.

Friday, February 24, 2012

Impresi Manusia: Ilmu Dan Persepsi

Baucar buku aku,memang banyak terbazir sebenarnya. Sayang gila. Aku banyak terhabis baucar buku kat tempat lain. Bukannya aku bagi kat orang lain. Tidak. Tapi aku banyak habis kat benda pelik pelik. Ye lah. RM200 yang dapat. 50 note aku guna untuk print portfolio aku. 50 note aku belikan CD banyak banyak untuk studiomate aku yang terdesak masa deadline. Dapat cash sikit. Ehem. Pastu,50 note aku beli thumbdrive. Lagi 50 note baru aku beli buku.

Dan sekarang aku rasa macam nak hantuk kepala sendiri kat meja. Sepatutnya aku beli buku lebih lagi. Dem.



The last 50 note tu,aku beli ada dua buku. Hak Untuk Berbeza Pendapat: Biografi Lim Kit Siang, dan jugak 7 Habits Of Highly Effective People. Buku ni aku rasa worth it jugak. Tapi agak menyesal pasal aku tak dapat beli buku lain. Ingatkan nak beli biografi Hitler tu jugak,tapi bila aku fikir balik aku dah ada rupanya Ebook tu.

Ada sesiapa taknak guna baucar buku? Hehe. Jangan beli novel tau. Novel busuk. Layan perasaan je lebih. Booooo.

So,aku nak sentuh sikit pasal satu buku ni. 7 Habits Of Highly Effective People. From Stephen R. Covey. Aku tak habis baca lagi. Tapi ada satu part ni yang aku rasa macam superb betul. Aku nampak apa yang dia cuba story. Dan aku rasa macam wajib share. Part mana?

Perception. Persepsi. Pandangan.


Kenapa aku rasa macam wajib share? Pasal aku rasa part ni yang paling pengaruh semua orang. Aku,kau,korang,semua,manusia,kucing,kambing.

Benda Memang Banyak Terpengaruh Dengan Persepsi.
Buku ni ada sebut tau kat dalam ni,

"The way we see the problem,IS the problem"


Nampak apa dia cakap? Masa ni dia tengah sentuh topik pasal persepsi dia tu. But,bila tengok balik balik,memang betul kot. Benda macam ni lies everywhere kat dalam tindakan. Buatkan apa yang salah nampak jadi betul.

Buatkan kita nak jugak buat benda yang salah walaupun kita tahu apa yang betul sebenarnya.

Pernah tak korang rasa benci kat sesuatu tu? Pernah tak korang rasa sesuatu yang korang nak buat tu,susah? Pernah tak korang rasa yang kalau ramai orang follow kau,dorang tu semua yang akan baca blog korang?

Pernah tak korang rasa yang Tasha Manshahar tu sangat comel? Hehe.



Semua tu persepsi. Cara yang kita pandang tu yang pengaruh banyak benda. Kalau korang pandang hidup ni bukannya ilmu,then korang akan sangkut je kat sekolah dan universiti semata mata cari ilmu. Degree mungkin bertimbun,tapi benda lain semua hancus. Kalau korang pandang ilmu tu ada kat satu tempat je (pelajaran/ceramah),then kita sangkut kat situ je.

Padahal,pengajaran dan pelajaran banyak berterabur kat sekeliling. Persepsi ni je yang sangkutkan kita dalam tempurung tu.

Nak Ubah Persepsi?
Benda macam ni kena involve hati yang terbuka dan jugak minda yang terbuka. Susah nak cari ilmu kalau hati tak terbuka,minda pun tak terbuka. Tertutup je memanjang pandang kat satu tempat. Tolak terus apa semua orang kata. Degil,ego,etc etc.

"Aku kalau nak cari ilmu,aku akan letak diri aku ni kat tempat yang bodoh. So aku akan pandang semua dengan zero knowledge. Dari situ baru aku mula godek godek,baru aku dapat banyak ilmu,boleh memahami. Kalau rasa pandai,tak ada gunanya." - Seorang sahabat bergelar Labi.


Ilmu tu pun sangat luas. Ustaz Azhar sendiri kata "Kutiplah ilmu walaupun dari seekor binatang". Dari seekor binatang,bukan pasal anatomi je. Tapi pasal sikap baik binatang pun dah kira ilmu.

Kalau kita ambil ilmu macam ni dari setiap celah hidup,persepsi boleh bertukar. Tak perlu nak belajar pun kat universiti,kolej,sekolah. This is not something that you can learn in classes.

This is something that you can gain sendiri.





Baru baru ni,banyak benda yang lebih kurang sama yang buatkan aku berfikir extra lebih sikit. Yeah. Sejak pekeliling UiTM yang tak benarkan kereta masuk tu,dan jugak sejak Dr M kata orang Malaysia tak cukup matang untuk berdebat. So true.

Lepas tu aku track down page Facebook VC UiTM tu dan memang aku notice betapa banyaknya manusia yang kalau debate dalam tu memang kalah habis. Termasuk lah ibu bapa ke,mereka yang dah bekerja ke,future lawyers ke,etc etc. Sangat teruk.

Point sangat tak kuat. Emosi. Cadangan tak ada. Yang patuh pekeliling pun patuh membuta tuli. Hentam pun hentam membuta tuli. Sayang. Seribu kali sayang. Potential ada tapi wasted.

Aku sampai rasa takut kadang kadang nak pergi masa depan. Semua ni future leaders ke? Semua ni para boss boss Melayu ke in the future? Atau still nak ikut trend kerja makan gaji membuta tuli,atau jadi penyanyi,etc etc. Takut weh. Takut. Jujur. Aku takut.

Perception towards everything is the seed. Selalunya persepsi ni tukar bila dah sakit. Baru tahu langit tinggi rendah. But,better realize how this thing betapa pengaruh sebenarnya before terlambat.

I'm hoping for a change in the society. Bukan change yang coins tu. Tak. Tapi perubahan. But I cannot do it alone.

6 comments:

A'an said...

Aiyohh lagi 5 org nak 100 la. huhu.
Em. Perlu ke aku terasa dgn gamba yg 2nd tu? hmm. Pape arhh~

littlegirlonthemove said...

"Aku kalau nak cari ilmu,aku akan letak diri aku ni kat tempat yang bodoh. So aku akan pandang semua dengan zero knowledge. Dari situ baru aku mula godek godek,baru aku dapat banyak ilmu,boleh memahami. Kalau rasa pandai,tak ada gunanya." - Seorang sahabat bergelar Labi.
(AKU SETUJU)

Muzakkir said...

Perlu berpegang dengan sikap bersangka baik.

Muiz Nasrallah said...

Buatlah ulasan pasal buku Kit Siang. Aku nak tau apa persepsi hang terhadap pandangan dia. Hehe

syazwani ramli said...

dah angkut satu.

FIRDAUS HUSAIN / TUYUK said...

buku baca..baca buku...tidor..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...