.

Thursday, May 26, 2011

Umur VS Experience; Aku pilih Experience



Pernah tak,dalam satu situasi,ada orang lagi muda dari kau,tapi experience dalam satu satu benda tu sangat banyak. Kau rasa macam dia ni tua dari umoq dia. Tapi masa yang sama,ada jugak orang lagi tua dari kau,tapi pengalaman tak ada. Apa yang dia tau cuma hidup dia yang biasa biasa je. Mana satu yang kau nak pilih kalau nak tanya soalan korang? Kalau nak tanya dua dua pun,hangpa nak tanya mana satu?

Kalau aku,aku tanya yang lagi muda tu. Lantak lah. Pasal apa? Pasal aku tau yang dia ada banyak experience and knowledge.

Aku pelik. Kadang kadang ada orang yang terlampau pentingkan umur sangat sangat. Apa,wajib ka lagi tua tu lagi banyak knowledge depa? Ego umur pengaruh sangat kot. Mentang mentang jauh lagi muda,depa biasanya ingatkan budak budak muda ni tak pergi jauh. Kalau tahu pun,ego pasal umur tu buatkan depa tak ambil tau. Memang lah common yang biasanya lagi tua tu lagi biasa makan garam. Tapi kena ingat lah. Budak budak muda sekarang ni pun hebat belaka. Umur 14 tahun pun dah ada yang jadi programmer berbanding dorang yang 26 tahun tapi still nak belajaq IT terkial kial lagi kat Fakulti Sains Komputer tu. Contoh lah eh. Contoh je.



Cuba hangpa semua pikiaq betui betui. Betul tak apa yang aku cakap?

2 comments:

fatien A. said...

Betoi! Yay bijak anak mak minumsusu Dumex!

Aziemah Gekozen said...

menyampah tgok org tua yg tak reti berfikir..ops

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...