.

Saturday, April 7, 2012

Puisi Untuk Bakal Bakal Isteri.

Puisi masa Sesi Seni tadi.

"Hidup corong,kosong,lopong
Bohong hati,hati ku bohong
Indahnya fana,apa makna
Buta dunia,segunung gelita

Runtuh kata,dapat diungkap
Ungkap kata,tidak direntap
Dimana latar,indah cahaya?
Dimana kata,selunak jiwa?

Mati erti,hati ku mati
Mati peri,tidak ku amati
Tinta dibuka,kau yang sinar
Padamnya merana,sejakmu cinta"


Nukilan Kucing Serius.


Sebenarnya,aku baru balik dari Sesi Seni ni. Anjuran course aku. Ya. Tadi aku perform lagi dengan budak budak studio aku. Nyanyi lagu Kopratasa - Permata Untuk Neelofa Isteri. Ehem. Ehem ehem. Sejak ternukil benda ni aku dah macam syok pulak buat puisi. Baru aku tahu erti nikmat sastera tu macam mana. Makin mendalam pulak sejak aku aktif blog ni.

Sungguh. Bahasa Melayu itu indah. Sungguh aku tak tipu. *buat muka comel*

Apakah Itu Sesi Seni Wahai Kucen Yang Comel?

Selalunya,department course aku setiap sem akan ada buat event. Nama glamour,Archifest. Nama comel, Architectural Festival. Siap lengkap dengan sponsor dari luar,battle of the band,movie night,design gallery show dan banyak lagi. Sekarang dah tak ada. Compress semua tu je sekarang jadi Design Biennale. Sempoi. Tapi gempak. Dari seminggu punya event,dah jadi 3 hari. Studio Quixotic Part 7 yang handle. Style. Sangat style.





So,tadi tu Sesi Seni. Ada pasal puisi,akustik,and so on. Aku bersama seorang lagi blogger, Puisi Lirik yang nyanyi. Dua lagi sahabat bergelar Azhar dan Ciko main gitar. Kitorang berempat wakil untuk studio kitorang. Fuh. Aku rasa macam seorang laki yang dah kahwin dan anak lima nyanyi lagu tu.

Video? Ada,tapi tak upload lagi. Nanti aku upload.

Seminggu Ini.

Besides that,Isnin ni ada Final Crit dengan Design aku bersama dengan lecturer yang comel belaka. Buat pasal Indoor Habitable Space. Aku kena buat kerja lepas ni. Lately ni kerja sangat lah bertimbun. Aku takleh fokus untuk benda lain langsung. Sungguh. Bekpes makan lontong kat Ken Rimba ni pun tak lepas. Aish. Dah lah lontong sedap. Letak banyak mana pun makcik tu bagi harga sama murah. Aish. Aish.

Walaupun begitu,ini minggu paling bermakna bagi studio aku. Terharu. Kitorang sama sama berdiri sama tinggi,duduk sama rendah. Muka sama comel. Aku nak nangis masa tu. Terharu melampau. Speechless.

Lalu,aku ternukil lagi puisi untuk studio aku. Khas untuk UFRNX Studio Part 03, BSc Architecture, FSPU, UiTM Shah Alam.




Nanti aku update lagi. Nak cerita pasal life kat sini sekarang.

5 comments:

klcitizen cikgunormah said...

Tinta cinta taut di sini ~ Best!

A'an said...

Amboih. Bersastera pulak sekarang. hehe

zulfikar hazri said...

kemain dalam puisi kau tu, aku baca 2 kali nak paham maksud tersirat.

RAFIQAH SHAHIRA said...

terkejut aku tiba2 je ko ada buat puisi hahaha..

tahniah n gud luck..

RAFIQAH SHAHIRA said...

terkejut aku tengok ko tiba2 buat puisi..

btw well done n gud luck!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...