.

Monday, September 19, 2011

Paksa Diri Buat Entry?

Lately ni,masa aku tak dapat nak publish entry sangat,aku selalu baca balik entry lama aku. Aku nak tengok mana yang tak kena. Mana yang aku tak puas hati. Aku jumpa banyak.

One of the things yang agak catch my attention,at the same time,kena dengan apa yang aku fikir lately ni,is this.


Dipetik dari entry SINI. Yes. Ikhlas. Aku tekankan benda ni dalam tips buat blog,tapi tak jelaskan lagi.

-------

Story Dia Macam Ni.


Actually,sejak bukak semester baru,aku akui,aku rasa rindu gila teramat dengan dunia blog ni. Honest. Memang aku rindu. Seminggu dah lepas,dan aku cuma dapat update satu je.

Gila apa satu je.

Of course,dengan benda ni,aku taknak lah blog aku nanti bulu kucing je yang tinggal,tapi kucingnya tak ada. Ehem. Jujur,effect gila ke-tidak-update-an blog dengan daily life aku.

Fokus semakin lari sedikit demi sedikit. Banyak semakin store dalam kepala aku. Wajah Le Corbusier lebih mengganggu hari hari aku daripada gambar kucing posing mintak pelempang. (Le Corbusier tu subjek yang aku kena buat research dalam assignment pertama aku. Google kalau nak tau siapa.)



Of course,bila lama tak update,rasa nak update. Bila rasa nak update,kerah otak. But,dengan benda tu,aku tahu,aku TAK AKAN kerah otak semata mata nak update. Aku tak akan paksa diri semata mata nak buat satu entry.

Pasal aku tahu,entry paksa diri adalah entry yang tak ikhlas. Apa yang tak ikhlas,tidak akan datang benefit. Tak berkat. Walaupun dalam blog.

Kenapa Paksa Diri?
Ada certain certain orang,anggap macam macam pasal blog ni,sampai dah lebih sangat. Sanggup buat itu ini,demi semata mata kerana satu website bernama blog. Why?

Mengerah diri,perah otak,jual aib,macam macam lagi. Semata mata pasal satu entry baru. Aku tertanya tanya.

Seorang sahabat,Wan Iqbal, pernah cakap kat aku.

"Selalu check niat blogging tu apa."


Aku ingat apa yang dia sebut tu. Ayat pendek je. But,actually,banyak lagi than what we see from there. Bagi aku,niat menentukan hala tuju. Nak capai hala tuju,ada cara dia.

Of course,niat yang salah,akan bawak hala tuju yang salah,cara pun salah. Dah banyakkkkkkk benda kena tanggung from kesalahan tu.



Tu yang muncul entry entah apa apa,entry pelik pelik,tak benefit,orang tak suka,rasa tak puas,rasa tak lapang,etc etc. Ada je yang tak kena. Pasal apa? Tak berkat. Kerana apa? Paksa Diri (cara salah) semata mata Memenuhi Ketiadaan Idea (niat salah) at the moment tu.

Entah la. Itu apa yang aku faham. Aku tak boleh buat kalau ada sedetik rasa tak ikhlas,jujur,etc etc. Honest. Aku tak boleh buat dan aku tak akan buat. Kalau aku buat jugak,nanti ada benda yang tak kena.

Suwey. Suwey.

Paksa Diri Jugak! Nak Jugak Update!
Aku pernah jugak kena macam tu dulu. Masa dulu dulu,zaman awal awal aku baru aktif dunia blogging. Masa aku baru join Sahabat Blogger. Yes,of course,memang totally noob,aku rasa rakus nak update. Memang,aku ambik apa yang ada dalam kepala aku nak letak semua kat blog. Kepala aku memang pikiaq banyak benda entah apa apa,aku ambik benda tu as advantage nak buat entry. Setiap luahan aku everyday.

Sampai satu time,aku tak update sehari pasal aku dah naik blur. Tapi bagi aku wajib update jugak. Aku kerah gila gila otak nak buat entry.



But,apa yang muncul,entry yang mengecewakan diri aku. Aku sendiri kecewa dengan aku. Cuma ada dua tiga entry yang macam tu,dan,I've had enough. Aku stop jugak at the moment cara tu,and the next entries semua aku akan make sure,aku tak akan paksa diri aku buat entry. Tidak akan.

Never will.

Alhamdulillah,aku lagi rasa seronok macam ni. Seronok,puas,lapang. Dengan cara ni yang bagi impak best best macam entry SINI.

Dengan past aku yang macam tu,aku ambik pengajaran dari situ. Entry paksa diri memang tak akan berfungsi. Aku tak tahulah orang lain macam mana. Pasal tu,ada something benda lain yang aku pelik. Macam bawah ni.

"Aku Tengah Cari Idea Nak Buat Entry Ni."
As a blogger,of course,aku pun kadang kadang macam tu jugak sampai sekarang. Cari idea. But,again,bagi aku,Cari Idea dan Paksa Diri adalah benda yang sama. Pasal,

Cari Idea = Paksa Diri Buat Entry = Niat Dah Lari = Something Tak Kena = Entry Mengecewakan.


So,bila aku rasa macam tu,aku akan duduk diam dan buat benda lain. Jauhkan diri from blog. Itu adalah aku. Aku dah faham the importance of that dalam diri aku. Aku pegang konsep Biar Idea Datang Sendiri.

Tapi,aku notice,blogger lain,ada yang pegang kuat dengan benda macam ni. Setiap hari cari idea. Bila cari idea,akan macam,nampak ada benda yang tak kena. Something yang tak kena.

Contoh;

"Tiap tiap hari dia buat entry lengkap semua rasa dia. Best,seronok,gumbira. Tiba tiba,nanti dorang senyap,kat Facebook dia banyak cakap tak ada idea,pastu entry berbentuk baru muncul dan habis tunggang langgang rasa dia. Tak macam selalu. Lain,dan,sangat lain. Soul yang lama dah tak dapat dah."

Bila borak borak,

"Selepas perah otak,muncul idea ni. Tak akan nak biar blog kosong je kot tak berupdate."

Nampak tak kat situ? Dia perah otak demi mencatat satu entry. Again,aku memang dengan pendirian aku yang entry paksa diri memang tak akan menjadi. Based on apa yang aku pegang dan apa yang aku faham,ini yang aku dapat lihat.

Aku tak pasti apa blogger lain nampak jugak? Anyone? Aku harap share sekali dengan aku pendapat korang. Huu. Nak tahuu nak tahuuu. *guling guling*



Benda ni semua,bagi aku,merangkumi keikhlasan dalam blogging. Something yang menetapkan hala tuju blog pergi ke mana. Aku notice,banyak blog blog yang ikhlas. Aku notice jugak,ada blog yang semakin,lari. But,I am not anyone to judge. Honestly.

Pasal tu aku nak bertanya ni,sambil share apa yang aku faham.

Persoalan ni buatkan aku terganggu. Especially bila waktu busy dan agak seminggu aku biarkan blog aku bersepah bulu kucing. Dah datang balik dah waktu waktu busy. So,mesti ada perasaan taknak biarkan blog kosong kan? But again,aku tak boleh paksa diri buat entry. Perah otak ke,apa ke,etc etc. Semata mata nak updatekan blog.

So,I wonder,do you guys feel the same jugak?

21 comments:

RinsyaRyc said...

---->tengah carik idea.. ^^

http://bulatmata.blogspot.com/

Duniakuabstrak said...

sebab kau terlalu fikir sangat pasal blog kot...aku kalau takde idea nak update pun, rilek dulu malas pikir..

lagipun idea aku mmg selalu kering..semggu sekali up entry..kdg2 sampai dua minggu..haha

Nurul Husna said...

mmg dah lama tak update cara relax, bz teramat, mmg kdg2 terpikir nak update blog, paksa diri, tp kalau idea tak da, mmg entri hampeh la, pastu rasa segan pula, nk buat blog tp tak post mende pun, tp bila dipikirkan balik, mcm entri atas ni, mmg kena ada ikhlas, baru bila baca entri rasa best.

alfsfr.ali said...

Sangat betul. Aku setuju!

Dah msk kelas balik ni, x sempat tulis entry pastu start rasa alamak, x update lelama mesti nanti readers tetap aku lari sbb tggu entry x keluar2. Terus kelam kabut fikir idea.

Pastu bila buat entry dlm keadaan terpaksa then tetiba rasa eh ni bukan dari jiwa aku. Ada rasa x ikhlas dan menipu dlm entry tu. So terus aku delete. Simpan dlm draft pun x.

Tp selalu bila aku tulis entry dlm keadaan rushing, dah habis siap satu entry aku akan baca ulang2 sampai rasa ok fine, ini boleh publish. Kalo ada rasa something x kena, aku akan ubah sampai ok then baru publish.

aiEz said...

macam ak snang jer,klu ak xde idea nak update entry ak biarkan blog tu dlu...rileks dah tenang dgn sndri idea tu dtg...idea mne boleh pksa,dan ak stuju sgt point yg ada ni...semak tu klu pksa2 nk cari idea,tak pasal2 jer nk kusut kpala...heh..;)

kualiti lg pnting dr kuantiti brpa bnyk sesuatu entry tu dipost...

adysuR said...

Yes.
Bila kita nak tulis jangan paksa diri. Aku pun tak suka nanti apa yang aku tulis tak sampai dan akan timbul satu rasa yg tak dapat aku cari perkataannya. haha.

p/s : entri menilai dan melabel aku tak siap2 lagi. >.<

najihahfara said...

kalau fara pon same..kalau x de idea bia bersawang hoho..

Cikgu Kasim Gugel said...

Awwww, aku taktau nak komen apa

.drakula. said...

Ada idea tulis jika tiada rilex sekejap jangan sangat dipaksa2 nanti hilang keiklasannya...

Namee Roslan said...

aku rasa kalau type blog macam kau n aku ni, jenis yg tulis entry bukan sbb nk kejar apa2. i mean niat tu mmg nk blogging. kalau org yg niat dia kejar duit atau traffic mmg akan tersasar blog nya. i mean kalau yg SEO tu gv benefit pd org. ni yg update beli lipstick 40 kali. tu update semata nk traffic je. kalau update xde org nk baca, aku rasa down jugak. aku tak boleh tho tulis tp xde respond. aku rasa sedih.

Unknown said...

mgkin utk orang yang x amek berat macam aku, rasanya x sama macam hang punya feel tentang blogging.

bagi aku, tulisan x bombastic atau tak hebat tu tak apa, cuma jangan yang membawa kepada keburukan sudah dikira ok.

aku punya tanda aras utk sesuatu blog tu tak tinggi, semua dikira hebat asalkan ada ikhlasnya..

walaupun kita tak tahu penilaian kita terhadap "ikhlas" seseorang tu betul atau tidak. =)

@rarafaramyza said...

aku pun.

kekadang bila tak idea tapi hati melonjak lonjak sangat nak update tapi tak tahu nak update apa sampai paksa diri update benda bukan bukan.

seriously bila paksa diri update rasa macam tak best langsung pun entry tu.

bosan, hambar gitu.

sekarang memang apa jua yang berlaku sekali pun, better taip bebanyak bila idea datang mencurah-curah.

so, next time publish je. tak payah susah payah kerah otak nak update edit bila kekeringan idea.

macam tu lah yang aku buat sekarang ni.

susah nak buat entry yang memuaskan hati orang.

Syaffroni Affandy Safar said...

bukan nak bodek tetapi inilah entri panjang lebar bukan kategori sejarah/metafizik yg aku suka membacanya tanpa rasa bosan ... ayat menarik ... :)

shamyheart said...

biasanya tunggu idea datang baru tulis.

aimanayie said...

"biar idea dtg sendir"

:)

sbb tu blog aku jrg update..

lalala~

AnakPakZohar said...

idea~ idea~ ku seru namamu~ datanglahhhh~~ hehehhehe


emmang dasar kucing betul. semua gambar kucing.. focus lak tu tepek besar2 bijik mate.. tanjatt boboii~

xanders.co said...

aah, kadang2 kena tak thu nak tulis apa. cuba cari idea, tp nak susun ayat serabut balik. haha, susah nk buat entry yang puaskan hati semua orang.

Aku pernah spent up 3 hari nak siapkan satu entry. and alhamdulillah dpt respon yg baik.

Bila post something tkda respon, kecewa jek bukak dashboard.sedih hasil tulisan org tak baca.bukan nak kejar traffic pun. hehe

you-know-who said...

Like seriously we are in the same shoes . Haha , dulu time aku noob pasal blogging ni semua benda aku nak cerita. Then bila fikir balik quality lagi penting. Tu yg sampai kadang2 seminggu tak berupdate. Agak nye bersawang dah blog aku sekarang .Hari-hari pun aku online but untuk tengok dashboard then baca entry blogger lain just aku ni more to silent reader kot tak suka tinggal jejak. Btw ,teruskan berblogging :)

Guru said...

Saya suka dengan " tengok niat" waktu nak tulis... Membuat saya melihat diri sendiri :)

RAFIQAH SHAHIRA said...

mula-mula buat blog mmg agak paksa diri tapi bila pikir2 balik mcm terbeban sgt dgn blog..since that update bila betul2 ade feel je..

FizaFizz said...

yeszaa..kena ikhlas buat entry tak payah nk perah2 otak nak cari bahan nak buat entry kalau diri tu tgh xdok idea! jgn smpai merepek2 entry..haha! eh2..nak tnya kucingstudio ada kena mengena dgn ni ke?? ---> http://lovelymyrtlefiza.blogspot.com/2011/09/wordless-wednesday-kucing-betina-ku.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...