Bagi aku,tak tepat. Agak tidak berasas cakap dia. So kat sini aku nak jawab soalan orang ramai pasal kenapa dan mengapa yang common.
1.Kenapa Ping Blog? Promote kat FB apa semua?
a)Targeted Readers.
Bagi aku,aku target semua jenis golongan untuk baca blog aku. Ada yang baca blog aku tu datang dari FB,dorang yang takada account blogspot. Ada pembaca pulak yang,ada account blogspot.
Setiap kali aku post entri,aku akan cuba bukak peluang untuk semua jenis golongan nak membaca. Dorang yang dari FB,dorang yang guna Mobile,dorang yang memang datang dari group group blogger,etc etc.
Dan memang,aku dah ada dorang yang loyal readers from FB aku sendiri,account Hairil tu. Friendlist aku seribu lebih. Kenalan sahaja dari Sekolah Rendah sampai sekarang kat UiTM. Bila aku tak promote,memang akan ada yang tanya kat aku.
"Weh,kau update tak entri kau hari ni?"
"Aku update je. Cuba check. Kenapa?"
"Malas la nak check. Aku tengok hari ni kau tak promote pun kat FB kau. Huu. Aku nak baca hari ni punya. URL aku tak ingat,selalu click je bila kau promote."
"OHHH hahaha. Sorry lupa. Aku guna account lain je untuk promote sekarang."
Yes. Readers aku merangkumi those yang tak ada Google Account untuk follow,ataupun dorang yang arif pasal NetworkedBlogs ke apa apa ke semua. Bila aku buat,aku buat untuk tatapan Umum. Blog aku rated U.
Bila aku nak tahu respon dorang macam mana? Pasal tu aku pentingkan Like button. Bila dorang suka,dorang like. Those yang ada advantage untuk comment,boleh je comment.
b)Bloggers yang malas.
Memang ada certain bloggers yang malas. Malas nak follow,malas nak comment,malas nak itu ini. Tapi dorang selalu jadi silent reader.
Like button. Again. Satu click je.
Selain tu jugak,aku nak highlightkan bloggers yang malas nak bukak Dashboard. Bagi aku,Dashboard ni sangat lembab. Susah. Aku tak suka lembab lembab. So aku akan cari Group Group Blogger,shoutbox,bloglist dan Facebook aku masa blogwalking. Bila aku suka satu satu blog tu,memang aku akan follow untuk taknak hilang contact. Kalau betul betul suka,aku akan letak kat Bloglist.
Untuk any update lain lain? Aku akan rajinkan lepak kat group group blogger kat Facebook. Bila tak ada apa apa,baru aku bukak Dashboard.
Pasal tu aku akan promote dekat Facebook dan jugak Group Group Blogger selalu. Aku target dorang jugak yang suka membaca tapi malas menunggu atau any reason lain yang mengganggu masa. So,bila ada update,kalau dorang bukak group group blogger atau Facebook tu je,dorang dah boleh dapat update dah.
c)Waktu yang berjalan.
Kadang kadang,ada orang yang kesempitan masa. Macam macam. Ada yang masa lapang dia waktu pagi,sempit waktu malam. Ada yang sempit waktu pagi,lapang waktu malam. So,bila aku promote pagi dan malam,kedua dua dorang tu ada peluang nak baca.
Ada readers aku yang tak ada blog habaq kat aku pasal ni. Sejak tu aku rajinkan promote kat Facebook. Check news feed je dorang dah boleh dapat update. Which means,dorang tak perlu susah susah nak godek sana sini semata mata nak cari blog aku.
Biar dorang senang nak baca. Satu klik je dah boleh pergi post baru aku.
Bila promote kat Facebook masa pagi,nanti malam of course post tu tenggelam kan after orang lain post updates apa semua. Nak godek balik,leceh nak search nama profile orang,etc etc. So,senang. Promote je kat Facebook selalu,orang dapat kat News Feed.
Baca atau taknak,terpulang. Kalau suka bila dah baca,like.
2.Apasal kau buat blog?
Orang buat blog ni,subjektif. Terpulang. Ada orang buat nak letak ideologi sendiri. Ada orang buat pasal untuk jadi diary.
Bagi aku,aku buat untuk kepuasan diri aku. Aku jenis yang banyak berfikir,tapi aku taknak semakkan kepala aku berfikir banyak. Banyak lagi tanggungjawab aku yang lain. So aku letakkan semua apa yang aku fikir kat satu tempat. Aku tak suka menulis guna tangan,tapi aku suka menaip. Aku tak suka bercakap,tapi aku suka bertindak.
So,bila aku bertindak dengan meletakkan segala apa yang aku fikir kat sini pun dah cukup,dah memadai. Aku rasa puas.
Readers aku,Umum je,senang. Siapa nak baca,baca. Kalau taknak baca,tak apa. Bila aku update,dorang boleh nak baca. Readers aku pun,Satu Malaysia.
Tak kira siapa,boleh je nak baca. Family aku sendiri pun baca blog aku.
3.Bila kau ada masa nak buat blogging ni? Habis tu hidup kau macam mana?
Hidup tetap hidup. Realiti tetap realiti. Blogging tetap blogging. Kaitan blog aku dengan hidup,sangat berkait rapat.
Aku banyak buat benda secara serentak. Bila korang nampak aku dok main Facebook ke,tak semestinya aku fokus kat Facebook semata mata. Boleh jadi je aku tengah buat benda lain ke,semua sambil sambilan.
Dan blog? Yeah. Aku cuma post entri bila ada kesempatan je. Dari celah celah sibuk kehidupan seharian,aku akan post entri kat sini. Masa terluang tu lah,masa aku update entry. Lain lain tu,aku banyak multitasking.
Pasal tu agak kadang kadang je aku comment kat blog orang lain. Pasal masa. Yes. Everyday life aku memang kesempitan masa sebenarnya. Sorryyyyyyyyy takkkk replyyy commennttttttt. Bila betul betul free,esoknya tu aku takda aktiviti,malam tu aku segar bugar,baru aku rajin comment bila blogwalking. Otherwise,aku akan jadi silent reader yang cuma Like merata rata post yang aku suka.
Mungkin ada yang tak akan faham,kenapa orang buat blog,kenapa orang promote,kenapa itu ini,macam macam. Kena ingat,benda ni subjektif. Kalau blogger tu nak orang baca,tapi tak promote. Sama je macam bercakap dengan dinding.
Namee Roslan pernah bercakap "Kena build connection dengan readers." Cara Namee,dia selalu blogwalking,comment tempat orang,etc etc. Dia ada cara dia tersendiri untuk build the connection. Tapi cara aku,aku promote kat FB. Biar dorang yang bukan blogger pun,mampu nak baca blog aku. Kalau ada blogger lain berminat,follow untuk more update selalu.
Bila dengan bloggers yang lain,aku akan tegur sapa dan comment bila dorang ping blog dekat group group blogger memana.
Lagipun,kalau promote kat FB,bloggers boleh baca,non bloggers pun boleh baca. Lain lain,terpulang. Dari sini,aku dapat pastikan yang blog aku bukan blog mangsa bilangan follower. Dimana follower berlambak beriban,readers sikit.
Blogs are not just typical blogs. They are reading materials,voiced out from people's view. To know what people may think,to know what other people had experienced,this is the medium.
26 comments:
HAHA ok2...aku faham. jangan emo2. masing2 ada sebab masing2 nak bikin blog. gua tak ada masalah dengan semua tu selagi tak memaksa. :D
readers and followers? yeah, sangat berkait rapat. untuk blog aku, pageview dapat jejak seratus satu hari pun dah kira rekod dah. HAHA
*bila post pasal cinta, banyak orang view. Remaja dan cinta itu rapat bukan? hahaha
MO pon selalu jadi silent reader.. and yup multitasking.. hidup ni bukan hanya untuk fokus satu benda je.. hayati hidup selagi roh dikandung jasad.. :-)
aku jadi tukang like je
oh saya sgt lah setuju dgn entry ni. x)
Silent readers ni kadang2 xtau nak komen apa. Dari merepek baik diam. *aku la tu xD*
"click here tu publicly +1 this as hazirah hamzah"
ouch terasa lah weyh!
setuju bebenor..sy pun ade kwn yg condemn..katanya dunia blogging ni xde ape2 manfaat..but,ape saye peduli...pade saye,dunia blogging pun boleh dapat manfaat yg bnyk..ilmu pun bnyk kita leh dapat..
suke gile entry ni. 90% betull :D
awk suka kucin eh??? boleyh geng. boleyhh gengggg >.<
siapa kite tnpa reader...
belum cuba belum tahu.. :| masing2 punya sebab tersendiri kenapa depa blogging.. jangan sebab kita tengok 1 blog tu. kita x berkenan semua blogger kita nak nilai macam tu.. hoo itu tidak adil.. :) lagipon kenapa perlu nak kondem2 orang ada blog ni, tak perlu pon.. -.-' hang tak da, hang pi lah buat satu try test nengok lagu mana jadi.. kehkehkeh :D keep up blogging bro :)
btol2..
kalo diorg x promote kat fb ke group blogger ke..
x dpt la kita nak cr entry best2..
Aku setuju! :D
hanye blogger yg tau ape besnye berblog ni kan
Pandangan yang betul-betul bernas weh! You rock meow meowww! (tiba-tiba)
blogging is just FUN, boleh dpt banyak info faedah mahupun tidak tergantung penerimaan kita:) happy blogging!
betul.
aku blogging sebab aku ni memang suka merepek panjang lebar.
dalam dunia realiti, bila aku merepek,
kawan-kawan aku mesti kata aku minah kepoh.
jadi dekat blog sahaja lah tempat aku luahkan perasaan..
aku tak target sangat followers apa semua ni.
tapi alhamdulillah, sambutan agak memuaskan :)
kucing!! aku setuju..u know blogwalking dah kurang berkesan bila followers dah capai 2k..so bila dah jadi mcam tu...tu yg aku letak button like n ping di fb. sbb aku dah target pembaca baru... n sejak aku ping di fb traffic aku makin melonjak. Alhamdulillah. txs kucing :)
lagi satu..blogwalking untuk tambah followers :) ngehehehhe.
haha menarik!!! idea ko..
penerangan anda sampai pada pembaca macam aku,kehkehkeh... aku pon suka dengan cara ping blog kat fb,sebab rata-rata readers dtg dr fb.. everythin' aku suka entri ko ni ..... pandai nya kucing menaip ye,hehe...
p/s: aku bukan kucing la tapi me'aw (mek au) hehe :P
panass panas. isu yg panas. yes, i really support what u said! blog ini suatu diari kehidupan yg mana semuanya berkaitan jurnal, kisah dan perjalanan hidup.
moga terus sukses dlm blogging ya.
salam,
maaf baru skrg nak comment. Jgn emo sangat. Sebenarnya ada sesetengah org bukan x suka dunia blogging, cuma meyampah dgn cara blogging. Ada yg jenis malas nak baca dan sebagainya. Itu kena kena paham.
Matlamat blogging perlulah jelas, blogging buka hanya sekadar nak org baca idieologi kamu atau mencari readers atau followers yg banyak. cuba baca link ini
Mejadikan Blog satu Ibadah
cuma cek balik niat dan tujuan kita buat blog. Kalau sekadar nak kemukakan ideologi, maka masa yg kita luangkan mungkin sia-sia di sisi Allah. Namun sy x katakan apa yg kamu buat itu sia-sia. Tapi cuba la cek balik niat itu.
akhir kata, aku ada petik ayat ni dlm satu blog.
"Blogging bukan kita ambil kira templatenya mahupun followersnya.. Akan tetapi isinya, apa yang ingin penulis sampaikan.. Followers ramai "Alhamdulillah" kalau tak ramai pun "Alhamdulillah". Cantik tak cantik templatenya, boleh tukar dan update, asal niat dan matlamat hanyalah kerana Allah" :-)
-dari blog 360 darjah-
semoga apa yg sy tulis ini x mengguris hati sesiapa pun... :)
haa
ade nasihat lagi diberi
thx :)
akan godek2 lagi nak cr tips kat blog nie
Aku suka cara kau explain things. The way you elaborate them. Something good to learn. Keep on writing dengan cara yang berhemah. :)
***
!!JANGAN PUBLISH!!
***
damn.. patut la komen mantap >.<''
aku geledek2 sikit entri kau ptg ni..
haaa... nak ja baca smbil fokus betul2..
tapi, otak tgh pikir sai test..
mlm ni ada satu..
sabut dan ahad,, pagi petang haa..
rosak weekend aku >.<''
so,, haaa,, kau dah tmbat hati aku laa... mmg entri blog kau aku tak kan terlepas la lepas ni..
PS : blog aku santai2 gitu.. jgn harap best2 sgt.. aku tak reti XD
PSS : lol.. comparing ur writing with mine.. its like 10 to 1 >.<''
Post a Comment