower bukan semata-mata follower yang tak tau membaca..
dan pasal gambar tu.. MO pon xberminat nak letak gambaq sama ada di FB atau blog.. sapa yang pernah jumpa MO jelah tau MO ni mcm mana.. buat apa nak letak gambar banyak-banyak, nak buat tambah dosa ke??? cuba bayang bila kita dah mati nanti, orang stil masuk baca blog kita atau stil tengok FB kita..gambar2 kita??semua tu saham dosa kalo gambar tu boleh mendatangkan mudharat pada orang lain (sendiri mau fahamlah) dan jika gambar tu tak menutup aurat dengan sempurna..
dan MO jugak bengang bila ada orang yang letak lagu kat blog..sebab tu MO selalu mute je..sebab sekali BW newtab banyak-banyak sambil buat keja lain sekali..
wallahualam.. best entry nih..
erkk..dulu mula2 bt blog suka jgk letak widget2 tu..sebab tgk org letak,aku pkir mmg kene letak la..rupenye mmberatkan je...letak lagu,even aku suka pun lagu tu,last2 merimaskan..aku buang..lama dah aku berblogging ni..tp xrmi followers pun..sbb aku tau entry aku xbgus mana..bukan senang nk keluarkan idea berkualiti..klu ade org komen pun alhamdulillah sgt dah..huuu..xpela,same2 la perbaiki kelemahan yg ada..
Satu kajian dan huraian yan panjang lebar... Amat teliti skali... ikhlas laa cakap... baru baca seperuh saja... Nanti esok akan kembali...
hahaha , x brani nk tulis x psal2 ada yg menhentam ceq , nice entry :)
salam. saya pun baru lagi dlm blog ni tp sy suke dengan cara saya sekarang, follower saya x sampai pon 10 orang mungkin orang akan kata "xfamousla tu kalo sikit je follower" tp kitorg sume still ikut perkembangan masing-masing. saya suke baca blog sahabat2 lain tapi just baca je n kalo menarik baru saya follow. Bagi saya yang penting sekali adalah kepuasan kita dalam menulis blog. sekian
Post a Comment